Anda di halaman 1dari 14

SET 2: BAHASA MELAYU PT3

Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan
daripada Bahagian D.

BAHAGIAN A

[25 markah]

1 Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan bahasa. Gariskan empat
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Program Kembara Mahkota Johor yang diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melibatkan aktiviti menunggang
motosikal berkuasa tinggi bersama dengan beberapa orang tokoh-tokoh korporat,
orang kenamaan dan ketua jabatan. Dalam program ini, rombongan baginda pergi
untuk menjelajah ke semua daerah di negeri Johor. Program ini sangat bermakna sekali
bila Sultan Ibrahim bersama dengan keluarga baginda mencemar duli untuk bermalam
di rumah penduduk yang dipilih. Program ini jelas dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara raja dengan rakyat. Rakyat sanggup berhujan dan berpanas untuk
menunggu keberangkatan tiba baginda serta bersalaman dengan sultan yang mereka
kasihi.

(i) ___________________________________

(ii) ___________________________________

(iii) ___________________________________

1
(iv) ___________________________________

[8 markah]

2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Rosli telah dilantik sebagai salah seorang urusetia pertandingan reka cipta
sempena Festival Robotik Peringkat Antarabangsa kali ke-14 yang diadakan baru-
baru ini.

_____________________________________

(ii) Pihak pengurusan kolej sedang merancang untuk mengadakan program

antidadah kepada pelajar-pelajar pra-universiti secara dwitahunan.

_____________________________________

(iii) Premis yang menjadi pusat jualan anika kraf tangan dan mutiara yang tulen itu
berjaya menarik tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

_____________________________________

[3
markah]

3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya dengan
menggunakan kata tanya yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah bersesuaian
2
dengan perkataan atau rangkai kata yang bergaris.

(i) Kanak-kanak tadika menyertai pertandingan mewarna.

_________________________________________________________________

(ii) Najwa menerima pujian kerana bersikap jujur.

_________________________________________________________________

(iii) Murid-murid sekolah itu menghadiri program kecemerlangan di Dewan Cahaya

Timur.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(iv) Kempen Pencegahan Demam Denggi dijalankan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia sepanjang tahun

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(v) Jumlah murid kelas 3 Amanah ialah 30 orang.

_________________________________________________________________

[10 markah]

3
TERHAD
4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis
dua peribahasa yang sesuai.

(i) __________________________________________________________________.

(ii) __________________________________________________________________.

[4 markah]

TERHAD
4
TERHAD

BAHAGIAN B

[30 markah]

5. Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di
kampung bersama-sama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku
dengan berbagai-bagai pertanyaan. Ingatan ini datang silih berganti namun
mereka tidak memberi apa-apa alasan yang munasabah.
“Mira … ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan
nenek di kampung pada hujung bulan ini,” tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat
hatinya itu pada suatu hari.
“Kenapa bu … kan Mira dibesarkan dan bersekolah di sini?” tanya aku
kepada ibu dengan rasa tidak puas hati.
“Ibu terpaksa bekerja kuat untuk masa depan kamu. Ayah juga begitu. Jadi
Mira kena faham keadaan kami,” dengan tenang ibu cuba menerangkan
kepadaku.
“Dulu pun ibu bekerja dan ayah pun bekerja. Adakah kami telah
menyusahkan ayah dan ibu hingga ibu sanggup menghantar kami balik ke
kampung?” aku memberontak.

“Ibu tidak dapat menjawabnya sekarang. Suatu hari nanti Mira akan tahu
jua sebabnya. Percayalah semua yang ibu buat ini adalah untuk kebaikan Mira
dan adik-adik.” Ibu mengusap keningku dengan lembut. Air mataku mula menitis
dan membasahi pipiku. Dengan lembut juga ibu mengusap dahiku dan menarikku
erat ke dalam pelukannya.
“Ibu memang sudah tidak sayang akan Mira. Ibu memang sudah benci
akan kami… .”
“Jangan cakap macam tu Mira. Mira tak faham perasaan ibu. Mira dan
adik-adik ialah harta yang tidak ternilai dalam dunia ini. Bagaimanapun, hidup kita
memerlukan pengorbanan. Mira akan tahu juga akhirnya.” Ibu menepuk-nepuk
belakangku dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.

Dipetik daripada Warkah daripada Ibu,

antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2
Dewan Bahasa dan Pustaka
TERHAD

5
TERHAD

(i) Tindakan ibu menghantar Mira dan adik-adiknya ke kampung telah

menyebabkan berlaku salah anggapan dalam diri Mira.

Nyatakan dua salah anggapan Mira terhadap tindakan ibunya itu.

[3 markah]

__________________________________________________________________
_

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(ii) Berdasarkan petikan cerpen tersebut, nyatakan dua perwatakan ibu Mira.

