Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan

Encik Pauzi bin Hj. Omar


Pegawai Pendidikan Daerah, Seberang Perai Tengah
Majlis Perasmian Hari Terbuka Asrama SMK Permatang Pasir
15 0GOS 2015
di Asrama SMK Permatang Pasir
Terima kasih pengacara majlis.
Yang Berusaha Tuan Haji Shamsudin Bin Mat,
Pengetua SMK Permatang pasir,
Yang Berusaha Encik Kamarudin Bin Shaari,
Yang Dipertua PIBG SMK Permatang Pasir,
Yang Berusaha Encik Mohd Shukor Bin Mohd Shuib,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha Puan Asiah Binti Mat,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Berusaha Cik Hamidah Binti Othman,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru guru yang dihormati dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berkumpul di sini untuk bersama-sama meraikan Majlis Perasmian Hari Terbuka Asrama
SMK Permatang Pasir pada tahun 2015.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak
sekolah SMK Permatang Pasir kerana berjaya program ini.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan dengan kerjasama semua guru guru
dan para pelajar.
Saya melihat ia adalah satu titik permulaan yang amat baik bagi semua pihak ini untuk terus
menjalin hubungan silaturahim yang lebih erat di antara pihak asrama dengan masyarakat
setempat.
Program ini mendekatkan asrama kepada masyarakat awam bagi memastikan orang ramai
memahami tentang peranan dan fungsi asrama secara mendalam.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Peranan kepimpinan asrama amatlah penting kerana tindakan yang dilaksanakan memberi
impak terhadap pencapaian wawasan asrama dan terusnya meningkatkan kecemerlangan dari
aspek kokurikulum, sahsiah, kepimpinan dan kemajuan sekolah secara menyeluruh. Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) menunjukkan kebanyakan pelajar cemerlang adalah pelajar yang tinggal
di asrama dan ini menjadikan asrama adalah tempat yang paling sesuai untuk dijadikan tempat
belajar.

Para hadirin yang yang dihormati sekalian,


Asrama SMK Permatang Pasir akan mewakili Pulau Pinang dalam pertandingan Anugerah
Seri Asrama Terbilang (ASAT) ke peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Kita semua perlu
bersatu padu untuk menjadikan asrama ini mampu memberi saingan dan membawa balik piala
kemenangan ke Pulau Pinang.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang
terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan kerjasama
semua pihak program sebegini tidak akan boleh dilaksanakan dengan jayanya.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanhirrahim saya merasmikan Hari Terbuka Asrama SMK
Permatang Pasir pada tahun 2015.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai