Anda di halaman 1dari 2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

VISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam


mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.

MISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan
jayanya:

 Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.


 Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan
berakhlak mulia.
 Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program
bimbingan dan kaunseling.
 Memberikan pendidikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
 Memupuk semangat dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar .
PIAGAM PELANGGAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif teraputik.


2. Menerima klien tanpa syarat.
3. Memenuhi temujanji klien.
4. Memaklumkan perubahan Tarikh temujanji sekurang-kurang sehari sebelum
tarikh dan masa yang lain.
5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan professional.
6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 minit hingga 60 minit setiap
sesi individu dan kelompok.
7. Menerima dan melayan klien krisis dengan serta merta.
8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai