Anda di halaman 1dari 7

MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KERTAS CADANGAN

KEMPEN KESEDARAN
MASALAH PEMBELAJARAN: DISLEKSIA BUKAN SEJENIS PENYAKIT

5 MAC 2012 (KHAMIS)

DISEDIAKAN OLEH: JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 2012

KERTAS CADANGAN KEMPEN KESEDARAN PENDIDIKAN DISLEKSIA

1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran Professional (MPPP) untuk

melaksanakan kempen kesedaran disleksia yang akan diadakan pada 5 Mac 2012.

2.0 NAMA AKTIVITI Kempen Kesedaran Pendidikan Disleksia.

3.0 LATAR BELAKANG Kementerian Pelajaran Malaysia menginginkan negara kita untuk meluaskan akses pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan generasi pendidik yang berilmu pengetahuan, berfikiran kritis, inovatif, analitis, optimis, serta mampu bersaing di peringkat global. Empat teras yang disasarkan dalam bidang keberhasilan utama negara ialah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), LINUS, Pendidikan Pra Sekolah dan kewibawaan para guru untuk berusaha keras untuk menjayakan misi nasional. Antara cara yang boleh dilakukan termasuklah memperkasakan pengajaran dan pembelajaran dalam ilmu Pendidikan Pemulihan dan memartabatkan profesion guru Pemulihan melalui pemantapan kurikulum. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Ilmu Pendidikan dengan kerjasama Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP 3F) yang mengambil kursus Pendidikan Pemulihan merancang untuk melaksanakan kempen kesedaran mengenai disleksia pada 5 Mac 2012. Forum ini adalah berdasarkan struktur kurikulum PISMP seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Disleksia (PKP 3105).Forum ini adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak

tugasan Kerja Kursus Projek bagi semester ini.

4.0 OBJEKTIF Objektif penganjuran kempen kesedaran ini adalah untuk: 4.1 Memenuhi proforma subjek Pendidikan Disleksia (PKP 3105). 4.2 Memberi pendedahan dan panduan mengenai ilmu masalah disleksia kepada guru-guru pelatih. 4.3 Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid disleksia 4.4 Mengetahui peranan guru atau pentadbir dalam program Pendidikan Disleksia. 4.5 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih mengenai masalah disleksia. 4.6 Membentuk kerjasama antara guru pelatih di institut ini. 4.7 Menimba pengalaman untuk mengendalikan sesebuah kempen.

5.0 CADANGAN AKTIVITI Tarikh Hari Masa Tempat Peserta :5 Mac 2011 : Ahad : 2.30 petang. : Dewan Zaba IPG Kampus Bahasa Melayu : Kempen ini akan disertai oleh semua Pensyarah,staff dan pelajar dari IPG Kampus Bahasa Melayu

5.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSA KEMPEN KESEDARAN PENAUNG PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA PEN. SETIAUSAHA BENDAHARI : Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madrasa : Cik Siti Salamah binti Mohd Yusoff. : Syed Ahmad Zaki bin Syed Mohd Al-Haddi : Mohd Shuhaimi bin Nazri : Shuhaila binti Subhi : Noor Adila binti Aziz : Ahmad Taufiq bin Ya

AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL DAN SAMBUTAN : Norain binti Ahmad : Thanaletchumi a/p Subrahmonion SIARAYA : Nuha binti Abdullah : Nur Iqlima binti Ahmad Zabidi MAKANAN : Nurazila binti Ismail : Nuradilah binti Mahmud LAPORAN DAN DOKUMENTASI : Muhammad Khairul Azuan Muhamad Ishanor : Sharvin Raj a/l Kamaraju CENDERAMATA : Nurul Syafinaz bt Ghazlimi : Khairunnisa binti Abbaai. PERALATAN : Mohd Eizzuddin bin Azman : Ahmad Wafi bin Norizan BUKU PROGRAM :Nor Fasharina binti Khir : Siti Aisyah Che Amani@Mohd Kamal

5.3. Hasil Kempen Kesedaran Kempen Kesedaran yang dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu para pelajar PISMP Major Pendidikan Pemulihan dan masyarakat di sekeliling memperoleh maklumat yang berikut: (1) Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid disleksia (2) Mengetahui peranan guru atau pentadbir dalam program Pendidikan Disleksia (3) Mempelajari kaedah pengajaran yang sesuai untuk murid-murid disleksia (4)Memberi gambaran awalan mengenai masalah disleksia.

. 5.4 Implikasi Kewangan BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN PERBELANJAAN 1 Kain rentang dan warna 5 Lain-lain: (i) Fail (ii) Kertas dan fotostat iii)Sijil 30 5 RM 80.00 IPG KBM IPG KBM SUMBER

JUMLAH: RM150

7.0 SYOR Aktiviti ini selaras dengan visi dan misi IPG Kampus Bahasa Melayu iaitu untuk melahirkan bakal guru yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam

melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta berdedikasi pada masa akan datang. Diharapkan agar pihak Majlis Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran Profesional IPG KBM meluluskan dan menyokong kertas kerja kempen kesedaran disleksia ini.

Disediakan oleh,

................................... (SHUHAILA BINTI SUBHI) Setiausaha, Forum Pendidikan Disleksia, IPG Kampus Bahasa Melayu.

Disemak oleh,

.........................................................

(SITI SALAMAH BINTI MOHD YUSOF) Pensyarah, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Bahasa Melayu, 59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Diluluskan oleh,

.............................................. (YANG BERBAHAGIA DATIN SITI HANIFAH BINTI MADRASA) Pengarah, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Bahasa Melayu, 59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai