Anda di halaman 1dari 3

9 OGOS 2013

[PENERAPAN PERIBAHASA DALAM KARANGAN]

OLEH: MUNSYI BESTARI Tidak dapat dinafikan, gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, ungkapan menarik, kata hikmat, dan frasa antara antara kriteria untuk memperoleh markah cemerlang (80 100). Kesalahan-kesalahan yang kerap ditemukan dalam karangan pelajar/calon SPM ialah penerapan peribahasa dalam karangan;mereka jahil tentang cara menulis peribahasa dalam karangan. Oleh hal yang demikian, saya mengambil prakarsa untuk memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara penulisan peribahasa dalam karangan. Antara cara-cara penulisan peribahasa/kata hikmat adalah seperti berikut: 1. Menggunakan satu tanda petik ..... anda petik jenis ini dimanfaatkan bagi menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan. Contohnya: >>Kata hikmat muafakat itu berkat perlu dijadikan pegangan dalam masyarakat, terutamanya dalam kalangan penduduk kawasan perubahasa, untuk menzahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. (muafakat itu berkat = sikap bekerjasama membawa manfaat kepada semua pihak) >>Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, karangan yang tepu dengan stail yang keinggerisan tidak digalakkan. Dalam perjuangan ini, kita perlu berpegang pada kata hikmat hilang bahasa lenyaplah bangsa. (hilang bahasa lenyaplah bangsa = sesuatu bangsa itu tidak dikenali lagi jika bahasanya tidak digunakan lagi) >>Pepatah sekali jalan kena, dua kali jalan tahu hendaklah dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengecap nikmat kejayaan dalam hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran. www.bahasamalaysia.org Page 1

9 OGOS 2013

[PENERAPAN PERIBAHASA DALAM KARANGAN]

(sekali jalan kena, dua kali jalan tahu = setelah melakukan kesilapan sekali, seseorang akan beringat-ingat agar kesilapan itu tidak berulang) 2. Menggunakan dua tanda petik ..... Tanda dua petik dimanfaatkan untuk maksud konsep cakap ajuk ataupun unsur personifikasi, yakni seolah-olah pepatahitu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata: Contohnya: >>Dalam usaha mendidik anak-anak agar menjadi insan modal yang berjati diri terpuji, ibu bapa hendaklah melakukan anjakan paradigma dengan menjadi cermin perbandingan yang baik bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya; bagaimana contoh, begitulah gubahannya; bagaimana rupa, begitulah bayangnya. (bagaimana acuan, begitulah kuihnya; bagaimana contoh, begitulah gubahannya; bagaimana rupa, begitulah bayangnya = perangai anak biasanya mengikuti orang yang mengasuhnya) >>Hampir saban malam, Mahmud bersengkang mata untuk menelaah muka bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke (berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, demi kesenangan pada masa hadapan) pelajaran, selain mengikuti kelas tuisyen untuk bekalan hari tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. bersenang-senang kemudian = sanggup bersusah payah

>>Jasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan daripada pihak Inggeris masih disanjung oleh masyarakat bak kata pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. (=harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama = budi dan jasa seseorang akan dikenang walaupun setelah orang itu tiada lagi) >>Orang tua-tua mengatakan, jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Oleh itu, kita hendaklah mengembara ataupun melancong demi meluaskan pengetahuan dan pengalaman. (Nota: Tiada kata hubung komplemen bahawa) 3. Tanpa menggunakan tanda petik Jika ayat berkenaan ayat cakap pindah (bahawa) ataupun keterangan (kerana), tanda petik tidak perlu digunakan. Contohnya: >>Waima menghadapi masalah tenaga kerja, Encik Kamal tetap meneruskan usahanya bagi menyiapkan rumahnya itu kerana baginya alang-alang mandu biar basah. (alang-alang mandu biar basah = sesuatu perkara itu hendaklah diselesaikan jika dimulakan) >>Dalam pilihan raya baru-baru ini, Encik Ramlee dilantik menjadi wakil rakyat meskipun beliau baru menceburi bidang politik kerana benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau. www.bahasamalaysia.org Page 2

9 OGOS 2013

[PENERAPAN PERIBAHASA DALAM KARANGAN]

(benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau = orang yang latar belakangnya senantiasa beruntung biar di mana-mana sekalipun dia pergi) >> Ibu bapa seyogia menjadi peranan model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitu kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya; bagaimana rupa begitulah bayangnya. (bagaimana acuan begitu kuihnya = perangai anak biasanya mengikuti orang yang mengasuhnya) CONTOH-CONTOH PENERAPAN PERIBAHASA DALAM AYAT: 1. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa ....................................... 2. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa ................................... 3. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa ........................................ 4. Orang tua-tua pernah berkata ................................... 5. Senario ini boleh dijelaskan melalui peribahasa ................................... 6. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa ................................... 7. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak-anak sejak kerana ............................................ 8. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata pepatah ................................... 9. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana .................... 10. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat .................................. 11. Sikap seperti ........................................ perlu dielakkan, sebaliknya sikap ........................... perlulah diamalkan dalam masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan. 12. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat ...................................... Dengan pendedahan penerapan peribahasa dalam ayat ataupun dalam karangan, diharapkan bahawa kemusyikilan tentang penggunaan peribahasa dengan betul sedikit banyak dapat diselesaikan. Para pengguna bahasa, terutamanya guru-guru bahasa dan anak-anak didik, mengorak langkah sederap agar menjernihkan dan memartabatkan bahasa Melayu. www.bahasamalaysia.org

Marilah kita betulkan yang biasa, dan kita biasakan yang betul.
www.bahasamalaysia.org Page 3

Anda mungkin juga menyukai