Anda di halaman 1dari 4

SOALAN-SOALAN PERIBAHASA SPM DENGAN JAWAPAN (TAHUN 2004 HINGGA

2017 ) UNTUK RUJUKAN PELAJAR


Soalan SPM 2017
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan tiga peribahasa sesuai dengan situas di
dalam dialog:-
Dr. Hameed : Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura kerana sikap ini boleh
merenggangkan hubungan sesama jiran.

Rajesh            :  Betul tu  Dr Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malah 
                          kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada jiran-jiran yang susah.

Mei Ling         :  Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan
                           kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan.

Rajesh            :  Saya setuju dengan pendapat Mei Ling.

Soalan SPM 2016


Berikan maksud peribahasa berikut:-
(i)      Di mana kemahuan di situ ada jalan.
(ii)    Indah khabar dari rupa.
(iii)   Alah biasa tegal biasa.

Soalan SPM 2015


Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir dengan peribahasa di bawah:-
(i)         Seperti embun di hujung tanduk
(ii)       Bagai pinang dibelah dua
(iii)      Masuk kandang kambing mengembek, masuk kendang kerbau menguak.

Soalan SPM
SPM 2014

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Menurut sahaja kehendak orang lain.


(ii) Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.
(iii) Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.

]
SPM 2013

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.


(ii) sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga.

SPM 2012

Berikan maksud peribahasa di bawah.


(i)  Membaca jambatan Ilmu.
(ii)  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

SPM 2011

Baca maksud peribahasa dibawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud peribahasa tersebut.

(i)    Pasangan yang sepadan


(ii)   Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
(iii)  Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal.

SPM 2010

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

         Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara.
Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di
samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.
         Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana
________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah
permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan
prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana
________(iii)__________.

SPM 2009

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong
dalam dialog tersebut.

Ayah        : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya
dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

Syafik      : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah        : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak,
berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara,
bak kata peribahasa _______(ii)_________

Syafik      : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah       : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak banyaknya
kerana _________(iii)_________
SPM 2008

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

SPM 2007

Berikan maksud peribahasa di bawah.


(i) Bahasa Jiwa Bangsa
(ii) Bagai dakwat dengan kertas
(iii) Seperti air dalam kolam

SPM 2006

Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk
diisikan pada tempat kosong.
Amir     :  Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.

Sofea    : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.

Amir     : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan
keadaan, kerana ___________(i)_________________

Sofea    : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa
Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah ________(ii)__________________

Amir     : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritika dengan
lebih berkesan kerana ____________(iii)__________________

Soalan SPM 2005

(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya
tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak
dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
Soalan SPM 2004 

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu
sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebalinya mereka
akan kehilangan segala-galanya.

Jawapan:
1
2
3

Anda mungkin juga menyukai