Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN 2

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata


adjektif dan dua kata kerja. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kerajaan elektronik dapat diwujudkan melalui MSC. Melalui MSC,


banyak urusan kerajaan akan dijalankan secara, berteknologi maklumat.
Kerja mengurus dokumen, pemohonan dan lesen menjadi tepat dan cekap.
Data dapat diproses dengan segera dan urusan dengan kerajaan tidak lagi
menakutkan dan membebankan. Hal ini akan menjimatkan masa, tenaga
dan wang kerajaan serta rakyat. Pentadbiran negara akan menjadi lebih
cepat dan cekap. Dengan ini Malaysia akan lebih cepat mencapai
wawasannya. Sekolah bestari juga akan diwujudkan di mana bidang
multimedia akan digunakan di sekolah-sekolah tersebut. Sekolah
mendapat maklumat dunia melalui sidang video dan internet dan pelajar
akan belajar mengikut kemampuan mereka. Bagi pelajar pintar, mereka
bebas melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Mereka tidak
disekat oleh faktor kelas dan usia. Guru hanya menjadi pembimbing
sahaja dan bakat pelajar ini tidak sia-sia. Cara ini akan melahirkan lebih
banyak cendekiawan.

Anda mungkin juga menyukai