Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan : Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani

Pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktivitiaktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot dan sendi. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang
berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan lazimnya diajar dan
dilatih. Ada pula definisi yang mengatakan pendidikan jasmani meliputi aktiviti-aktiviti tersebut
yang bukan berpusatkan sekolah, misalnya yang diadakan oleh pusat komuniti, persatuan belia dan
sebagainya. Komponen utamanya adalah aktiviti-aktiviti tertentu yang direka untuk pembelajaran.
Namun secara menyeluruh Pendidikan Jasmani adalah proses pendidikan yang memanfaatkan
aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan
meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler, perseptual, kognitif, dan emosional, dalam
kerangka sistem pendidikan kebangsaan. Pada dasarnya pendidikan jasmani merupakan bahagian
integral dari sistem pendidikan secara keseluruhan. Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan,
kesegaran jasmani, penampilan berfikir secara kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan
dalam
bersosial,
tindakan
dan
tingkah
laku
moral
melalui
aktiviti
jasmani.
Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk
mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut
seharusnya dapat meningkatkan pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan
pengetahuan berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti
fizikal.
Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada
pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di
padang sekolah sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan
usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang Pendidikan
Jasmani.
Fokus Pendidikan Jasmani tidak hanya tertumpu pada aktiviti fizikal tanpa melibatkan sebarang
penglibatan emosi dan sosial. Dalam memenuhi perkembangan naluri kanak-kanak yang suka dengan
keseronokan maka pendekatan permainan yang dikembangkan oleh Bunker and Thorpe (1982)
meletakkan murid berada dalam situasi permainan yang sebenar yang mana taktik, membuat
keputusan, penyelesaian masalah dan kemahiran turut dikembangkan dalam masa yang sama.
Banyak kajian yang berkaitan turut dikembangkan antaranya ialah Game Sense (den Duyn, 1997),
Games for Understanding (Bunker & Thorpe, 1982), Play Practice (Launder, 2001) dan Games
Concept Approach (Wright, Fry, McNeil, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light 2003).
Oleh itu, Pendidikan Jasmani seharusnya membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak
yang mantap secara menyeluruh (whole child) yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek
psikomotor, kognitif dan afektif.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN HUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN


JASMANI
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak
mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan


perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,Kemahiran
dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan
Jasmani.Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahirandan pengalaman
Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia.
Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah
dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang
dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran


aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan
motor;
2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai
kegiatan fizikal;
5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan

Dalam aspek hubungan antara Pendidikan Jasmani dengan pendidikan


formal pula, Pendidikan Jasmani merupakan penyumbang besar kepada
proses asimilasi individu ke dalam masyarakat. Pendidikan formal
pula ialah proses di mana masyarakat melalui sekolah, universiti
dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Mata
pelajaran pendidikan Jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh
berbanding mata pelajaran lain yang hanya banyak menyentuh aspek
kognitif (intelek) dan rohani (afektif) sahaja. Dengan penekanan
kepada semua aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah
penting kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana sebahagian
besar daripada mereka mengalami masalah fizikal seperti
pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani
yang disesuaikan dengan keupayaan mereka boleh membantu golongan
ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani Suaian untuk murid-murid berkeperluan khas yang dirancang

dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi hasrat falsafah


dan kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Konsep dan definisi Pendidikan Jasmani


Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan
prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan
dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan
kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal
Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani
memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi
semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
i.

ii.

iii.

iv.

v.

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks


pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup
setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran
berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan
estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi
pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan,
iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses
yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental
dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada
program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya
melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan
pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan
jasmani
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini
bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah
selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan
membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka
melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang
betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guruguru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara
keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih
penting daripada intelek atau sebaliknya.

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui


pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan
aktif. Pendekatan ang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran
melalui kegiatan Pendidikan Jsamani yang merangkumi tiga aspek penting iait
penglibatan murid secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan
rakan, bahan, dan alat. Serta penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti
pembelajaran.
Pendidikan Jasmani Untuk Semua
Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan
berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap
sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani Clark W.
Hetherington.
Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis
dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih
haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi
sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis
J.F Williams.
Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui
pengalaman pergerakanDelbertOberteutter.
Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka
untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi
daripada aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani ialah satu
program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk
menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual,
estetika dan kesihatan

Anda mungkin juga menyukai