Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Perasmian Virtual Run 2021

En Sylvester Lim (Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah)

Selamat pagi, Salam sejahtera dan Salam Perpaduan


Yang Berusaha Tuan Pengetua, Encik Peter Use Lenjau, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Jenny Then, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Cheong Chee Ling,
Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Nur Laila Sheila Binti Abdullah, Penolong Kanan PPKI,
Cik Sandi Anak Danel, Ketua-ketua Bidang, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Hadirin yang dihormati,


Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian mengundang
saya sebagai tetamu khas bagi menyempurnakan perasmian Virtual Run tahun 2021 ini. Terima
kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua guru yang bertindak sebagai urus setia telah
menunjukkan komitmen untuk menjayakan program Virtual Run ini secara maya walaupun
dalam keadaan pandemik ini.

Virtual Run yang diadakan oleh pihak sekolah ini telah membuktikan bahawa
penjagaan kecergasan diri dapat dilakukan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan
masing-masing dari segi kebebasan memilih lokasi untuk melakukan aktiviti larian. Saya turut
difahamkan bahawa para peserta menggunakan aplikasi strava untuk merekod data larian.
Aktiviti ini bukan sahaja menjamin kesihatan pelajar malah memberi peluang kepada semua
pelajar untuk merasai sendiri pengalaman pertandingan secara maya ini .

Hadirin sekalian,
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, sememangnya
amat sukar bagi pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti sukan yang sepatutnya dijalankan
secara bersemuka tetapi kini telah dijalankan secara maya. Namun begitu, saya amat bangga
melihat aktiviti tahunan sekolah dapat dijalankan dengan jayanya dari segi penglibatan para
pelajar, ibu bapa malah guru-guru dalam Virtual Run ini. Tahniah saya ucapkan penglibatan
para peserta dalam Virtual Run ini.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin sekali lagi mengucapkan syabas kepada
semua urus setia yang terlibat dalam menjayakan program Virtual Run tahun 2021.
Dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Program Virtual Run
tahun 2021 ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai