Anda di halaman 1dari 8

TADJID FIKHRAH resources

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA
06000, JITRA , KEDAH
















KEM NUR HIJRAH, BATU HAMPAR YAN, KEDAH

TADJID FIKHRAH resources


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA
06000, JITRA , KEDAH

Pembangunan insan merupakan suatu proses yang bertujuan untuk
melahirkan jiwa yang bertakwa. Ianya merupakan unsur yang perlu
difahami dan dititikberatkan oleh setiap insan. Ketiadaan jiwa yang
bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh.
Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga
kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun
material. Justeru pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan
sebaik mungkin untuk memastikan tamadun material yang akan terbina
kelak tidak akan sia-sia.
TADJID FIKHRAH RESOURCES mengorak selangkah ke
hadapan dengan menyediakan program latihan pembangunan kualiti diri
dan organisasi untuk semua peringkat untuk kakitangan dan pelajar.
Diterajui oleh sekumpulan pakar profesional yang berpengalaman luas
dalam menyampaikan latihan di sektor kerajaan, korporat dan
multinasional, TADJID FIKHRAH RESOURCES sangat komited untuk
memenuhi kehendak pelanggan dalam meningkatkan sumber modal insan
dengan menyediakan latihan yang lebih efektif dan terkini dalam organisasi
TADJID FIKHRAH RESOURCES bermatlamatkan untuk
melahirkan masyarakat yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani
dan intelektual. Atas kesedaran yang jitu bahawa modal insan adalah aset
paling berharga negara, kami berharap agar dapat membimbing seramai
mungkin ke arah kecemerlangan individu dan kumpulan.

'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di mana kamu
semua tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh
kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul'.
(Hadith Riwayat Imam Malik)

TADJID FIKHRAH resources



falsafah tadjid fikhrah resources


KOMITED
O Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami


KEBERKATAN
O Membuat kebaikan yang berterusan


KASIH SAYANG
O Sentiasa mengwujudkan suasana kekeluargaan


KREATIF DAN INOVATIF
O Keberkesanan modul sesuai dan menarik.


ISTIQOMAH
O Berusaha untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian



REKA BENTUK MODUL


TEORI DAN AMALI
O Dengar dan lakukan dengan terbaik


NILAI- NILAI KEHIDUPAN
O perpandukan nilai nilai murni pembinaan insan


DINAMIKA DAN SANTAI
O Kaedah pelbagai agar mencapai matlamat


EFEKTIF
O Modul aktiviti sentiasa diperbaiki bagi meningkatkan
mutu latihan

TADJID FIKHRAH resources


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA
06000, JITRA , KEDAH

PENGENALAN.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
--Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Secara dasarnya, perkhemahan pendidikan luar merupakan suatu seni untuk
mendorong dan menghala seseorang atau sesuatu kumpulan ke arah sasaran yang
telah ditetapkan dan difahami bersama dalam suasana kerjasama dan rangsangan
untuk terus mencapai peralihan tingkah laku ke arah kebaikan dan kejayaan dalam
hidup. Nilai dan emosi , sama ada terhadap diri sendiri seseorang individu atau
sesuatu kumpulan sasar, memerlukan ketajaman akal dan latihan yang berterusan,
agar sesuatu sasaran yang telah ditetapkan itu berjaya dicapai. .
Perkhemahan ini akan menitikberatkan keperluan kepimpinan di kalangan peserta
melalui penerapan keupayaan dan bakat kepimpinan sebenar pelajar yang
tersembunyi dalam diri mereka. Pelajar akan diberikan pendedahan secara
langsung dan tidak langsung rangsangan untuk membina ketokohan dan
keterampilan diri sebagai pemimpin hebat. Mereka akan berkomunikasi dan
menyatakan idea mereka dengan lebih terbuka menggunakan pendekatan yang
akan mengasah bakat mereka dalam segala aspek berkaitan seperti kepimpinan,
kerjasama dan kesungguhan.

Peserta akan lebih yakin dan percaya kepada diri mereka sendiri dengan
berteraskan kepada bakat kepimpinan masing-masing. Setiap perkara yang mereka
akan lakukan adalah berdasarkan kepada ketetapan yang lahir dalam diri mereka.
Dengan itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan lebih
berdisiplin. Impak yang positif dibina melalui kaedah pendidikan iktiar hidup serta
memacu masa hadapan cemerlang.


TADJID FIKHRAH resources

2. RASIONAL.
Pendidikan sepanjang hayat merangkumi semua aspek pendidikan yang akan
melahirkan generasi yang sempurna dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelektual. Perkhemahan pendidikan luar khusus dalam ikhtiar hidup ini
memastikan bahawa peserta memperolehi dapatan yang bermakna untuk diri
mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam ertikata sebenarnya.

3. MATLAMAT.
Melalui perkhemahan ini, harapan melahirkan golongan pesserta yang
bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin,tekun dan sentiasa berkesanggupan
membantu sekolah dalam pelbagaitugas kepimpinan antaranya :

3.1 mengenalpasti keistimewaan dan bakat personal peserta
3.2 memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya nilai diri, rakan dan ahli
masyarakat
3.3 membentuk jati diri peserta untuk lebih berketrampilan dan
bertanggungjawab serta mengaplikasikan peranan sebagai seorang rakan yang
ulung.
3.4 memberi pendedahan kepada para peserta tentang CABARAN MINDA /
FIZIKAL seorang pemimpin mengikut perspektif Islam dan globalisasi.


4. OBJEKTIF

Pada akhir perkhemahan ini, peserta akan dapat :

4.1 tahu akan dirinya adalah berperanan sebagai ahli dalam kumpulan
4.2 besemangat untuk memimpin rakan-rakan di sekolah.
4.4 bertanggungjawab dan peka kepelbagaian situasi dan isu-isu pelajar
sekolah.
4.5 menjadi role model kepada rakan pelajar sekolahnya.

5. JANGKAMASA PROGRAM / TARIKH / TEMPAT
6.1 Jangkamasa : 3 hari 2 malam
6.2 Tarikh : ________________ ( tempahan tarikh perlu dilakukan
sebulan sebelum program dengan kadar bayaran 10 peratus )
6.3 Tempat : KEM NUR HIJRAH, BATU HAMPAR YAN.

6. KUMPULAN SASARAN
Pelajar / pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
.068000, Jitra, Kedah




TADJID FIKHRAH resources



7. BILANGAN PESERTA.

100 orang peserta.


8. KOS PELABURAN

BIL PERKARA JUMLAH
1 Pakej keseluruhan
- Makan minum / latihan / sewa tapak
RM 95.00 x 100 orang

RM 9500.00
Jumlah RM 9500.00


9. TENTATIF PROGRAM
Dilampiran

10. PENUTUP
Sebagai pelengkap proses dan pembelajaran, pendidikan luar memainkan peranan
penting dalam membentuk salsiah pelajar melalui kegiatan sebenar. Nilai-nilai murni seperti
semangat kerjasama, tidak mudah putus asa dan meningkatkan keyakinan diri dapat
diterapkan melalui aktiviti ini.
Semoga usaha murni ini, dapat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk
melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


TADJID FIKHRAH resources



KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA
06000, JITRA , KEDAH
HARI /
MASA

05.30-
08.00

08.00-
10.00

10.00-
10.30

10.30-
12.30

12.30-
1400

1400- 1630

1630-
1700

1700- 1830

1830- 2100


2100- 2330
KHAMIS PERJALANAN KE KEM NUR HJRAH , BATU HAMPAR YAN

Kem kraff
Minum
Petang

Taklimat kem
/ ice breaking
Perapian diri,
makan
malam, solat
maghrib,
kuliah
maghrib,Isyak

Motivasi
kepimpinan
pengawas 1
( penampilan)
Self confident
JUMAAT
Bangun
pagi,
perapian
diri, solat
subuh,
senaman
pagi,
sarapan
pagi

Oreenteriing /
Cabaran rimba
Makan
tengahari,
solat
jumaat /
zohor,
perapian
diri
Aktiviti berkumpulan Motivasi
kepimpinan
pengawas 2
( komunikasi )

pembangunan pasukan
SABTU

Motivasi kepimpinan pengawas 3
( permainan kumpulan )
Majliis
penutup
Pulangnya seorang pemimpin

TADJID FIKHRAH resources

Anda mungkin juga menyukai