[3
markah]

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(iii) Anak-anak merupakan anugerah Tuhan kepada ibu bapa.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan oleh ibu bapa
supaya anak-anak mereka berjaya dalam hidup? [4
markah]

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

TERHAD

6
TERHAD
6. Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Berbuat Jasa

Buatlah jasa wahai teruna,

Hidupmu biar memberi guna,
Kamu yang mati jasa tak fana,
Asalkan buahnya elok sempurna.

Banyakkan khidmat besar dan seni,

Serahkan kepada Tuhan Rabbani,
Jasa yang kekal berfaedah murni,
Umur yang kedua bagi insani.

Hidup manusia jangan percuma,

Buatlah bakti budi utama,
Selagi baiknya kekal menjelma,
Si mati hidup selama-lama.

Buatlah baik sedaya upaya,

Hidup berbakti memberi cahaya,
Sumbu pelita tidak sia-sia,
Terbakar dirinya menerangi raya.

Jangan menilik balas dan puji,

Atau pahalanya dikaji-kaji,
Rasa demikian tamak dan keji,
Padalah baiknya tinting dan uji.

Pahala dan balas jangan dihitung,

Ataupun bintang di dada beruntung,
Asalkan jasamu padat berdentung,
Cukuplah di situ mulai tergantung.

Buatlah baik ayuhai rakan,

Ke dalam laut kamu campakkan,
Jikalau tidak dikenal ikan,
Tuhan tahu iakah bukan.

Harun Mat Piah (Penyelenggara)

7
(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan
Pustaka)

TERHAD

TERHAD

(i) Berdasarkan rangkap ketiga dan keempat dalam Syair Berbuat Jasa, nyatakan dua
nasihat penyair kepada remaja. [3
markah]

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(ii) Pelbagai unsur gaya bahasa digunakan dalam Syair Berbuat Jasa.

Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Berbuat Jasa berserta
dengan contoh yang sesuai. [3
markah]

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab kita patut mengamalkan sikap berbudi
bahasa dalam kehidupan? [4
markah]

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

8
TERHAD

7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.
- 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim

- Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman

- Merenang Gelora karya Ruslan Ngah

Persoalan merupakan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis untuk

mengukuhkan tema dalam sesebuah novel. Persoalan disampaikan melalui
pelbagai cara termasuklah menerusi watak sampingan.

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, nyatakan satu persoalan yang dapat
dikaitkan dengan setiap watak sampingan yang telah ditetapkan. Bagi setiap
persoalan, anda perlu mengemukakan contoh peristiwa yang sesuai.

Novel 6:20 Novel Cempaka Putih Novel Merenang Gelora

Untukmu

Watak Sampingan Watak Sampingan Watak Sampingan

 Rafiq  Satiah  Jamil

Puan Delia/ Ibu
 Sukma  Pak Morit  Cikgu Jailani

Persoalan Yang Dapat Dikaitkan

dengan Watak Sampingan

9
TERHAD BAHAGIAN C

[15 markah]

8. Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100
patah perkataan.

JUMLAH KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

DARI TAHUN 2010 HINGGA 2012

BILANGAN

TERHAD

10
TAHUN 2010 2011 2012

Jenis

Motosikal Kereta Motosikal Kereta Motosikal Kereta

Kenderaan

Bilangan
120156 511861 129017 546702 130080 655813
kemalangan

JUMLAH 632017 675719 785893

*Sumber data : Kementerian Pengangkutan Malaysia 

Berlaku peningkatan dari tahun ke tahun 

Kemalangan kereta lebih banyak berlaku daripada motosikal

TERHAD
11
TERHAD BAHAGIAN D

[30 markah]

9 Gambar di bawah berkait dengan isu pencemaran alam sekitar. Teliti gambar-gambar
tersebut kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan. Anda boleh
memilih untuk menjawab sama ada Soalan 1, Soalan 2, atau soalan 3. Panjangnya
karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Ceramah / Kempen Alam Sekitar Menanam Pokok

Tindakan Undang-Undang Membakar Sampah

Membersihkan Longkang Mengutip Botol

12
(i) Masalah pembuangan sampah sarap secara tidak terkawal telah menyebabkan
berlaku pencemaran di kawasan tempat tinggal anda. Sehubungan dengan itu,
aktiviti gotong-royong telah diadakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti gotong-royong tersebut.

(ii) Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan wajar
dipelihara oleh semua pihak.

Jelaskan usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk memelihara alam sekitar.

(iii) Anda akan mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat
negeri. Tajuk syarahan yang telah anda pilih ialah ‘Menjaga Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama’.

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

13
__________________________________________________________________________

14

Anda mungkin juga menyukai