Anda di halaman 1dari 14

SAJAK

DIRGAHAYU
BAHASAKU
OLEH : AHMAD
SARJU


MAKSUD RANGKAP

RANGKAP PERTAMA
Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan secara rasmi dan dijadikan
bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang mengenang budi, patuh, dan setia .
RANGKAP DUA
Bahasa Melayu merupakan maruah bangsa Malaysia yang perlu dipertahankan
kedudukannya agar terus kukuh dan teguh. Keampuhan bahasa Melayu membolehkan
kehidupan menjai lebih bijaksana dan sejahtera.
RANGKAP KETIGA
Pejuang bahasa memiliki semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahsa di tanah air
tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke seluruh kepulauan nusantara. Bahasa
Melayu turut dipandang tinggi serta berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa
perhubungan pada masa itu.








RANGKAP KEEMPAT

Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyuran bangsa Malaysia .
Meraka berjaya menjalinkan hubungan dengan negara-negara di
seluruh kepulauan nusantara . Bahasa melayu turut dipandang tinggi
sreta berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan
pada masa itu .
RANGKAP KELIMA

Bahasa melayu yang indah kata-katanya dan kaya dengan pelbagai
ilmu , seiring dengan kesopanan bangsa melayu berupaya untuk terus
berkembang maju di arena antarabangsa dan semakin menempa
kejayaan pada alaf baru .
TEMA
Sajak Dirgahayu Bahasakubertemakan
kedaulatan Bahasa Melayu yang tinggi
martabatnya wajar dipertahankan .
PERSOALAN
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan .
kecekalan hati para pejuang bahasa untuk mengembangkan bahasa
Melayu .
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan
penyatuan masyarakat .
Penerimaan dan penghayatan masyarakat dunia terhadap bahasa Melayu
.
NADA
Sajak Dirgahayu bernada PATRIOTIK. Sajak ini sesuai
untuk menggambarkan perasaan penyajak yang cinta
kan bahasa Melayu yang tinggi martabat dan
kedudukannya .











GAYA BAHASA

1. Sinkope. Contohnya, pada rangkap 1, baris 1-2 dan pada
rangkap 3 baris 2-3
2. Metafora. Contohnya, pada rangkap 2 baris 4
3. Personafikasi. Contohnya, pada rangkap 4 baris 1 dan
rangkap 4 baris 4
4. Inversi. Contohnya, pada rangkap 4baris 3
5. Anafora. Contohnya, pada rangkap 3 baris 2
6. Pengulangan. Contohnya, pada rangkap 4 baris 2 dan 4.

NILAI
Nilai cinta kan bahasa kebangsaan .
Contohnya : rakyat diseru agar mencintai dan mendaulatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara .
Nilai tanggungjawab.
Contohnya : rakyat bertanggungjawab memastikan bahasa Melayu tidak
pupus dan dicemari oleh pengaruh bahasa asing.
Nilai kesyukuran
Contohnya : bersyukur kerana bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu yang
terkenal dan digunakan secara meluas di seluruh kepulauan nusantara .
PENGAJARAN
Kita hendaklah cinta kan bahasa Melayu yang menjadi bahan rasmi negara Malaysia .
Kita hendaklah terus mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangssaan .
kita mestilah mempertahnkan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jati diri bangsa
daripada dicemari oleh bahasa asing.
Kita haruslah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam
pelbagai bidang.
Kita sewajarnya bersyukur kerana bahasa Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun
masih diamalkan sehingga kini.
SOALAN :/
Mengapakah kita harus memelihara kedaulatan
bahasa kita?


Sebarang jawapan yang logik diterima.
Sebagai warganegara Malaysia, mengapa anda
perlu menggunakan bahasa kebangsaan?



KBKK.

Anda mungkin juga menyukai