Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMI

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM BUAT BAIK 2018.

Yang berbahagia Tn Haji Hishammuddin bin Sirat, Pengetua SMK Jalan Kebun.
Yang berusaha pn hajah che nor khasimah bt mohd nor, penolong kanan hal ehwal murid
Yang berusaha pn hajah faiezah bt jemali, penolong kanan petang
Barisan Jawatankuasa Majlis Pelancaran Program Jom Buat Baik 2018
Guru – guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamulaikum Warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Pelancaran
Program Jom Buat Baik 2018 atas penganjuran program pada hari ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu yang melibatkan masalah sahsiah dan disiplin murid
seperti mana yang disiarkan di kaca televisyen serta tular di media sosial. Fenomena masalah
disiplin dan sahsiah dalam kalangan pelajar kian parah dan tindakan yang sewajarnya harus
diambil untuk menangani masalah yang kian runcing ini.

Seperti mana program yang dilancarkan pada hari ini iaitu Program Jom Buat Baik, saya
percaya penganjuran program ini bertujuan mendisiplinkan diri murid dan memantapkan sahsiah
diri murid. Sekiranya murid berkelakuan baik dan berdisiplin di sekolah, pelbagai salah laku
disiplin dapat dielakkan, seperti gejala ponteng dan penularan masalah sosial lain seperti
merokok dan gejala lepak.

Murid – murid yang saya kasihi sekalian,


Jika kita imbas kembali video yang tular di laman sosial mengenai anak yang memukul ibu
kandungnya sendiri tanpa belas kasihan hanya kerana duit belanja yang tidak mencukupi. Di
manakah silapnya? Adakah itu contoh akhlak dan peribadi yang baik untuk ikuti dan contohi?.
Para pelajar, yang baik itu harus dicontohi dan buruk itu harus dijauhi.
Harapan saya, agar semua anak didik SMK Jalan Kebun akan sentiasa memperbaiki diri
dan melakukan yang terbaik demi kecemerlangan pada masa akan datang. Sayangi lah diri anda
sepertimana ibubapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling menyayangi anda seadanya.

Akhirnya, Terima serangkap pantun dari saya,

Rumah besar ada loteng,


Tersergam indah dihujung jalan
Pergi sekolah jangan ponteng,
Jom Buat Baik jadikan amalan

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan Program Jom Buat Baik 2018.

Sekian.Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan


selamat sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai