Anda di halaman 1dari 21

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA:SAJAK

RUMAH BARU
Oleh:Harun A.H

MAKSUD

Rangkap 1 :
generasi terdahulu telah menyediakan asas yang teguh bagi negara agar generasi muda menjadi warganegara
yang bijak serta berupaya mencapai wawasan

Rangkap 2:
keteguhan serta kesetabilan serta kemajuan tanah air di bina berasaskan perpaduan perbagai bangsa yang
sanggup bertolak angsur.

Rangkap 3:
negara merdeka di binaitu mempunyai identiti tersendiri.
Ciri-ciri kebangsaan yang dipupuk bertujuan para penduduknya saling tolong-menolong, mesra dan bertolak
angsur agar nikmat kesejahteraan dapat dinikmat bersama-sama sampai bila-bila.

BENTUK

1. Sajak terdiri daripada tiga rangkap dan bentuk bebas.


2. Rangkap satu,dua dan tiga terdiri daripada enam baris serangkap.
3. Baris paling panjang mengandungi lima lima perkataan. Contohnya ,telah kita siapkan rumah baru(R1 B1,R2
B1,dan R2 B1 ).
4. Baris paling pendik menganduni dua perkataan. contohnyamendewaskan mereka (R1 B4),dan berwajah
kebangsaan(R3 B2).
5. Rima akhir bebas dan tidak terikat contohnya dalam rangkap 1rima akhir a,b,b,c,c,d,f sementara Rangkap
2pula a,e,d,c,b,f dan Rangkap 3 rima akhir berciri a, d, b, c, d, d .Contohnya, rangkap 2 sajak ini: 

Telah kita siapkan rumah baru ini


diatas tiang muafakat
air pasang di semen
dar i tanggan perbagai bangsa
negara yang tumbuh
atas bumi tolerasi.

TEMA DAN PERSOALAN


TEMA

Tanggungjawab menjayakan wawasan demi keharmonian hidup masyarakat dalam sesebuah negara yang
rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum.

PERSOALAN

] Perpaduan kaum
Rakyat negara ini terdiri daripada berbilang kaum bersatu padu dalam membangunkan negara

] Kesejahteraan hidup
Rakyat negara ini mahukan kesejahtaraan hidup dalam jangka masa yang panjang
] Cinta akan tanah air
Rakyat berusaha sedaya upaya membangunkan negara

UNSUR BUNYI

Unsur-unsur bunyi dalam sajak adalah penting.Penyajak lazimnya amat berhati-hati dengan permainan bunyi
dalam puisi sama ada pada rima, aliterasi, sonansi, dan kombinasi beberapa kata yang serupa.

] RIMA
bunyi akhir dalam setiap baris ayat
Contohnya:
Telah kita siapkan rumah baru (a)
Berwajah kebangsaan (b)
Agar penghuni saling ramah (c)
Rajin memberi dan menerima (d)
Juadah kesejahteraan (b)
Sampai akhir zaman (b)

] ASONANSI
Pengulangan bunyi vokal dalam baris ayat yang selari, iaitu vokal(a, e, i, o, u).Contohnya
Kerana kita diamanah (a)
Rajin memberi dan menerima (i)

] ALITERASI

Pengulangan bunyi-bunyi konsanan dalam baris-baris yang selari.Contohnya


Di atas tiang muafakat (t)
Dari tangan pelbagai bangsa (g)
Rajin memberi dan menerima (r)
Untuk anak-anak berteduh (k) 

GAYA BAHASA

] METAFORA

Tiang muafakat (R2:B2)


Bumi toleransi (R2:B6)
Juadah kesejahteraan (R3:B5)

] DIKSI/KATA

Kata-kata atau diksi yang digunakan oleh penyair ialah tepat dan puitis.
Contoh:
Menjelang tahun wawasan (R1:B6)

] PENGULANGAN

Terdapat pengulangan ayat dalam sajak ini.Pengulangan ayat terdapat dalam rangkap pertama baris
pertama,rangkap kedua baris,dan rangkap ketiga baris pertama.Contoh

Telah kita siapkan rumah baru

] SIMBOLIK
Contoh:
air, pasir dan simen

] PERSONIFIKASI
Contoh:
i. dari tangan pelbagai bangsa
ii. telah kita siapkan rumah baru berwajah kebangsaan

] INVERSI
Contoh:
Telah kita siapkan rumah baru

NILAI DAN PENGAJARAN


NILAI

] Bertanggungjawab
Contoh:
Sikap bertanggungjawab cuba diterapkan ke dalam diri rakyat agar negara tidak ketandusan para negarawan
yang mampu memartabatkan negara.

] Bekerjasama
Contoh:
Sikap yang harus dipupuk di dalam diri setiap masyarakat yang berbilang kaum untuk mewujudkan toleransi
dalam kehidupan seharian.

] Perpaduan
Contoh:
Kerjasama setiap anggota masyarakat tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Malah mampu mewujudkan
perpaduan antara kaum.

] Cinta akan negara


Contoh:
Kita mahu negara kita aman dan sentosa. Perkara ini akan terlaksana sekiranya semangat cintakan tanahair
tersemat dengan kemas di dalam diri rakyat.

PENGAJARAN

] Kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara hendaklah dikekalkan agar generasi akan datang dapat
mengecapi keamanan itu
] Ibu bapa hendaklah membekalkan anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan
] Kita hendaklah hidup dalam keadaan harmoni supaya keamanan negara berkekalan
] Setiap amanah atau wasiat hendaklah dilaksanakan
] Kita mestilah berbudi dengan semua orang tanpa memilih keturunan dan agama
] Semangat permuafakatan akan mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan bertoleransi

BAHASA
Oleh:
Rahman Shaari

MAKSUD

Rangkap 1:
Penyair mengajak seluruh umat supaya berbahasa sebaik mungkin.
Rangkap 2:
Bahasa dapat menyatupadukan fikiran yang berkecamuk dan bersimpang-siur.
Rangkap 3:
Dengan berbahasa,kita dapat menerokai segala ilmu yang terkandung di dalamnya.
Rangkap 4:
Bahasa dijadikan wahana atau alat untuk pemimpin menyampaikan amanatnya dan dengan bahasa juga
seseorang itu beribadah kepada Allah. 
Rangkap 5:
Penyair mengajak umat supaya berbahasa sebaik mungkin.
Rangkap 6:
Bahasa itu dapat mempertingkatkan keperibadian seseorang. 
Rangkap 7:
Tanpa bahasa,dapatkah kita menyetujui sesuatu perjanjian.
Rangkap 8:
Oleh itu,penyair menyeru manusia supaya berbahasa sebaik mungkin.

BENTUK

] Sajak ini berbentuk bebas, iaitu terdiri daripada lapan rangkap.


rangkap pertama : dua baris
rangkap kedua : empat baris
rangkap ketiga : empat baris
rangkap keempat : lima baris
rangkap kelima : dua baris
rangkap keenam : enam baris
rangkap ketujuh : tiga baris
rangkap kelapan : dua baris.

] Rima akhirnya tidak sama iaitu


Rangkap 1 : a-a, 
Rangkap 2 : a-a-a-a 
Rangkap 3 : a-b-b-b 
Rangkap 4 : a-b-b-a-b-b
Rangkap 5 : a-a
Rangkap 6 : a-b-b-a-a-a
Rangkap 7 : a-b-b
Rangkap 8 : a-a

] Jumlah perkataan dalam setiap baris antara satu hingga empat patah perkataan.
Contoh satu perkataan : sebaiknya (rangkap 1: baris 2).
Contoh empat perkataan : pucuk fikiran yang bertabur (rangkap 2: baris 2).
] Sementara jumlah suku kata sajak ini antara 4 hingga 12 suku kata.
Contoh:
i. se/ba/ik/nya/
(rangkap 8: baris 2) – 4 suku kata
ii. ba/gai/ma/na /a/kan ki/ta se/tu/ju/i
(rangkap 7:baris 2) - 12 suku kata

TEMA DAN PERSOALAN

Sajak ‘ Bahasa ‘ karya Rahman Shaari mengungkapkan tema kecintaan terhadap bahasa. Dengan adanya
perasaan cinta dan sayang terhadap bahasa, maka bahasa itu akan tetap berkembang sealiran dengan
keperibadian penuturnya kerana bahasa itu menyimpan seribu khazanah dan boleh membimbing setiap individu.

Antara persoalan yang ingin dikemukakan oleh penyajak ialah:

] Bahasa ialah wahana untuk membentuk sahsiah manusia sama ada


] pemimpin atau rakyat.
] Bahasa dapat menyatupadukan semua umat.
] Bahasa merentasi dunia tanpa sempadan.

NADA

] patriotik :
mari kita berbahasa sebaiknya
] kesyukuran:
orang beriman menikmati ibadah khusyuk dan pasrah

GAYA BAHASA

] DIKSI/KATA
Diksi atau kata-kata yang digunakan oleh penyajak bersesuaian dengan tena sajak ini.Kata-kata atau diksinya
tepat dan indah. 

Ranting perasaan yang bersiur

] METAFORA
Metafora ialah perbandingan secara langsung yang menggabungkan dua perkataan,iaitu satu perkataan abstrak
dan satu lagi perkataan konkrit.
terlihat cinta biru

] PERSONAFIKASI
Personafikasi ialah pemberian sifat-sifat manusia kepada benda yang tidak bernyawa.
ranting perasaan yang bersiur

] INVERSI
bagaimana akan kita setujui

] ANAFORA
Terlihat fakta padu
Terlihat sinar ilmu
Terlihat cinta biru

UNSUR BUNYI

] RIMA
Rima sajak ini bebas dan tidak terikat dengan puisi tradisional,iaitu pantun dan syair.
Rima rangkap pertama ialah a-a.
mari kita berbahasa (a)
Sebaiknya (a)
Rangkap kedua a-a-a-a
Bahasa adalah pengatur
Pucuk fikiran yang bertabur
Bahasa adalah pelentur
Ranting perasaan yang bersiur.
Rangkap ketiga a-b-b-b
Dengan bahasa
Terlihat fakta padu
Terlihat sinar ilmu
Terlihat cinta biru
Rangkap keempat a-b-b-a-b-b
Dengan bahasa
Pemimpin memaparkan arah
Di pentas siasah
Orang beriman menikmati ibadah
Khusyuk dan pasrah
Rangkap kelima a-a
Mari kita berbahasa
Sebaiknya
Rangkap keenam a-b-b-a-a-a
Dengan bahasa
Budi dipertingkatkan
Mesra diperlebarkan
Dengan bahasa
Kita menjadi kita
Bersama
Rangkap ketujuh a-b-b
Jika tanpa bahasa
Bagaimana kita akan setujui
Perjanjian ini?
Rangkap kelapan a-a
Mari kita berbahasa
Sebaiknya

] ASONANSI

Sajak ini banyak menggunakan pengulangan bunyi-bunyi vokal iaitu


a,e,i,o,u

Antaranya ialah:
· Mari kita berbahasa (R1:B1:Halaman 16)
· Orang beriman menikmati ibadah (R1:B5:Halaman 16)
· Kita menjadi kita (R6:B5:Halaman 16)
· Bagaimana akan kita setujui (R7:B2:Halaman 16)

3. ALITERASI

Aliterasi ialah pengulangan bunyi-bunyi konsonan.Contohnya ialah:


Ranting perasaan yang bersiur (R2:B4:Halaman 16)

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

] Mencintai bahasa
Contoh:
Kita perlu terapkan rasa cinta terhadap bahasa.
] Khusyuk menunaikan ibadah
Contoh:
Taat mengerjakan perintah allah.

] Berbudi pekerti mulia


Contoh:
Dapat dinilai dengan melihat cara anda berkomunikasi

] Bekerjasama
Contoh:
Bahasa mampu menyapukan rakyat

PENGAJARAN
Kita hendaklah mencintai bahasa kita
Seseorang insan itu hendaklah memiliki keperibadian yang mulia
Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala anugerah yang dikurniakan-Nya
kepada kita.

WANITA HARI INI


Oleh:
Aladin Mohamad

MAKSUD

Rangkap 1:
Setiap pagi,penyair akan mengucapkan syukur atas nikmat yang diberikan Allah kepadanya.

Rangkap 2:
Kesedaran dan kecintaan penyair terhadap dirinya telah mendewasakannya.Setiap perkara yang berlaku itu
merupakan ketentuan daripada Allah.

Semua benda yang ada di muka bumi ini boleh berubah dengan keizinan Allah.Penyair mengharapkan agar
lorong kecilnya itu berubah.

BENTUK

] Sajak ini mempunyai dua rangkap sahaja.


rangkap 1 mempunyai 4 baris iaitu berbentuk quatrain
rangkap 2 mempunyai 8 baris iaitu berbentuk oktaf.
] Rima bagi sajak ini ialah
rangkap 1 : a, a, a, a
rangkap 2 : a,a,a,a,a,a,a,a.
rima bagi sajak ini iaitu bagi rangkap1 berbentuk syair tetapi tidak menepati ciri syair sepenuhnya.
] Jumlah perkataan dan suku kata terbanyak ialah 6 perkataan dan 15 suku kata iaitu:
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi (R1:B3:Halaman 19)
] Jumlah perkataan dan suku kata paling sedikit ialah 2 perkataan dan 4 suku kata iaitu:
Nasib diri (R2:B7:Halaman 19)

TEMA DAN PERSOALAN

Tema
Sajak ini mengungkapkan tema kemasyarakatan,iaitu menyorot kehidupan wanita moden yang menganggap
hidup bersendirian lebih baik daripada perkahwinan.

Persoalan
Antara persoalan yang cuba diketengahkan oleh penyajak ialah:

Kaum wanita hari ini berjaya dalam semua bidang, setanding dengan kaum lelaki.
Wanita pascamoden lebih pentingkan pekerjaan
Perubahan arus kehidupan
Ketentuan yang harus ditempuhi

NADA

] NADA SINIS: 
Wanita zaman ini
Lebih bahagia hidup sendiri
] PERASAAN KESAL :
Perkahwinan bagi mereka membatasi
Pergerakkan diri
] PERASAAN GEMBIRA:
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi
Mereka begitu mampu hidup berdikari
] PERASAAN TAKUT :
Nasib diri
Ditengah kehidupan lelaki

GAYA BAHASA

] DIKSI/KATA
Diksi atau kata-kata yang digunakan oleh penyair adalah biasa dan mudah difahami.w
wanita zaman ini (baris 1:rangkap 1)

] SINKOF
Terdapat penggunaan sinkof,iaitu penyingkatan perkataan atau kependekkan perkataan yang terdapat dalam puisi
atau prosa.Contoh sinkof dalam sajak ini ialah
tak berasa perlu bersuami
(baris 2:rangkap1)

] PENGULANGAN
Pengulangan baris yang diselitkan dalam sajak ini juga menjadikan sajak ini indah.Unsur pengulangan terdapat
dalam baris pertama rangkap dan rangka kedua.
Wanita zaman ini

UNSUR BUNYI

] RIMA
Rima akhir sajak ini adalah sama.
rangkap pertama : a-a-a-a
rangkap kedua : a-a-a-a-a-a-a-a.
Contoh rima akhir rangkap pertama :
Wanita zaman ini – a
Tak berasa perlu bersuami – a
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi – a
Mereka begitu mampu hidup berdikari – a

] ALITERASI
Aliterasi ialah pengulangan bunyi-bunyi konsonan yng terdapat dalam baris-baris puisi atau prosa.Contohnya:
Taraf kehidupan mereka kini sudah tinggi (R1:B3:Halaman 19)

] ASONANSI
Asonansi ialah pengulangan bunyi-bunyi vokal.Penyair banyak menggunakan unsur bunyi asonansi dalam
sajaknya.Contohnya:
Lebih bahagia hidup sendiri (R2:B2:Halaman 19)

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

] Bertanggungjawab
Contoh:
Sikap kaum Adam yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kaum wanita enggan berumahtangga.

] Ketabahan
Contoh:
Wanita yang belum berumahtangga sering mendapat cemuhan dan mendapat perhatian masyarakat. Mereka
perlu ketabahan hati untuk meneruskan kehidupan.

] Keberanian
Contoh:
Kaum wanita yang berani membelakangkan tradisi kehidupan dengan tidak mahu berkahwin.

] Berdikari
Contoh:
Nilai ini ditekankan kepada kaum wanita zaman ini yang mempunyai kerjaya dan berpendapatan lumayan tanpa
perlu bergantung hidup kepada orang lain.

PENGAJARAN

] Janganlah kita takut kepada alam perkahwinan kerana ia merupakan tuntutan agama
] Wanita pascamoden yang telah berjaya hendaklah dicontohi oleh wanita desa
] Hendaklah kata berani menempuh dugaan walaupun hidup bersendirian
] Usahlah kita mengharapkan bantuan daripada orang lain
] Janganlah kita terlampau mengejar kebendaan hingga lupakan tuntutan agama,iaitu perkahwinan
] Kita mestilah berdikari atau berdiri diatas kaki kita sendiri apabila melakukan sesuatu perkara
] Kaum lelaki hendaklah mencontohi kaum wanita yang telah berjaya dalam pelajaran

BILA BERJAUHAN
Oleh:
A. Wahab Ali

MAKSUD

Rangkap1:
Penyajak menyatakan bahawa setiap ahli keluarganya perlu berada disampingnya. Penyajak mahu ahli
keluarganya merasai apa-apa saja yang berlaku pada dirinya

Rangkap 2:
Kesepian melanda hati penyajak ketika berada di khayalak ramai.Semua orang yang ditemui tidak
mengenalinya.Suara-suara anak penyair terngiang-ngiang di telinganya.Walaupun berjauhan ingatan itu
menjadikan penyair seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab.
Rangkap3:
Harapan isteri yang merindui anak-anak menyedarkan penyajak akan tugasnya sebagai seorang ayah dan suami
dan mendorong penyajak agar tabah menghadapi segala cabaran

TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Tema bagi sajak ini ialah perasaan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak semasa berjauhan.

Persoalan

Antara persoalan yang terkandung di dalam sajak ini seperti:


] Kerinduan kepada keluarga semasa berada diperantauan.
] Hubungan keluarga bertambah erat semasa berjauhan.
] Isteri dan anak-anak menjadi sumber kekuatan seorang ayah dan suami.

BENTUK

] Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.


] Bilangan baris dalan setiap rangkap tidak sama iaitu
rangkap pertama mempunyai 4 baris
rangkap kedua mempunyai 10 baris
rangkap ketiga mempunyai 6 baris
] Panjang pendek baris tidak sama,iaitu antara perkara dua hingga lima patah perkataan atau empat hingga empat
belas suku kata sebaris.Contohnya,
· Erti kata 
(2 patah kata/4 suku kata)
· Kenakalan dan ketegasan di rumah tangga 
( 5 patah kata/14 suku kata)

RIMA

Rima bagi sajak ini bebas ataupun tidak terikat dengan mana-mana puisi lama sama ada pantun mahupun syair.
rangkap pertama a-b-c-c
rangkap kedua a-b-c-d-d-d-c-c-a-d-a
rangkap ketiga a-b-c-d-d-e

NADA
] Nada romantik seperti: Kau semua mesti disisiku
] Perasaan sunyi seperti: Dalam kesepian ditengah ramai
] Perasaan positif seperti: Dan kau semua menunggu
] Semangat waja seperti: Tegak dan pejal

GAYA BAHASA

] REPITISI
Terdapat pengulangan frasa ‘Kau semua mesti’ sebanyak dua kali dalam rangkap pertama sajak ini

] INVERSI
Contoh pembalikan kata terdapat dalam sajak ini ialah:
Orang yang kutemui tapi tak kukenali
(R2:B2 :Halaman 18)

UNSUR BUNYI

] ASONANSI
Terdapat unsur bunyi asonansi dalam sajak ini iaitu: 
Suara kalian ada ditelingaku (R2:B3:Halaman 18)
Tidak melepaskan jarak kita (R2:B5:Halaman 18)

] ALITERASI

Kau semua mesti menikmati (R1:B4:Halaman 18)


Tidak melepasi jarak kita (R2:B5:Halaman 18)

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

] Kasih sayang
Contoh:
Sebagai seorang suami atau bapa, penyajak menunjukkan sesuatu yang baik iaitu sentiasa mengingati orang yang
disayangi walu di mana jua berada.

] Bertanggungjawab
Contoh:
Tanggungjawab sebagai ketua keluarga diberi penekanan. Berazam untuk menjadi yang terbaik.
] Kemesraan
Contoh:
Hubungan antara bapa dan anak-anak. Suara anak-anak terngiang-ngiang di telinga walaupun mereka tiada di
depan mata. Bapa garang tetapi tidak menjejaskan hubungan keluarga

PENGAJARAN

] Sebagai umat Islam, kita mestilah selalu berdoa kepada Allah


] Apabila berada dirantau orang kita hendaklah mengenali orang di sekeliling kita.
] Kita hendaklah mempunyai semangat juang yang tinggi
] Kita hendaklah menjadi seorang ayah atau suami yang bertanggungjawab
] Kita mestilah sentiasa mengingati Allah

KETIKA KAMI BERCERITA TENTANGNYA


Oleh:
Lim Swee Tin

MAKSUD

Rangkap 1:
Ketika kami bercerita tentang ayah,ayah sedang tidur.Kami sebagai anak-anak ayah kenal akan lelap
matanya.Kelusuhan tikar mengkuang menyebabkan ayah tidur lena.
Rangkap 2:
Sebentar tadi ayah begitu lama menemani kami dan kami bersama ayah mengelilingi prlita minyak tanah.Pelita
minyak tanah itu begitu dengan kami.
Rangkap 3:
Kami tidak pernah menyoal tentang latar belakang ayah kerana kami sudah mengetahui ketentuan yang telah
ditetapkan kepadanya.
Rangkap 4:
Semasa kami berbincang tentang ayah, aku teringat harapan bapa kepada anak-anaknya.
Rangkap 5:
Ayah berharap masa depanku tidak sama dengannya.

BENTUK

Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama,iaitu rangkap 1 dan 4
terdiri daripada enam baris,rangkap 2 dan3 terdiri daripada lapan baris,dan rangkap 5 terdiri daripada dua
baris.Sajak ini berbentuk bebas.Panjang pendeknya tidak sama, iaitu antara satu patah kata hingga enam patah
kata,atau antara dua suku kata hingga lima belas suku kata.Contohnya:
· Tadi (1 patah kata/2 suku kata)
· Pada sebuah doa yang selalu disebutnya (6 patah kata/15 suku kata)
TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Pengorbanan dan harapan seorang bapa kepada anak-anaknya.Walaupun bapa hidup menderita tetapi bapa
sentiasa mengharapkan anak-anaknya hidup tanpa dibelenggu oleh masalah kemiskinan.

Persoalan

] Kekaguman anak-anak terhadap kegigihan bapa membesarkan mereka.


] Penderitaan dan kemiskinan hidup dihadapi dengan tabah
] Kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya

NADA

] Nada romantik:
Ketika kami bercerita tentangnya
Bapa sedang tidur

] Perasaan mengharap:
Semoga ombak masa laluku
Bukan gelombang masa depanmu

] Perasaan sayang:
Tadi
Lama sekali bapa menemani kami

] Perasaan bersyukur: 
Pada sebuah doa yang selalu disebutnya

UNSUR BUNYI

] RIMA

Rima sajak ini bebas dan tidak terikat dengan puisi-puisi tradisional.Walaupun setiap rangkapnya mengandungi
enam baris,namun rima barisnya bebas.Contohnya,rangkap pertama rima akhirnya a-b-b-a-d-a

] ALITERASI

Aliterasi ialah pengulangan bunyi-bunyi konsonan.Dalam sajak ini penyair banyak menggunakan unsur
pengulangan bunyi-bunyi konsonan.
Contohnya:
Asap pelita berkepul – pengulangan konsonan p
Semoga ombak masa lalu – pengulangan konsonan m

] ASONANSI

Penyajak banyak menggunakan unsur-unsur bunyi asonansi.Asonansi ialah pengulangan bunyi-bunyi vokal iaitu
a,e,i,o,u.Contohnya:
Mengapa demikian- pengulangan vokal e
Tikar mengkuang lusuh itu- pengulangan vokal u 

GAYA BAHASA

] DIKSI

Pemilihan diksi yang digunakan oleh penyair adalah tepat dengan tema sajak.Contohnya:
Seperti juga di hutan kehidupan ini (R3:B5:Halaman 20)

] METAFORA

Terdapat beberapa contoh metafora dalam sajak ini.Contohnya:


Laut sejarahnya (R3:B3:Halaman 20)
Hutan kehidupan (R3:B5:Halaman 20)

] INVERSI

Terdapat pembalikan kata dalam sajak ini iaitu:


Tidak pernah kami menyoal (R3:B1:Halaman 20)

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

] Kesyukuran
Contoh:
Manusia haruslah sentiasa bersyukur.

] Ketabahan
Contoh:
Ketabahan perlu ada tapi biarkan untuksituasi yang berbeza.

] Keinsafan
Contoh:
Sentiasa memohon keampunan daripada allah kerana kelalaian menjalankan aktiviti.

] Berhati-hati
Contoh:
Berhati-hati agar tidak terjerumus

PENGAJARAN

] Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita.
] Kita sebagai anak-anak mestilah menghormati bapa
] Kita hendaklah memelihara perhubungan dalam keluarga supaya sanantiasa erat
] Kita hendaklah tabah menghadapi takdir
] Kita haruslah berusaha untuk memenuhi harapan bapa

USIA
Oleh:
Siti Zainon Ismail

MAKSUD

Rangkap 1:
Penyajak menghadapi penambahan usia dengan perasaan yang
tenang.Penyajak sedar bahawa penambahan usia menyebabkan umur semakin pendek.Oleh itu,kehendak atau
keinginan harus diatasi.Peristiwa-peristiwa pada masa yang lalu ditinggalkan dan peristiwa-peristiwa akan
datang dinanti dengan penuh harapan.

Rangkap 2:
Kesedaran dan kecintaan penyajak terhadap dirinya telah 
mendewasakannya.Setiap perkara yang berlaku itu merupakan ketentuan daripada Allah.

Rangkap 3:
Semua perkara yang ada di muka bumi ini boleh berobah dengan keizinan Allah. Penyajak mengharapkan agar
lorong kecilnya itu berubah.
BENTUK

Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.


Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama .
Rangkap 1 terdiri daripada lapan baris, rangkap 2 terdiri daripada tujuh baris, rangkap 3 terdiri daripada lima
baris.Sajak ini berbentuk bebas.Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua patah kata atau enam suku
kata hingga lima patah kata atau sepuluh suku kata sebaris.Contohnya :

Melalui jendela- 2 patah kata / 6 suku kata.


Pagi tidak lagi berbau tanah- 5 patah kata/10 suku kata

TEMA DAN PERSOALAN

TEMA

Bersyukur terhadap nikmat usia yang diberikan oleh tuhan.Oleh itu,nikmat usia hendaklah diisi dengan matlamat
kehidupan yang sebenarnya

PERSOALAN

] Usia yang bertambah menyebabkan jangka hayat semakin pendek.


] Peristiwa-peristiwa dalam hidup akan berlalu seiring dengan peningkatan usia
] Peningkatan usia bermakna bertambahlah pengalaman dalam hidup.
] Hidup dan mati telah ditentukan oleh tuhan

NADA

] Nada romantik:
Telah ku susun letakmu
Di sisian yang tenang
] Perasaan syukur:
Memancarkan cahaya berpenjuru
Seharusnya kita berhati-hati
Memantulkan kembali
Kehala yang satu

Tanpa keizinanmu
Pagi tidak lagi berbau tanah
Atau tiba-tiba
Lorong kecilku
Menjadi ungu

UNSUR BUNYI

] RIMA

Rima sajak ini tidak sama iaitu rangkap rimanya a-b-c-d-e-d-c-a,rangkap kedua a-b-c-c-a-a-c,dan rangkap ketiga
a-b-c-a-a.Contoh rima akhir rangkap pertama:
Telah kususun letakmu - a
Di sisian tenang - b
Ruang ku kecilkan lagi - c
Dengan keinginan sederhana-d
Kulepaskan kupu-kupu semalam –e
Melalui jendela – d
Diiringi segaris cahaya pagi – c
Selamatlah datangmu-a

] ALITERASI

Aliterasi ialah pengulangan bunyi atau huruf-huruf konsonan dalam baris-baris puisi.Contoh unsur aliterasi yang
terdapat dalam sajak ini ialah

Selamatlah datangmu - pengulangan konsonan t

] ASONANSI

Asonansi ialah pengulangan bunyi atau huruf-huruf vokal dalam baris-baris puisi.Contohnya,

Memantulkan kembali – pengulangan vokal e

GAYA BAHASA

] METAFORA

Terdapat contoh metafora dalam sajak ini iaitu:


Segaris cahaya (R1:B7:Halaman 22)
Lorong kecilku (R3:B4:Halaman 22)
] PERLAMBANGAN

Beberapa contoh perlambangan terdapat dalam sajak ini iaitu ‘kupu-kupu’, ‘kristal’, dan juga ‘ungu’. ‘kupu-
kupu’ melambangkan usia remaja dan ‘ungu’ pula melambangkan kesedihan. ‘kristal’ pula melambangkan
kemantangan hidup

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

] Kesyukuran
Contoh:
Bersyukur di atas segala pemberian Allah.

] Ketabahan
Contoh:
Ketabahan mengharungi hidup dan berjanji akan berubah.

] Keinsafan
Contoh:
Insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan

] Berhati-hati
Contoh:
Berhati-hati agar tidak menjurus ke arah kemungkaran.

PENGAJARAN

] Pupuklah pengalaman kita supaya kita menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara
] Kita hendaklah melengkapkan diri kita dengan ilmu akhirat kerana hidup di dunia ini tidak akan kekal
] Kita mestilah mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita
] Kita perlulah menyedari bahawa usia kita semakin meningkat

Anda mungkin juga menyukai