Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan oleh YDP PIBG En.

Mathew Silek
Sempena Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar Tingkatan 5 2022

Selamat pagi dan Salam sejahtera

Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Lee Kim Shin Tetamu Kehormat,
Yang Berusaha En Peter Use Lenjau , Pengetua SMK St.Joseph Miri
Yang Dihormati Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, En Sylvester Lim Poh Sing
Yang Dihormati Presiden ALUMNI SMK St Joseph Miri, En. Gerald Goh Eng Kui
Yang Dihormati Monsignor Francis Kuleh, Wakil Rev. Bishop
Yang Dihormati Puan Mariam Menadu Grasi, Guru Besar SK St Joseph Miri
Yang Dihormati Cik Cheryl , Penolong Pengurus Bahagian Pengambilan Pelajar Domestik
Curtin University
Yang Dihormati Encik Sylvester, Pegawai Eksekutif Pemasaran Kolej IBS
Yang Berusaha, Guru-guru penolong kanan
para guru, ibu bapa pelajar dan sidang media yang dihormati sekalian.
***Lampiran salutasi (AJK Protokol sediakan)***

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada warga SMK Saint Joseph Miri kerana mengundang saya ke majlis ini. Saya
berasa bersyukur dan bertuah kerana pada tahun ini kita dapat menjayakan Majlis Anugerah
Cemerlang Pelajar Tingkatan 5. Bagi pihak PIBG Saya ingin merakamkan penghargaan atas
kesungguhan para guru yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang sangat
bermakna.Malah, saya juga tujukan khas buat ibu bapa yang sudi hadir Majlis Anugerah
Cemerlang Pelajar ini.

Hadirin yang dihormati,


Saya percaya bahawa dengan adanya majlis Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ini
bakal menjadi pembakar semangat untuk menjadi lebih bersedia dari aspek psikologi di
samping telah cukup bersedia dengan ilmu pengetahuan yang ada untuk menduduki
peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) berbaki beberapa hari saja lagi. Saya berharap
untuk masa yang masih berbaki ini, anak-anak dapat memanfaatkan masa dan jangan
sesekali mensia-siakan masa kerana masa itu emas. Oleh itu, berilah tumpuan sepenuhnya
kepada pelajaran agar dapat meraih keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan
nanti.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Kepada semua ibu bapa dan penjaga, saya amat terharu dengan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan di dalam dewan ini. Sebagai Ibu bapa, berilah anak-anak dorongan dan
sokongan moral sebagai persediaan mereka untuk menduduki peperiksaan kelak.

Sebagai penutup, semoga dengan penganjuran majlis Anugerah ini dapat kita
peroleh kebaikan dan diharapkan agar objektif dan matlamat yang disasarkan dalam
mengadakan majlis Anugerah pada tahun ini boleh tercapai dengan jayanya. Sebelum
mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan syabas sekali lagi kepada warga SMK St
Joseph Miri serta jawatankuasa dan semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan majlis ini. Diharap SMK St Joseph Miri terus menjadi sebuah
sekolah yang sentiasa maju, dengan adanya semangat kerjasama, perpaduan serta
perkongsian ilmu yang menjadi teras utama bagi setiap individu dalam bidang pendidikan

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai