Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang sedar bahawa pencapaian kecemerlangan serta pembudayaan kegigihan,
ketahanan mental serata fizikal, kemuliaan rohani dan penghayatan nilai-nilai murni adalah berterusan demi melahirkan
ahli-ahli masyarakat yang unggul yang bakal menangani masa depan bangsa dan negara.

VISI

Sekolah Rendah Agama Amalin Ai’syah Puteri adalah menjadi sekolah berkesan menjelang 2010

MISI

Memastikan penglibatan dan pencapaian cemerlang murid dalam aktiviti kokurikulum.

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Rendah Agama Amalin A’isyah Puteri merupakan sebuah Sekolah Rendah Agama Bantuan Penuh Kerajaan
yang bertanggung jawab bukan hanya semata-mata untuk mencapai kecemerlangan kerohanian, akademik anak – anak
didiknya, tetapi juga memupuk dan menerapkan sahsiah mereka yang cemerlang. Adalah menjadi matlamat sekolah untuk
melahirkan insan yang seimbang dengan melatih mereka menggunakan masa lapang yang optima serta memberi
kegembiraan dan kesejahteraan. Hasrat ini dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang menjadi wadah untuk
meningkatkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomoto, kognitif dan
afektif. Penolong Kanan Kurikulum bertanggungjawab kepada Sekolah untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan
melalui pemantapan pengurusan Kokurikulum. Bidang tanggungjawab merangkumi pengurusan aktiviti sukan dan
permainan, persatuan dan kelab, serta unit badan beruniform dan koperasi sekolah.
2.0 MATLAMAT

Aktiviti Kokurikulum , Sekolah Rendah Agama Amalin A’isyah Putri adalah dengan matlamat untuk:

2.1 Mengadakan satu sistem Pendidikan menyeluruh (all rounded ) dengan tujuan
Melahirkan insan yang beriman, beradab, taat setia, bertanggungjawab , berdisiplin
jujur dan bersih, disamping mempunyai ciri-ciri intelek, logik, berdikari dan
berimaginatif.

2.2 Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam aktiviti yang diceburi.

2.3 Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar.

2.4 Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna dan berfaedah.

3.0 OBJEKTIF

Sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara, Perancangan Strategik Kokurikulum, Sekolah Rendah Agama
Tengku Amalin A’isyah Putri adalah bertujuan untuk :-

3.1 Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang tersusun dari segi pengurusan
serta tanggungjawab kepada diri, sekolah, masyarakat dan negara.

3.2 Untuk meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan
sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara

3.3 Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan


social, jasmani, minat dan bakat pelajar kearah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan
Negara , Pengisian Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan Negara.

3.4 Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan


suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan
seterusnya mencapai matlamat

3.5 Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar
dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat

4.0 PEMANTAUAN

4.1 Pemantauan aktiviti kokurikulum adalah dilakukan dengan bantuan Setiausaha Sukan & Permainan, Setiausaha
Persatuan & Kelab dan Setiausaha Pasukan Beruniform.

4.2 Pemantauan yang dibuat antara lain merangkumi aspek:-

4.2.1 Kehadiran/Keahlian
4.2.2 Penyertaan/ Penglibatan
4.2.3 Kemudahan dan Peralatan
4.2.4 Perjalanan Aktiviti Kokurikulum
4.2.5 Kewangan
4.2.6 Matlamat / Objektif
4.2.7 Perlembagaan/ Peraturan
4.2.8 Disiplin dan Keselamatan
4.2.9 Tenaga Luar
PERANCANGAN STRATEGIK UNIT-UNIT KOKURIKULUM

a. Perancangan Strategik Kelab dan Persatuan


b. Perancangan Strategik Pasukan Beruniform
c. Perancangan Strategik Sukan dan Permainan

KEKUATAN (STRENGTH – S)

S1 - 100% guru dan staf mengambil bahagian dalam semua aktiviti sekolah yang dirancang.
S2 - 100% guru lelaki dan perempuan melibatkan diri dalam aktiviti kelab dan persatuan
S3 - Pengurusan kokurikulum yang mantap dan tersusun
S4 - Kebanyakan murid tinggal berhampiran sekolah
S5 - Sekolah satu sesi
S6 - Tiada kes disiplin dan salah laku kurang
S7 - Sebahagian guru mempunyai pengalaman, komited dan terlatih
S8 - Kemudahan yang terdapat di sekolah baik seperti makmal, makmal komputer dan sebagainya memudahkan aktiviti
yang dirancang dijalankan
S9 - Kerjasama yang baik antara semua guru penasihat
S10 - Pemantauan yang berterusan dalam semua aktiviti yang dijalankan

KELEMAHAN (WEAKNESS – W)

W1 - Sebahagian besar guru kurang pengalaman dan pengetahuan dalam kokurikulum


W2 - Murid terlalu bergantung kepada pihak sekolah dan guru
W3 - Murid perempuan yang bersikap manja, tidak lasak dan kurang bersedia menjalani latihan yang itensif berbentuk
fizikal.
W4 - Masalah pengangkutan, murid tinggal berjauhan dari sekolah, perlu berhantar dan berjemput oleh ibubapa.
W5 - Sesetengah murid bekerja selepas waktu sekolah
W6 - Sesetengah pelajar menghadiri kelas tuisyen pada waktu petang
W7 - Murid sekolah menganggap aktiviti dalam kelab dan persatuan kurang penting dalam sistem pendidikan
W8 - Kekangan masa untuk melaksanakan kokurikulum
W9 - Murid tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan
W10 - Murid menganggap aktiviti kelab dan persatuan hanya membuang masa dan membosankan
W11 - Kurang kerjasama antara murid dalam aktiviti yang dijalankan

PELUANG (OPPORTUNITIES – O)

O1 - Kawasan sekolah yang luas dan baru


O2 - Hubungan yang baik dengan PIBG
O3 - Hubungan yang baik dengan agensi luar seperti NGO, JPN dan PPD
O4 - Sumbangan daripada wakil rakyat

ANCAMAN (THREATS – T)

T1 - Ibu bapa kurang memahami tentang kepentingan dalam aktiviti kelab dan persatuan
T2 - Ibu bapa lebih rela menghantar anak ke kelas tuisyen daripada membenarkan mereka menyertai aktiviti kelab dan
persatuan
T3 - Guru sibuk dengan program/kursus anjuran PPD/ JPN mengakibatkan kurang tumpuan guru penasihat
T4 - Sumbangan dan bantuan kewangan terhad
T5 - Tahap sosioekonomi waris yang rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Anda mungkin juga menyukai