Anda di halaman 1dari 4

SET 6

UJIAN BERTULIS
Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan
daripada Bahagian D.

Bahagian A
(25 markah)

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak pet-1u
menyalin petikan itu semula.

(i) "Encik Adnan adalah pengusaha resort ini," kata pemandu pelancong sambil memperkenalkan
pengurus resort itu.

(ii) Para pengunjung bukan dibenarkan membuang sisa-sisa makanan atau sampah di kawasan
pantai itu.

(iii) "Sungguh cantik amat terumbu karang di Pulau Redang ini," kata Susila.

(iv) Lima orang pelancong-pelancong dari Australia itu tidak sabar-sabar lagi untuk menaiki
kereta kabel di Gunung Mat Cincang.

[8 markah]

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenai pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) "Saya sungguh gembira apabila dapat bergambar dengan jagoh renang itu," kata Razlan.

(ii) Pasukan renang negara berjaya melayakkan diri ke Sukan Komenwel di Gold Coast.

(iii) Para atlit hendaklah menjaga amalan pemakanan mereka supaya kekal sihat dan bertenaga.
[3 markah]
3. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i) (a) Amri menyertai pasukan kadet polis sekolah.


(b) Dia ingin menjadi anggota polis.

(ii) (a) Kebanjiran pendatang asing menjejaskan ketenteraman masyarakat tempatan.


(b) Kebanjiran pendatang asing menjejaskan sumberekonomi masyarakat tempatan.

(iii) (a) Puan Zanariah mengalami kecederaan di tangannya.


(b) Beg tangannya diragut oleh seorang lelaki.

(iv) (a) Pihak imigresen memeriksa pasport sekumpulan warga asing itu.
(b) Pihak imigresen memastikan mereka masuk ke negara ini secara sah.

(v) (a) Amalina sentiasa membantu rakannya.


(b) Rakannya Iemah dalam mata pelajaran Matematik.

[10 markah]

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan clalam gambar tersebut, tulis satu
peribahasa yang sesuai.

Bahagian C
(15 markah)
8. Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya hendaklahantara 80 hingga 100 patah perkataan.

Bahagian D
(30 markah)

9. Gambar di bawah berkait dengan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Teliti
gambar-gambar tersebut, kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan. Anda
boleh memilih untuk menjawab sama ada Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. Panjangnya
karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

SEMANGAT KEJIRANAN

(i) Anda telah melibatkan diri dalam program Hari Keluarga yang diadakan di kawasan
perumahan anda.
Jelaskan manfaat yang anda peroleh melalui program Hari Keluarga tersebut.

(ii) Semangat kejiranan seharusnya dipupuk dalam jiwa rakyat Malaysia yang berbilang kaum
bagi mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan aman damai.
Huraikan usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara
ini.

(iii) Baru-baru ini, Persatuan Penduduk Taman Harmoni telah mengadakan program Gotong-
royong Perdana. Sebagai wartawan akhbar tempatan, anda ditugaskan untuk menulis berita
tentang program gotong-royong tersebut.
Sediakan berita itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai