Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL TINGKATAN 5

KATA KUNCI MENJAWAB SOALAN NOVEL DAN CONTOH PERISTIWA


BAHAGIAN A:Teknik menjawab soalan.

BIL Kata Kunci Peristiwa Contoh soalan


1 (a) Tabah Haiqal menerima senaskhah Soalan berbentuk
manuskrip yang dihantar oleh inspirasi/motivasi/
seorang gadis berbangsa Cina, iaitu membangkitkan
See Hwa melalui kiriman pos. Sejak semangat pembaca
itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk
pergi ke Batu Pahat , tempat tinggal
arwah bapanya, Abdullah bin Kayan.
Walaupun uminya tidak bersetuju,
namun Haiqal tabah menerima
hakikat dengan berkeras dan berasa
teruja untuk menjejaki sejarah
kehidupan bapanya itu bagi
mengubat kerinduan yang
ditanggung olehnya sejak kecil lagi.
(Peristiwa ini dapat membangkitkan
semangat pembaca supaya berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk
merelisasikan impian mereka
meskipun dihalang oleh keluarga.)

 Haiqal bertanggungjawab
melaksanakan kewajipannya
sebagai seorang murid dengan
(b)Bertanggungjawab meneruskan menjawab soalan
peperiksaan UPSRnya walaupun dia
mengetahui bahawa ayahnya telah
meninggal dunia pada saat itu.
(Peristiwa ini dapat membangkitkan
semangat saya kerana Haiqal
memikul tanggungjawabnya sebagai
seorang pelajar dia mengalami
masalah keluarga dalam hidupnya
seperti Haiqal kehilangan ayah
tercintanya.

 Haiqal dan penduduk kampung Seri


Purnama gigih berlatih di balai raya
pada waktu malam untuk
menghidupkan semula sini zapin dan
ghazal di kampung itu. (Peristiwa ini
(c )Gigih dan kerjasama membangkitkan semangat kepada
pembaca untuk gigih dan
bekerjasama dalam melakukan
sesuatu.)

[NOTA S.L KOMSAS T52020]


Bil Kata Kunci Peristiwa Contoh soalan
2 (a) Baik hati Haiqal memujuk Ratna yang Sebab-sebab anda
menangis kerana tidak mendapat mencontohi / sebab-
keputusan yang cemerlang dalam sebab watak utama
SPM. (Peristiwa ini menarik menarik perhatian
perhatian pembaca untuk pembaca
mencontohi sikap positif Haiqal
sebagai seorang sahabat yang baik Sikap-sikap positif
kepada rakannya. watak utama
(b) Keberanian Peristiwa Haiqal datang ke
Kampung Seri Purnama untuk
menjejak warisan Abdullah Kayan.
Walaupun dihalang oleh ibunya,
Haiqal tetap pergi ke Batu Pahat
untuk menjejaki kehidupan arwah
ayahnya. (Peristiwa ini menarik
perhatian pembaca untuk
mencontohi sikap berani Haiqal)
(c) Berdikari Perisitwa Haiqal berseorangan
pergi ke Kampung Seri Purnama
dengan menaiki bas dan pertama
kalinya dia ke Johor. (Peristiwa ini
membolehkan pembaca untuk
mencontohi sikap positif Haiqal
yang berdikari melakukan sesuatu
tugasan)

Bil Kata Kunci Contoh Peristiwa Contoh soalan


3 (a)Kasih sayang Peristiwa Abdullah bin Kayan Contoh/Teladan/
menulis manuskrip untuk anaknya Pengajaran
Haiqal yang terpisah daripadanya
sejak kecil sebagai bukti kerinduan
dan kasih sayang kepada anaknya
itu. (Peristiwa ini dapat dijadikan
contoh / teladan kepada pembaca
kerana kita mestilah menyayangi

[NOTA S.L KOMSAS T52020]


ahli keluarga walau dalam apa-apa
jua keadaan.)
(b) Kerajinan Peristiwa Ai Ling yang
menghadapi masalah pernafasan
gigih berlatih mendeklamasikan
sajak dengan Cikgu Zam pada
setiap hari sehingga lewat petang
untuk menyertai pertandingan. Ai
Ling akhirnya memenangi
pertandingan mendeklamasikan
sajak yang disertainya. (Peristiwa
ini dapat dijadikan contoh kepada
pembaca kerana kita hendaklah
bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu perkara
sehingga berjaya)
(c) Menghormati orang tua Peristiwa Haiqal akan bercakap
dengan menggunakan bahasa yang
sopan. Haiqal menghormati keputusan
ibunya yang tidak mengizinkan dia
menziarahi jenazah ayahnya kerana
dia menduduki peperiksaan UPSR
pada masa itu. Sungguhpun dia terlalu
berkeinginan melihat jenazah ayahnya
buat kali terakhir namun dia masih
akur akan permintaan ibunya.
(Peristiwa ini memberi teladan kepada
pembaca kerana kita haruslah
menghormati permintaan atau suruhan
ibu bapa supaya tidak melukakan hati
dan perasaan mereka.

Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dijadikan
teladan.
Novel T5: Silir Daksina
Rangka menulis isi novel

AYAT JAWAPAN
1. Ayat pernyataan umum Peristiwa pertama ialah Haiqal Haqimi
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan.
2. Contoh peristiwa Misalnya, Haiqal meneruskan menjawab soalan
peperiksaan UPSRnya walaupun dia mengetahui
bahawa ayahnya telah meninggal dunia pada saat
itu.
3. Sebab peristiwa ini memberi Peristiwa ini menunjukkan Haiqal Hakimi
teladan kepada pembaca mempunyai sifat tanggungjawab untuk
melengkapkan tugasannya menjawab soalan
peperiksaan.

[NOTA S.L KOMSAS T52020]


AYAT JAWAPAN
1. Ayat pernyataan umum Seterusnya peristiwa Haiqal akan bercakap dengan
menggunakan bahasa yang sopan.
2. Contoh peristiwa Misalnya, Haiqal menghormati keputusan
ibunya yang tidak mengizinkan dia menziarahi
jenazah ayahnya kerana dia menduduki
peperiksaan UPSR pada masa itu. Sungguhpun
dia terlalu berkeinginan melihat jenazah ayahnya
buat kali terakhir namun dia masih akur akan
permintaan ibunya.
3. Sebab peristiwa ini memberi Peristiwa ini juga boleh dijadikan teladan iaitu
teladan kepada pembaca kita hendaklah sentiasa menghormati permintaan
atau suruhan ibu bapa supaya tidak melukakan
hati dan perasaan mereka.

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Silir Daksina iaitu karya Nizar
Parman , terdapat dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan untuk pembaca.

Peristiwa pertama ialah Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan anak
tunggalnya, Haiqal Haqimi walaupun sudah tiga tahun berpisah. Dia amat merindui
anaknya sehinggakan kasih sayang tersebut dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya
dengan anaknya. Dia juga meninggalkan rumah, tanah dan wang untuk anaknya itu dengan
mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan hartanya. Peristiwa ini memberi teladan
kepada kita iaitu kita hendaklah mengasihi dan sentiasa menghubungi anak-anak walaupun
terpisah jauh.

Seterusnya, peristiwa Haiqal akan bercakap dengan menggunakan bahasa yang


sopan. Dia juga menghormati keputusan ibunya yang tidak mengizinkan dia menziarahi
jenazah ayahnya kerana dia menduduki peperiksaan UPSR pada masa itu. Sungguhpun dia
terlalu berkeinginan melihat jenazah ayahnya buat kali terakhir namun dia masih akur akan
permintaan ibunya. Peristiwa ini juga boleh dijadikan teladan iaitu kita hendaklah

[NOTA S.L KOMSAS T52020]


sentiasa menghormati permintaan atau suruhan ibu bapa supaya tidak melukakan hati
dan perasaan mereka.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kedua-dua peristiwa ini dapat dijadikan teladan
kepada pembaca.

[NOTA S.L KOMSAS T52020]

Anda mungkin juga menyukai