Anda di halaman 1dari 6

SOALAN ESEI (SAJAK-3)-SET 3 (1)

HALUS

1.

CITRA PELANGI SATU MALAYSIA

Kita berfikir tentang sejuta mimpi


yang tumbuh rendang
dari lena dari tidur dari sepi malam
mari kita himpunkan angannya
menjadi mentari pagi

Kita menyulam sejuta jiwa


yang bergetar dalam riak rasa berbeza
menjadi sebuah lagu cinta
lirik perpaduan seni senegara
rentak fikir bersama berpadu
inilah muzik satu hati sejiwa
rumpun pelbagai bangsa satu negara
berlagu senada menari langkah sekata

Kita menghulur jemari hati


menghantar pesan seloka
mengirim diksi dari langit
mantera dari rumpun melayu
air mawar dari sumur nusantara
satukan menjadi jamu cinta
kita santap dalam pentas terbuka
di anjung pelbagai sejuta budaya
duduk-duduk berlamalah di sini
sambil menganyam citra pelangi
di wajah Satu Malaysia
kelak kita menjadi lebih faham
perlunya berfikir bertindak
dalam bersatu
berbeza dan berselisih itu boleh
tetapi kemudian bersatu
tanah air kita tiada dua
hanya satu

(Tanjong Malim, Perak)

A.Halim Ali
Dewan Sastera, April 2011
Dewan Bahasa dan Pustaka
SOALAN GALUS

Bentuk Contoh
a. Asonansi
b. Aliterasi
c. Kata ganda
d. Sinkof

1. Berdasarkan jadual di atas, lengkapkan contoh gayabahasa berdasarkan puisi yang diberi.
[4 markah]

2. Puisi ini ialah mempunyai ______________. Contoh puisi mempunyai __________ rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkap______________ antara _______hingga____________ baris
serangkap.
Bilangan _______________ dalam setiap baris tidak tetap iaitu antara______hingga_______
patah perkataan sebaris.
Rima akhirnya adalah_____________. [8 markah]

3. Cipta sajak yang bertemakan Sahabat. Panjangnya sajak hendaklah antara 12 hingga 15 baris.
[8 markah]

SOALAN ESEI HALUS (SAJAK-3)


SOALAN 2

2.
INI TANAH KITA

Ini tanah kita, pesan bonda


kau akan bersemadi di bawah ini
kita perlu menjadi seorang tua
kala petang, dia berseorangan
di bawah pohon
Kemboja-menatap langit, menadah
Tangan; menzikiri nama Tuhan
Bertubi-tubi, air matanya membasahi pipi

Pesannya, liang tanah ini


Akan mengisi jasad-jasad berani
Dia sedang berkira-kira, bagaimana
Untuk menjadi lelaki paling berani
Bakal mendiami liang tanah ini.

Pesan bonda lagi


Belajar-belajarlah meniduri tanah ini
Kalau-kalau, esok engkau mati

Kau tak perlu semutar


Untuk menunjukkan alimmu di depan
Munkar
Kau tak perlu sihir
Untuk bersembunyi dari Nakir
Yang perlu kau tahu
Tanah ini asalmu

Basah tanah ini


Memang sentiasa menanti kau ke mari

Di bawah redup kemboja yang lain


Sepert ternampak lelaki tua itu
Menggali liang tanah
Untuk jasadnya sendiri

(Machang, Kelantan)

Salman Sulaiman
Di Bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu, 2005
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

SOALAN 2

SOALAN HALUS
a. Lengkapkan jadual mengikut rangkap berdasarkan maksud yang diberi.

Penyajak ingat akan pesan ibundanya bahawa RANGKAP


suatu hari nanti penyajak atau anaknya akan
mati. Justeru, bonda penyajak mengingatkan
penyajak mengingati Tuhan, berzikir dengan
penuh keinsafan seolah-olah seorang tua yang
hampir meninggal dunia.

Bonda berpesan lagi liang lahat akan diisi RANGKAP


dengan jasad-jasad yang tersedia menghadapi
kematian. Penyajak berfikir untuk menjadi lelaki
yang bersedia dengan kehidupan liang lahat.

Bonda berpesan lagi supaya sentiasa mengingati RANGKAP


hari kematian kerana kita pasti akan mati.

Kita tidak perlu menunjukkan pelakuan alim di RANGKAP


hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu
mempunyai kuasa ghaib untuk bersembunyi
daripada malaikat Nakir, sebaliknya perlu tahu
asal usul kejadian kita daripada tanah.

Tanah kubur ini sentiasa menunggu bakal-bakal RANGKAP


penghuninya.

[10 markah]

SOALAN GALUS-SET 2
b. Berikan contoh gaya bahasa yang bersesuaian berdasarkan puisi yang diberi.

Gayabahasa Contoh
a. Asonansi
b. Aliterasi
c. Sinkof
d. Kata ganda
e. Bahasa asing
[10 markah]
SOALAN ESEI-HALUS –SET 3
(SAJAK -3)

3.
MENTERJEMAH BAHASA

Menghuni subur tanah nurani ini


dalam puitis pena dan patah bicara
bertakhta santun mencerna hikmah
bertunas subur mewangi wadah
yang mengalir jernih falsafah kematangan
yang menakungi gemilang dari benua ke benua
inilah bahasa ibunda tercinta
menjana penyatuan jalinan bangsa
antara rimbunan siratan budaya.

Setelah ratusan tahun dijunjung


malah sejak abad ke-7 Masihi
dari kerajaan Srivijaya hingga
zaman Kesultanan Melayu Melaka
ledakannya telah menawan nur ilmu
martabatnya telah membina tamadun unggul
kudratnya telah mengkeramatkan maruah bangsa
sehingga mampu mengangkat perasa akal
yang menjulang adunan wawasan diksi
menjangkau taksiran langit globalisasi.

Tanpa lesu mentafsir iltizam ilmu


tanpa layu menyatu suara berpadu
tanpa ragu menyusun muafakat agenda
agar pewaris jati diri
menyempurna cendekiawan dan pendeta
sehingga melimpah destinasi penerokaan minda

Sesungguhnya Bahasa kita menterjemah segala erti


merungkai segala teori, menyelesai segala misteri
walau berjana politik penjajah pernah menyempitkan fungsi
malah melunturkan nilainya kerana kepentingan ekonomi
namun Bahasa kita mampu meredah segala linguistik retorik
juga segala gagasan ilmiah dan estetika
maka perjuangan kita akan terus mampu memperkasakan akta
kerana bahasa kita bukan artifak antik
malah terlalu agung darjatnya
sebagai warisan negara bangsa

(Sungai Petani)

Abdul Rahim Omar


Dewan Bahasa, Julai 2012
Dewan Bahasa dan Pustaka
SOALAN GALUS-SET 3
a. Lengkapkan jadual yang diberikan persoalan dan berikan contoh berdasarkan puisi yang
diberi.

PERSOALAN CONTOH BARIS SAJAK


1. Kegemilangan bahasa itu bukan hanya
menjadi sejarah tetapi terus
berkembang menjadi warisan negara.

2. Persoalan tekanan dan cabaran daripada


musuh Bahasa kita.

3. Kepentingan Bahasa sebagai


kepentingan ilmu

4. Kepentingan Bahasa sebagai alat


perpaduan bangsa

[12 markah]

b. Cipta sajak berdasarkan perkataan yang diberikan. Sajak bertemakan ‘Bahasa Jiwa
Bangsa’ sekurang-kurangnya 12 baris.

bahasa negara memperkasa


jiwa kemuliaan sinar
harapan hebat dunia

[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai