Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM MOTIVASI SILANG GAGAL SPM 2016

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3(a) MEMBINA AYAT

Tips Membina Ayat

A Siapa/buat apa/di mana/bila


Contoh Aishah berjalan kaki ke sekolah pada setiap hari.
B Bila/siapa/buat apa
Contoh Kelmarin, Haris menulis surat untuk kawannya.
C Siapa/buat apa/kenapa
Contoh Pihak sekolah memberi latihan intensif kepada pelajar
yang akan menduduki SPM.

LATIHAN 1
(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) media sosial -

(ii) litar pintas -

(iii) masyarakat majmuk -

(iv) derma kilat -

(v) pakar bedah -

(vi) bencana alam -

LATIHAN 2
(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) baku - beku

(ii) catat - cacat

(iii) bedak - budak


PROGRAM MOTIVASI SILANG GAGAL SPM 2016

Soalan 3(b)
LATIHAN 1
(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang
berikut;
Subjek : _________________________________________________
Predikat : _________________________________________________

(i) Pahlawan berlima saudara itu mengawal istana raja.


(ii) Berjaya juga akhirnya pendaki itu.
(iii) Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja di negara kita
(iv) Hari kebangsaan disambut meriah oleh warga Malaysia pada setiap tahun.
(v) Atlet paralimpik itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan
Paralimpik di Rio baru-baru ini.
(vi) Sejak di bangku sekolah lagi abang terkenal dengan sikapnya yang ringan
tulang.

JAWAPAN :
Bil Subjek Predikat
i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

LATIHAN 2

(b) Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.


(ii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

JAWAPAN :

i) .................................................................................................................
ii) .................................................................................................................
iii) .................................................................................................................

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama
PROGRAM MOTIVASI SILANG GAGAL SPM 2016

Anda mungkin juga menyukai