Anda di halaman 1dari 3

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Tarikh :_________________ Hari : _______________ Masa : _______________________________

Arahan : Jawab semua soalan.

Karangan Respon Terhad


Matlumat di bawah menunjukkan murid-murid belajar secara berkumpulan untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.
Huraikan pendapat anda tentang tentang kepentingan bidang kemahiran
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Tahukah Anda?

Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi
memenuhi permintaan perkembangan ekonomi negara.

Pelajar dalam Kursus Teknikal dan Vokasional

Sukatan pelajaran kursus yang ditawarkan melalui Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) telah direka bentuk
dan dibangunkan untuk mematuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Jabatan
Pembangunan Kemahiran (DSD) dengan pelbagai kriteria seperti:

• berdasarkan keperluan semasa industri


• berkaitan secara langsung dengan struktur kerjaya
• dibangunkan oleh pengamal industri dan pekerja mahir yang terlibat secara langsung dalam pekerjaan

31
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Soalan Peribahasa (A)


Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja. Kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Alya : Akrab sungguh perhubungan antara Farhana dengan adiknya itu. Pergi ke mana-mana pun mesti
bersama-sama.
Siti : Betul, tu. Hubungan mereka sungguh akrab bagai isi dengan kuku.
Alya : Mereka tak pernah berselisih fahamkah?
Siti : Perselisihan faham antara adik-beradik selalunya tak lama, Siti. Lama-kelamaan mereka akan berbaikbaik
semula, seperti kata peribahasa carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Alya : Saya setuju, Siti. Kita sesama rakan pun seharusnya saling bekerjasama seperti kata pepatah berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing

(i) Peribahasa : _________________________________________________________________________


Peribahasa lain yang sama maksud : ______________________________________________________

(ii) Peribahasa : _________________________________________________________________________


Peribahasa lain yang sama maksud : ______________________________________________________

Soalan Peribahasa (B)


Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Aiman : Aidil, cuba tengok gambar pantai ini. Cantiknya!


Aidil : Dalam gambar memanglah cantik tetapi lokasi sebenar tidak begitu.
Aiman : Saya sangka pantai itu sangat cantik seperti yang digembar-gemburkan oleh kawan-kawan,
rupa-rupanya keadaan di situ hanya ___________________________________________ (i)
Aidil : Itulah. Lain kali jangan mudah percaya dengan cakap-cakap orang kerana itu ____________
_______________________________________________ (ii) semata-mata.

Soalan Peribahasa (C)


Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan cemerlang. Bagi mencapai
matlamat ini, guru-guru dan ibu bapa perlulah saling bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama
lain.
Selain itu, anak-anak pula perlu gigih berusaha. Jika mereka rajin mengulang kaji pelajaran, sudah tentu
mereka akan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
Justeru, pemuafakatan antara guru dengan ibu bapa merupakan resipi kejayaan murid khasnya dalam
melaksanakan program akademik.

(i) _________________________________________________________________________________
(ii) _________________________________________________________________________________
(iii) _________________________________________________________________________________

32
MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
Soalan Peribahasa (D)
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja. Kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Darina: Sedapnya kek ini. Pandai kamu membuatnya, Wawa.


Wawa: Terima kasih, Darina. Biasa-biasa saja kek ini. Lagipun saya membuat kek ini sambil meneman ibu
memasak di dapur, bak kata pepatah sambil menyelam, minum air.
Cindy: Sebenarnya, kamu mewarisi kepakaran daripada ibu kamu, Wawa. Ibu kamu memang pakar
dalam bidang masakan, bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Wawa: Mungkin juga tu. Eh, kita ni asyik berbua-bual saja! Marilah kita ke pusat sumber sekolah.
Tentu Cikgu Zakiah sudah lama menunggu kita.
Darina: Bagus juga idea tu. Marilah kita bersama-sama membantu Cikgu Zakiah menghias pusat sumber sekolah,
bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

(i) Peribahasa : _________________________________________________________________________


Peribahasa lain yang sama maksud : ______________________________________________________

(ii) Peribahasa : _________________________________________________________________________


Peribahasa lain yang sama maksud : ______________________________________________________

Soalan Peribahasa (E)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu
sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya, mereka
akan kehilangan segala-galanya.

(i) __________________________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________________________
(iii) __________________________________________________________________________________
Soalan Peribahasa (F)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.

Aida amat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah tersebut, dia telah
menumpukan sepenuh perhatian setiap kali guru mengajar di dalam kelas dan mengikuti kelas tambahan yang
diadakan oleh guru. Dia yakin bahawa dia akan berjaya sekiranya dia berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Selain itu, Aida sering bertanya gurunya apabila tidak memahami sesuatu perkara yang diajar di dalam kelas.
Untuk memastikan cita-cita dan impian hidupnya tercapai, Aida tidak sesekali malas mendayung perahunya.

(i) __________________________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________________________

33

Anda mungkin juga menyukai