Anda di halaman 1dari 4

1.

 Seminar Pembangunan Bakat APA BAKAT SAYA? “Bakat anda adalah masa hadapan
anda” Disediakan Oleh: 1
2. 2. 1.0 RASIONAL "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara." --Falsafah Pendidikan Kebangsaan-- Dalam usaha
membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi
individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar,
jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber
kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan
diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan
mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan
memudaratkan. Tambahan pula ekonomi masa hadapan yang berteraskan ilmu
pengetahuan sangat mementingkan kreativiti dan inovasi individu. Makanya faktor bakat
individu adalah menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk 2
3. 3. memastikan para pelajar yang keluar sistem pendidikan kita membangunkan bakat
mereka secara maksimum. Disamping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini
mengumumkan perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang
mana memberikan penekanan holistik terhadap perkembangan pendidikan pelajar. Di
bawah sistem baru ini, pergantungan kepada pernilaian peperiksaan akan dikurangkan
sambil fokus kepada pembangunan bakat pelajar yang bersepadu melalui penaksiran
personaliti, penglibatan aktiviti dan sebagainya. Sejajar dengan aspirasi Kementerian
Pelajaran Malaysia, Talent Development Consulting selaku peneraju latihan
pembangunan bakat di Malaysia, mencadangkan untuk menganjurkan Seminar
Pembangunan Bakat ‘APA BakAT SAYA? di sekolah-sekolah seluruh negara. Seminar
ini bertujuan memberi kesedaran dan mendefinisikan semula maksud kepintaran. Ia cuba
menanam keyakinan diri bahawa maksud kejayaan adalah luas dengan mendedahkan
kisah- kisah tokoh individu yang telah menempah nama mereka pada hari ini. Daripada
Chef Wan sehingga kepada Datuk Lat dan banyak lagi. Seminar ini cuba membawa
pembaharuan bahawa setiap orang unik maka jalan penyelesaian yang berbeza
diperlukan. Bukan sekadar menyatakan bahawa hanya terdapat satu cara sahaja untuk
berjaya. Program ini juga cuba mengupas dan mendedahkan bagaimana tokoh yang
telah berjaya pada hari ini berjaya. Pelajar dibawa dengan melihat kejayaan daripada
perspektif bakat. Dengan menghadiri seminar ini, pelajar sebenarnya diperkenalkan
dengan pelajaran paling besar dalam hidup mereka. Program ini memberi kesedaran
mengenai rahsia diri yang berbeza antara individu lain baik adik beradik sendiri.
Kesannya, pelajar akan lebih berminat untuk ke sekolah. Mereka merasakan bahawa
wujudnya perkara lain yang penting untuk dibangunkan 3
4. 4. dengan menghadiri ke sekolah selain berjaya dalam bidang akademik. Ini secara tidak
langsung membuatkan mereka bertenaga dan berkeyakinan terhadap diri sendiri. Selain
daripada itu, seminar ini bertujuan membentuk perspektif baru bahawa kejayaan adalah
subjektif mempunyai maksud yang luas. 2.0 OBJEKTIF Objektif seminar ini adalah
seperti berikut: 2.1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan
bakat peribadi. 2.2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan
kehebatan peribadi. 2.3 Membangunkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan
proses pembelajaran. 2.4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti
belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat
yang tepat. 2.5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah
dalam mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti belajar peserta bagi
perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih sistematik. 3.0 KANDUNGAN
SEMINAR APA BAKAT SAYA? 3.1 Ceramah ‘Saya adalah unik’ Sinopsis 4
5. 5. Ia suatu ceramah perkongsian mengenali proses pembangunan bakat sebagai suatu
usaha mencipta masa hadapan yang gemilang. Slot interaktif ini dikendalikan oleh Encik
Ahmad Naim Jaafar, pengasas Sekolah Bakat dan juga Pengarah Eksekutif, Talent
Development Consulting. 3.2 Kajian kes mengenai resipi kejayaan tokoh yang sudah
berjaya. Sinopsis Slot ini mengupas resipi kejayaan tokoh hebat pelbagai bidang. Ia
penting untuk mengenal pasti faktor kekuatan setiap bakat kendiri individu di samping
menanamkan motivasi ke dalam diri peserta. Berikut adalah tokoh pilihan Sekolah Bakat:
-Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah -Dato’ A. Samad Said -Datuk Siti Nurhaliza -Tun
Dr. Mahathir Mohamad - Datuk Lat -Chef Wan -Ibrahim Hussein -Datuk Nicol Ann David
-Hijjas Kasturi -Faisal Tehrani -Rozita Bte Ibrahim -Habsah Hassan -Datuk Abdul Wahid
Omar -Datuk Dr.Jamilah Mahmood -Mahathir Lokman -Dato’ Tony Fernandes -Eng Tay
-Dato Jimmy Choo -Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary -Prof. Dr.Sidek Baba 5
6. 6. 3.3 Apa itu ‘Sekolah Bakat’? Sinopsis Slot ini menjawab persoalan? • Adakah saya
berbakat? • Apa bakat saya? • Bagaimana sekolah bakat dapat membantu dalam
membangunkan bakat saya? • Adakah saya mampu berjaya dengan bakat? Slot ini juga
akan mengetengahkan tentang: 1.Mitos Kejayaan Mitos 1 : Sama ada saudara pandai
ataupun tidak pandai,itu sahaja Mitos 2 : Jika saudara gagal dalam peperiksaan,saudara
gagal dalam hidup Mitos 3 : Seseorang dianggap pandai jika IQ tinggi Mitos 4 :Sudah
ditakdirkan ada pelajar genius dan pelajar lembap Mitos 5 :Skor A sebagai lesen agung
kejayaan Mitos 6 :Jika saudara dapat nombor 34 di dalam kelas, maknanya saudara
tidak mempunyai motivasi, bermasalah dan tidak ada masa hadapan 2.Kecenderungan
Membongkar rahsia memaksimumkan penggunaan potensi otak kanan dan kiri sesuai
dengan bakat dan kelebihan semula jadi peserta. 3.Kepintaran pelbagai (Multiple
intelligence) Setiap daripada memiliki kebijaksanaan dan proses pembelajaran yang
sesuai dengan kebijaksanaan kita yang dapat memberikan keputusan yang terbaik.
4.Mendefinisikan semula maksud kepintaran Semua orang mampu cemerlang sesuai
dengan kepintaran peribadi masing-masing. Kenal pasti kepintaran itu dan kembangkan
demi kecemerlangan yang maksimum dan menggembirakan. 6
7. 7. 4.0 BAHAN-BAHAN SEMINAR 4.1 Buku ‘Apa bakat Saya?’ 4.2 Bantuan alatan untuk
pembentangan 4.3 Laporan dan Pelan Perancangan Pembangunan Bakat 4.4 Banner,
Bunting dan Backdrop stand 5.0 SASARAN • Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar
– pelajar sekolah rendah dan menengah • Jumlah sasaran program adalah tidak kurang
daripada 100 (bergantung kepada perbincangan). 6.0 TARIKH 6.1 Tarikh bergantung
kepada pihak sekolah. 6.2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu. 7.0 MASA*
Empat jam (Cadangan 8.30 pagi-12.30 tengahari) * Bergantung kepada pihak sekolah
8.0 LOKASI Berdasarkan perbincangan dengan Pihak Sekolah. 9.0 METODOLOGI
SEMINAR 7
8. 8. Cadangan metodologi penyampaian kursus adalah seperti berikut: o Ceramah
berpandukan modul ‘Apa Bakat Saya?’ o Aktiviti berpasangan o Permainan kumpulan o
Simulasi o Tayangan video o Refleksi mengenai bakat diri o Aktiviti rawak untuk
pengukuhan pemahaman mengenai bakat 10.0 PAKEJ SEMINAR 10.1 Pakej 1 Bayaran
Individu peserta • Ceramah ‘Apa Bakat Saya?’ • Setiap pelajar diberi senaskhah buku
‘Apa Bakat Saya?’ • Buku ini membongkar rahsia dalam mengenal pasti dan
membangun bakat sehingga berjaya. • Laporan dan Pelan Perancangan Pembangunan
Bakat (Laporan ini akan diserahkan kepada pihak sekolah seminggu selepas seminar) •
Jamuan disediakan oleh pihak sekolah • Harga adalah RM50 bagi setiap peserta yang
menyertai –(minimum 100 orang peserta) • Cadangan: Bayaran perunding (Consultancy
fees) ditanggung oleh pihak Sekolah/PIBG dengan bayaran dikenakan sebanyak RM50
bagi setiap pelajar yang menyertai. • Cadangan: Bayaran perunding (Consultancy fees)
ditanggung oleh pihak Sekolah/PIBG iaitu RM30. Baki 8
9. 9. sebanyak RM20/orang ditanggung oleh pelajar yang menyertai. 11.0 TENTATIF
SEMINAR 8.30Pagi :Pendaftaran 9.00 pagi : Taklimat & Ice Breaking 9.30 Pagi
:Ceramah ‘Saya adalah unik’ “Mencipta Masa Hadapan” Oleh : Saudara Ahmad Naim
Jaafar Pengarah Eksekutif Pengasas Sekolah Bakat 10.30 Pagi :Jamuan Pagi (jika
perlu) 11.00 Pagi :Kajian kes mengenai resipi kejayaan tokoh yang sudah berjaya -Dato’
Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah -Dato’ A. Samad Said -Datuk Siti Nurhaliza -Tun Dr.
Mahathir Mohamad -Datuk Lat -Chef Wan -Ibrahim Hussein -Datuk Nicol Ann David
-Hijjas Kasturi -Faisal Tehrani -Rozita Bte Ibrahim 9
10. 10. -Habsah Hassan -Datuk Abdul Wahid Omar -Datuk Dr.Jamilah Mahmood -Mahathir
Lokman -Dato’ Tony Fernandes -Eng Tay -Dato Jimmy Choo -Tan Sri Syed Mokhtar
Albukhary -Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (Ketua Pengarah Pelajaran) -Prof Sidek Baba .
12.30 Tghari : Makan tengahari 2.00 Petang : Apa itu ‘Sekolah Bakat’? • Mitos
kejayaan.1001 perkara tentang mitos kejayaan yang perlu anda tahu. • Kecenderungan
Otak kanan VS Otak kiri • Apa itu kepintaran pelbagai? • Mendefinisikan kejayaan masa
hadapan 3.30 Petang : Aktiviti berkumpulan 4.30 Petang : Jamuan Petang 5.30 Petang :
Bersurai 10
11. 11. 12.0 PENUTUP Kesedaran tentang bakat penting dalam proses membentuk sebuah
masyarakat yang yakin terhadap diri dan seterusnya dapat menyumbang terhadap
kemajuan negara. Bakat adalah satu aset dan dengan meletakkannya pada tempat yang
betul, kita mampu pergi lebih jauh lagi dari segi konteks kejayaan. Seminar ini
menyedarkan pelajar bahawa mereka mempunyai potensi yang besar. Selain itu,
seminar ini bertujuan untuk meraikan bakat dan cuba melihat pada kesamaan iaitu
betapa pentingnya proses pembangunan bakat pada diri seseorang. Tambahan, seminar
ini diharap memberi kesedaran pada ibu bapa tentang kepentingan pembangunan bakat.
Membuat mereka sedar dan mula melihat anak mereka daripada perspektif bakat dan
bukannya keputusan peperiksaan semata- mata. Tiada apa yang paling bermakna
melainkan anugerah yang diberi digunakan pada tempatnya. Marilah bersama-sama
meraikan bakat yang ada pada diri. Seminar ‘Apa Bakat Saya?’ adalah oasis untuk
meraikan bakat pelajar. 11
12. 12. Semoga dengan kerjasama pihak sekolah dalam usaha membangun bakat, dapat
memenuhi inspirasi “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan” terutama teras membangun
modal insan. Disediakan Oleh Talent Development Consulting Lampiran 1 PROFIL
PENGASAS & PENCERAMAH UTAMA Pengasas & Pengarah Eksekutif Talent
Development Consulting Ahmad Naim Jaafar adalah pengasas Program Sekolah Bakat
dan juga Pengarah Eksekutif Talent Development Consulting. Berkelulusan dan
berpengalaman dalam bidang perundangan korporat. Memiliki Pengalaman luas dalam
bidang latihan modal insan di seluruh Malaysia melalui kursus, seminar dan persidangan.
Beliau menghasilkan 10 buah buku dalam bidang pengurusan, kecantikan dan
ketampanan sosial dan kepimpinan organisasi. Beliau bertanggungjawab
memperkenalkan konsep latihan pembangunan bakat ke Malaysia melalui 12
13. 13. kerjasama dengan organisasi korporat dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat
(CSR). Beliau adalah ahli The Goerge Lucas Educational Foundation yang beribu
pejabat di California, Amerika Syarikat. Pengarah Eksekutif Mohd Ikram Mohammad Nor
Wazir Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir adalah Pengarah Eksekutif Talent
Development Consulting. Berpengalaman luas dalam bidang penerbitan sejak beliau
menyertai Kumpulan PTS. Menjadi ketua unit penerbitan PTS Millennia Sdn. Bhd., anak
syarikat kumpulan PTS yang menerbitkan buku-buku popular pelbagai judul dan siri
seperti buku motivasi, kepimpinan, pengurusan, kesihatan, kecantikan, perhubungan,
biografi, isu semasa, Islam kontemporari dan langkah demi langkah. Beliau juga
berpengalaman dalam menjadi jurulatih dan penceramah dalam bidang pembangunan
diri khususnya dalam bidang kepimpinan, pengucapan awam dan kecantikan dan
ketampanan sosial sejak tahun 2000 sehingga kini.Beliau terlibat secara langsung
daripada awal lagi 13
14. 14. dengan pengasas Program Sekolah Bakat iaitu Tuan Ahmad Naim Jaafar. Beliau
bertanggungjawab bersama-sama membangunkan konsep latihan pembangunan bakat
di bawah Talent Development Consulting. Pengarah Projek & Perunding Utama Mohd
Helmi Md Suhaimi Mohd Helmi Md Suhaimi merupakan seorang Perunding Profesional
Talent Development Consulting khusus untuk pembangunan diri serta motivasi.
Pemfokusan beliau adalah kepada individu, kumpulan dan juga organisasi seluruh
Malaysia sejak tahun 2001 sehingga kini. Berpengalaman luas memberikan ceramah
dan latihan kepada pelbagai kelompok masyarakat berbilang kaum dan peringkat umur
terdiri daripada pelbagai agensi dan kementerian. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda dalam bidang Ekonomi pengkhususan dalam Ekonomi Islam di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) kemudian beliau menyambung Ijazah Sarjana (Master) di
universiti yang sama. Beliau merupakan 14
15. 15. antara penerima Anugerah Pelajar Mithali Negeri Johor pada tahun 2000. Kini
merupakan Personaliti slot motivasi Radio SALAM FM kelolaan JAKIM dan juga
personaliti rancangan Motivasi Pagi TV3. Lampiran 2 Sekilas pandang mengenai
Sekolah Bakat Web:www.sekolahbakat.com SELAMAT DATANG KE SEKOLAH BAKAT
DI SINI, BAKAT DAN KELEBIHAN SEMULAJADI ANDA DIRAIKAN Sekolah Bakat
adalah salah satu cabang program pembangunan bakat di bawah kelolaan Talent
Development Consulting. Sekolah bakat adalah sekolah yang mana pelajar dihargai dan
dinilai berdasarkan bakat dan kelebihan semula jadi mereka. melalui siri pembangunan
bakat, peserta melalui pengalaman belajar secara menyeluruh mengenai kelebihan dan
bakat semula jadi dan proses pembangunan dan pengembangan bakat mereka. Sekolah
bakat diasas berteraskan kepada prinsip bahawa setiap individu mempunyai bakat dan
kelebihan semula jadi dan menjadi tugas sekolah bakat bagi menjadi platform 15
16. 16. dalam memberikan pengalaman belajar praktikal, ‘tiada peperiksaan standard’,
interaktif dan beronrientasikan masa hadapan. Di sekolah bakat, tiada pelajar yang
terasing dan tersisih kerana setiap daripada mereka dinilai berdasarkan bakat. 16

Anda mungkin juga menyukai