Anda di halaman 1dari 15

UNIT 1

Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu
soalan Bahagian D.

BAHAGIAN A
(25 markah)

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Mini bas yang dinaiki oleh bapa sesak oleh penumpang.
_________________________________________________________

(ii) Kebun kelapa sawit di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
_________________________________________________________

(iii) Cahaya bintang di langit itu kelihatan sangat balam-berbalam.


________________________________________________________
(iv) Dua orang pelari-pelari negara telah dipilih mengikuti latihan ke luar negara.

_______________________________________________________

(8 markah)

2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Abang saya telah menyertai latihan ketenteraan di Port Dickson.


____________________________________________________

(ii) Encik Ganesh menjawat jawatan guru besar di sekolah itu sejak dua tahun.
____________________________________________________

(iii) Trajedi yang mengorbankan banyak nyawa itu sungguh dahsyat dan
mengerikan.
_____________________________________________________
(6 markah)

1
3. Baca ayat di bawah dengan teliti. Baca dialog di bawah dan tukarkannya kepada cakap
pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

(i) Kamarul : Saya curigalah, jangan-jangan Michael yang mencuri duit awak.
_________________________________________________________

(ii) Joshua: Ah, tak mungkinlah. Bukankah Michael anak orang berada?
_________________________________________________________

(iii) Joshua: Setiap permintaan Michael, pasti ayahnya akan menurutinya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

(iv) Kamarul : Awak jangan terlalu mempercayai seseorang dengan melihat latar
belakangnya.
__________________________________________________________

(v) Joshua : Lupakan saja hal itu, Kamarul. Lagipun duit yang hilang itu hanya
RM10.
_________________________________________________________

(10 arkah)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis satu
peribahasa yang sesuai.

2
(i) -------------------------------------------------------------------------------------

(ii) -------------------------------------------------------------------------------------------------

(4 markah)

3
BAHAGIAN B

1. Baca cerpen “Legasi Tapai Ubi“ di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan

pemahaman berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ironinya, aku tidak pernah melihat bapa dan ibu jemu dengan dunia tapai mereka.

Pagi-pagi lagi bapa akan ke kebun untuk mencabut ubi. Kebun kami bertanah gambut

dan bapa mudah sahaja mencabut berpuluh-puluh pokok ubi. Karung ubi dipikul pulang.

Emak akan mengopek kulit berwarna coklat. Putih bersih ubi kayu yang segar itu

jadinya. Kemudian ubi itu dipotong pendek-pendek, dalam seinci setengah panjangnya.

Akulah yang sering melakukan tugas ini. Memang layak orang memanggilku Parjo

Tapai.
Setelah itu emak akan menjerang air seperiuk besar. Ubi-ubi putih itu direbus

hingga empuk. Dituskan, nampak enak juga. Akan tetapi oleh sebab setiap hari aku

menatap ubi rebus itu, seleraku sudah hilang. Jelak jadinya aku dengan ubi rebus itu.
Emak kemudian meneruskan tugasannya selepas sembahyang isyak. Aku tidak

berapa kisah lagi tugas emak ketika itu. Namun menurut emak, membuat tapai banyak

pantang larangnya. Kononnya, jika pantang larang dilanggar, tapai tidak manis. Kalau

tapai tidak manis orang tidak mahu beli. Namun selama ini, orang tidak pernah

merungut tentang tapai ubi Wak Salikon. Juallah di mana-mana tetap habis. Tetap laris.
Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak. Tekun benar dia. Malah tapai ubi

sudah menjadi mata pencariannya. Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga

tapai ubi. Aku membesar berkat hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat hasil jualan

tapai ubi. Bukan aku sahaja, seluruh adik-beradikku hidup atas berkat usaha emak dan

bapa membuat tapai ubi untuk dijual.


“Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas

ubi rebus di dalam sebuah dulang besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya diam.
(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi” karya Ghazali Lateh dalam antologi

Bintang Hati, Aras Mega (M) Sdn.Bhd

(i) Bagaimanakah aku membantu ibu bapanya dalam proses membuat tapai?

4
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

(3 markah)

(ii) Huraikan perwatakan aku dalam cerpen di atas?

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah industri tempatan mampu bersaing di


pasaran antarabangsa?
______________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
___

(3 markah)

5
2. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK KIJANG YANG LELAH

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema


Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.

Saat itu,
Sebak menyentap dalam kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarnya menuncup di perdu harap.

Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

Bimbang tersadung akar dan jerat


Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
Terus mengorah penuh berhemah
Dengan akal dan hati
Dia tidak lagi gendah
Menyusun gerak dan langkah

Wan Marzuki Wan Ramli


dalam antologi Bintang Hati, Aras Mega (M) sdn. Bhd.

(i) Berdasarkan sajak di atas, apakah maksud sebak menyentap dalam kalbu tersebut?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

( 3 markah )

6
(ii) Jelaskan tema sajak tersebut?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

( 3 markah )

(iii) Pada pendapat anda, jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk

menangani masalah pemburu haram?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

( 4 markah )

7
3. Berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3, huraikan
tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Jawapan anda mestilah
disokong dengan contoh peristiwa yang sesuai. (10 markah)

(i) Novel Hempasan Ombak - Zailiani Taslim

(ii) Novel Tawanan Komander Caucasus - Ruzaini Yahya

(iii) Novel Justeru Impian di Jaring - Zaid Akhtar

(iv) Novel Beruk @ Chot - Azizi Haji Abdullah

8
BAHAGIAN C

(15 markah)

1 Lihat gambar banjir di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

9
BAHAGIAN D

[30 markah]

1 Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180
patah perkataan.

(i) Andaikan anda Setiausaha Pengawas sekolah. Anda diminta menulis laporan Kem Kepimpinan
yang anda lalui.

Tulis laporan anda itu selengkapnya.

(ii) Anda melihat padang permainan di sekolah anda semakin tidak terurus. Tulis surat aduan kepada
pengetua sekolah anda.

Tulis surat itu selengkapnya.

(iii) Amalan ziarah-menziarahi saudara-mara dan jiran semakin dilupakan.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan amalan tradisi yang mulia ini.

KERTAS SOALAN TAMAT

10
Jawapan:

a. (i) Mini bas – bas mini


(ii) diusahakan oleh kami – kami usahakan
(iii) sangat balam-berbalam – sangat berbalam
(i) Dua orang pelari-pelari - dua orang pelari

2. (i) diPort Dickson – di Port Dickson


(ii) gurubesar – guru besar
(i) Trajedi – tragedi

3. (i) Kamarul : Saya curigalah, jangan-jangan Michael yang mencuri duit itu.

Kamarul menyatakan bahawa dia curiga dan menuduh Michael yang mencuri duit itu.

(ii) Joshua : Ah, tak mungkinlah. Bukankah Michael anak orang berada?

Joshua menyatakan tidak mungkin Michael kerana dia anak orang berada.

(iii) Joshua: Setiap permintaan Michael, pasti ayahnya akan menurutinya.

Joshua menyatakan bahawa setiap permintaan Michael pasti dituruti oleh ayahnya.

(ii) Kamarul : Joshua, awak jangan terlalu mempercayai seseorang dengan melihat
latar belakangnya.

Kamarul menasihati Joshua supaya jangan terlalu mempercayai seseorang dengan


melihat latar belakangnya.

11
(v) Joshua : Lupakan saja hal itu, Kamarul. Lagipun duit yang hilang itu hanya

RM10.

Joshua meminta Kamarul melupakan hal tersebut. Tambahan pula, duit yang hilang itu
hanya RM10.

4 (i) Tikus jatuh ke dalam beras

(ii)Bulan dipagari bintang

5 Cerpen “Legasi Tapai Ubi “

(i) Aku membantu ibu bapanya dengan memikul karung ubi. Dia menolong ibunya
mengopek kulit berwarna coklat. Putih bersih ubi kayu yang segar itu jadinya. Kemudian,
ubi itu dipotong pendek-pendek, dalam seinci setengah panjangnya.

(ii) Perwatakan aku dalam cerpen di atas ialah suka membantu ibu bapanya. Dia membantu
ibu bapanya dalam proses membuat tapai. Selain itu, dia seorang yang yang bangga
dengan mata pencarian keluarganya. Dia tidak pernah berasa rendah diri dengan usaha
ibu dan bapa membuat tapai ubi untuk dijual.

(iii) Pada pendapat saya, industri tempatan mampu bersaing di pasaran antarabangsa
dengan melakukan pelbagai penyelidikan bagi mengawal kualitinya. Selain itu, promosi
barangan tempatan perlu dibuat secara global. Di samping itu, barangan tempatan perlu
memenuhi pemintaan luar negara dan seterusnya, barangan tempatan memerlukan
perubahan yang setaraf dengan barangan luar negara.

1. SAJAK KIJANG YANG LELAH

(i) Maksud sebak menyentap dalam kalbu Dedaun resah mula berguguran ialah sang kijang
berasa sangat sedih dan resah. Hal ini demikian kerana kekuatan dalamannya semakin
hilang dan yang tinggal hanyalah harapan.

(ii) Tema sajak tersebut ialah keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi
kehidupan. Kijang tua itu sangat sedih dan berasakan bahawa dirinya tidak dieprlukan lagi
seperti zaman mudanya.

(iii) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menangani
masalah pemburu haram adalah dengan meningkatkan kempen kesedaran terhadap
haiwan yang dilindungi ini. Selain itu, mengenakan denda yang tinggi bagi pemburu
haram. Di samping itu, mewartakan haiwan lindungan ini sebagai hak negara. Kerajaan
juga perlu menghukum pemburu haram dengan hukuman yang berat.

12
7. Berdasarkan novel yang telah anda kaji di tingkatan 3 , huraikan
Tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Jawapan anda mestilah (i)
disokong dengan contoh peristiwa yang sesuai. (10 markah)

(i) Novel Hempasan Ombak - Zailiani Taslim


(ii) Novel Tawanan Komander Caucasus - Ruzaini Yahya
(iii) Novel Justeru Impian di Jaring - Zaid Akhtar
(iv) Novel Beruk @ Chot - Azizi Haji Abdullah

Novel Hempasan Ombak - Zailiani Taslim

Pengajaran pertama ialah kita janganlah mudah berputus asa. Sebagai contoh,
Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah dalam
bidang perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga menghadapi masalah
kewangan. Ramai agen tidak membayar hutang. Selain itu, permintaan batik keluaran
Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak memberangsangkan. Syarikat tersebut dibantu
oleh Tomsiah yang dipanggil Kak Tom.Dia telah berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh
ayahnya. Kak Tom menguruskan tugas pentadbiran dan kewangan. Akhinya dia berjaya.

Pengajaran kedua ialah kita harusnya berani mengambil risiko dalam perniagaan.
Sebagai contoh, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya Hajah Zaoyah tentang
masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu dijual atau ditutup. Hajah
Zaoyah mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan dan berkembang dalam pasaran
batik.Tiba-tiba fikiran Farid terlintas untuk menjual sebahagian aset syarikatnya bagi
dijadikan modal dan membayar hutang. Tambahan pula,Hajah Zaoyah juga sanggup
menggadaikan barang kemas dan tanah demi menyelamatkan syarikat itu. Farid
mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba mencari jalan lain. Farid juga memerlukan
orang yang arif kerana setiap pelaburan melibatkan risiko.

Pengajaran ketiga, kita hendaklah bijak dalam menguruskan sesuatu projek


perniagaan. Farid menceritakan segala masalah yang berlaku kepada Zuraidah.
Zuraidah memberi idea supaya Farid mengubah corak batik tradisional ke kontemporari.
Hal yang demikian kerana cita rasa pelanggan sering berubah-ubah mengikut peredaran
masa. Cadangan Zuraidah disetujui Farid demi membangunkan semula Syarikat Batik
Nusantara.

13
(ii) Novel Tawanan Komander Caucasus - Ruzaini Yahya
Pengajaran yang diperoleh daripada novel ialah kita perlu bersikap baik hati
terhadap rakan. Contohnya Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam
tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yang yang begitu dahaga dan keletihan
sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama Bara dan Dara
Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai oleh Komander Caucasus dan tenteranya.

Seterusnya, pengajaran kedua ialah kita hendaklah mempunyai sikap berdikari


tanpa menyusahkan orang lain. Contohnya, walaupun Farhani merupakan seorang
gadis, dia berusaha mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama Mira dan Chea
Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada daripada rakan lelaki sekelasnya, abang
atau ayahnya.

Selanjutnya, pengajaran ketiga ialah kita ialah kita sewajarnya mengamalkan


hormat-menghormati sesama rakan. Contohnya, Walaupun berlainan agama dan
bangsa, Devnath dan Wei memahami dan amat menghormati cara hidup Haikal sebagai
seorang Muslim apabila mereka faham kelewatan Haikal tiba di tempat mereka berkumpul
disebabkan Haikal menunaikan salat isyak terlebih dahulu.

(iii) Novel Justeru Impian di Jaring - Zaid Akhtar


Pengajaran yang pertama dalam novel ini ialah kita haruslah bertanggungjawab
terhadap ibu bapa kita. Contohnya,Syahir kerap balik ke Bandar Baru Bangi untuk
menjenguk emaknya di sana.Pada masa yang sama,Syahir melawat emaknya yang
menghidap strok di hospital sebelum dia berangkat ke Jakarta.

Pengajaran kedua ialah, kita haruslah berani untuk mengemukakan pendapat.


Contohnya, Syahir berani mengemukakan pendapatnya bahawa dia tidak bersetuju
dengan tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan ranking dunia dalam pemilihan
pemain bagi kejohanan dunia di Jakarta. PBSM telah menukarkannya kepada prestasi
semasa kejohanan Terbuka Johor untuk pemilihan mewakili negara.

Pengajaran ketiga ialah, kita janganlah mudah berputus asa. Sebagai contoh,
Syahir tetap menjalani latihan seperti biasa meskipun dia tidak berjaya ke Jakarta.

14
(iv) Novel Beruk @ Chot - Azizi Haji Abdullah
Pengajaran yang pertama, kita hendaklah bersabar menghadapi sesuatu
keadaan. Sebagai contoh, apabila Pon hilang pada suatu pagi, Lias berusaha mencari
Pon sehingga lewat datang ke sekolah dan dimarahi oleh gurunya Cikgu Sunan. Tindakan
Cikgu Sunan menampar pipi Lias telah menambahkan kekecewaan Lias.

Pengajaran kedua ialah kita hendaklah sentiasa menjaga hati orang lain. Kekuatan
perwatakan Lias terpamer apabila dia sangat menjaga hati semua orang yang
disayanginya. Walaupun dia mengalami kesakitan akibat telinganya bernanah, dia tidak
pernah menceritakannya kepada ibu dan rakannya Som. Lias berusaha menanggung
perbelanjaan keluarga dan rawatan ibunya yang lumpuh.

Pengajaran ketiga, kita hendaklah rajin tidak mengira tempat. Akibatnya, Lias
langsung tidak hadir ke sekolah, tetapi masih tetap mengulang kaji pelajarannya.
Kegagalan Lias hadir ke sekolah telah menyebabkan Cikgu Sunan mula menyedari
kesilapannya. Cikgu Sunan akhirnya datang ke rumah Lias. Akhirnya beliau mengetahui
kesusahan Lias dan berusaha untuk membantu.

15

Anda mungkin juga menyukai