Anda di halaman 1dari 3

NOTA SAJAK DIRGAHYU BAHASAKU - ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju 

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa


yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semanagt pejuangku


hak bangsaku memilikimu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan


ke barat ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dank e selatan bahsaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.

( September 2000)
Manuskrip Luka Bangsa, 2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Maksud 
Rangkap 1
Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa
Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.

Rangkap 2 
Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya
utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi
alat untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3
Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal
menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.

Rangkap 4 
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa
perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.

Rangkap 5
Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu
digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa
Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya
untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini.

Tema
Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan

Gaya Bahasa
1. Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu,
bahasamu, tak
2. Metafora – lautan bijaksana
3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan 
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora – hak bangsaku memilikimu
                    hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan – ke barat dan ke timur
                           ke utara dan ke selatan

Nilai 
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati 
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri 
Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.

(I ) Nyatakan dua kepentingan bahasa Melayu seperti yang digambarkan dalam sajak tersebut.
[2 markah]

(ii)  Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan bahasa
Melayu dikenali pada peringkat antarabangsa? [3 markah]

(iii) Selain persoalan kepentingan bahasa Melayu, jelaskan dua persoalan lagi yang terdapat
dalam puisi tersebut. [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai