Anda di halaman 1dari 2

DIDIK

PUSAT TUISYEN BAHASA MELAYU

TEL NO : 016 88 22 114 / 215415 [ CIKGU CHAI MIN SEN ] TAHUN 2011
KESAN-KESAN PENGGUNAAN KAD KREDIT T4/ T5
Kini, penggunaan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang kian menjadi kebiasaan
dalam masyarakat kita. Apakah kesan-kesan penggunaan kad kredit?
Pendahuluan
Duit plastik- sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini. Pengganti wang tunai- penggunaannya semakin
popular. Mudah dipohon (gaji RM1800/thn). Memberi kesan baik dan kesan buruk kepada pemiliknya.
Kesan baik
1. Menyenangkan urusan seharian
-pemegang kad boleh membayar bil-bil seperti bil elektrik, air, telefon serta membeli-belah melalui melayari laman
sesawang tertentu
-cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, usah risau bahawa wang tunai yang dibawa tidak
mencukupi
-bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad
2. Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin
-Pemilik kad kredit tidak bimbang - kurang risiko kecurian
-Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, maka menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
-Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan supaya kad dan butir-butir diri tidak
akan disalahgunakan - pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi
-kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai - sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan
pemilik kad - tandatangan
3. Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
-Dalam situasi tertentu terutamanya semasa kecemasan, membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah
anak-anak, kos perubatan ahli keluarga yang membebankan sekiranya gaji belum lagi diperoleh.
4. kemudahan pinjaman tunai
-boleh mengatasi kes-kes kecemasan-boleh membuat overdraf
-menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu
5. tawaran istimewa
-perlindungan insurans - insurans kemalangan, insurans perjalanan
-hadiah promosi - telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian
-kadar faedah rendah atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu
Kesan buruk
1. Melahirkan masyarakat yang suka berhutang dan budaya berbelanja yang kurang sihat dan tidak terkawal
-Pemegang kad kredit bebas berbelanja mengikut nafsu/ tanpa had-Kemudahan kad kredit menggalakkan pemegang kad berbelanja lebih daripada pendapatan mereka
-Sikap suka berhutang boleh menyebabkan individu terjebak dalam masalah meminjam wang daripada lintah darat.
-dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun
-boleh diisytiharkan muflis- hudup menjadi menderita
2. Mudah melakukan penipuan
-urusan menggunakan komputer - mudah berlaku penyelewengan
-maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan
-kad boleh diklonkan - digunakan oleh orang lain untuk berbelanja
-pemilik menanggung akibat buruk - proses mahkamah yang menyulitkan
3. Mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi negara
-Perbelanjaan secara tidak terkawal menjurus kepada masalah permintaan melebihi penawaran.
-Dalam erti kata lain, masalah inflasi di dalam negara akan berlaku dan seterusnya menyebabkan negara terancam oleh
kemelesatan ekonomi
-harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran

DIDIK

PUSAT TUISYEN BAHASA MELAYU

TEL NO : 016 88 22 114 / 215415 [ CIKGU CHAI MIN SEN ] TAHUN 2011

Kesimpulan
-Pengguna harus berdisplin
-boleh mengawal diri ketika berbelanja

Anda mungkin juga menyukai