Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

[25 markah]
1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan
tatabahasa.Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada
ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas
kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam
pertandingan reka cipta itu.
___________________________________________
(ii) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik
kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.
___________________________________________
(iii) Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan
seperti durian dan manggis.
___________________________________________
(iv) "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?"
tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Tingkatan Tiga Kreatif.
___________________________________________
(8 markah)
2

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang
terang-benderang.
__________________________________________
(ii) Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna
emas.
__________________________________________
(iii) Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa
sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.
__________________________________________
(3 markah)

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat


majmuk.
Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.
Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.
_______________________________________________
_______________________________________________
Pulau peranginan itu cantik.
Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.
_______________________________________________
_______________________________________________
Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.
Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.
_______________________________________________
_______________________________________________
Saya ada masa pada hujung minggu ini.
Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.
_______________________________________________
_______________________________________________
Azwana membaca surat.
Afifah membaca surat.
Surat dikirim oleh Bhaga.
_______________________________________________
_______________________________________________
(10 markah)

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satuperibahasa yang
sesuai dengan gambar tersebut.
(i)

_____________________________________________
(ii)

_____________________________________________
(4 markah)

BAHAGIAN B
[30 markah]
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
"Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh
paksapaksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya
garang." Begitulah lontaran ayat adik. Selamba.
"Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan
tidur, makan tidur? Sanggup turun ke bendang? Sanggup menoreh? Atau
lebih berminat nak jadi kutu merewang?"

"Hoi... Kak Cik apa tau? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak
fahamkah? Lagi pun, kilang kan banyak? Susah apa?" jerkah adik biadab.
Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban.
"Adik... sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik?
Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak." Sopan berhikmah pujukan
bonda.
Adik mendengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu
sebagai tanda protes.
Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat
menghantar adik ke sekolah agama setelah adik menamatkan sekolah
rendahnya. Bonda mahu adik bergelar Ustaz Mohd. Harraz. Bonda mahu
adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik berjuang
hingga Jiang syahid seperti arwah ayahnya.
(Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda oleh Siti Hajar Mohd
Zaki, antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga harapan bonda terhadap

adik.
(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
(ii) Huraikan perwatakan adik yang negatif berdasarkan petikan di atas.

(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan murid suka

ponteng sekolah pada

masa ini?
(4 markah)

_______________________________________________
_______________________________________________

Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SAJAK LAUT
Laut ini begitu biru
laut ini begitu luas
laut ini begitu indah.
Betapa bahagianya hati
laut ini membuatku bahagia
laut ini begitu tenang
begitu kaya.
Kulihat pasir putih
kulihat kerang
kurasakan ombak menyapa kaki
dan kurasakan
angin pantai membelai.
Seorang nelayan jauh di sana
berdiri di atas perahu kecil
menebarkan jala
mencari ikan untuk keluarga.
Burung laut menari-nari di sana
mengepak-ngepakkan sayapnya
begitu gembira mereka bernyanyi
bagai berlumba
dengan nyanyian ombak.
Setengah matahari kulihat di seberang
di seberang laut biru ini
bagai malu-malu ia mengintip
namun dengan setia
memberi sinarnya.
Hai, laut biru
hari ini juga aku nyatakan
kau adalah saudaraku!
ISMAIL SHARIF
(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,

Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka


(i)

Bagaimanakah keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak?


(3 markah)

_______________________________________________
_______________________________________________
(ii) Nyatakan contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut.
(3 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh
manusia sehingga menjejaskan laut?
(4 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
7

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah


anda kaji di Tingkatan 3.
6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim
(ii) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman
(iii) Merenang Gelora karya Ruslan Ngah
Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar
masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Berikan satu contoh bagi
setiap latar masyarakat tersebut.
(10 markah)
(i)

BAHAGIAN C
[15 markah]
Lihat gambar Kempen Kitar Semula di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Kitar Semula Bermula daripada Anda!

KEBAIKAN AMALAN KITAR SEMULA

Mewujudkan Persekitaran yang lebih Bersih


Mengurangkan Ancaman Alam Sekitar
Menjimatkan Kos Penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah
Mengurangkan Kuantiti Sampah
Menyelamatkan Hutan

BAHAGIAN D
[30 markah]
9

Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang
panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

(i)

Andaikan anda ketua pengawas. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam


majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan anda.
Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

(ii)

Anda dan rakan anda berbual-bual tentang sikap masyarakat Malaysia yang
lebih mengutamakan barangan dari luar negara.
Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.
(iii)

Prestasi ahli sukan negara kita semakin merosot belakangan ini.


Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi
ahli sukan negara.

BAHAGIAN A
1. Kesalahan Tatabahasa
Pembetulan
i. di dalam
dalam
ii. Sri Malaysia Hotel
Hotel Sri Malaysia
iii. sukakan
suka akan
iv. aku
saya
Ulasan:
(i) Penggunaan frasa sendi nama "di dalam" tidak gramatis kerana kata sendi "di"
hanya digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat. Kata "dalam" lebih tepat digunakan dalam ayat ini.
(ii) Dalam ayat (ii), penggunaan kata "Sri Malaysia Hotel" tidak menepati peraturan hukum DM. Oleh itu, penggunaan kata yang tepat dalam ayat ini ialah "Hotel Sri Malaysia".
(iii) Dalam ayat (iii), penggunaan kata "sukakan" tidak tepat. Kata yang betul ialah "suka
akan".
(iv) Kata ganti nama diri pertama bagi "aku" dalam ayat (iv) tidak tepat kerana kata
"aku" digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan. Oleh itu,
kata ganti nama diri yang tepat dalam ayat ini ialah "saya".

Soalan 2
Ejaan
(i) Bandaraya Bandar raya
(ii) Stem
Setem
(iii) eka-bahasa ekabahasa
Ulasan:
(i) Dalam ayat (i), ejaan "Bandaraya" telah ditetapkan ejaannya sebagai
"Bandar raya".
(ii) Ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang tepat bagi ayat (ii) ialah
"Setem".
(iii) Ejaan "eka-bahasa" dalam ayat (iii) tidak memerlukan tanda sempang (-).
Ejaan yang tepat ialah "ekabahasa".
Soalan 3
(i) Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini atau awal bulan hadapan.
(ii) Pulau peranginan itu cantik tetapi tidak dijaga dengan baik.
(iii) Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran, maka dia mencapai kejayaan yang
cemerlang.
(iv) Jika saya ada masa pada hujung minggu ini, saya akan menziarahi rakan
saya di hospital.
(v) Azwana dan Afifah membaca surat yang dikirim oleh Bhaga.
Ulasan:

(i)

(ii)
(iii)
(iv)

(v)

Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan


menggunakan kata hubung gabungan "atau". Ayat yang terbentuk dikenal
sebagai ayat majmuk gabungan.
Ayat (ii) ialah ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung
gabungan "tetapi" untuk menggabungkan kedua-dua ayat itu.
Ayat pertama dan kedua digabungkan dengan menggunakan kata hubung
pancangan "maka". Ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk pancangan.
Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan
menggunakan pancangan "jika". Ayat yang terbentuk itu dikenal sebagai
ayat majmuk pancangan.
Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan
menggunakan kata hubung gabungan "dan" dan kata hubung pancangan
"yang". Ayat yang terbentuk dikenal sebagai ayat majmuk campuran.
Soalan 4
(i) Bagai tikus membaiki labu
(ii) Bagai anjing dengan kucing

(i)

(ii)

(iii)

(i)
(ii)
(iii)

BAHAGIAN B
Soalan 5
Berdasarkan petikan tersebut, bonda berharap agar dapat menghantar adik
ke sekolah agama setelah adik tamat sekolah rendah. Bonda berharap juga
agar adik menjadi ustaz dan mewarisi kealiman suaminya.
Dalam petikan tersebut, adik malas untuk belajar. Selain itu, adik bersikap
biadab kerana dia menggunakan bahasa yang kurang sopan semasa
menyatakan pendiriannya.
Pada pendapat saya, murid suka ponteng sekolah kerana mereka mudah
dipengaruhi oleh ajakan rakan mereka yang juga suka ponteng sekolah.
Selain itu, mereka tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Soalan 6
Penyajak menggambarkan laut sebagai suatu tempat yang keadaannya
berwarna biru, luas, serta indah.
Terdapat dua contoh gaya simile dalam Sajak Laut, iaitu bagai
berlumba dan bagai malumalu ia mengintip.
Pada pendapat saya, aktiviti manusia yang mengalirkan sisa kilang dan
sampah sarap ke laut telah menjejaskan laut. Selain itu, sikap manusia yang
cuai, iaitu menyebabkan berlakunya tumpahan minyak daripada kapal
menjadi penyebab terjejasnya laut.

Soalan 7
(i) Novel 6:20
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan
gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik,
status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian
dengan watak. Novel 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim turut mengemukakan
beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel 6:20termasuklah
masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Syaqif menjalankan
tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab
terhadap amanah yang dipikulnya. Latar masyarakat seterusnya ialah
masyarakat yang terpengaruh oleh sesuatu perkara yang datang dari luar.
Contohnya, Iskandar, Reny, dan Jerry adalah antara golongan remaja yang
mengikuti sate fahaman baharu yang diajarkan dan disampaikan melalui
Kelab WX2. Latar masyarakat yang sanggup berkorban turut dipaparkan
dalam novel 6:20. Contohnya, Puan Deliah sanggup melakukan
pengorbanan yang besar dengan merahsiakan tugasnya yang sebenar
sehingga beliau rela suami dan anaknya sendiri menganggapnya seorang
pengkhianat negara.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat dalam novel 6:20.
(ii) Novel Cempaka Putih
Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan
gambaran keadaan masyarakat dalam sesuatu cerita merangkumi bangsa
atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang
bersesuaian dengan watak. Novel Cempaka Putihkarya Rohani Deraman
turut mengemukakan beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam Novel Cempaka
Putihtermasuklah masyarakat orang asli yang bersatu hati. Contohnya,
masyarakat orang asli di kampung Kuala Batu bergotong-royong
mengadakan kenduri untuk menyambut kedatangan pegawai pertanian, iaitu
Encik Hasrul. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang
bertanggungjawab. Contohnya, Encik Hasrul sanggup bertukar kerja di
sebuah perkampungan orang asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan
pangkat kerana menjalankan tanggungjawabnya memajukan masyarakat
pedalaman. Latar masyarakat yang percaya kepada dukun turut dipaparkan
dalam novel Cempaka Putih. Contohnya, walaupun Satiah menghidap
penyakit barah paru-paru, Pak Morit tetap percaya bahawa dukun berupaya
mengubati penyakit anaknya itu.

Demikianlah latar masyarakat


novelCempaka Putih.

dan

contoh

yang

terdapat

dalam

(iii) Novel Merenang Gelora


Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan
gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik,
status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian
dengan watak. Novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah turut
mengemukakan beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel Merenang
Gelora termasuklah masyarakat yang prihatin terhadap anak. Contohnya,
Encik Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih
berdisiplin dan mengubah sikap buruknya. Latar masyarakat seterusnya
ialah masyarakat yang bijak mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul
berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6:40 pagi agar tidak
ketinggalan bas. Latar masyarakat yang terjebak dalam gejala sosial turut
dipaparkan dalam novelMerenang Gelora. Contohnya, Shahrul, Kumar, dan
Meng Kong terlibat dalam gejala sosial seperti melepak, menjual telefon
bimbit yang dicuri, dan bercampur dengan mat motor.
Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat dalam
novelMerenang Gelora.
BAHAGIAN C
Soalan 8
Amalan kitar semula, iaitu mengubah bahan yang menjadi sisa kepada
suatu sumber yang dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih.
Selain itu, amalan kitar semula dapat mengurangkan ancaman slam sekitar
seperti pencemaran air bawah tanah dan udara. Dalam jangka panjang,
amalan kitar semula dapat menjimatkan kos kerana kita tidak perlu lagi
menyelenggarakan tapak pelupusan sampah. Amalan kitar semula
membantu kita mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan
boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan
pelbagai industri sekali gus menyelamatkan hutan apabila kita tidak perlu
menebang pokok untuk menghasilkan kertas.
(88 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai