Anda di halaman 1dari 1

Panduan untuk Menulis Peribahasa dalam Karangan

Saya mengambil kesempatan dalam laman ini untuk memberikan panduan tentang
penggunaan peribahasa dalam karangan. Banyak calon SPM pada tahun ini yang
mengemukakan pertanyaan tentang cara penulisan peribahasa tersebut sama ada
menggunakan tanda petik atau tidak. Untuk menjawab segala kemusykilan tersebut, saya
ingin menjelaskan beberapa cara penulisan peribahasa tersebut seperti yang di bawah ini:
1. Menggunakan satu tanda petik `
Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang
difokuskan.
Contoh:
Peribahasa usaha tangga kejayaan perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sesiapa sahaja
yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini.
2. Menggunakan dua tanda petik .
Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi,
iaitu seolah-olah `pepatah itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau
berkata-kata.
Contoh:
(a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,kalau hendak
melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
(b) Orang tua-tua mengatakan, jauh perjalanan, luas pengalaman.(Tiada kata hubung
`bahawa')
3. Tanpa menggunakan tanda petik
Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu
digunakan.
Contoh:
(a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
(b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu
mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa')
Dengan penjelasan ini, diharapkan segala kekeliruan yang timbul selama ini dapat
diselesaikan. Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2008
Posted by agy7500 at 4:33 AM 0 comments
Saturday, November 8, 2008

Anda mungkin juga menyukai