Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah hirrabilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat illahi dengan limpah dan kurnianya, dapatr kami menyelesaikan tugasan Modul Aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang penuh pengharagaan kepada Dr Syed Sofian bin Syed Salim , Pensyarah bagi subjek Pembimbing Rakan Sebaya (CPR 2011) dan guru penasihat atau guru yang membimbing dan menilai modul yang kami lakukan ini di atas kesudian memberikan tunjuk ajar kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami dalam proses mendapatkan idea untuk tugasan ini. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami, termasuk rakan-rakan sekumpulan kami yang banyak memberikan idea dan kerjasama dan juga kepada rakan yang memberikan bantuan secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Sekian, terima kasih

PENGENALAN

Merupakan satu pendekatan dalam Bimbingan Dan Kaunseling yang boleh digunakan oleh Guru Bimbingan untuk melatih Pembimbing Rakan Sebaya.Kesedaran kendiri ini memberi pendedahan terancang ke arah pembentukan sikap yang

positif.Keyakinan diri,nilai-nilai diri ,perkembangan yang positif dan sifat-sifat kepimpinan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab. Seseorang PRS berfungsi sebagai (Pembimbing Rakan) untuk mengenalpasti sifat positif dan negatif yang ada pada dirinya.Tahap kesedaran kendiri yang tinggi atau yang mendalam membolehkan seseorang itu sentiasa menilai dirinya dan berusaha untuk mempertingkatkan potensi yang ada ke arah kepimpinan yang lebih berkesan.

RASIONAL

Setiap individu mengalami perkembangan sahsiah pada tahap-tahap tertentu dari segi tabii,pengalaman dan pembelajaran.Dengan itu amatlah mustahak kesedaran kendiri itu dicungkil,dikembangkan dan diperteguhkan suapaya terbentuk sahsiah yang positif dan sifat untuk membolehkan individu berkenaan berfungsi dengan lebih berkesan.

MODEL : KERJASAMA AKTIVITI : MENARA IMPIAN MASA : 40 minit ALATAN : 1. Surat khabar 2. Telur 3. Botol 4. Manilakad 5. Gunting 6. Gam 7. Seletip OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan. 2. Meningkat kemesraan dalam ahli kumpulan. 3. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan. 4. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai. 5. Mewujudkan keseronokan semasa aktiviti.

PELAKSAAN AKTIVTI : Langkah : 1. Setiap peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan mesti ada sekurang-kurangnya seorang lelaki dan lantik seorang ketua. 2. Setiap kumpulan diberikan sebiji telur sebagai amanah untuk dijaga. 3. Peserta a juga akan diberi bahan-bahan seperti surat khabar dan botol dan dikehendaki membina sevbuah menara yang melambangkan identiti kumpulan masing-masing. 4. Setiap kumpulan diberikan masa 15 minit, dan setiap kumpulan diminta menamakan nama menara tersebut dan diminta mempersembahkan di hadapan peserta yang lain.
3

5. Fasilitator berbincang dengan peserta-peserta apakah pengajaran yang 6. mereka terima melalui aktiviti tersebut. Antara isi perbincangan ialah seperti:

SYARAT-SYARAT MEMBINA MENARA IMPIAN 1. Telur perlu berada di atas menara 2. Telur tersebut tidak boleh pecah. 3. Menggunakan bahan-bahan yang diberikan oleh fasilitator.

FALSAFAH : 1. Memupuk kerjasama di kalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing. 2. Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 3. Perlunya kita berganding bahu untuk memcapai sesuatu kejayaan. 4. Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-masing. 5. Usaha tangga kejayaan 6. Bersatu teguh bercerai roboh. 7. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian. 8. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk mencapai cita-cita.

PENGAJARAN YANG BOLEH DIINGATI IALAH : Kita perlu yakin kepada diri sendiri dan orang lain untuk mencapai sesuatu cita-cita / matlamat. Keyakinan diri akan membawa kepada kejayaan. Bila seseorang telah percaya kepada kita, dia akan berasa selesa.Begitulah juga jika rakan-rakan percaya kepada PRS. Mereka akan lebih rela berkongsi perasaan.PRS harus menghormati kepercayaan yang diberi oleh rakan-rakan mereka Kita perlu sentiasa berkerjasama sebagai satu kumpulan agar dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik
4

REFLEKSI Refleksi Pada minggu ini kumpulan kami telah menjadi fasilitator. Modul yang kami pilih ialah modul kerjasama dan aktivitinya pula ialah Menara Impian. Aktiviti ini menekankan nilai kerjasama dalam setiap kumpulan iaitu berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Aktiviti ini mengajar peserta untuk saling bekerjasama dan amanah dalam menjaga sesuatu yang telah diberikan kepada mereka. Antara pengajaran kami dapat semasa mengendalikan aktiviti ini ialah kita perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sekiranya tidak ada nilai kerjasama maka kejayaan dalam sesuatu kumpulan itu tidak akan tercapai dengan mudahnya. Dalam aktiviti yang kami jalankan ini, kami mendapati bahawa peserta saling bekerjasama dalam memastikan menara yang mereka bina serta barang amanah (telur) dijaga dengan baik. Selain itu, aktiviti ini telah menunjukkan kreativiti setiap kumpulan, peserta telah membina menara dengan pelbagai rupa dan bentuk. Hal ini, menunjukkan bahawa mereka mempunyai banyak idea sekiranya bekerjasama antara satu sama lain. Selain itu, daripada aktiviti ini juga kami mendapat pengalaman yang berguna iaitu menjadi fasilitator. Pengalaman mengendalikan sesuatu aktiviti sangat berguna untuk kami sebagai bakal guru. Pengalaman sebegini akan kami aplikasikan dalam melaksanakan aktiviti pada masa akan datang. Jelaslah bahawa aktiviti sebegini memupuk semangat kekitaan dalam kalangan kumpulan, bak kata pepatah Melayu, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

LAMPIRAN

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai