Anda di halaman 1dari 2

Karangan Nilai-nilai Murni Terhakis Dalam Diri Masyarakat Kita

Nilai-nilai murni semakin dilupakan oleh masyaraat hari ini.


Jelaskan.
Nilai-nilai murni merujuk perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh seseorang
itu. Nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya negara yang memberi
penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang. Cuma perkara yang dikesalkan dalam
aspek ini ialah remaja zaman ini sudah mula melupakan nilai-nilai murni ini. Jadi,
memang ada banyak nilai murni yang sudah dilupakan oleh masyarakat kita.
Nilai murni menghormati ibu bapa sudah lama terhakis dalam diri remaja kita kini.
Mereka menganggap ibu bapa terutama yang sudah tua sebagai satu bebanan yang tidak
harus dipikul oleh mereka. Semakin ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka
ke rumah orang tua dengan alasan tidak mampu untuk menjaga makan minum mereka
atau memberi perhatian kepada orang tua mereka. Oleh itu, nilai menghormati ibu bapa
ini harus dipupuk semula demii keharmonian keehidupan masyarakat.
Selain itu, kita sudah lama tidak melihat atau mendengar nilai murni bekerjasama dalam
masyarakat kita. Keadaan masyarakat yang mementingkan kebendaan atau
mengutamakan aspek individualistik telah meembawa pupusnya skap bekerjasama ini.
Kita mempunyai anggapan bahawa kita berupaya hidup bersendirian dalam alaf yang
serba moden ini dengan terciptanya pelbagai rekaan teknologi yang serba canggih.
Sebenarnya, kita semua lupa bahawa asas kejayaan dalam kehidupan dunia moden masih
lagi mengutamakan aspek kerjasama.
Malahan, aspek kesopanan dalam aktiviti perbualan semasa masyarakat turut berubah.
Kita tidak lagi menggunakan bahasa yang sopan apabila berbicara dengan orang lain.
Sudah ramai antara kita yang lupa untuk menggunakan pangkat panggian yang betul atau
sesuai ketika berbual dengan orang lain. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pelbagai
masalah yang membawa wujudnya perasaan tidak suka antara satu sama lain ekoran
penggunaan bahasa yang kasar dan menyinggung perasaan seseorang itu. Jelaslah, nilainiai kesopanan ketika berbicara telah dianggap ketinggaan zaman oleh masyarakat kita.
Tambahan pula, aspek kejujuran yang sering diutamakan dalam nilai-nilai murni turut
menjadi lenyap kerana sikap masyarakat kita sendiri. Amalan rasuah yang semakin
berleluasa telah menjadi bukti betapa nilai-nilai kejujuran tidak ada wujud dalam sahsiah
orang kita kini. Semua perkara dilakukkan kerana mempunyai sesuatu agenda yang
khusus atau membawa keuntungan peribadi kepada seseorang. Sesungguhnya, kita sudah
melupakan nilai kejujuran ini sehingga kejujuran menjadi satu ciri manusia yang sukar
untuk ditemui dalam diri kita.
Kesimpulannya, semua nilai-nilai murni yang dijelaskan di atas telah hilang kerana sikap
kita yang tidak memandang tinggi atau menghargai nilai-nilai murni itu. Masyarakat kita

meletakkan nilai-nilai murni sebagai satu perkara kecil yang boleh ditukar ganti dengan
kemodenan masyarakat dunia. Sekiranya masalah ini tidak dipantau dengan berkesan
nilai-nilai murni ini akan terus hilang dalam benak masyarakat kita. Cuba kita
renungkan?
9:05 1
Sunday, February 24, 2008

Anda mungkin juga menyukai