Anda di halaman 1dari 3

KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Hari : Rabu

Tarikh : 24 Februari 2021

Masa : 12.30 PM – 1.00 PM

Guru-guru Penasihat :

1. En. Eddy Azrol Bin Mansor


2. Pn. Farkha Bt. Mohd Tahir
3. En. Muhammad Khairul Farqi Bin Abdul Ghani
4. Pn. Nor Ayuni Bt. Mohd Noor
5. Pn. Zahrina Bt. Sudin
6. Pn. Siti Adilla Bt. Zahari
7. Pn. Normah Bt. Kamaludin
8. Pn. Tuan Parizan Bt. Tuan Mat
9. Pn. Zainari Bt Said
10. En. Mu’az Bin Ahmad Shukri

Pengenalan Kelab Bimbingan dan Kaunseling

Kelab Bimbingan dan Kaunseling di sekolah merupakan satu badan kokurikulum yang
menganjurkan program perkembangan dan pencegahan demi pembangunan pelajar yang
membantu Unit Bimbingan Dan Kaunseling mencapai visi dan misi sekolah. Program yang
dirancangkan meliputi bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan
bimbingan kelompok. Oleh itu pelbagai strategi perlu dirancang dan diaplikasikan bagi meningkatkan
keberkesanan Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

Kelab Bimbingan Dan Kaunseling diharapkan sentiasa dapat diurus dengan baik, seterusnya
menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkualiti dan menyeluruh kepada pelajar. Pelajar akan dapat
dibimbing agar mencapai wawasan sendiri untuk kesejahteraan diri. Bukan sahaja aspek akademik,
kokurikulum malahan aspek sahsiah diri. Pelajar dapat memantapkan diri dengan pelbagai
kemahiran diri untuk berhadapan dengan kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Kelab Bimbingan & Kaunseling di sekolah ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang
bermakna dan berkesan kepada kesejahteraan hidup manusia. Ini adalah bahagian yang penting
dalam matlamat pendidikan kebangsaan.
Rasional

Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala sosial di
peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya adalah lebih
berkesan. Aktiviti Kelab Bimbingan Dan Kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk
mengenali dan membangunkan diri. Cabaran masa kini mendesak perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang berkualiti, sistematik dan efisen. Semua murid mempunyai potensi untuk mencapai
kecemerlangan sekiranya dibimbing dengan baik dan berkesan. Sehubungan itu, Kelab Bimbingan &
Kaunseling SK Pulau Indah terus komited dan sepakat untuk melaksanakan program khas yang
disusun berasaskan keperluan pelajar dalam penilaian sebelumnya.Program ini juga memberi
penekanan kearah mengatasi kelemahan dan penambahbaikan terhadap program yang telah
dilaksanakan sebelum ini.

OBJEKTIF KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING :-

 Membentuk sahsiah murid ,keyakinan diri , disiplin kendiri, semangat


membina kecemerlangan, mematuhi peraturan dan undang-undang.
 Mencungkil bakat dan memupuk bakat ke tahap yang lebih tinggi dan
mengasah kemahiran.
 Memberi peluang kepada murid melibatkan diri dalam kegiatan yang
dirancang.
 Membina satu perkhidmatan sokongan dalam bimbingan dan kaunseling
untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan ini.
 Memberi kemahiran-kemahiran asas yang boleh dijadikan aktiviti tambah
nilai apabila memasuki sekolah menengah.
 Membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah salahlaku secara tidak
formal dengan menggunakan pengaruh positif ahli KBK
 Menanam semangat bekerjasama, bertanggungjawab, mencintai sekolah
dan negara.

VISI

UNTUK MENGEMBANG, MENCUNGKIL BAKAT DAN KEMAHIRAN PELAJAR


DALAM PELBAGAI BIDANG SERTA MENGISI MINAT, HOBI ATAU
KEGEMARAN PELAJAR SECARA TERANCANG, BERHALATUJU,
SISTEMATIK DAN BERMANFAAT UNTUK JANGKA MASA PENDEK DAN
JANGKA MASA PANJANG.
MISI

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN / KELAB MERUPAKAN SALAH


SATU DARIPADA KEGIATAN KO-KURIKULUM PELAJAR DI PERINGKAT
SEKOLAH. KEGIATAN KO-KURIKULUM DAPAT DIBAHAGIKAN KEPADA
DUA KEGIATAN IAITU KEGIATAN DALAMAN (INTRAMURUL) DAN
LUARAN (EXTRAMURUL). MATLAMAT UTAMANYA ADALAH UNTUK
MENYUMBANG KE ARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM SEKOLAH BAGI
MELAHIRKAN GENERASI PELAJAR YANG BERKETERAMPILAN YANG
SEIMBANG DALAM BIANG PENDIDIKAN AKADEMIK DAN BUKAN
AKADEMIK SELARAS DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN DAN WAWASAN PENDIDIKAN.

MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara


seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai