Anda di halaman 1dari 26

1

SCIENCE & TECHNOLOGY


FACULTY
MAY / 2015
HBEF1303
CO CURRICULAR EDUCATION
MATRICULATION NO :

800914115171001

IDENTITY CARD NO. :

800914115171

TELEPHONE NO.

0129876726

E-MAIL

abnu80

LEARNING CENTRE

PAHANG DARUL MAKMUR

KANDUNGAN

TAJUK

HALAMA
N

Pendahuluan

Definisi Kokurikulum

Strategik Pihak Sekolah

Pemasalahan-Pemasalahan Dalam Pelaksanaan

11

Penyelesaian kepada Masalah

15

Kesimpulan

18

Rujukan

19

Temubual Guru

20

Contoh Surat Pemohonan Penubuhan kelab daan Persatuan

24

Contoh Surat Jawapan Kelulusan Penubuhan

25

PENDAHULUAN
Pengenalan
Aktiviti kokurikulum sudah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah sama ada diperingkat rendah,
tinggi ataupun diperingkat institusi-institusi di negara kita ini. Ia adalah merupakan sebahagian
daripada kurikulum asas sekolah dan setiap sekolah adalah bertanggungjawab untuk merancang
dan melaksanakan program aktiviti kokurikulum yang bersesuaian dan selaras dengan visi dan
misi

Kementerian

Pendidikan.

Dalam

menjalankan

aktiviti-aktiviti

kokurikulum

ini

sememangnya adalah salah satu cara guru-guru mencari bakat murid-murid melalui aktivitiaktiviti yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Oleh itu, sistem pendidikan
negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang memberi tumpuan kepada
perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam melahirkan individu yang seimbang
dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan untuk melahirkan seorang warganegara yang
berketrampilan, bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam
menuju Wawasan 2020.
Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa bercorak
Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi muda sekarang
dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna
sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum (akademik) dan gerak
kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu diberi pendidikan yang menyeluruh
merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.(Kementerian Pendidikan


Malaysia 1990).
Kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan
Pendaftar Pertubuhan Malaysia yang bertujuan bukan mencari keuntungan tetapi untuk menjaga
kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan
perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan (Pengurusan Sekolah, 2010). Di sekolah
kelab dan persatuan merupakan sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan,
berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai
minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling
bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai
cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan
minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Ini sekaligus merapatkan
hubungan muhibah, menyatupadukan ahli serta menggalakan penglibatan ahli-ahli dalam
aktiviti-aktiviti berfaedah. Pengelolaan ko-kurikulum dan guru-guru secara teratur dan sistematik
akan membawa keberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi
pendidikan negara dan secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang
ko-kurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap
aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman. Ini mendorong mereka
menghadapi dunia sebenar apabila mereka bergaul dengan masyarakat.

DEFINISI KOKURIKULUM
Kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.
Program ini merupakan program pengukuhan dan penggayaan bagi melengkapi pengajaran di
bilik darjah. Semua sekolah rendah digalakkan menubuhkan kelab, persatuan dan pasukan
beruniform serta mengadakan kegiatan permainan, sukan dan olahraga untuk menanam semangat
perpaduan di kalangan murid yang berbilang kaum. Manakala menurut Mohd Sofian (2002)
pula, aktiviti kokurikulum boleh didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan berstruktur di luar
bidang akademik. Ia juga merupakan kegiatan di luar bilik darjah seperti badan beruniform,
kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti ini mestilah dianjurkan oleh pihak sekolah. Disamping
itu, ia juga bertujuan untuk menyemai, memupuk dan menanam minat murid-murid agar
kegiatan-kegiatan ini diteruskan menjadi kegiatan berfaedah untuk mengisi masa lapang selepas
mereka meninggalkan alam persekolahan nanti.
Kokurikulum juga akan dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang
menarik dan mengembirakan murid-murid. Ianya juga dapat mencungkil dan mengembangkan
minat, bakat dan kemahiran murid- murid di dalam bidang tertentu. Disamping itu murid-murid
akan dapat menimba pengalaman berinteraksi di antara satu sama lain sama ada di dalam sekolah
atau di luar sekolah. Kokurikulum juga dapat membantu membina dan meningkatkan disiplin
murid dan seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
KOMPONEN-KOMPONEN AKTIVITI KOKURIKULUM
1.
2.
3.
4.

Sukan dan Permainan


Keagamaan, Kesenian dan Kebudayaan
Kelab dan Badan
Pasukan Beruniform

STRATEGIK PIHAK SEKOLAH


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK KPM, 1990): Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan murid-murid Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Strategi pihak
sekolah dalam melaksanakan aktiviti kelab dan persatuan di sekolah bagi membentuk murid
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang
bukan sahaja dari segi aspek intelek, tetapi juga dari aspek sosial, rohani dan jasmani telah
membuahkan hasil yang memberangsangkan walaupun terdapat beberapa kekangan dalam
merealisasikan aktiviti kelab atau persatuan di sekolah. Pelbagai usaha oleh pihak pentadbiran
sekolah dan guru-guru sekolah turut dikerahkan dalam menjayakan aktiviti ini.
Bagi pihak pentadbiran sekolah, inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan
yang dipimpin, diangotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat
menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara.
Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti
yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan
bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah
menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut:1.

Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,

2.

Hobi dan rekreasi;

3.

Sukan dan permainan;

4.

Badan beruniform; atau

5.

Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

Guru Besar atau Pengetua memahami akan rasionalnya penubuhan kelab dan persatuan.
Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk
memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan.
Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan
mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi (Abdul Shukur,
1997). Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui prosesproses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung,
perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan. Ini, agar dapat membantu guru dan muridmurid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang
berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi
mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi
dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.
Strategik berikutnya adalah usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah
juga usaha kependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip,
kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka
menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang
tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Farzanah, 2012). Ini kerana
sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin,
dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan
memberi impaks yang lebih besar kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum terutamanya
kelab dan persatuan sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah, apabila
pengetahuan,

kesungguhan

dan

kemahiran

murid-murid

memimpin,

mengurus

dan

mengoperasikan kelab atau persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan
berterusan.

Strategik pemahaman akan kepentingan aktiviti kelab dan persatuan yang ada disekolah.
Dengan bantuan pihak pentadbir dan semua guru, kempen akan kepentingan menyertai kelab dan
persatuan telah dijalankan (Rokiah,2015). Didalam kempen tersebut guru-guru perlu :
a.

Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk

memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.


b.

Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan

secara berkesan.
c.

Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli

kelab atau persatuan yang dipimpin.


d.

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai

aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.


e.

Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan

berwawasan.
Penerangan mengenai objektif penubuhan kelab dan persatuan dan kepentingannya kepada murid
hendaklah telus dan jitu. Objektif pula boleh dikategorikan kepada objektif khusus dan objektif
am. Bagi memantapkan lagi penubuhan kelab dan persatuan tersebut, objektif yang spesifik dan
khusus perlu diperjelaskan seperti berikut:
a.

Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam
konteks kependidikan dan kepimpinan.

b.

Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

c.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan.

d.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab
atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

e.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

f.

Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan


Rukun Negara, Perlembagaan Negara dan Wawasan 2020.

Penerangan objektif yang jelas dan berkesan mampu melahirkan generasi pelajar yang
berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak disamping menyemai sifatsifat dan nilai-nilai murni dan luhur untuk membolehkan pelajar-pelajar menimba ilmu
pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya demi untuk
mencapai kecemerlangan sekaligus melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja mahir dalam
akademik tetapi juga berkemahiran dalam bidang-bidang yang dapat menyumbang kepada
pertumbuhan dan perkembangan jasmani, rohani, peribadi, intelek, emosi dan sosial yang
menyeluruh dalam sama-sama mendukung tanggungjawab terhadap agama, raja, bangsa dan
negara.
Pemantapan pemahaman mengenai tugas dan tanggungjawab kelab dan persatuan kepada
semua guru-guru perlu diperkukuhkan. Ini kerana guru merupakan pengendali program dan
memerangkap penasihat persatuan dan kelab (Farzanah, 2012). Dalam konteks pembahagian
tugas dan tanggungjawab sebagai penyelarasan, pengawasan dan pengendalian aktiviti-aktiviti
kokurikulum hendaklah dibincangkan bersama guru-guru melalui perundingan. Garis panduan
pembahagian tugas dan tanggungjawab seperti berikut:a. Aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab rasmi
guru-guru.
b. Memastikan guru hendaklah mengambil salah satu daripada aktiviti kokurikulum dan
mahir dalam aktiviti tersebut.
c. Dalam pembahagian tugas dan tanggungjawab penyelarasan aktiviti-aktiviti kokurikulum
tersebut hendaklah diambil kira aktiviti kokurikulum yang berat dan kurang
membebankan.

10

d. Pengajaran dalam bilik darjah, penyelarasan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan tugas-tugas


lain di sekolah hendaklah diambil kira dalam pembahagian bebanan tugas guru
berkenaan.
e. Pembahagian tugas dan tanggungjawab mengajar, aktiviti-aktiviti kokurikulum dan
tugasan lain adalah di atas budi bicara Pengetua dan Guru Besar.
f. Tidak ada jangka waktu yang tetap bagi penyelarasan guru dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum kerana ini bergantung kepada jenis aktiviti.
g. Kelas-kelas tambahan atau tugas-tugas pentadbiran tidaklah termasuk dalam tugasan dan
tanggungjawab aktiviti-aktiviti kokurikulum.
h. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih (fizikal)
hendaklah dikendalikan pada sebelah pagi atau petang dimana cuaca tidak begitu panas
melainkan aktiviti yang dibuat dalam bilik darjah atau dewan.

11

PEMASALAHAN-PEMASALAHAN DALAM PELAKSANAAN


Jika dilihat pada sistem pembelajaran sekarang kokurikulum tidak dititikberatkan terutamanya
kelab dan persatuan oleh pihak pentadbir sekolah, guru dan pelajar. Ini kerana ia bukanlah
perkara utama yang dititikberatkan oleh sekolah. Sistem persekolahan yang menitikberatkan
kecemerlangan akademik menyebabkan ko-kurikulum diabaikan. Pelajar enggan dan kurang
berminat dalam aktiviti kelab dan persatuan. Tambahan pula sikap sambil lewa guru dalam
melaksanakan kokurikulum itu menyebabkan ianya terabai. Ini adalah bertentangan dengan
falsafah pendidikan negara yang ingin membangunkan jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Sedangkan dalam falsafah pendidikan itu jelas menunjukkan ko-kurikulum memainkan peranan
yang penting. Perlaksanaan kokurikulum memerlukan penglibatan guru. Fretwell(1931)
menyarankan guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti ko-kurikulum dengan sepenuh
hati. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain daripada tenaga terlatih
yang terhad di bidang ko-kurikulum. Masalah guru kurang terlatih juga disebut oleh Jonson dan
Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum dijalankan dengan baik
kerana setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih. Sistem pendidikan tradisional
sebelum dikemaskinikan tidak begitu seimbang dan ianya terlalu mementingkan kecemerlangan
akademik (pencapaian di dalam peperiksaan) sehingga membuatkan pelajar mengabaikan aktiviti
luar bilik darjah sewaktu melalui proses pembelajaran.
Pemasalahan lain yang sering dialami oleh pihak pentadbiran dan guru-guru sekolah
dalam menjayakan aktiviti kelab dan persatuan di sekolah adalah perlu melihat kepada aspek
kedudukan sekolah sama ada sekolah tersebut berada di luar bandar ataupun di dalam kawasan
bandar dan berhampiran dengan kemudahan-kemudahan yang dipunyai oleh agensi kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan, dan sebagainya untuk memudahkan murid-murid menjalankan kegiatan
kokurikulum tersebut (Abu Bakar, 2006/2007). Masalah kemampuan kewangan sekolah adalah
penting untuk mengerakkan kegiatan kelab dan persatuan ini. Adalah sebaiknya sekolah
memperuntukan jumlah kewangan yang berpatutan untuk pengurusan aktiviti-aktiviti kelab dan
persatuan seperti bagi pembelian peralatan, penyewaan kemudahan, bayaran perjalanan dan
sebagainya.

12

Tenaga pengajar atau kepakaran guru atau ahli masyarakat adalah juga penting dalam
menyusun aktiviti. Jika perlu, pengubahsuaian dibuat untuk memastikan aktiviti-aktiviti kelab
atau persatuan boleh berjalan. Latihan dan bantuan bolehlah didapatkan daripada Jabatan
Pendidikan Kokurikulum dalam memberi tunjuk-ajar dan kursus yang berkenaan dengan
pengurusan aktiviti- aktiviti kelab dan persatuan amat diperlukan.
Dalam pemerhatian saya, kini pelaksanaan kelab atau persatuan di sekolah yang saya
mengajar masih lagi dijalankan seperti biasa. Kegiatan kokurikulum ini diadakan setiap hari
selasa. Masa yang ditetapkan ialah dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Ini ditambah pula
dengan aktiviti kegiatan kelab atau persatuan ini tidak banyak mengalami perubahan terutama
dari segi masa dan aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam program kokurikulum ini kecuali ada
beberapa tambahan aktiviti. Walaupun pendidikan SPN sudah bermula, kegiatan kokurikulum ini
tetap dijalankan dan semestinya dapat memberi peluang murid-murid untuk merehatkan minda
mereka.
Hasil pemerhatian saya juga, didapati kegiatan kelab dan persatuan di sekolah tidak
banyak perubahan. Perubahan hanya nampak pada bertambahnya aktiviti seperti drama, spelling
competition, mini marathon dan mari bercerita. Ini ditambah pula dengan waktu atau masa bagi
kegiatan kelab dan persatuan ini masih sama iaitu selama satu jam (Abu Bakar, 2006-2007). Ini
ditambah lagi dengan masalah tidak ada perubahan dari segi kemudahan dan peralatan. Peralatan
masih seperti biasa hanya ada tambahan sedikit tetapi dari segi kemudahan dewan masih sama
dan penggunaan hanya tertumpu pada akademik kerana keadaan dewan yang kecil dan tidak
sesuai untuk permainan seperti sepak takraw, badminton, bola jaring dan sebagainya. Didapati
juga tidak terdapat laporan tentang perkembangan kegiatan kokurikulum sepanjang tahun. Ini
kerana tidak ada rekod pencapaian murid-murid yang aktif dalam kelab dan persatuan hanya
berpandukan pada kebolehan murid-murid tersebut. Contohnya penglibatan murid dalam
pasukan beruniform terutama pengakap tidaklah begitu ramai.Tidak tahu sama ada aktiviti ini
dijalankan atau atas dasar nama mengikuti di dalam kertas.Tidak ada murid-murid yang
mengikuti persatuan Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana hanya beberapa orang guru terutama
guru yang baru diberikan tugas tersebut untuk dikendalikan. Pasukan pengakap ini diadakan
setiap hari selasa petang.
Melalui sesi temubual dengan Guru Kanan Aktiviti Kokurikulum, Pn. Rokiah Ibrahim
(2015) iaitu Guru kanan aktiviti kokurikulum yang dilantik ini adalah seorang perempuan. Dia

13

baru mengajar dua tahun disekolah berkenaan. Guru ini sudah mengajar selama dua puluh lima
tahun. Antara tugas dan tanggungjawabnya ialah menyelaras dan menyelia semua aktiviti
kokurikulum ini dijalankan dan merancang dan mengagih tugasan kepada semua guru untuk
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum ini serta membantu Guru Besar di dalam
perancangan dan pelaksanaan kegiatan kokurikulum. Tugas yang diberikan kepadanya ialah
membuat jadual dan melantik guru-guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum tersebut.
Beliau juga memastikan semua murid dari rendah bawah hingga rendah atas mengikuti semua
aktitiviti yang diadakan mengikut kebolehan masing-masing.
Dalam pengamatan saya disekolah, sebenarnya guru ini tidak mempunyai pengalaman
dalam mengendali bahagian kokurikulum memandangkan selama dia mengajar hanya tertumpu
kepada darjah yang diajarnya sahaja. Tetapi Alhamdulillah dengan adanya jadual tahun lepas
kegiatan kokurikulum ini dapatlah membantunya membuat dan merancang pembahagian jadual
dan tugas-tugas kepada guru-guru lain walaupun mengalami beberapa masalah. Tambahan pula,
masalah kerjasama guru-guru. Terdapat juga guru-guru yang telah diberi tugas tersebut menolak
dengan alasan tidak pandai bermain atau tidak minat. Jadi sebagai guru kanan kegiatan
kokurikulum setentunya dia terpaksa mencari guru yang lain. Jadual juga turut terjejas dan
terpaksa dirombak semula.
Masalah yang lain turut dikongsikan ialah murid-murid terutama murid-murid rendah
bawah. Murid-murid ini selalunya ingin mengikut kawannya sehingga aktiviti yang diberikan
kepadanya tidak diikutinya. Jadi kadang-kadang guru yang mengajar akan keliru dengan
keramain murid yang diberikan kepadanya begitu juga dengan guru yang kekurangan muridnya
yang tidak mengikuti aktiviti yang diberikan. Contohnya guru persatuan muzik, guru tarian
diberikan seramai dua puluh orang murid tetapi yang datang hanya separuh tetapi guru yang
mengajar kelab komputer melebihi daripada bilangan muridnya. Inilah kadangkala membuat
guru tarian terpaksa mencari murid-murid tersebut. Tetapi yang lebih pening adalah masa. Masa
juga menjadi satu masalah terutama bagi rendah bawah yang hanya mengambil selama tiga
puluh minit dan rendah atas selama sejam. Masa ini sungguh singkat bagi mengajar murid-murid
rendah bawah. Kadangkala masa ini bila diajar hanya cukup untuk cikgu bercakap untuk
menerangkan.
Dari segi kemudahan juga kekurangan seperti dewan atau bilik untuk melakukan kegiatan
kokurikulum tersebut. Kadangkala bilik darjah digunakan sebagai tempat untuk melatih murid-

14

murid (Abu Bakar, 2006/2007). Dewan sekolah kebiasaannya hanya digunakan untuk minum
dan peperiksaan serta acara-acara akademik dan sebahagian besarnya tidak bersifat multipurpose yang menjadikannya tidak sesuai bagi acara-acara seperti bola jaring, futsal, sepak
takraw dan badminton. Dewan yang digunakan untuk latihan sepak takraw dan badminton ialah
dewan berdekatan kepunyaan orang kampung. Oleh sebab itu penglibatan sekolah-sekolah hanya
sekadar menyertai pertandingan kejohanan atau pertandingan yang dikendalikan kerana muridmurid tidak mampu untuk mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka secara konsisten
memandangkan latihan-latihan dan perkembangan tidak dapat dijalankan di peringkat akar umbi
lagi.

