Anda di halaman 1dari 7

KAEDAH MENGHASILKAN KARANGAN BERTARAF A+

MENGGUNAKAN KAEDAH DAN PENDEKATAN JADUAL


PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN UNTUK PERENGGAN
PENGENALAN, PERENGGAN ISI DAN PENUTUP.

☺ Kaedah atau pendekatan mengarang menggunakan


Jadual Pengembangan Idea Karangan.

☺ membantu pelajar menghasilkan karangan Cemerlang


Bertaraf A+

☺Dengan jadual pengembangan idea ini, pelajar akan


dilatih untuk mengisi setiap ruangan jadual
pengembangan idea agar kriteria karangan
cemerlang yang dikehendaki pemeriksa diaplikasi
pelajar semasa mengarang.
☺ Pelajar mengarang
(1) tanpa panduan
(2) binaan ayat kucar-kacir, tidak gramatis,
(3) tiada unsur KBAT yang ditekankan dewasa ini
(4)tidak memasukkan peribahasa atau frasa dan
istilah menarik.

☺ Jadual pengembangan idea karangan terbahagi


kepada tiga fokus:-
1. Pengembangan idea bahagian pengenalan
karangan.
2. Pengembangan idea bahagian isi karangan.
3. Pengembangan idea bahagian penutup
karangan.
☺Pengembangan idea bahagian isi karangan
bergantung kepada karangan yang perlu dihasilkan,
sama ada karangan berpandu ( 4 isi), karangan
umum ( 5 isi ).
➢ JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN
PENGENALAN:-

PERKARA PENERANGAN
LAGU/ AYAT
QURAN/KATA-
KATA BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH
PEMIMPIN, PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT
BERITA, DAN MEMBERI KESAN KEPADA PEMERIKSA.
RUJUK JENIS-
JENIS SILA RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG BOLEH
PENGENALAN DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN.
YANG PERNAH
SAYA TULIS
DALAM BLOG
INI.
AYAT AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA
RANGSANGAN 1 TERUS MEMBACA
Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan
dipillih………jelaslah bahawa ...........................
………..isu/ tema karangan, berdasarkan tajuk karangan
dipilih.
AYAT AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN
RANGSANGAN 2 RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA
KARANGAN PELAJAR SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………
AYAT MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP
RANGSANGAN 3 KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga…………………….
FRASA PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK
MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA,
KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN
SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin
tuliskan nama/ Firman
Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit
UNSUR KBAT KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA
UMUM
Sekiranya……………………akibatnya. …………………….
AYAT ARAHAN MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -
BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….

Peringatan:- Penanda wacana di atas sebagai contoh untuk memandu pelajar


memulakan ayat pada ruangan jadual pengembangan idea. Pelajar yang mahir
mengarang mempunyai cara tersendiri untuk memulakan ayat berkenaan. Nescaya
selepas menggunakan jadual berkenaan pelajar akan mendapati perenggan
pengenalannya akan berkembang dan menunjukkan kematangan serta ayatnya
diwarnai dengan bahasa yang menarik.

➢CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN


IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN
LAGU/KATA- Negaraku
KATA PEMIMPIN, Tanah tumpahnya darahku,
BERITA, DAN Rakyat hidup
RUJUK JENIS- bersatu dan maju,
JENIS
PENGENALAN Rahmat bahagia
LAIN YANG Tuhan kurniakan,
PERNAH DIBERI Raja kita
selamat bertakhta,

AYAT Lirik lagu Negaraku di atas meninggalkan kesan yang


RANGSANGAN 1 mendalam dalam hati saya sebagai seorang warganegera
Malaysia.
AYAT Sekiranya, lagu kebangsaan ini tidak mengusik jiwa
RANGSANGAN 2 pendengarnya, sudah pasti mereka bukanlah rakyat Malaysia
sejati.
AYAT Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita
RANGSANGAN 3 perlu berkorban apa sahaja tamsilnya aktiviti yang kita
lakukan contohnya dalam bidang sukan.
FRASA MENARIK Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama.
AYAT Para atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar
RANGSANGAN Dahari, Dato’ Nicol Ann David, Dato’ Misbun Sidek, Dato’
Lee Chong Wei dan banyak lagi atlet negara telah mewarnai
sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara
terbilang dalam acara sukan.
UNSUR KBAT Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama
negara di persada dunia, sudah pasti nama negara tidak akan
dikenali oleh masyarakat dunia.
AYAT ARAHAN Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan
sukan negara, kerana mutu sukan negara ada pasang dan
surutnya.
Pada masa yang sama, pelajar perlu bijak menyelit istilah
menarik:- contoh seyogia, cakna, gajet, mendominasi, dan
sebagainya. ( Kemahiran ini akan diperoleh sekiranya
pelajar rajin membaca yang akan memperkaya kosa kata
atau perbendaharaan kata ).
Tanpa latihan yang kerap, pelajar sukar untuk
mengaplikasi penghasilan karangan bertaraf A+ kerana,
kaedah dan pendekatan ini memerlukan latihan yang
berterusan. Siapa kata untuk mendapat markah A+
mudah...tetapi tidak mustahil diperoleh jika pelajar
berusaha kerana usaha tangga kejayaan.

PENDEKATAN ATAU KAEDAH JADUAL


PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN BAHAGIAN
PERENGGAN ISI KARANGAN (UMUM)

Pelajar perlu tahu, banyak markah tertumpu


kepada bahagian isi dan menjadi penentu untuk
pemeriksa memberi markah kepada pelajar sama
ada A+, A, A-, B+, B, C+,C, D, E atau G.

Sekiranya karangan bahagian isi pelajar


bermasalah, jangan harap dapat cemerlang A+, A, A-
justeru, pelajar perlu mahir mengembangkan idea
pada bahagian perenggan ini, di samping mengelak
melakukan kesalahan sama ada ejaan, tanda baca,
dan binaan ayat. Kesalahan berkenaan akan
menyebabkan impresion pemeriksa akan terkesan,
impaknya markahpun turun.
➢JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN
PERENGGAN ISI (UMUM)

TEMA/ KATA PELAJAR MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI- YANG


KUNCI ISI HENDAK DITULIS
( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
AYAT HURAIAN AYAT HURAIAN ISI.
1 (MENGAPA- TENTANG ISI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MEMULAKAN AYAT ISI:-
AYAT HURAIAN AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
2 ( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU
TERJADI)
AYAT HURAIAN AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
3 (KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI
SELANJUTNYA )
AYAT CONTOH AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK
MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN
CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
UNSUR KBAT SEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA
TIDAK…….KESANNYA……..
FRASA PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK
MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA,
KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN
SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK
BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG
DALAM JADUAL PENGEMBANGAN ISI
AYAT PENEGAS TEGASKAN SEMULA ISI
KONKLUSINYA/TELAH TERANG LAGU
BERSULUH/JELASNYA/ TEGASNYA…………..TULIS
SEMULA ISI YANG DIFOKUS

➢CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN


IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN

➢CONTOH JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA


BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA

Kata Kunci Isi Pada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang
sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan
kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka
sebagai atlet bertaraf dunia.
Ayat huraian 1 Hal ini demikian kerana, dengan adanya imbuhan lumayan
atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh
mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet
besar dunia.
Ayat huraian 2 Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah
mencurahkan keringat dan berjaya dipersada dunia diberi
imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan
mengatasi jaguh-jaguh sukan ternama dunia.
Ayat huraian 3 Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama
dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan
paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan
sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka
setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.

Ayat contoh Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang
telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet
dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod
sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil.
Ayat Berunsur Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan
KBAT negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara
maju.
Ayat Berunsur Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya
KBAT dalam bidang sukan agak sukar.
Frasa menarik Peribahasa Melayu ada mengatakan di mana ada gula, di situ
ada semut.
Ayat penegas Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada
atlet dapat memajukan bidang sukan negara.

➢JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN


PENUTUP:-
➢JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN
PENUTUP KARANGAN
PERKARA KETERANGAN
Ayat Ayat untuk permulaan penutup perenggan
Konklusinya……………………………………………………
Penyimpul
Ayat Seyogia ……………..
cadangan
Ayat Oleh sebab itu, ……………………….
cadangan
Ayat
Tambahan pula, …………………………..
cadangan
Frasa Hal ni kerana …………………………………
menarik
Ayat InsyaAllah, sekiranya……………………………….
harapan

➢CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN


IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN

➢JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN


PENUTUP KARANGAN
PERKARA KETERANGAN
Ayat Konklusinya, usaha untuk memajukan sukan negara adalah
tanggungjawab bersama.
Penyimpul
Ayat Seyogia sukan sememangnya elemen penting dalam
pembentukan insan seimbang dan pembentukan negara jaya.
cadangan
Ayat Oleh sebab itu, semua pihak perlu berusaha membudayakan
aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat terutama golongan
cadangan muda.
Ayat Tambahan pula, ibu bapa merupakan orang paling hampir dan
bertanggungjawab mencorak kehidupan anak-anak kerana
cadangan anak-anak ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang
mencorakkanya supaya mereka berjinak-jinak melibatkan diri
melakukan aktiviti yang bermanfaat ini.
Frasa Hal ni demikian kerana untuk pembentukan insan paling
efektif dilakukan semasa kecil lagi kerana melentur buluh
menarik biralah daripada rebungnya.
Ayat harapan InsyaAllah, sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya seharian
masyarakat, usaha kerjaan untuk melahirkan lebih ramai atlet
negara dan jika tidakpun akan melahirkan masyarakat yang
sihat untuk membangunkan negara tercinta.

SEMOGA ANDA BERJAYA MENGHASILKAN


KARANGAN A+
‘ADA USAHA,ADA HASILNYA’

Anda mungkin juga menyukai