Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN (Seksyen 3)

Yang berusaha En. Kamel Bin Achong, selaku Pengerusi Jawatankuasa pelaksanaan
Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Antarabangsa 2015, yang dihormati En. Abdullah Bin
Muhammad @ Mamat, selaku jurulatih KRS Kebangsaan, Yang dihormatiTuan Haji Mohd.
Syahir Bin Ismail, Pengetua SMK Seri Kundang, yang dihormati, Tuan Haji Mohd Fauzi Bin
Mohd Rosli Penyelia Kelab dan Persatuan dan Badan Beruniform Negeri Sabah, yang
dihormati Cik Hajah Khadadiah Binti Bajuri, Guru Besar SK Gedok Negeri Sembilan, guru-guru,
para peserta dan hadirin sekalian. Selamat pagi dan salam satu Malaysia.
Saya amat bersyukur kerana kita dapat berkumpul pada hari ini bagi menyempurnakan
majlis perasmian.
Saya selaku ketua patrol perkhemahan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas
penyertaan kalian semua. Semoga anda semua dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang
amat berharga sepanjang masa aktiviti-aktiviti dalam perkhemahan ini dijalankan. Kita tidak
mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya
generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Objektif perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan ini adalah untuk
meningkatkan disiplin dan motivasi dalam kalangan para peserta ke arah kecemerlangan diri
setiap individu di samping dapat membentuk para pelajar agarmempunyai jati diri dan
bersahsiah.
Tambahan pula, perkhemahan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
bersosial dan seterusnya mengukuhkan tali persahabatan antara kaum serta memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan semua peserta
Saya menaruh harapan yang tinggi agar melalui perkhemahan ini, para peserta dapat
memupuk nilai bekerjasama, bersatu padu, saling membantu dan menghormati. Perkara ini
saling tidak tumpah dengan peribahasa "bersatu teguh, bercerai roboh". Justeru, untuk
memastikan aktiviti-aktiviti dalam perkhemahan ini dijalankan dengan lancar, para peserta
haruslah saling bekerjasama bagai "aur dengan tebing".
Bak kata pepatah " Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Saya beryakin bahawa
para peserta pasti dapat melibatkan diri secara aktif dalam perkhemahan ini sekiranya para
peserta berkemahuan untuk memberi komitmen yang tinggi dalam aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang masa perkhemahan ini.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana yang
menganjurkan perkhemahan ini. Saya berharap agar aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjaya
mencapai objektif untuk melahirkan insan yang berdisiplin dan berintegrasi. Semoga usaha
ikhlas yang disumbangkan oleh semua pihak mendapat ganjaran yang baik daripada Tuhan.
Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai