Anda di halaman 1dari 4

TEKNOLOGI DASAR TRANSFORMASI

NEGARA

Datang bahtera dari Medan,


Singgah sebentar di lalauan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan,
Kepada warga dewan pembuka tirai.

Salam perpaduan dan salam Malaysia madani saya


ucapkan kepada yang mulia tuan peneraju majlis, barisan
para hakim yang sentiasa berada di paksi kebenaran,
penjaga masa yang begitu peka dengan edaran jam,para
guru dan seterusnya para hadirin dan hadirat yang
dikasihi sekalian.

Berdirinya saya di atasa persada yang inidah ini tidak


lain dan tidak bukan kerana ingin menyampaikan sebuah
pidato yang bertajuk ‘TEKNOLOGI DASAR
TRANSFORMASI NEGARA’

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita


membelah bicara izinkan saya mendefinisikan frasa yang
membina tajuk pidato agar hadirin dan hadirat terbuka
mindanya, agar tiada yang terpinga-pinga serta saya
petah berkata-kata seperti orang dahulu berkata :

Yang buta tidak diraba-raba,


Yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambin-ambin,
Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Perkataan teknologi berasal dari perkataan Greek iaitu


technologia yang merupakan gabungan perkataan techne
yang bermaksud rekaan,kemahiran serta seni dan logia
yang bermaksud pembelajaran kajian. Dari segi isitilah
pula ialah pembanguna dan penggunaan peralatan seperti
mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah
manusia.

Manakala,

Transfromasi negara pula dari segi istilah, dapat


dikaitkan sebagai inisiatif untuk memacu Malaysia ke
arah melahirkan masyarakat yang maju,bersatu padu dan
mempunyai standard kehidupan yang tinggi bagi semua
orang.

Kesimpulannya, melalui konteks yang disebutkan, kita


dapati bahawa melalui pembangunan dari segi teknologi,
negara dapat dimajukan dengan kadar yang pesat.

Hadirin Yang Dihormati,

Lembayung kunci saya yang pertama ialah teknologi


mampu memudahkan kehidupan manusia sejagat. Hal ini
berlaku kerana penghasilan alat-alat yang memudahkan
kehidupan manusia. Dalam konteks ini, penghasilan alat-
alat ini terjadi apabila pakar dalam bidang teknologi dan
sains dapat membina alat-alat yang membantu manusia
dalam kehidupan seharian mereka. Tamsilnya, alatan
seperti komputer, televisyen pintar, telefon pintar dan
sebagainya. Impaknya, segala pekerjaan harian yang
susah dilakukan oleh manusia akan dibantu oleh altan-
alatan yang canggih ini. Secara tidak langsung hal ini
mampu meningkatkan produktiviti dalam sesebuah
institusi yang mampu memberikan kebaikan kepadan
negara. Hal ini sama dengan peribahasa sambil
menyelam minum air dimana kita mampu
mengembangkan bidang sains dan teknologi dalam
negara serta meningkatkan produktiviti rakyat dalam
negara.

Melihat dari kaca mata yang lain, dalam


mentransformasikan negara, teknologi dapat
menyediakan pengangkutan awam atau persendirian
yang lebih mudah, selesa, cepat dan selamat. Hal ini
timbul apabila berlakunya kemajuan dalam bidang
pengangkutan dan keperluan kenderaan untuk mencapai
destinasi dengan cepat. Oleh sebab itu, kecanggihan
dalam bidang pengangkutan ini perlu dikira untuk
mentransformasikan negara. Kita boleh melihat pada satu
contoh pengangkutan yang amat popular digunakan oleh
orang ramai iaitu kapal terbang. Pada saat ini, kapal
terbang telah membantu manusia sampai ke destinasi
yang jauh pada masa yang cepat. Melalui hal ini, masa
untuk mencapai destinasi dapat dikurangkan dan
keselesaan perjalanan dapat dipastikan. Hakikatnya,
kemajuan teknologi ini penting bagi meningkatkan mutu
dan kecanggihan pengangkutan supaya dasar
transformasi negara dapat dicapai.

Meninjau dari skop yang lebih luas, teknologi dibuktikan


berjaya membuka peluang ekonomi baharu dalam
negara. Hal ini tercetus apabila kemajuan yang pesat
terjadi dalam bidang teknologi terhadap pertanian
negara. Dalam hal ini, teknologi hijau terbukti berupaya
meningkatkan produktiviti pertanian negara. Buktinya,
pembuatan jentera yang digunakan untuk membajak serta
meratakan tanah yang telah dilengkapi dengan komponen
penentuan indeks peralatan. Hal ini mengakibatkan
peningkatan dan penggalakan operasi komersial berskala
besar sama ada dalam bentuk perladangan berkelompok
atau estet. Impaknya, ekonomi negara meningkat dan
kita tidak perlu bergantung atas hasil tanaman import
negara luar seperti padi. Hal ini persis kata cendekiawan
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri yang melalui konteks ini
bermaksud bahawa hasil dari negir kita lebih baik dari
mengharapkan hasil negeri luar. Tegasnya, teknologi
mampu meningkatkan produktiviti negara sebagaimana
ia meningkatkan ekonomi negara.

Sidang dewan sekalian,

Sebagai penghias bicara akhir, saya simpulkan bahawa


teknologi yang merupakan dasar transformasi negara ini
adalah benar. Penyelidikan dalam bidang ini relevan
kerana teknologi ini terbukti membantu negara
menghasilkan rakyat yang produktif, negara yang maju
dan negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh. Oleh
itu, saya berharap kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa
haus akan kemajuan dalam bidang teknologi agar dasar
transformasi negara dapat dicapai.

Sekian sahaja pidato saya pada hari ini dan saya ingin
memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur
bicara yang kurang sopan ketika menyampaikan pidato
saya sebentar tadi.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai