Anda di halaman 1dari 16

SEORANG GURU BANYAK BERJASA KEPADA SEORANG MURID KERANA DENGAN ADA 

MEREKA,  MURID MENGENAL HURUF A,B,C DAN SETERUSNYA SERTA DAPAT MEMBACA
DENGAN LANCAR. OLEH SEBAB ITU, SEBAGAI SEORANG MURID, ANDA PERLU MEMBALAS
JASA SEORANG INSAN BERGELAR GURU.
TULISKAN SEBUAH KARANGAN BERTAJUK "CARA-CARA MEMBALAS JASA BAIK SEORANG
GURU."

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN ( JPIPK) SERTA MODUS


OPERANDINYA.

Sebagai makluman pelajar, JPIPK akan saya akan sentiasa membuat


penambahbaikan agar pelajar faham fungsi dan modus operandinya. Oleh sebab itu,
pelajar Kelas 5 Sains, Kelas 4K1 dan 4K2 sila ambil perhatian dan merujuk dengan
lebih kerap Blog Laman Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat. Begitu juga
dengan bahan bahasa, saya akan cuba menambah atau setiap hari sekiranya saya
ada masa senggang.

Cadangan kepada pelajar, gunakan rujukan bahan maya untuk menghasilkan


karangan cemerlang. Selain dapat memudahkan pelajar mengarang, malah dengan
kaedah ini akan menjadikan aktiviti mengarang lebih menarik dan menyeronokkan.
Tambahan pula, saya memberi ruang dan masa yang amat panjang anda
menghasilkan karangan ini sebagai kerja rumah. Harapan saya, pada hari Isnin
anda menghantar karangan ini tanpa sebarang alasan. Anda boleh memulakan
aktiviti menghasilkan karangan ini bermula esok 4/4/2018. Maklumat di hujung jari
dan dunia tanpa sempadan.

1.  Gunakan rujukan maya atau internet untuk mendapatkan maklumat - 


menentukan   jenis   perenggan yang perlu ditulis seperti sajak, lagu, sumber bahan
agama, pendapat     bijak pandai dan penyajak negara yang terkenal seperti Dato'
Usman Awang dan   sebagainya.
2.  Anda juga boleh mendapatkan maklumat yang boleh dijadikan sebagai
pengisian   huraian yang perlu diselitkan memgikut JPIPK.
3.  Mencari frasa menarik yang perlu digunakan.
4.  Anda juga boleh melihat pelbagai contoh karangan cemerlang berkaitan
dengan tajuk.
Gunakan kesempatan dan kemudahan yang anda ada untuk menghasilkan karangan
cemerlang. Sekiranya kemudahan internet tidak anda gunakan sebaik-baiknya,
anda seorang pelajar yang rugi dan malang. Sebagai ingatan, merujuk bahan bukan
perbuatan menciplak atau meniru jika anda membuat pengubahsuaian dan
penambahbaikan semasa mengarang. Menciplak atau meniru terjadi apabila anda
menyalin bahan secara keseluruhan tanpa ada tokok tambah semasa mengarang.

PENGENALAN PILIHAN ( BERDASARKAN JENIS PENGENALAN)


SEBAGAI MAKLUMAN, KAEDAH PENULISAN JENIS PENGENALAN LAGU, PANTUN,
KATA-KATA PEMIMPIN, SAJAK, PETIKAN AKHBAR, DATA (PERATUSAN), SEJARAH
NEGARA, DAN SEBAGAINYA MEMPUNYAI IMPAK YANG TINGGI SEBAGAI TARIKAN
KEPADA PEMERIKSA UNTUK MENENTUKAN KECEMERLANGAN AWAL PENULISAN
KARANGAN PELAJAR. ( SILA RUJUK CATATAN LALU BERKAITAN JENIS-JENIS
PENGENALAN.

PERKARA PENERANGAN
LAGU/ AYAT PADA BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH
QURAN/KATA- PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT
KATA MEMBERI KESAN  MAKSIMUM KEPADA PEMERIKSA. 
PEMIMPIN, KESESUAIAN PEMILIHAN JENIS PENGENALAN
BERITA, SAJAK, MEMERLUKAN KREATIVITI PELAJAR TERUTAMA UNTUK
DAN MEMBUAT PERTIMBANGAN SAMA ADA PENGENALAN
SEBAGAINYA. BERKENAAN SESUAI ATAU TIDAK SEBELUM
RUJUK JENIS- MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN.
JENIS PELAJAR PERLU TAHU JENIS-JENIS PENGENALAN.
PENGENALAN PELAJAR PERLU MEMBUAT LATIHAN DENGAN LEBIH
YANG PERNAH KERAP DAN MEMIKIRKAN JENIS PENGENALAN YANG
SAYA TULIS PALING MANTAP UNTUK MENARIK MINAT PEMERIKSA.
DALAM BLOG SEBAGAI INGATAN PERENGGAN PENGENALAN AMAT
INI. PENTING KERANA PEMERIKSA AKAN MEMBUAT
TAFSIRAN AWAL SAMA ADA KARANGAN PELAJAR
CEMERLANG ATAU SEBALIKNYA.
AYAT AYAT DIBINA BERTUJUAN UNTUK MERANGSANG
RANGSANGAN  1 PEMERIKSA TERUS MEMBACA  KARANGAN.
Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………
jelaslah bahawa .......................isu/ tema karangan  atau
tugasan pelajar merujuk soalan karangan.
Cara lain untuk memulakan ayat  untuk ayat rangsangan 1
pengenalan bergantung kepada jenis pengenalan yang dipilih
oleh pelajar, Contoh,
Berdasarkan sajak, berdasarkan pantun, berdasarkan kata
pemimpin dan sebagainya berkait dengan
soalan…………………………… kerana…………………………..
Maksud sajak, maksud pantun, maksud kata-kata pemimpin
amat bertepatan dengan tajuk soalan/ tema soalan
kerana………….
AYAT AYAT RANGSANGAN KEDUA:- MENERUSKAN
RANGSANGAN  2 RANGSANGAN AGAR PEMERIKSA BERMINAT UNTUK
MEMBACA AYAT SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………  nyatakan 
pendapat anda berkaitan tugasan anda.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat
pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti selain itu,
bahkan juga, tambahan pula, situasi sedemikian berlaku kerana.
Peringatan, pemilihan penanda wacana amat penting agar
pertautan ayat sebelum ( Ayat Rangsangan 1) dan ( Ayat
Rangsangan 2) ada perkaitannya.
AYAT AYAT RANGANGAN KETIGA:-
RANGSANGAN  3 MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP
KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga……………………. ( Ulas secara ringkas
berkaitan pengenalan dengan tema atau tajuk )
Peringatan:- Ayat rangsangan ketiga bukanlah wajib
ditulis, tetapi untuk mendapat markah A+ , pelajar
cemerlang perlu mengambil berat penulisan bahagian
ini.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat
pertautan ayat sebelum dan ayat yang ditulis seperti selain itu,
bahkan juga, tambahan pula, Situasi sedemikian berlaku
kerana.
Peringatan, pemilihan penanda wacana amat penting agar 
pertautan ayat dengan ayat dan kesinambungan ayat dengan
frasa atau perenggan dengan perenggan. Contoh fungsi
penanda wacana Bahkan juga, mengaitkan ( Ayat Rangsangan
2) dan ( Ayat Rangsangan 3).
FRASA MENARIK FRASA MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA
SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN,
BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA
PELAJAR YANG KREATIF BOLEH MEMASUKKAN LEBIH
DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM
PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan
Hadis, di permulaan ayat juga dalam kategori frasa
menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu ada mengatakan “ .............................”
bertepatan denga isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis kata orang tua-tua, “ ............... amat berkaitan dengan isi yang
dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan
yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang
dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi
yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat denga nisi yang
dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara  iaitu
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”
Pelajar juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya
perkaitan frasa menarik dengan huraian isi ada
pertautan.
UNSUR KBAT KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan
diambil tindakan …apa kesan/akibatnya
kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan tidak diambil tindakan …apa
kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu  kesan atau impaknya di atas sebagai
kemungkinan
AYAT ARAHAN MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN
-BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk
karangan……. ( Rujuk semula kepada soalan karangan)

Sekiranya pelajar tidak berminat untuk memulakan pengenalan dengan jenis pengenalan di atas
atau pengenalan lain, pelajar boleh menulis pengenalan umum seperti di bawah.

PERKARA PENERANGAN
PEMULAAN AYAT Pilih frasa dengan pemilihan kata-kata menarik, seperti:-
PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang menuju ke arah
negara maju pada tahun 2020 berdasarkan WAWASAN 2020 dan
UNTUK pada masa yang sama merubah paradigma dan budaya
PENGENALAN masyarakat.
UMUM Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar
akal dan minda menjadi faktor penyebab masyarakat alpa dengan
…………………….
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran
terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin
gah di  persada dunia masyarakat menggabaikan tanggungjawab
sebagai warganegara ……………………….
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini
………………………..
Dalam meniti arus kemodenan ini masyarakat sering alpa
dengan……………….
Pada tahun-tahun kebelakangan ini masyarakat Masyarakat krang
mementingkan……………………………..
Belakangan ini masyarakat dibayangi dengan permasalahan
ekonomi sehingga menggugat daya ketahanan minda untuk 
mengharungi ranjau dan duri kehidupan.
Secara umumnya, masyarakat mengakui isu berkaitan ....tulis isu
yang diperkatakan..sering menjadi topik perbincangan sama ada
dibincang atau diperdebat secara santai  di kedai-kedai kopi, dan
juga dibicarakan di media massa sama ada media elektronik
mahupun media cetak, juga di media sosial.

Kaitkan frasa  yang anda pilih seperti di atas dengan tugasan/tema/isu


karangan anda berdasarkan soalan karangan sama ada berdasarkan isu
semasa, atau berdasarkan pendapat/ pandangan kalangan masyarakat
berdasarkan isu atau tugasan karangan.

AYAT AYAT DIBINA BERTUJUAN UNTUK MERANGSANG


RANGSANGAN  1 PEMERIKSA TERUS MEMBACA  KARANGAN.
Jelaskan dengan lebih lanjut kenapa masyarakat
bependapat atau berpandangan berkaitan isu/tema/
tugasan karangan.
AYAT AYAT RANGSANGAN KEDUA:- MENERUSKAN
RANGSANGAN  2 RANGSANGAN AGAR PEMERIKSA BERMINAT UNTUK
MEMBACA AYAT SETERUSNYA.
Jelaskan dengan lebih lanjut berkaitan isu/tema/tugasan
menjadi buah mulut atau isu polemik ( perdebatan) dalam
kalangan masyarakat.
Penanda wacana lain yang boleh digunakan untuk memperlihat
pertautan ayat sebelum dan ayat ransangan 2  seperti selain
itu, bahkan juga, selanjutnya situasi ini berlaku kerana,  hal ini
berlaku kerana, hal ini disebabkan oleh, hal ini wujud  akibat
daripada.
Peringatan, pelajar perlu memilih penanda wacana yang
sesuai dengan ayat yang anda bina.
AYAT AYAT RANGANGAN KETIGA:-
RANGSANGAN  3 MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP
KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga……………………. ( Ulas secara ringkas
berkaitan pengenalan dengan tema atau tajuk )
Peringatan:- Ayat rangsangan ketiga bukanlah wajib
ditulis, tetapi untuk mendapat markah A+ , pelajar
cemerlang perlu mengambil berat penulisan bahagian
ini untuk mngambarkan kematangan semasa
mengarang.
Penanda wacana yang boleh ditulis untuk memastikan perkaitan
yang ditulisnya sebelumnya berkait dengn ayat rangsangan 3
seperti selain itu, bahkan juga,
FRASA MENARIK FRASA MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA
SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN,
BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA
PELAJAR YANG KREATIF BOLEH MEMASUKKAN LEBIH
DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM
PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan
Hadis, di permulaan ayat juga dalam kategori frasa
menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu ada mengatakan “ .............................”
bertepatan denga isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis kata orang tua-tua, “ ............... amat berkaitan dengan isi yang
dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi yang dibincangkan
yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang
dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi
yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat dengan isi karangan
yang dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara  iaitu
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”

Pelajar juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya


perkaitan frasa menarik dengan huraian isi ada
pertautannya.
UNSUR KBAT KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan
diambil tindakan …apa kesan/akibatnya
kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan tidak diambil tindakan …apa
kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu  kesan atau impaknya di atas sebagai
kemungkinan berlaku kepada masyarakat/negara.
AYAT ARAHAN MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN
-BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk
karangan…………..
( Rujuk semula kepada soalan karangan)

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN


ISI  ASAS (UMUM)- BOLEH DIGUNAPAKAI MEMBINA BAHAGIAN ISI
PERENGGAN KARANGAN.

TEMA KECIL/ PELAJAR PERLU MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI-


KATA KUNCI ISI YANG HENDAK DITULIS
( APA  ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
Cara untuk memulakan isi, pelajar boleh menulis frasa
seperti di bawah:-
Pada hemat saya senario permasalahan ini
berpunca.........
Pada pandangan saya tindakan yang boleh diambil
untuk........
Pada realitinya, tidak dapat disangkal bahawa..............
Umumnya  masyarakat mengetahui .............
Sebagaimana yang kita sedia maklum....................
Sebagai memulakan  perbincangan, saya menyandarkan
isi pertama iaitu..............
Sebagai memulakan perbincangan, saya berpendapat
bahawa cara/ langkah untuk............................
Sebagai memulakan perbincangan, saya berpendapat
bahawa  punca/ kesan berlakunya..............................
Idea pertama saya berkaitan ...............................ialah
Sebagai seorang pelajar/ warganegara prihatin,
tindakan pertama saya lakukan.................................
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya
perlu...........................

Frasa isi kedua:-


Sebagai seorang pelajar/ warganegara prihatin,
tindakan kedua akan saya lakukan.................................
Mari kita memperluas lensa perbincangan dengan
memperkatakan.........................
Mari kita melebarkan fokus perbincangan dengan
memperkatakan.........................

Pelajar perlu bijak memilih cara memulakan isi di


samping itu kreativiti pelajar dapat  menghasilkan
permulaan isi menarik perhatian pemeriksa. 
AYAT HURAIAN AYAT HURAIAN ISI.
1 (MENGAPA- TENTANG ISI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-  
( Oleh sebab itu, Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku
kerana, Hal ini terjadi kerana, Hal ini wujud kerana, Hal
ini berpunca kerana, Hal ini bersangkut paut dengan,
Hal ini tercetus karana, Hal ini disebabkan oleh,
Permasalahan ini berlaku kerana, )
AYAT HURAIAN AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
2 ( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2:-  
( Bahkan juga, Selain itu, Malahan juga , Tambahan
pula, …….)
AYAT HURAIAN AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
3 (KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA

PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3:-  
Penanda wacana yang boleh digunakan seperti
tambahan pula, Selain itu, Hal ini demikian kerana, 
Bahkan juga dan lain lagi Malahan juga, Tambahan
pula….)

Sebaik-baiknya,  penanda wacana tersebut telah


digunakan pada ayat huraian sebelumnya, elak
penggunaannya dan gunakan penanda wacana lain
untuk huraian selanjutnya)
AYAT CONTOH AYAT CONTOH -  AMAT PERLU UNTUK MENGAMBARKAN
PENGETAHUAN PELAJAR  LUAS - PELAJAR PERLU
MENULIS LEBIH DARIPADA SATU CONTOH SAMA ADA,
DUA ATAU TIGA CONTOH.
Penanda wacana yang boleh digunakan untuk memulakan ayat
contoh seperti:-
Analoginya, Contohnya, Sebagai contoh, tamsilnya,
UNSUR KBAT KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………tugasan berkenaan
diambil tindakan …apa kesan/akibatnya
kepada masyarakat/negara
Sekiranya ….tugasan berkenaan tidak diambil tindakan …apa
kesan/impaknya kepada masyarakat/negara.
Pilih salah satu  kesan atau impaknya di atas sebagai
perkara yang kemungkinan hasil tindakan berkenaan
terhadap isu yang dibincangkan.
FRASA MENARIK PFRASA MENARIK (FM) BOLEH BERADA DI MANA-MANA
SAHAJA DALAM AYAT PERENGGAN PENGENALAN,
BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI PELAJAR KERANA
PELAJAR YANG KREATIF BOLEH MEMASUKKAN LEBIH
DARIPADA SATU FRASA MENARIK DI DALAM
PERENGGAN PENGENALAN.
Peribahasa, kata-kata pemimpin/ petikan Al Quran dan
Hadis, di permulaan ayat juga dalam kategori frasa
menarik.
Cara untuk memulakan frasa menarik:-
Persis kata peribahasa Melayu ada mengatakan “ .............................”
bertepatan dengan isi yang dibincangkan iaitu …………………..
Persis kata orang tua-tua, “ ............... amat berkaitan dengan isi karangan
yang dibincangkan  iaitu ………………………….
Persis kata mutiara, ............ amat berkaitan dengan isi karangan yang
dibincangkan yang dibincangkan iaitu ………………………….
Persis kata cendekiawan, ............. amat berkaitan dengan isi yang
dibincangkan  iaitu ………………………….
“……………………….” Merupakan pepatah Melayu yang berkaitan dengan isi
karangan yang dibincangkan iaitu…………………………………
Peribahasa Melayu, “…………………………” berkait rapat dengan isi yang
dibincangkan iaitu…………………………..
Antara pendapat cendikiawan Islam, “…………………………………………..
Antara kata-kata pemimpin negara  iaitu...............................
Firman Allah”…………………………………………………………”
Rasullullah pernah bersabda,”………………………………………….”
.........ayat huraian.............. berkait dengan  peribahasa Melayu
iaitu.......................tulis peribahasa berkenaan.
…….ayat huraian ………. kerana peribahasa Melayu ada
mengatakan,"............................................."

Pelajar juga perlu mahir menulis frasa menarik supaya


perkaitan frasa menarik dengan huraian isi ada
pertautannya.
Kemahiran ini perlu diaplikasi selalu semasa mengarang
kerana kekerapan penggunaannya akan mempertaut
dan memperkaitkan ayat huraian dan frasa menarik
yang diselitkan.
AYAT  PENEGAS AYAT PENEGAS  BERFUNGSI UNTUK MENEGASKAN 
SEMULA ISI PADA PERENGGAN AKHIR ISI:
KONKLUSINYA/TELAH TERANG  LAGI BERSULUH,
TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS
PADA AYAT AWAL PERENGGAN ISI / AYAT TEMA KECIL/
ATAU KATA KUNCI ISI DI BAHAGIAN AWAL PERENGGAN
ISI

JADUAL  PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN


BERPANDU

PERKARA PENERANGAN
AYAT SEBAGAI MENGGULUNG PENDAPAT DAN ISI YANG
PENYIMPUL TELAH SAYA PERKATAKAN DI ATAS,  SAYA INGIN
MENEGASKAN BAHAWA ………….TEMA KARANGAN ……
MEMANG BANYAK KELEBIHANNYA / KEBURUKANNYA.
Penanda wacana yang boleh ditulis bahagian ayat
penyimpul seperti,
Akhirnya, Akhirukalam,  Intihanya,  Secara tuntas, 
konklusinya,  Sebagai penutup wacana, Sebelum
mengakhiri wacana ini, Akhir kata,  Sebagai menggulung
bicara, Sebagai menggulung pendapat, dan sebagainya.
AYAT SEBAGAIMANA ISI YANG TELAH SAYA SELITKAN DALAM
CADANGAN PERENGGAN ISI, IAITU ..…..TULIS SEMULA ISI-ISI
YANG TELAH DITULIS……….
AYAT Senaraikan isi cadangan lain, sekurang-kurang dua isi,
CADANGAN pada bahagian ayat ini.
TAMBAHAN Tujuan utama isi  berkenaan ditulis untuk mengambar
TIADA DALAM pelajar mempunyai banyak idea untuk membalas jasa
PERENGGAN guru dan bukan sekadar isi-isi yang ditulis dalam
DIBINCANGKAN karangan. Isi-isi ini tidak perlu dihurai.
AYAT HURAIAN HURAIKAN SECARA RINGKAS KEPENTINGAN /
MENGAPA KEBURUKAN  TEMA ATAU TUGASAN,  BERGANTUNG
CADANGAN KEPADA SOALAN.
DIUTARAKAN Selanjutnya, Seterusnya, Tambahan pula, Bahkan juga,
dan sebagainya.
UNSUR KBAT JIKA SAYA/MASYARAKAT/KERAJAAN ……MELAKUKAN/
TIDAK MELAKUKAN TEMA ATAU TUGASAN, APAKAH
IMPAKNYA.
FRASA SELITKAN FRASA MANARIK BERKAITAN TEMA ATAU
MENARIK TUGASAN.
( RUJUK NOTA DI BAHAGIAN PERENGGAN PENGENALAN
DAN DI BAHAGIAN PERENGGAN ISI)

AYAT HARAPAN KONKLUSINYA, NYATAKAN HARAPAN ANDA TENTANG


TEMA ATAU TUGASAN.

Peringatan:  Hasilkan karangan cemerlang, elakkan kesalahan ejaan, selitkan istilah menarik
(IM),dan pastikan binaan ayat anda gramatis, gunakan penanda wacana untuk  memastikan
kesinambungan ayat dengan ayat, serta memastikan berlakunya pertautan isi dan isi. Pastikan
ayat anda tidak terlampau berbunga-bunga. Aplikasi setiap aspek yang ada dalam Jadual
Pengembangan Idea Perenggan Karangan semasa mengarang.

SELAMAT MENGARANG

Contoh sesi PdPC pada hari ini,  pelajar diminta mencari dan mengambil sumber
rujukan daripada internet berkaitan tajuk karangan dimensi diri untuk
menghasilkan perenggan pengenalan. Antara peralatan ataupun alat bantu
mengajar yang digunakan pada hari ini ialah laptop, lcd, layar putih, papan putih
'white board'. Berdasarkan soal jawab, lebih 80% pelajar mempunyai kemudahan
untuk melayari internet di rumah.

Pada hari juga pelajar telah didedahkan cara untuk menggunapakai Laman Bahasa
Melayu SPM sebagai sumber carian ilmu. Antaranya, pelajar didedahkan kebaikan
dan kelebihan penggunaan blog ini. antaranya:-

1. Lautan ilmu bahasa yang terdapat dalam blog ini seperti catatan lalu, dan
catatan            paling   popular yang sering dikunjungi pelayar-pelayar internet
sebagai rujukan    pelajar, bahagian nota tatabahasa, contoh-contoh karangan, nota
dan contoh-contoh soalan komsas sama ada antologi dan novel. Oleh sebab itu
pelajar dinasihatkan membuat rujukan setiap catatan yang perlu untuk
meningkatkan pelbagai ilmu sama untuk persediaan menjawab kertas Bahasa
Melayu 1 atau Kertas Bahasa Melayu.
2. Kamus rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Kamus pelbagai bahasa dunia.
4. Rujukan Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Masyarakat,
Dewan Pelajar, Dewan bahasa, Dewan Ekonomi,  Dewan Kosmik, Dewan Siswa, dan
Tunas Cipta.
5. Rujukan akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Berita
Kosmo, Akhbar Sinar, Akhbar Metro dan The Star.
6. Laman Web TV Pendidikan " Kementerian Pelajaran Malaysia", pelajar boleh
merujuk rakaman Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai mata pelajaran,
tatabahasa dan sebagainya.
7. Rujukan soalan Kertas Bahasa Melayu SPM sebenar kertas BM1, dan BM2
sebenar, sama ada soalan Bahasa Melayu  SPM Julai mahupun Kertas SPM Bahasa
Melayu November.
8. Rujukan soaloan-soalan Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Negeri-Negeri di
Malaysia dan Skema Jawapan. Pelajar boleh mengambil apa-apa sahaja sumber
soalan untuk rujukan dan latihan sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan
SPM 2018.
9. Rujukan bahan untuk tatabahasa, melibatkan soal kajian kata (morfologi)
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama Diri, Kata Bilangan,  Kata
Pemeri, kata Kerja, Kanta Bantu, Kata Adjektif, Kata Nafi,  Kata Perintah, Kata
Majmuk, Kata Penguat,  dan pelbagai lagi termasuk kajian sintaksis atau ayat.
10. Contoh-contoh karangan, yang akan ditambah dari semasa ke semasa.
11. Hasilan karangan pelajar SMK Seri Londang bermula pada tahin 2017 dan
juga terkini karangan pelajar 2018. Saya paling gembira kerana karangan pelajar
SMKASAS 2013 masih menjadi rujukan pelajar internet.
12. Begitu juga saya mendedahkan pelajar, cara untuk merujuk bahan carian
hanya dengan menekan tajuk saya pada mesin carian internet seperi Google, Mozila
Fire Fox dan sebagainya.
PELAJAR AMAT RUGI SEKIRANYA TIDAK MENGGUNAKAN GADJET ELETRONIK
TERKINI  YANG DAPAT MENGAKSES KEMUDAHAN INTERNET   SAMA ADA
MENGGUNAKAN LAPTOP, MAHUPUN TELEFON PINTAR UNTUK MENCARI BAHAN
PEMBELAJARAN KERANA MAKLUMAT DI HUJUNG JARI DAN DUNIA TANPA
SEMPADAN. BAHKAN JUGA SAYA AMAT RISAU DENGAN PENGUASAAN MAKLUMAT
PELAJAR BERKAITAN DENGAN PENGETHUAN AM TERUTAMA UNTUK
MENGHASILKAN KARANGAN YANG MATANG.

Contoh hasilan aktiviti Bahasa Melayu pada hari ini, pelajar bekerjsama untuk menghasilkan
perenggan pengenalan. Selain itu, fokus pada hari ini kepada binaan ayat gramatis dan
bermakna semasa menghasilkan karangan. Saya mengharapkan pelajar menyelitkan istilah
menarik semasa mengarang contohnya, cakna, legasi, kondusif,
alternatif, kerjasasama secara kolaboratif, keruntuhan budaya, status, paradigma,
analogi, natijah, polemik, cendiakawan, dan sebagainya.

PERKARA PENERANGAN
SAJAK/LAGU/
AYAT Berburu ke padang datar
QURAN/KATA- Dapat rusa belang kaki
KATA PEMIMPIN, Berguru kepalang ajar
BERITA, DAN Ibarat bunga kembang tak jadi.
RUJUK JENIS-
JENIS
PENGENALAN Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
YANG PERNAH Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
SAYA TULIS Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
DALAM BLOG Jika hari ini seorang ulama yang mulia
INI. Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

AYAT Berdasarkan sajak nukilan Sasterawan Negara Dato' Usman


RANGSANGAN  1 Awang di atas membawa banyak maksud yang tersurat dan
tersirat iaitu  jika seseorang berburu di padang datar sudah
pasti hasil buruannya tidak akan mendatangkan hasil yang
diharapkan.
AYAT Begitu juga, jika seorang berguru dengan mereka yang tidak
RANGSANGAN  2 berilmu akibatnya orang berkenaan akan rugi kerana
pembelajarannya tidak akan dapat mengembangkan ilmu yang
diharapkan.
AYAT Bahkan juga,  insan seperti Perdana Menteri, jurutera, doktor atau
RANGSANGAN  3 peguam mencapai kejayaan  dalam hidupnya kerana diajar dan
dididik oleh seorang insan budiman bergelar guru.
AYAT Seyogia, kejayaan insan yang berjaya  seperti di atas bermula
RANGSANGAN  4 dengan pengorbanan seorang guru.
FRASA MENARIK Kata Saidina Ali, “Siapa mengajar aku satu huruf,  jadilah aku
hamba kepadanya”. Begitulah mulianya kedudukan seorang guru.
UNSUR KBAT Oleh sebab itu, kita mestilah membalas jasa seorang insan
bergelar guru supaya kita tidak dianggap sebagai kacang
melupakan kulit.
AYAT ARAHAN Persoalannya, apakah  cara-cara untuk kita membalas jasa
seorang insan bergelar guru?

Cadangan isi:- Peringatan, pelajar perlu membina rangka isi karangan menggunakan peta
iThink selain untuk pelajar isi yang sesuai untuk ditulis berdasarkan kebolehan pelajar
mengembang isi berkenaan malah isi yang selebihnya boleh ditulis di bahagian isi yang tiada
dalam petikan karangan ditulis mengambarkan ada mempunyai kepelbagaian isi pada bahagian
perenggan penutup. ( Rujuk Format Jadual Pengembangan Perenggan Penutup Karangan
( JPIPK)

1. sebagai seorang pelajar, saya perlu menghormati guru sebagaimana saya menghormati
ibu bapa saya.
2. sebagai seorang pelajar saya akan menziarahi mereka sekiranya mereka menghadapi
sebarang musibah.
3. sebagai seorang pelajar saya akan menghadiahi guru sesuatu untuk mengenang jasa
mereka pada setiap kali sambutan hari guru diadakan pada setiap tahun.
4. sebagai seorang pelajar, saya akan menghadiahi mereka dengan kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan mahupun ujian.
5. sebagai seorang pelajar saya akan sentiasa bertanggungjawab melaksanakan latihan
yang diberikan guru dengan hasilan kerja yang cemerlang.
6. sebagai seorang pelajar saya akan sentiasa mendoakan mereka berjaya di dunia dan
akhirat.
7. sebagai seorang pelajar, saya cakna dan akan cuba tidak menyakiti hati insan yang
mulia ini kerana sekiranya hati guru disakiti kemungkinan mereka tidak akan dapat
menyampaikan pengajaran dengan kondusif.
8. sebagai seorang pelajar, saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran
guru di dalam kelas.
Sebagai cadangan, pelajar perlu menulis lima isi untuk perenggan isi untuk karangan Umum
atau Karangan Bahagian B.

Sebelum menulis karangan, pelajar dinasihatkan menyusun isi karangan berdasarkan kebolehan
mereka mengarang, maksudnya, pelajar perlu menyusun isi utama iaitu  isi paling mantap
didahulukan dan diikuti isi-isi yang lain. Satu lagi teknik mengarang, pelajar boleh meletakkan
isi kedua terbaik di akhir perenggan isi dengan alasan, pemeriksa akan terpengaruh apabila isi
terakhir  antara isi terbaik sedangkan fokus isi yang awal mungkin pemeriksa telah lupa. Namun
ini hanya sebagai strategi sahaja untuk memastikan pemeriksa meletakkan markah karangan
pelajar dalam zon cemerlang.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI


PERTAMA   
TEMA KECIL/ Sebagai memulakan  lontaran idea, saya menyandarkan isi
KATA KUNCI ISI pertama iaitu sebagai seorang pelajar saya perlu mempunyai
adab dan menghormati guru sebagai mana saya menghormati
kedua-dua ibu bapa saya.
AYAT HURAIAN Memetik kata-kata daripada Mantan Menteri Pelajaran, Datuk
1 Seri Hishamuddin Hussein yang menyatakan bahawa
pemupukan adab menghormati guru bermula dari rumah dan
mengharapkan ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka
menghargai jasa guru.
AYAT HURAIAN Berdasarkan ucapan bekas Menteri Pelajaran Malaysia di atas,
2 jelaslah bahawa saya perlu menghormati guru sebagaimana ibu
bapa saya sering menasihatkan saya supaya  menghormati
guru-guru sebagaimana mereka menghormati guru-guru
mereka.
AYAT HURAIAN Di samping itu, adab menghormati guru juga diterapkan dalam
3 Mata Pelajaran Siviks yang mendidik pelajar memupuk sikap
berbudi bahasa dan  nilai murni bukan sahaja kepada guru,
malah ibu bapa dan masayarakat yang lebih tua.
AYAT CONTOH Tamsilnya saya perlu menghormati mereka seperti bertutur
dengan penuh adap dan memberi salam apabila saya bertemu
mereka tidak kira di mana-mana sahaja saya bertemu dengan
mereka
UNSUR KBAT Sekiranya saya tidak menghormati guru sudah pastinya
impaknya saya tidak dihormati  rakan-rakan, guru dan warga
sekolah amnya dan  boleh mencoreng muka ibu bapa saya.
FRASA MENARIK Jasa guru memang tiada tepiannya dan mereka sanggup
berkorban masa, mengutamakan mendidik anak bangsa setiap
masa kerana guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi
kehidupan orang lain.
AYAT  ARAHAN Akhir kalam, jelaslah bahawa sebagai seorang pelajar saya perlu
mempunyai adab menghormati guru sebagai mana saya
menghormati kedua-dua ibu bapa saya.

JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN BERPANDU

PERKARA PENERANGAN
AYAT Sebagai menggulung pendapat dan isi yang telah saya
PENYIMPUL perkatakan di atas, saya ingin menegaskan bahawa
sebagai seorang pelajar saya perlu membalas jasa baik
seorang guru kerana mereka ibarat lilin membakar diri
mereka untuk menerangi kehidupan orang lain.

AYAT Oleh sebab itu, saya sebagai seorang pelajar perlu


CADANGAN mengotakan janji saya sebagai mana isi yang saya
perkatakan iaitu sebagai seorang pelajar saya perlu
menghormati guru sebagaimana saya menghormati ibu bapa
saya, saya juga akan menziarahi mereka sekiranya mengetahui
mereka menghadapi sebarang musibah, saya akan menghadiahi
guru sesuatu untuk mengenang jasa mereka pada setiap kali
sambutan hari guru diadakan , saya akan menghadiahi mereka
dengan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan mahupun
ujian dan akhirnya saya akan menumpukan sepenuh perhatian
kepada pengajaran guru di dalam kelas.
( Tulis isi-isi yang anda tulis pada setiap perenggan isi)
AYAT Bahkan juga, saya akan akan berusaha membalas jasa
CADANGAN baik guru dengan  tidak menyakiti hati insan yang mulia ini
TAMBAHAN serta sentiasa mendoakan mereka berjaya di dunia dan di
TIADA DALAM akhirat.
PERENGGAN
DIBINCANGKAN
AYAT HURAIAN Adalah malang sekiranya saya seorang pelajar tidak
MENGAPA menunjukkan nilai-nilai murni dan disenangi oleh insan
CADANGAN yang banyak berbakti dan berjasa kepada saya selama
DIUTARAKAN ini.
UNSUR KBAT Sekiranya saya tidak menghormati dan mengenang
jasa-jasa mereka sudah pasti ilmu yang saya  peroleh
daripada insan bergelar guru ini tidak diredhai dan
impaknya saya sukar mengaplikasikanya semasa
menghadapi ujian dan peperiksaan.
FRASA MENARIK Bahkan juga, seorang guru berdedikasi, mereka tidak
akan putus asa dan akan tekal mencorakkan kehidupan
anak muridnya menjadi  insan kamil  cemerlang,
gemilang dan terbilang sesuai dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.
AYAT HARAPAN Saya akan sentiasa mendoakan insan bergelar guru
akan terus sihat untuk meneruskan legasi mereka
melahirkan lebih ramai insan kamil   terbilang. Terima
kasih, guru-guruku keranamu aku  berjaya menjadi
warganegara berguna kepada masyarakat, agama dan
negara.

Pelajar perlu berhati-hati dan sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan sebarang
kesalahan, sama ada kesalahan ejaan, imbuhan, tatabahasa dan binaan ayat. Pastikan ayat
yang dibina gramatis dan memberikan maksud yang hendak disampaikan. Elakkan membina
ayat yang terlampaun berbunga-bunga sehingga boleh merosakkan bahasa.

Anda mungkin juga menyukai