Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan tiga peribahasa sesuai
dengan situas di dalam dialog:-

Dr. Hameed : Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap
berpura-pura kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran.

Rajesh            :  Betul tu  Dr Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran
maka kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada jiran-jiran yang susah.

Mei Ling         :  Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu
kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan.

Rajesh            :  Saya setuju dengan pendapat Mei Ling.

Soalan 2
Berikan maksud peribahasa berikut:-
(i)      Di mana kemahuan di situ ada jalan.
(ii)    Indah khabar dari rupa.
(iii)   Alah biasa tegal biasa.

Soalan 3
Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir dengan peribahasa di bawah:-
(i)         Seperti embun di hujung tanduk
(ii)       Bagai pinang dibelah dua
(iii)      Masuk kandang kambing mengembek, masuk kendang kerbau menguak.

Soalan 4
Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Menurut sahaja kehendak orang lain.


(ii) Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.
(iii) Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.

Soalan 5

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.


(ii) sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai
juga.

Soalan 6
Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)  Membaca jambatan Ilmu.
(ii)  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Soalan 7

Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i)    Pasangan yang sepadan


(ii)   Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
(iii)  Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

Soalan 8

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

         Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan
yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.
         Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa
kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi
kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam
melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik.
Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ________(iii)__________.

Soalan 9

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah        : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri
dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu
________(i)_______

Syafik      : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah        : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya
kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk
membangunkan negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________
Syafik      : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah       : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman
sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________

Soalan 10

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud
dan penggunaannya.
(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

Soalan 11

Berikan maksud peribahasa di bawah.


(i) Bahasa Jiwa Bangsa
(ii) Bagai dakwat dengan kertas
(iii) Seperti air dalam kolam

Soalan 12

Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat
yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir     :  Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
berkomunikasi.

Sofea    : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan
bahasa yang betul.

Amir     : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada
setiap masa dan keadaan, kerana ___________(i)_________________

Sofea    : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam


mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah
________(ii)__________________

Amir     : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan
kritika dengan lebih berkesan kerana ____________(iii)__________________
Soalan 12

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak
gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja
berlebih-lebihan.

Soalan 13 

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling


membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif
akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka
tiada sesiapa pun yang untung. Sebalinya mereka akan kehilangan segala-galanya.

Anda mungkin juga menyukai