15

PENYELESAIAN KEPADA MASALAH


Untuk memperbaiki dan memajukan kegiatan kelab dan persatuan ini sememangnya perlu ada
kerjasama daripada beberapa pihak supaya dapat dikendalikan dengan lebih baik lagi. Dari segi
masa, perlulah ditambah masa tersebut terutama pada peringkat rendah bawah sekurangkurangnya satu jam supaya murid-murid tidak akan merasa sekejap mempelajari kegiatan yang
disertainya (Farzanah, 2012). Itu juga memberi peluang kepada guru-guru melihat kebolehan dan
bakat murid tersebut melalui pengajaran yang dibuatnya.
Penambahan peralatan-peralatan kegiatan kelab dan persatuan perlu dilaksanakan
(Farzanah, 2012). Jabatan Pendidikan Kokurikulum sepatutnya bukan hanya membekalkan
peralatan-peralatan yang berkaitan dengan kejohanan atau pertandingan yang dianjurkan tetapi
juga membantu sekolah-sekolah menyempurnakan peralatan-peralatan yang kurang. Selain itu
juga guru besar dan guru-guru boleh juga mencari alternatif lain dengan memohon tajaan dalam
bentuk barangan atau peralatan daripada agensi-agensi swasta atau kerajaan.
Guru-guru perlu juga diberi kursus-kursus atau bengkel-bengkel supaya dapat
memperolehi kemahiran-kemahiran dalam bidang-bidang kegiatan luar. Ini juga memudahkan
sekolah yang bukan hanya mengharapkan guru khas pendidikan jasmani menjalankan semua
kegiatan luar secara bersendirian (Abu Bakar, 2006/2007). Ini sedikit sebanyak dapat
meringankan dan membantu guru yang berkemahiran dan berkebolehan. Ini juga dapat
meningkatkan kualiti penglibatan guru malahan juga dalam mempelbagaikan kemahirankemahiran dan seterusnya melahirkan pakar-pakar dikalangan pendidik di negara ini.
Dalam kegiatan kokurikulum ini, guru-guru yang diberi tugasan sepatutnya perlu tegas
dengan murid-murid terutama murid-murid rendah bawah. Mereka harus sentiasa diingatkan
dengan jadual mereka supaya mereka tidak lupa dan mengikut kawan-kawan yang lain. Kalau
perlu, guru perlu mengulang dan memanggil nama mereka dan menyebut aktiviti yang telah
dipilihkan oleh mereka.
Guru kanan Aktiviti Kokurikulum (Rokiah Ibrahim, 2015) perlu tegas dengan
pembahagian

jadual

kepada

guru-guru

yang

lain

supaya

guru-guru

akan

merasa

bertanggungjawab dengan tugasan yang diberi. Tidak ada istilah tidak pandai atau tidak tahu

16

kerana sebagai guru perlu, guru perlu bersikap kreatif, inovatif dan inisiatif. Sebagaimana
menurut Abu Bakar dalam Mohd sofian(2002) menyatakan penyertaan guru adalah sangat
penting dalam memastikan perlaksanaan kegiatan kokurikulum sekolah dijalankan dengan
lancar.

Perlaksanaan

kokurikulum

memerlukan

penglibatan

semua

guru.sebagaimana

Fretwell(1981) menyarankan guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti ko kurikulum


dengan sepenuh hati. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain
daripada tenaga terlatih yang terhad di bidang kokurikulum. Masalah guru kurang terlatih juga
disebut oleh Jonson dan Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum
dijalankan dengan baik kerana setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih.
Jabatan kokurikulum juga perlu memikirkan tentang sekolah yang tidak mempunyai
dewan sendiri. Sepatutnya sekolah dan pihak berkenaan sentiasa berusaha untuk membina
sebuah dewan khas untuk kegunaan sekolah sendiri (Abu bakar, 2006/2007). Sampai sekarang
sekolah hanya tahu meminjam dewan kepunyaan orang kampong. Bila sekolah akan dapat
memiliki dewan sendiri kerana memikirkan dari aspek keselamatan kerana kawasan dewan orang
kampong tersebut adalah berdekatan dengan hutan, tempat kauri tanah dan lintasan trak-trak
pengangkut tanah dan batu.
Guru Kanan aktiviti Kokurikulum perlu membuat laporan atau perkembangan tentang
kegiatan kokurikulum yang dijalankan. Ini adalah melihat perkembangan sama ada kegiatan
kelab dan persatuan itu berjaya dilaksanakan atau sebaliknya.
Tugas Guru Besar juga perlu peka dengan guru-guru terutama pembahagian tugas sebagai
guru kanan aktiviti kokurikulum. Sepatutnya Guru Besar perlu memberi tugasan ini kepada guru
yang mempunyai pengalaman dalam bidang kegiatan kokurikulum supaya semua perancangan
yang akan dibuat dapat berjalan dengan lancer (Rokiah Ibrahim, 2015). Selain itu juga Guru
Besar sebagai pemimpin perlu membantu guru kanan aktiviti kokurikulum ini terutama masalah
pembahagian jadual kepada guru-guru lain.
Peranan Guru Besar perlu mengawasi setiap aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dibuat
oleh guru-guru sama ada setiap aktiviti yang dijalankan telah terlaksana bukan hanya sekadar
membuat aktiviti di dalam kertas tetapi tidak menjalankannya.
Meningkatan Penyertaan Dan Penglibatan Pelajar dalam kelaab dan persatuan.
Kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan akademik sematamata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah aktiviti kokurikulum. Aktiviti

17

kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
dan ianya juga mengajar pelajar untuk bermasyarakat dalam masyarakat berbilang kaum.
Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur
melalui kecerdasan emosi (EQ). Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan
diri dalam aktiviti kokurikulum ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di
tambah dan diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan dapat
menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain dari itu, para
pelajar juga mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf kemudahan sekolah.
Bagaimanapun, sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti yang berbentuk aktiviti
outdoor seperti perkhemahan, jungle tracking, mengembara dan juga aktiviti-aktiviti yang
mencabarkan diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar disamping diadakan pertandinganpertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukandan permainan, kawat kaki juga
pertandingan antara kelab dan persatuan.
Secara keseluruhanya, penyertaan dan penglibatan serta minat para pelajar dalam aktiviti
kelab dan persatuan di sekolah-sekolah di pengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan
juga kemudahan dan perlatan yang lengkap. Disamping itu juga, peranan guru-guru penasihat
juga mempengaruhi penyertaan dan penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dirancang
bersama-sama dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Minat bukan sahaja oleh para
pelajar malah guru penasihat juga harus mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikuum yang
diceburinya disamping yang paling penting ialah guru juga harus mempunyai minat terhadap
kelab dan persatuan tersebut (Abu Bakar, 2006/2007). Jelaslah, aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang dilaksanakan di sekolah-sekolah mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam
membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah
Pendidikan Negara. Kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada mata pelajaran teras
yang diajar didalam kelas.

18

KESIMPULAN
Dalam era globlisasi ini, setentunya kegiatan kelab dan persatuan diteruskan supaya kegiatan
kokurikulum ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan di sekolah-sekolah. Disamping itu
juga jabatan Pendidikan Kokurikulum perlu memberikan guru-guru latihan-latihan, kursuskursus atau bengkel-bengkel dari masa ke semasa untuk membantu kepada kesinambungan dan
penerokaan bidang-bidang baru yang sejajar dengan perkembangan semasa. Selain itu juga pihak
Pentadbir atau Guru Besar perlu juga peka dengan perkembangan kegiatan kokurikulum yang
dijalankan di sekolah (Rokiah Ibrahim, 2015). Guru Besar berperanan besar dalam memberikan
sokongan, dorongan dan

motivasi kepada guru-guru dan murid-murid dalam memajukan

kegiatan kokurikulum terutamanya kelab dan persatuan di tempat sekolah tersebut.


Kerjasama antara pendidik dengan jabatan kokurikulum memang dialu-alukan serta perlu
sentiasa berhubung dalam sama-sama memperluaskan dan memajukan kegiatan kelab dan
persatuan ini dari peringkat sekolah rendah lagi supaya kegiatan kokurikulum yang dijalankan
dapat disinambungkan hingga ke peringkat sekolah menengah contohnya dalam pasukan
pengakap serta sukan-sukan seperti bolasepak, sepak takraw dan sebagainya seterusnya hingga
ke peringkat yang lebih tinggi (Mohd Aliff Hamzah, 2015). Oleh yang sedemikain, pendidikan
kokurikulum di negara kita akan mampu memantapkan kualiti sumber tenaga manusia di masa
akan datang untuk mencabar dan menyaingi pencapaian-pencapaian di peringkat kebangsaan,
serantau dan antarabangsa. Bukan setakat itu saja malah bidang sukan juga menjadi semakin
maju dan juga kualiti kesihatan, kepimpinan, hidup bermasyarakat, nilai-nilai tradisi dan budaya
negara akan terus subur dan berkembang dalam era yang penuh dengan ledakan teknologi yang
pesat berkembang ini.

19

(3481 patah perkataan)


RUJUKAN

1.

Abdul Shukur Abdullah. 1997. Pengurusan Ko-Kurikulum, Fajar Bakti.

2.

Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah (1990)

3.

Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah (1989),


Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.

Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982).

5.

Omar Mohd Hashim. 1993. Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan.


DBP.Kuala Lumpur.

6.

Farzanah Abdullah (2012). Sikap guru terhadap aktiviti kokurikulum dan hubungannya
dengan amalan pengurusan kokurikulum dalam kalangan guru sekolah menengah, UTM.

7.

Abu Bakar Mohd Husain (2006/2007). Kedudukan kokurikulum di sekolah: persepsi


guru dan persepsi pelajar, UKM.

8.

Mohd Sofian (2002). Pelaksanaan Kokurikulum dalam Pembelajaran.

9.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

10.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum


Kebangsaan).

11.

Long (1977). Tugas dan peranan guru dalam kokurikulum.

12.

Fretwell (1931). Responsibility of teachers in co-curricular. Cambridge.

13.

Jonson and Ronald (1952). Important of co-curricular for High school students.

20

Temubual Guru : En. Mohd Aliff B. Hamzah, guru Persatuan Bahasa inggeris 2015
Saya

:Apa khabar sir? Maaf saya mengganggu sir. Saya datang untuk menemubual sir
mengenai kelab dan persatuan.

Sir

:Khabar baik. Ok silakan, tapi tak boleh lama-lama sebab saya ada kelas selepas ni.

Saya

:Sir mengajar subjek apa?

Sir

: Saya mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Saya

: ooo.. padanlah oraang panggil cikgu dengan sir. Maaf saya sir. Sudah berapa lamakah
sir mengajar subjek tersebut?

Sir

:Tahun ini tahun ke 7.

Saya

:Adakah sir merupakan Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris?

Sir

:Ya.

Saya

:Apakah yang cikgu faham mengenai kelab dan persatuan?

Sir

:Nak dalam Bahasa Inggeris ker Bahasa melayu! Hehehehehee. Kelab dan persatuan
merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan
Malaysia yang bertujuan bukan mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan
dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan
sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.

Saya

:Pada pendapat sir, bagaimanakah penglibatan adan penyertaan murid-murid dalam


berpersatuan dan kelab?

Sir

:Masih di tahap rendah walaupun kita tahu kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja
diukur dari segi kecemerlangan akademik semata-mata malahan ia juga dilihat dari
pelbagai sudut termasuklah aktiviti kokurikulum iaitu berpersatuaan dan kelab kerana
kita lihat trend kini kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segikecerdasan (IQ)
sahaja tetapi juga diukur melalui kecerdasan emosi (EQ).

Saya

:Bagaimana untuk menarik minat mereka menyertai kelab?

Sir

:Untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam kelab dan persatuan, saya
ada bertanyakan kepada murid-murid, mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di

21

tambah dan diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan
dapat menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
Saya

:Apakah yang mereka mahukan?

Sir

:Mereka juga mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf padang sekolah.

Saya

:Bagaimana pula dengan aktiviti yang telah dilaksanakan?

Sir

:Mereka berkata borig dan bosan. Sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti
yang berbentuk aktiviti outdoor seperti perkhemahan, jungle tracking, mengembara
dan juga aktiviti-aktiviti yang mencabarkan.

Saya

:Apakah saranan sir untuk menjayakan aktiviti kelab atau persatuan murid-murid?

Sir

: Satu je nak, iaitu kerjasama antara semua guru dengan jabatan kokurikulum memang
dialu-alukan serta perlu sentiasa berhubung dalam sama-sama memperluaskan dan
memajukan kegiatan kelab dan persatuan contohnya dalam pasukan pengakap serta
sukan-sukan seperti bolasepak, sepak takraw dan sebagainya seterusnya hingga ke
peringkat yang lebih tinggi

Saya

:Saya juga menyokong kalau aktiviti outdoor diperbanyakkan.

Sir

:Ok, maaf ya saya kena beredar dulu nak ke kelas. Cikgu tak der kelas ker?

Saya

:Ada slot ke 3 dan 4. Ok sir terima kasih banyak-banyak.

Sir

:boleh lah belanja air lepas nie. Ok sama-sama.

22

Temubual Pentadbir sekolah : Puan Rokiah Bt. Ibrahim, Guru Penolong Aktiviti
Kokurikulum 2015
Saya

:Assalamualaikum wkth Cikgu?

Cikgu :Wakalaikumussalam wkth. Ada aper cikgu?


Saya

:Saya datang nak temubual sikit boleh?mengenai kelab atau persatuan.

Cikgu :Panggil akak kak Kiah jer cikgu.heeehe. ok boleh tuh boleh jap yang kena bawak sekali
dengan kitab-kitab lama pengurusan kokurikulumlah. Jap ya.
Saya

:Ok, silakan. Apakah yang akak faham dengan kelab dan persatuan?

Cikgu :Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan


berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling
bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan
mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.
Saya

:Wah cantik penerangan kak kiah maklumlah ader bukukak kiah bagaimankah kita
hendak menarik minat sertai kelab dan persatuan?

Cikgu` :Beri pemahaman akan kepentingan aktiviti kelab dan persatuan yang ada disekolah.
Sepatutnya cikgu-cikgu kena bagitahu kepentingan kelab dan persatuan kepada pelajar
dengan buat kempen ker ceramah ker? Baru murid paham. Tapi kena bagi tahu dan
terangkan jugok objektif khas dan am baik-baik.
Saya

:Adakah cikgu rasa cikgu berkemampuan melaksanakan tugas guru kanan kokurikulum?

Cikgu :Akak dah tua dik, tetapi dilantik oleh jabatan untuk menyandang jawatan itu jadi akak
terima jer. Kat sekolah nie baru 2 tahun walau pun dah ngajar semala dalam 25 tahun dah.
Saya

:Adakah akak pernah terlibat secara langsung dalam kelab dan persatuan? Dan akak
pernah memegang ker jawatan GPKokurikum?

Cikgu :Tak pernah, akak pompuan jadi kurang minat sedikit.hhhihihihihi. biasanya akak ngajar
jer.

23

Saya

:Maaf akak nak Tanya lagi, apakah tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada akak
di sekolah nie selaku GPKokurikulum?

Cikgu :Menyelaras dan menyelia semua aktiviti kokurikulum ini dijalankan dan merancang dan
mengagih tugasan kepada semua guru untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
ini serta membantu Guru Besar di dalam perancangan dan pelaksanaan kegiatan
kokurikulum. Ada tu GB suruh membuat jadual dan melantik guru-guru dalam
melaksanakan kegiatan kokurikulum terutamanya kelab atau persatuan. Tapi GB bagi
tahu dia nok nya pastikan semua murid dari rendah bawah hingga rendah atas mengikuti
semua aktitiviti yang diadakan mengikut kebolehan masing-masing tu yang susah dik
maklumlah dik akak tua dah.
Saya

:ooooo macam tuh. Apakah masalah yang akak biasa dapat dalam melaksanakan kelab
dan persatuan?

Cikgu :Masalah kerjasama guru-gurulah dik oiii. Ada cikgu-cikgu yang telah diberi tugas
tersebut menolak dengan alasan tidak pandai handle persatuanlah kelablah atau tidak
minat. Jadi sebagai guru kanan kegiatan kokurikulum akak terpaksa mencari guru yang
lain. Jadual pun turut terjejas dan terpaksa dirombak semula lah dik. Penatlah akak dik.
Nie adik akak bagi pegang kelab dan persatuan jangan menolak pulakya
Saya

:Hehehehee. Ok akak saya akan menerima dengan hati yang terbuka. Hahhahahahaa.
Apakah kata-kata terakhir sebelum kita akhirkan temubual kita kak kiah?

Cikgu :Jabatan Pendidikan Kokurikulum perlu memberikan guru-guru latihan-latihan, kursuskursus atau bengkel-bengkel dari masa ke semasa untuk membantu kepada
kesinambungan dan penerokaan bidang-bidang baru yang sejajar dengan perkembangan
semasa.
Saya

:Bagaimana pula dengan penglibatan guru-guru disekolah nie dan GB? Napok GB asyik
duk dalam bilik dia jer masa kelab daan persatuan berjalan.

Cikgu :Cikgu-cikgu atau Guru Besar perlu juga peka dengan perkembangan kegiatan
kokurikulum yang dijalankan di sekolah mana boleh harap akak sorang dik penat akak.
Guru Besar berperanan besar dalam memberikan sokongan, dorongan dan motivasi
kepada guru-guru dan murid-murid dalam memajukan kegiatan kokurikulum terutamanya
kelab dan persatuan di tempat sekolah tersebut.

24

Saya

:Ok. Lah akak terima kasih lah atas maklumat semua tadi tu saya nak ke kelas pulak.ok
terima kasih sekali lagi.

Cikgu :Sama-sama dik, lepas nie kantin lah ya hihihihi.


Contoh Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan
Persatuan Bahasa Inggeris,
Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,
Kerteh, Kemaman,
Terengganu Darul Iman
No. Tel : 09-8 8675111
_____________________________________________________________________
Ruj kami : SKSG /11/01/10(1)
Tarikh : 01 Januari 2011
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,
Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Tuan ,
PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ( nama). berdasarkan Peraturan (4) dalam
Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996
dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor, mulai 1
Januari 2011.
2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:
2.1 Draf Perlembagaan.
2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.
Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN
Saya yang menurut perintah,

(Pn. Rokiah Bt Ibrahim)


Guru Penasihat,

25
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,
Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman

Contoh Surat Jawapan Kelulusan Penubuhan.


Persatuan Bulan Inggeris,
Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,
Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman
No. Tel : 09-8 8675111
____________________________________________________________________
Ruj kami: SKSG 06/11/01/(01)
Tarikh : 08 Januari 2011
Guru Penasihat,
Persatuan Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,
Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Tuan,
KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS
Merujuk surat tuan SKSG 11/01/01( 01) bertarikh 01 Januari 2011 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan
kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan
bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa
Inggeris Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor Kerteh Kemaman Terengganu Darul Iman adalah diluluskan
berkuatkuasa mulai 5 Januari 2011
2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:
2.1 Draf Perlembagaan
2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.
Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei, 1998,
P.U.(A) 196.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN
Saya yang menurut Perintah,
(EN ABDUL AZIZ BIN MOHD ZAIN)
Pendaftar Kelab Dan Persatuan,

26
Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,
Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman
s.k. - Fail Timbul

Anda mungkin juga menyukai