Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan : Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani

Pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktivitiaktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot dan sendi. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang
berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan lazimnya diajar dan
dilatih. Ada pula definisi yang mengatakan pendidikan jasmani meliputi aktiviti-aktiviti tersebut
yang bukan berpusatkan sekolah, misalnya yang diadakan oleh pusat komuniti, persatuan belia dan
sebagainya. Komponen utamanya adalah aktiviti-aktiviti tertentu yang direka untuk pembelajaran.
Namun secara menyeluruh Pendidikan Jasmani adalah proses pendidikan yang memanfaatkan
aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan
meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler, perseptual, kognitif, dan emosional, dalam
kerangka sistem pendidikan kebangsaan. Pada dasarnya pendidikan jasmani merupakan bahagian
integral dari sistem pendidikan secara keseluruhan. Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan,
kesegaran jasmani, penampilan berfikir secara kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan
dalam
bersosial,
tindakan
dan
tingkah
laku
moral
melalui
aktiviti
jasmani.
Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk
mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut
seharusnya dapat meningkatkan pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan
pengetahuan berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti
fizikal.
Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada
pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di
padang sekolah sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan
usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang Pendidikan
Jasmani.
Fokus Pendidikan Jasmani tidak hanya tertumpu pada aktiviti fizikal tanpa melibatkan sebarang
penglibatan emosi dan sosial. Dalam memenuhi perkembangan naluri kanak-kanak yang suka dengan
keseronokan maka pendekatan permainan yang dikembangkan oleh Bunker and Thorpe (1982)
meletakkan murid berada dalam situasi permainan yang sebenar yang mana taktik, membuat
keputusan, penyelesaian masalah dan kemahiran turut dikembangkan dalam masa yang sama.
Banyak kajian yang berkaitan turut dikembangkan antaranya ialah Game Sense (den Duyn, 1997),
Games for Understanding (Bunker & Thorpe, 1982), Play Practice (Launder, 2001) dan Games
Concept Approach (Wright, Fry, McNeil, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light 2003).
Oleh itu, Pendidikan Jasmani seharusnya membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak
yang mantap secara menyeluruh (whole child) yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek
psikomotor, kognitif dan afektif.

Anda mungkin juga menyukai