Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER ITAM

KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN


BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UNIT DISIPLIN & UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN 2023/2024

1.0 Pendahuluan

Murid-murid yang dipilih sebagai barisan kepimpinan sekolah adalah bertanggungjawab


untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum dan
pengurusan sekolah ke tahap yang lebih baik. Murid-murid tersebut memerlukan keyakinan diri untuk
bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya. mereka
memerlukan bimbingan dan panduan. Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas,
barisan kepimpinan ini memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah yang sentiasa memberi
motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Unit Pembimbing Rakan Sebaya, Unit Disiplin dan Unit
Pusat Sumber Sekolah juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta percambahan
fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka .
Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan

2.0 RASIONAL

Kursus Kepimpinan ini bertujuan untuk membentuk tanggungjawab, keyakinan diri dan
melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing dalam menguruskan unit masing-
masing. Di samping, memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan
harmonis serta menghargai tanggungjawab yang diamanahkan.

3.0 MATLAMAT
Kursus kepimpinan ini bertujuan untuk menarik minat dan melahirkan murid yang
berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam aspek pengurusan mengikut
unit masing-masing.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Guru dapat mengenalpasti murid yang ada tokoh kepimpinan.
4.2 Murid dapat membina keyakinan khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
4.3 Mengetahui bidang tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak dalam
membuat keputusan.
5.0 NAMA KURSUS
Kursus Kepimpinan, SK Ayer Itam, Pulau Pinang

6.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT KURSUS


Tarikh : 11 Mei 2023
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi- 12.30 petang
Tempat : Dewan Gemilang SK Ayer Itam

7.0 KUMPULAN SASARAN


Pengawas Sekolah , SK Ayer Itam
Pengawas Pusat Sumber , SK Ayer Itam
Pembimbing Rakan Sebaya , SK Ayer Itam

8.0 Anjuran
Unit Hal Ehwal Murid SKCLL:
1. Unit Disiplin Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light
2. Unit Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light
3. Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light

9.0 STRUKTUR ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA INDUK / PELAKSANA:

Penasihat : Pn Rafi’ah binti Ismail ( Guru Besar )


Pengerusi : Pn Rasida binti Abdul Wahab ( PK Kokurikulum )
Naib Pengerusi : Pn. Asmunie binti Asmat
Pn. Suraya binti Ahmad
Penyelaras : Pn. Siti Ami Nadiah binti Zakaria

AHLI JAWATANKUASA:

Persiapan tempat/ Pendaftaran Hadiah dan Sijil


Pn Seah Li Im Cik Yuhashinee a/p Seladorai
Cik Mazlina Bt S. Hamid Cik Khoo Lee Shee

Persiapan makanan dan minuman Dokumentasi & Laporan


Pn. Thevi a/p Arumugam Cik Teoh Hui Fung
Pn. Shahina Shabnam bt Mohd Sharifudeen Pn. Siti Ami Nadiah
Pengacara majlis ( penutup ) Jurugambar
Cik Nurul Syafiqah Bt Shariff Pn. Shahina Shabnam bt Mohd Sharifudeen
PA Sistem Keselamatan & Bantuan Kecemasan
En. Lim Keng Chye Pn. Wan Salmah bt Wan Abdullah

Fasilitator
Cik Yuhashinee a/p Seladorai
Cik Teoh Hui Fung
Pn. Siti Ami Nadiah

10.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.00 - 7.30 pagi Para pelajar berkumpul / Pendaftaran
7.30 - 8.00 pagi Ice Breaking
8.00 - 8.45 pagi MISI 1 : ‘Mustahil ke Boleh?’
8.45 - 9.15 pagi MISI 2 : ‘Kita Lihat Siapa Yang Kena!’
9.15 - 10.00 pagi MISI 3 : ‘Bersatu Teguh!’
10.00 - 10.30 pagi REHAT
10.30 - 11.15 pagi MISI 4 : ‘Saya Murid Baik.’
11.15 - 12.00 tengah hari MISI 5 : ‘Ini Janji Saya.’
12.00 – 12.30 tengah hari Refleksi, Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah kumpulan
dan peserta terbaik

Bentuk
Slot Isi Kandungan
Aktiviti
Peserta akan diberikan taklimat tentang perjalanan aktiviti serta
peraturan-peraturan yang dilaksanakan sepanjang program
berlangsung. Pada sesi ini juga, peserta akan diperkenalkan dengan
Ice setiap fasilitator. Murid akan dibahagikan kepada beberapa
Taklimat
Breaking kumpulan dan perlu menetapkan nama serta kata-kata semangat
bagi setiap kumpulan dengan bantuan fasilitator. Sebelum
memulakan Misi 1, murid diberikan semangat dengan melakukan
‘Chicken Dance’ dan ‘Senaman Si Tommy’.
Slot berbentuk pertandingan ini memerlukan murid untuk
bekerjasama dalam kumpulan untuk menjayakan misi yang
dianggap mustahil pada akal logik. Oleh itu, mereka perlu
‘Mustahil ke
MISI 1 berbincang untuk memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi
Boleh?’
menjayakan misi tersebut. Slot ini diadakan bagi menanam rasa
yakin diri dalam diri murid.

Dalam slot ini, aktiviti berbentuk pertandingan memerlukan skil


individu murid namun masih menekankan kerjasama dan semangat
berkumpulan memandangkan pemenang akan dikira berdasarkan
‘Kita Lihat
MISI 2 markah terkumpul setiap ahli kumpulan. Oleh itu, murid perlu
Siapa Yang
bertindak secara individu sambil diberikan sokongan moral oleh
Kena!’
ahli kumpulan lain. Slot ini dirancang bagi memberi kesedaran
kepada murid tentang kepetingan kita memberi fokus untuk berjaya
setiap perkara yang dilakukan.
Dalam slot ini, murid dibahagikan kepada enam kumpulan. Aktiviti
berfokuskan kerjasama ini memerlukan murid berjalan dengan kaki
‘Bersatu diikat secara berkumpulan. Oleh itu, mereka perlu bekerjsama
MISI 3
Teguh!’ dalam masa yang sama fokus untuk paling cepat sampai ke garisan
penamat. Slot ini diadakan bagi menyemai sikap kerjasama,
kepimpinan dan bersungguh-sungguh dalam diri setiap murid.
Dalam slot ini, setiap kumpulan perlu berbincang dalam kumpulan
untuk menyenaraikan ciri-ciri dan nilai yang perlu ada dalam diri
‘Saya Murid setiap murid untuk berjaya dalam kehidupan. Seterusnya, mereka
MISI 4
Baik’ perlu membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-
masing di hadapan ahli kumpulan lain. Slot ini dirancang bagi
menyemai rasa tanggungjawab serta keberanian dalam diri murid.
Dalam slot ini, peserta diminta melihat dan menghayati tayangan
video berbentuk motivasi. Selepas itu, mereka perlu membuat
‘Ini Janji refleksi kendiri kemudian menulis azam dan janji masing-masing
MISI 5
Saya!’ untuk melakukan perubahan diri dari yang negatif ke arah yang
postif. Slot ini bertujuan memberi kesedaran kendiri kepada murid
untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Perasmian Slot terakhir diisi dengan ucapan perasmian penutup oleh Puan
penutup dan Guru Besar serta penyampaian hadiah kepada setiap peserta.
Penutup
penyampaian Program ini kemudian diakhiri dengan nyanyian lagu semangat
hadiah ‘Fikirkan Boleh!’ oleh semua peserta dan fasilitator.

11.0 Penutup
Sesungguhnya kursus kepimpinan ini merupakan aktiviti yang amat penting untuk
meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu
pengurusan sekolah di peringkat rendah lagi di samping memberi pengalaman kepada
setiap peserta menjadi seorang pemimpin yang berkesan.

Disediakan oleh,

…………………………………………
(SITI AMI NADIAH BINTI ZAKARIA)
Guru Perpustakaan & Media
Sekolah Kebangsaan Ayer Itam
Kewangan/ Anggaran Perbelanjaan

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER ITAM


KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UNIT DISIPLIN & UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN 2023/2024

Perkara Kuantiti Jumlah ( RM )


Hadiah peserta terbaik RM 10.00 X 2 orang 20.00
( 2 orang )
Hadiah peserta terbaik RM 50.00 X 8 Hamper 400.00
( ikut kumpulan )
JUMLAH 420.00

* Sumber pendapatan : Bantuan Unit Pusat Sumber Sekolah

Anda mungkin juga menyukai