Anda di halaman 1dari 2

KERJA BERPASUKAN 1VISI 1MISI 1ORGANISASI

Interaktif, Berdaya Pantas & Bertenaga Tinggi

PENGENALAN
Program pembelajaran berasaskan pengalaman ini direka dengan teliti untuk membantu peserta memahami lebih banyak tentang diri mereka serta bekerja sebagai seorang anggota pasukan. Selain memperbaiki keyakinan diri dan membina kepercayaan di antara rakan kerja, peserta akan memperolehi kemahiran kepimpinan serta kemahiran bekerja secara berpasukan dan membolehkan mereka berdikari di tempat kerja. Peserta juga diajar bahawa dalam hidup, mereka akan sentiasa berhadapan dengan cabaran-cabaran. Melalui program ini, peserta akan mengetahui bagaimana untuk menghadapi cabaran-cabaran ini, berfikir di atas kaki sendiri dan menjadi pekerja yang lebih baik kepada majikan, masyarakat dan negara. Peserta akan menjalankan tugasan dan aktiviti yang akan membawa mereka melalui pelbagai tahap sehingga berjaya untuk berdikari.

OBJEKTIF
Program berdaya-pantas dan cergas dengan suasana pembelajaran ceria dan menyeronokkan ini akan membantu peserta membina keyakinan diri serta meningkatkan prestasi organisasi. Objektif utama program ialah untuk: Mempertingkatkan persefahaman, sikap saling menghormati setia-kawan. Memperkukuhkan nilai tanggungjawab dan bertanggungjawab yang dikongsi bersama. Menerokai cara-cara untuk membina motivasi pasukan dan menggiatkan semula komitmen Memahami peranan dan nilai kepimpinan dalam pasukan untuk mencapai kecemerlangan. Memahami kepentingan komunikasi berkesan antara rakan pasukan. Mengaplikasikan kemahiran dalam kaedah pemikiran strategik dan penyelesaian masalah cara kreatif untuk mengatasi isu-isu serta konflik dalam pasukan dengan berkesan. Memperbaiki kordinasi, kerjasama dan perhubungan antara satu sama lain Mencapai satu tahap sinergi yang lebih tinggi dalam pasukan dan organisasi

PENDEKATAN
Program ini telah disusun supaya menjadi sangat interaktif, berdaya pantas dan bertenaga tinggi dengan jaminan masa henti atau menunggu antara aktiviti yang minima. Dari permulaan fasilitator akan menyemarakkan semangat dengan rentak pantas dan cergas energizer serta semangat berjuang dan bersaing untuk menang. Aktiviti-aktiviti dan permainan yang dijalankan tidak memerlukan terlalu banyak tenaga fizikal tetapi lebih mengenai kekuatan mental dan psikologikal. Tujuan program Kerja Berpasukan ini ialah untuk menguji kemampuan peserta dari segi mental dan psikologikal bukannya untuk menguji keupayaan fizikal. Melalui pendekatan sebegini peserta akan masih bertenaga dan pulang dengan semangat untuk mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.

METODOLOGI & KAEDAH PENGAJARAN


80% Berasaskan Aktiviti dan 20% Pembentangan Teori dan Amalan Terbaik Tujuan program akan dicapai menerusi penyampaian modul dengan input psikologikal, intelektual, fizikal dan emosional. Modul-modul akan disampaikan dengan menumpukan kepada pendekatan latihan dengan penyampaian jurulatih mengenai teori dan amalan terbaik melalui aktiviti-aktiviti Experiential Learning. 1. PRESENTASI - Taklimat, Perbincangan Kumpulan - Klip Video & Presentasi - Kuiz & Kajian Kes 2. AKTIVITI EXPERIENTIAL LEARNING - Simulasi Permainan Strategi, Ujian Minda - Projek Berkumpulan & Aktiviti Dalam Kumpulan - Cabaran Mental & Fizikal Outdoor

MODUL PROGRAM
1. ORIENTASI 2. PENGUKUHAN JATI DIRI & MOTIVASI 3. KERJA BERPASUKAN 4. KOMUNIKASI 5. PENYELESAIAN MASALAH 6. IKRAR & PELAN TINDAKAN Modul-modul disampaikan mengikut kaedah "Pembelajaran Melalui Pengalaman" iaitu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Fasilitator Utama akan mengaitkan hasil pembelajaran setiap aktiviti dengan modul semasa 'debrief'.

Anda mungkin juga menyukai