Anda di halaman 1dari 4

SET 2

UJIAN BERTULIS
Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan
daripada Bahagian D.

Bahagian A
(25 markah)
1. Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan bahasa. Gariskan empat kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin petikan itu semula.

Setengah anggota masyarakat di negara ini beranggapan bahawa pemuliharaan bangunan


lama merupakan suatu perkara yang baharu. Pelbagai usaha pemuliharaan bangunan lama harus
dilaksanakan oleh kita. Hal ini demikian bagi memastikan bangunanbangunan yang memiliki
warisan sejarah, seni bina dan budaya dapat dikekalkan untuk tatapan generasi di masa kini dan
akan datang. Sebagai contohnya, Bandar Melaka telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan
Dunia sebagai usaha mengekalkan bangunan lama di negeri Melaka.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)

[8 markah]

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenai pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Premis yang baru slap ini turut dilengkapi oleh alat penggera berteknoloji canggih demi
keselamatan penghuninya.

(ii) Puan Aminah telah membuka sebuah kefetaria di kawasan komersial yang baru dibuka itu.

(iii) Kita harus menggunakan bahasa yang sopan apabila berintraksi dengan orang lain.

[3 markah]
3. Cerakinkan ayat majmuk di bawah supaya menjadi dua ayat tunggal.

(i) Abang keletihan selepas pulang dari sekolah lalu tertidur di atas sofa.

(ii) Beberapa jalan yang dinaiki air di kawasan itu ditutup sementara waktu.

(iii) Borhan dan abangnya pergi ke Karnival Pendidikan.

(iv) Kami berasa sangat sedih kerana Cikgu Farina akan berpindah.

(v) Walaupun nenek demam dia tetap tidak mahu pergi ke klinik.

[10 markah]

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

(i)
(ii)

[4 markah]

Bahagian C
(15 markah)

8. Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan makiumat yang terdapat dalam rajah tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Bahagian D
(30 markah)
9. Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.

(i) Anda dan rakan anda sedang duduk-duduk sambil berbual-bual tentang konsep pelancongan
kesihatan.

Tulis perbualan tersebut selengkapnya.

(ii) Pelbagai kempen dilaksanakan untuk melahirkan masyarakat penyayang demi mewujudkan
suasana negara yang harmoni dan aman damai.
Nyatakan Iangkah-langkah yang harus dilakukan demi melahirkan rakyat Malaysia sebagai
masyarakat penyayang.

(iii) Pihak sekolah mengadakan majlis jamuan sebagai tanda penghargaan terhadap kejayaan
anda dalam sukan olahraga peringkat dunia. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis
itu.

Tulis teks ucapan itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai