Anda di halaman 1dari 38

Fakulti Pendidikan Dan Sains Sosial

(BETESL)

SEMESTER JANUARI 2021

HBEF1303

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

NO. MATRIKULASI : 940525125544001


NO. KAD PENGENALAN : 940525125544
NO. TELEFON : 0143382505
<KOD KURSUS>
E-MEL : nurashikinmatali18@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU LEARNING CENTRE

1
<KOD KURSUS>
1.0 PENDAHULUAN
PENGENALAN

Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang memberi
tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam melahirkan
individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan untuk melahirkan
seorang warganegara yang berketrampilan, bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu
menghadapi cabaran dalam menuju Wawasan 2020.

Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa bercorak
Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi muda sekarang
dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna
sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum (akademik) dan gerak
kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu diberi pendidikan yang menyeluruh
merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990)

Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajaran dan


pembelajaran bagi sekolah – sekolah di negara ini telah berubah. Pembentukan diri pelajar tidak
lagi tertumpu di dalam bilik darjah tetapi sahsiah dan perawakan pelajar dididik melalui
penyertaan aktiviti luar darjah iaitu aktiviti ko-kurikulum. Sekolah bukan sahaja tempat untuk
mengasah minda pelajar bahkan sekolah berperanan untuk membentuk sahsiah para pelajar.
Seorang cerdik pandai yang tidak beretika tidak memberi sebarang erti kepada masyarakat
bahkan mendatangkan masalah pula kepada masyarakat dan negara.

Pengelolaan ko kurikulum secara teratur dan sistematik akan membawa keberkesanan


dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara dan secara
tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang ko kurikulum. Penglibatan
pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan

2
<KOD KURSUS>
membolehkan pelajar menimba pengalaman. Ini mendorong mereka menghadapi dunia sebenar
apabila mereka bergaul dengan masyarakat.

2.0 PENYATAAN MASALAH


Jika dilihat pada sistem pembelajaran sekarang kokurikulum tidak dititikberatkan oleh
ibu bapa, para masyarakat dan pelajar. Ini kerana ia bukanlah perkara utama yang dititikberatkan
oleh mereka. Golongan ini lebih menitikberatkan kecemerlangan akademik menyebabkan ko
kurikulum diabaikan.

Pelajar enggan dan kurang berminat dalam aktiviti ko kurikulum. Tambahan pula
galakan ibu bapa yang mahu anak mereka berlumba-lumba mengejar kejayaan dalam akademik.
Ini adalah bertentangan dengan falsafah pendidikan negara yang ingin membangunkan jasmani,
rohani, emosi dan intelek. Sedangkan dalam falsafah pendidikan itu jelas menunjukkan ko
kurikulum memainkan peranan yang penting.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan pendidikan kokurikulum
dalam kalangan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Terdapat pelbagai
aspek yang dapat dilihat dalam memaparkan penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum
di sekolah. Kajian ini juga dilihat sebagai satu cara mengenalpasti masalah-masalah yang
berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan
cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, dari kajian ini juga diharap dapat
memberi petunjuk dan kekuatan sumbangan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah dari segi
penglibatan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan gerak kerja kokurikulum kepada
pembentukan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi mental, sosial dan emosi seperti
mana yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Negara Malaysia.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dialami ketika
melaksanakan aktiviti gerak kerja ko kurikulum di sekolah. Ia juga mengenalpasti persepsi guru
terhadap perlaksanaan ko kurikulum di sekolah. Selain dari itu persepsi pelajar tentang
perlaksanaan ko kurikulum di sekolah juga diambil kira. Dapatan dari persepsi guru dan pelajar
inilah boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi mengemaskini perlaksanaan ko kurikulum di
sekolah.

BATASAN KAJIAN

3
<KOD KURSUS>
Kajian ini bukan satu kajian yang menyeluruh kerana bersifat tinjauan. Penyelidik membataskan
kajian kepada guru dari sebuah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Sekolah yang terlibat ialah Sk.
Balung Tawau. Responden dalam kajian ini adalah seorang guru yang mengajar di SK-k. Balung
Tawau. Dalam masa yang sama, ada juga ibu bapa yang ditemu bual berkenaan aktiviti
kokurikulum.Sebanyak 10 soal selidik diberikan secara rawak kepada pelajar-pelajar yang
berumur 10-15 tahun .

Pemilihan sampel adalah berdasarkan rasional berikut iaitu bilangan sampel mencukupi
dan dari pelbagai latarbelakang yang berbeza agar dapat mengelakkan bias semasa pemilihan.
Pengkaji memilih sejumlah 10 orang sampel dari populasi kajian yang bersaiz N = 206 secara
rawak. Hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada pelajar-pelajar bangsa lain dan dari
tempat dan negeri yang lain.

DEFINISI KOKURIKULUM

Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan isi kandungan
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan juga yang dilakukan
diluar bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains, Geografi dan bahasa. Proses ini lebih
dikenali sebagai mata pelajaran akademik. Manakala kokurikulum pula, sebahagian besarnya
dilaksanakan di luar bilik darjah dan ada juga dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada asasnya,
gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar
perlu melibatkan diri dalam aktivitit ini. Mengikut Md. Aris Mansor (1985) dalam Pengurusan
Gerak Kerja Kokurikulum, menyatakan kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang
berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan.
Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak berasaskan mata
pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerja kokurikulum
merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran akademik. ( Ab. Halim Abdul
Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman pendidikan yang
dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung
atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan,
sosial dan sebagainya. Aktiviti ini juga dikenali kurikulum tersembunyi.

Menurut Omar Mohd Hashim (1993), kokurikulum adalah masa senggang dalam konteks
kehidupan harian, di mana masa senggang adalah suatu jangkamasa waktu seseorang itu bebas
untuk mempertingkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang individu dan sebagai seorang
anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum dalam konteks pendidikan adalah
4
<KOD KURSUS>
pembelajaran luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan pembelajaran masih berada dalam
keadaan bebas, tidak formal dan tidak terkongkong. Kegiatan kokurikulum memberi peluang
dengan lebih luas kepada pelajar untuk mempraktikkan pembelajaran dengan lebih mendalam.

PENGENALAN KEPADA KO-KURIKULUM

Program ko-kurikulum sebenarnya merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah sama ada
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Barsepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Secara praktisnya aktiviti ini dilakukan di dalam dan di luar bilik darjah. Aktiviti ko-
kurikulum ini tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan. Oleh kerana itu, semua
kegiatan ko-kurikulum adalah dijalankan di luar waktu persekolahan. Ko-kurikulum terdiri
daripada beberapa kumpulan iaitu sukan, permainan, badan-badan berpakaian seragam, kelab
dan persatuan-persatuan. Berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pelajar-pelajar adalah digalakkan untuk menyertai sekurang-kurangnya salah satu kumpulan
aktiviti di bawah:

a. Membina kemahiran psikomotor dan efektif selaras dengan pembinaan


sahsiah.
b. Membina kualiti kepimpinan, nilai estetika, disiplin dan timbang rasa.
c. Membina nilai-nilai yang diperlukan, seperti semangat kumpulan dan
semangat kesukanan serta kesedaran sosial.
d. Menseimbangkan perkembangan fizikal dan kerohanian untuk menjadi
pelajar yang bertanggungjawab dan berdikari.
e. Memperoleh semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang bangsa dan
mempunyai kesedaran dan identiti nasional.

Khidmat masyarakat Matapelajaran Pengayaan

Ko-kurikulum
unit pakaian seragam Kelab-kelab

Rekreasi
-Pendidikan Jasmani,
seni,
5
muzik.
<KOD KURSUS>
Rajah 1.1: Pembelajaran di dalam bilik darjah diperkukuhkan lagi melalui kegiatan ko-
kurikulum.

Tujuan Perlaksanaan Ko-Kurikulum

Kegiatan ko-kurikulum adalah bertujuan sebagai pengukuhan dan pengayaan pembelajaran,


sebagai pelengkap sistem pembelajaran dalam bilik darjah supaya menyuburkan lagi nilai murni,
mengembangkan bakat dan sifat kepimpinan pelajar, dan memupuk sikap sedia berkhidmat di
kalangan masyarakat pelajar.

Menurut Eh Ah Meng di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Sebagai Suatu


Proses: Asas Pendidikan 1”, ko-kurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerak kerja tersusun dan terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui pertubuhan pakaian seragam,
persatuan atau kelab dan unit permainan serta sukan.

Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum menyediakan peluang bagi murid


untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah. Ini bermakna, aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan dengan
tujuan untuk menyediakan suatu wadah bagi membentuk etika seseorang pelajar itu.

Jika dilihat kepada struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Rajah 1.1), ko-kurikulum
dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu perkembangan diri individu. Tugas ko-kurikulum
adalah berseiringan dengan pelajaran muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Ini
membuktikan bahawa ko-kurikulum memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri
pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah lagi.

KOMUNIKASI
Kemahiran Asas
(Membaca, Menulis dan Mengira)
Bahasa Matematik

PELAJAR
PERKEMBANGAN DIRI
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
INDIVIDU
Kerohanian, Nilai dan Sikap, Seni, Rekreasi, Pendidikan Seni, Pendidikan
6
<KOD KURSUS>
Kemanusian dan Alam Sekitar, Pendidikan Jasmani, Ko-kurikulum
Agama Islam, Muzik, Pendidikan Moral,
dan Alam dan Manusia

Sumber: Pendidikan di Malaysia, 1993:113

MATLAMAT KOKURIKULUM DIWUJUDKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
Ini adlaah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang berdisiplin,
bertanggungjawab, berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras dengan laporan Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pembelajaran 173 menyatakan:

“ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau “esprit de corps” di antara murid-
murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan
melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab , berdikari dan berkemahiran dalam
sesuatu lapangan yang mereka sertai”.
Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang
insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang
hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan dan
berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masing-
masing dalam pendidikan. Aktiviti kokurikulum sukan bersama dengan unit beruniform dan
persatuan ini telah diperuntukkan dalam peraturan-peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956.
Pada tahun 1985, kegiatan ini diberikan peruntukkan waktu 60 minit seminggu dan dimasukkan
ke dalam jadual waktu persekolahan.

Dalam usaha untuk membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai perwatakan peribadi
yang tinggi, ko-kurikulum memainkan peranannya yang tersendiri. Secara amnya kesemua gerak
kerja ko-kurikulum adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri
manusia yang berakhlak tinggi. Walau bagaimanapun matlamat aktiviti ko-kurikulum boleh
diperincikan lagi kepada perkara-perkara seperti berikut:

7
<KOD KURSUS>
A. Menyemai Dan Memupuk Disiplin, Nilai Dan Sikap Positif Selaras Dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sikap pelajar akan dibentuk
dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk dengan aktiviti-aktiviti
pasukan berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiar hidup dan sebagainya.

B. Memupuk Semangat Kewarganegaraan Dan Perpaduan.


Nilai-nilai yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan dan bekerjasama
akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpa mengira bangsa,
keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.

C. Menyemai Kesedaran Pelajar Terhadap Agama Dan Kepercayaan Kepada Tuhan.

Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni dan bersandarkan

kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar-pelajar yang beragama

Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkan ibadah, akidah dan akhlak

bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan Islam, aspek moraliti dititiberatkan dengan penekanan

terhadap nilai-nilai murni dan pengukuhan sahsiah.

D. Menseimbangkan Perkembangan Mental Dengan Perkembangan Rohani, Jasmani


Dan Emosi Pelajar.
Sekolah pada masa kini bukan hanya sebagai pusat perkembangan minda, tetapi juga
pencetus kepada pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Oleh itu ko-kurikulum
akan bertindak sebagai agen pemangkin pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar.
Dengan ini secara tidak langsung akan dapat menyamai dengan perkembangan mental
pelajar.

E. Mengukuhkan Perhubungan Dan Pergaulan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Di


Sekolah.
Kebanyakan daripada aktiviti yang dilakukan di dalam ko-kurikulum adalah berlandaskan

gerak kerja berkumpulan. Ini akan membina kemahiran untuk berinteraksi di kalangan

pelajar dan juga mengeratkan perhubungan di antara mereka. Kesinambungan daripada itu

8
<KOD KURSUS>
juga pergaulan di kalangan pelajar dapat diperkukuhkan dan melahirkan pelajar yang ramah

serta berhemah.

F. Mewujudkan Budaya Sekolah Yang Menarik Dan Menggembirakan.


Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan kepuasan kepada

pelajar. Pelajar tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik yang berbentuk

mantik dan statik. Pelajar boleh menikmati kepuasan dengan menyertai aktiviti yang

diminati dengan cabaran.

Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa matlamat utama ko-kurikulum ialah untuk membentuk personaliti pelajar yang
berkemahiran tinggi dalam komunikasi, kepimpinan, keagamaan, kesukanan dan pemikiran.

OBJEKTIF KO-KURIKULUM

Selain daripada matlamat-matlamat yang digariskan di atas ko-kurikulum juga adalah berhasrat
untuk membolehkan pelajar:

A. Meningkatkan Minat, Bakat, Kemahiran Dalam Bidang-Bidang Tertentu.

Pelajar-pelajar adalah diberi peluang untuk memilih aktiviti ko-kurikulum yang diminati oleh
mereka. Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti tersebut kerana
mendapat kepuasan dan kegembiraan di hati mereka. Dengan menyertai aktiviti sebegini juga
pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Dalam keadaan
sebeginilah, iaitu dalam usaha untuk mengatasi cabaran, bakat para pelajar akan diasah terutama
daripada aspek kepimpinan, pengurusan, membuat keputusan dan sebagainya. Serentak dengan
itu kemahiran-kemahiran seperti kemahiran untuk berfikir, ikhtiar hidup dan lain-lainya akan
diperolehi untuk dipraktikkan pada masa depan.

9
<KOD KURSUS>
B. Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Masa Lapang Dengan Aktiviti Yang
Berfaedah Di Samping Membina Kesihatan Dan Kesejahteraan Diri.

Banyak permasalahan sosial yang dihadapi oleh remaja adalah akibat daripada pengisian masa
lapang dengan aktiviti yang tak berfaedah. Ini memudahkan pelajar untuk terjerumus ke lembah
maksiat yang memudaratkan masyarakat. Oleh itu satu usaha perlu dilakukan untuk
menganjurkan satu pengisian yang berfaedah kepada pewaris-pewaris negara ini. Usaha ini
tentulah daripada pihak berwajib dengan dibantu oleh ahli masyarakat yang prihatin. Sebagai
suatu institusi pendidikan, maka sekolah boleh dijadikan wahana untuk mempraktiskan usaha
ini. Aktiviti ko-kurikulum adalah salah suatu penyelesaian ataupun sebahagian daripada usaha
yang telah dilaksanakan. Ko-kurikulum menyediakan aktiviti yang padat dan bermanfaat sebagai
alternatif untuk mengisi masa lapang para pelajar. Penyertaan di dalam aktiviti ko-kurikulum
dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat.

C. Membuat Kerja Khidmat Kepada Masyarakat.

Sikap dan tingkah laku individu perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kalau di bangku
sekolah tidak pernah melakukan kerja-kerja kebajikan, maka apabila dewasa nanti adalah susah
dimulakan. Perasaan malu dan malas akan mula timbul. Kalau ini berlaku maka hasrat kerajaan
untuk mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai. Sejajar
dengan itu, gerak kerja ko-kurikulum diserapkan dengan elemen-elemen khidmat masyarakat.
Setiap sub-unit ko-kurikulum akan diterapkan dengan unsur-unsur sebegini sebagai usaha untuk
melahirkan rasa kebertanggungjawaban di kalangan pelajar-pelajar. Apabila pelajar sudah biasa
dengan aktiviti ini maka kesedaran serta keinsafan akan timbul dan rasa kasih sayang ini akan
menyerap masuk di sanubari masing-masing. Apabila sudah dewasa kelak mereka yang sudah
biasa berbakti akan terus berbakti sama ada secara individu ataupun berkumpulan seperti yang
dilakukan oleh Yayasan Salam Malaysia dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

D. Memberi Sumbangan Kepada Sekolah.

Jika dilihat kepada kurikulum terdahulu sebelum adanya Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), tidak semua pelajar tidak
diberi peluang untuk berbakti kepada sekolah. Sumbangan kepada sekolah bukan sahaja
berbentuk material tetapi juga menaikkan nama sekolah dengan memenangi kejohanan atau
mengaut sebarang anugerah serta pengiktirafan. Dalam gerak kerja ko-kurikulum, pelajar

10
<KOD KURSUS>
masing-masing berpeluang untuk berbakti kepada sekolah sama ada dengan sumbangan
berbentuk fizikal dan bukan fizikal seperti menaikkan nama baik sekolah. Aktiviti-aktiviti yang
diatur banyak memberi ruang kepada pelajar seperti pertandingan di peringkat daerah, negeri,
negara dan antarabangsa. Gerak kerja gotong-royong pula banyak memberi sumbangan kepada
pihak sekolah. Secara keseluruhannya, penglibatan pelajar dengan aktiviti ko-kurikulum itu
sendiri sudah banyak membantu pihak sekolah iaitu menjadikan sekolah itu sebagai sekolah
yang aktif. Ini akan menaikkan nama baik sekolah dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Ibu
bapa akan berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang aktif dan bukannya ke
sekolah yang pasif dan lembab.

E. Meningkatkan Disiplin Diri.

Disiplin adalah salah satu cabang pekerti yang mulia bagi seseorang insan. Disiplin mengajar
erti sebuah kehidupan yang bertamadun dan mempunyai peraturan. Tanpa disiplin manusia akan
hidup dengan maruah yang rendah dari maruah makhluk Tuhan yang dinamakan haiwan.
Disiplin juga adalah salah satu ciri-ciri masyarakat yang berjaya. Masyarakat yang berdisiplin
mudah untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan. Disiplin ialah suatu amanah kepada diri
yang tidak boleh dipaksa dan dibuat-buat. Sehubungan itu aktiviti ko-kurikulum menitikberatkan
soal disiplin ini. Unit berpakaian seragam menjadikan elemen ini sebagai identiti mereka. Semua
aspek tingkah laku, gerak kerja, keterampilan, pembelajaran, pakaian dan segalanya bermula dan
berakhir dengan disiplin. Begitu juga dengan gerak kerja lain samada rekreasi, pertubuhan, kelab
atau persatuan juga mementingkan elemen ini. Ini adalah kerana tanpa disiplin, segala
perancangan tidak akan dapat dilaksanakan. Tanpa disiplin juga keadaan akan menjadi tidak
terkawal bahkan juga akan membawa kepada kemusnahan organisasi.

Dengan ini, ko-kurikulum bertindak sebagai agen utama yang membantu pembentukan
dan peningkatan disiplin pelajar di sekolah. Secara tidak langsung masalah sosial dapat
dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan.

F. Berhubung, Bergaul Dan Bersatu Padu.

11
<KOD KURSUS>
Telah dijelaskan pada permulaan tadi bahawa kebanyakan atau hampir kesemua aktiviti ko-
kurikulum adalah dilakukan secara berkumpulan iaitu memerlukan kerjasama dan semangat
setiakawan. Kemahiran berinteraksi dapat diasah untuk mereka berhubung di antara satu sama
lain. Dengan ini semangat muhibah dapat dipupuk untuk melahirkan masyarakat yang bersatu
padu tanpa mengira adat resam, agama dan pengkat.

G. Meningkatkan Kerjasama Dan Sumbangan Dua Hala Antara Sekolah Dan


Masyarakat.

Sekolah merupakan gedung ilmu dan pusat pendidikan. Walau bagaimanapun di persekitarannya
ada masyarakat yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Sekolah itu sendiri memerlukan
sokongan daripada masyarakat. Tanpa kerjasama ini, fungsi sekolah tidak berjaya dilaksanakan.
Menyedari akan hakikat ini, aktiviti ko-kurikulum telah disusun sedemikian rupa untuk
bertindak sebagai pemangkin perhubungan dan kerjasama di antara sekolah dan masyarakat.
Perhubungan yang dimaksudkan bukan sekadar perhubungan sehala, akan tetapi merupakan
perhubungan dua hala yang membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Masing-masing
mempunyai peranan sendiri. Konsep memberi dan menerima perlu dipraktiskan untuk meastikan
kejayaan kerjasama ini.
(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 1993)

METODOLOGI KAJIAN

i. Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk melihat keberkesanan aktiviti kokurikulum di
sekolah dalam melahirkan individu yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.. Kajian yang
berbentuk adalah berbentuk tinjauan mengenai cara untuk menggalakkan murid berminat
menyertai aktiviti kokurikulum disekolah serta keberkesanan kokurikulum dalam melahirkan
individu yang berkemahiran insaniah dalam pelbagai aspek. Borang soal selidik tidak dapat
diagihkan secara fizikal tetapi respon adalah diperolehi melalui panggilan telefon. Cara ini juga

12
<KOD KURSUS>
membolehkan penyelidik mendapat maklumat dengan cepat dalam masa yang singkat
memandangkan masa yang terhad. Kajian ini juga mengumpul maklumat 5 orang pelajar dari
kawasan kejiranan tempat tinggal disebabkan kekangan penularan penyakit covid- 19
membataskan lagi kajian ini untuk dijalankan. Responden kajian terdiri daripada 3 orang budak
lelaki dan 2 orang budak perempuan.Sesi temu bual pula dijalan kan dengan seorang bapa dan
ibu serta seorang guru dalam melihat pandangan mereka mengenai pendiidkan kokurikulum di
sekolah. Semua responden adalah dipilih secara rawak.

ii. Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah seramai seorang guru di sekolah Kebangsaan Balung Tawau dan juga
seorang ibubapa berdekatan dengan tempat tinggal penyelidik iaitu di Kampung Balung Cocos
Tawau. Sampel adalah terdiri daripada 5 orang kanak-kanak yang berumur lingkungan (5-10
tahun) di kawasan kejiranan penyelidik. Sebanyak 5 set soal selidik diberikan secara rawak
tetapi dijawab menerusi panggilan telefon yang dibuat, mereka adalah dari berlainan jantina
diambil secara rawak berstrata untuk mengurangkan ralat persampelan dan diharap boleh
mewakili populasi. Manakala responden bagi . Semua responden adalah dipilih secara rawak.
iii. Alat Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 2 bahagian
iaitu;-

Guru
i. Bahagian A – untuk mendapat maklumat latarbelakang seperti umur, jantina,
pengalaman mengajar, kegiatan ko kurikulum dilaksanakan, perlantikan dan surat
perlantikan
ii. Bahagian B – adalah maklumat minat dan persepsi guru, tanggapan guru,
perancangan ko kurikulum, penglibatan guru.

Pelajar
i Bahagian A : Demografi
ii Bahagian B : Kedudukan Kokurikulum di Sekolah

13
<KOD KURSUS>
iv. Tatacara Penganalisisan Data

Penganalisisan data dibuat untuk mengetahui hasil kajian yang diperoleh daripada responden.
Segala data dan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik diproses melalui program SPSS (
Statistical Package For The Social Sciences ). Analisis secara deskriptif dilakukan untuk
mengetahui kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus setiap item soalan yang dijalankan serta
latar belakang responden.

Bahagian ini telah menerangkan metodologi yang digunakan untuk menjalankan kajian untuk
melihat kedudukan ko kurikulum di sekolah mengikut persepsi guru di samping mengenalpasti
masalah-masalah yang dialami ketika melaksanakan aktiviti gerak kerja ko kurikulum di
sekolah. Selain dari itu persepsi pelajar tentang pelaksanaan ko kurikulum di sekolah juga
diambil kira. Dapatan dari persepsi guru dan pelajar ini boleh dijadikan panduan dan rujukan
bagi mengemaskini perlaksanaan ko kurikulum di sekolah.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian yang dibuat berdasarkan persoalan-persoalan kajian.
Dapatan kajian adalah berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh guru-guru di dalam soal
selidik. Pembentangan dapatan kajian diberikan dalam bentuk statistik deskriptif. Statistik
deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan
deskriptif akan memerihalkan taburan sampel mengikut jantina dan menjawab persoalan kajian
berkaitan dengan kemahiran insaniah yang boleh diperolehi sekiranya kerap terlibat dalam
aktiviti kokurikulum serta cabaran yang dihadapi oleh sekolah dalam menggalakkan pelajar
untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dari persepsi guru ibubapa dan murid.

Bagi menjawab persoalan kajian tentang kemahiran insaniah yang diperoleh serta
cabaran dalam menggalakkan pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum dari persepsi guru,
ibubapa dan pelajar penyelidik menggunakan interpretasi skor min seperti dalam Jadual 1 bagi
menentukan tahap persepsi mereka terhadap ko kurikulum.

14
<KOD KURSUS>

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat Aktiviti kokurikulum di Sekolah


Menengah cenderung kepada aktiviti teras kesukarelawanan. Hal ini adalah kerana
penglibatan pelajar dengan aktiviti teras kesukarelawanan dengan sendirinya akan
membentuk rasa simpati dan sifat tolong-menolong sesama manusia. Nilai murni seperti
inilah yang perlu ada dalam diri setiap pelajar agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam
akademik malah memiliki modal insan yang cemerlang (Julinawati Suanda, Mohammad
Rezal Hamzah, Azizan Bahari, & Ku Amir Ku Daud, 2012).

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat aktiviti kokurikulum yang wujud di


sekolah menengah sahaja. Hal ini menyebabkan perkembangan kemahiran insaniah yang
telah diterapkan di sekolah menengah tidak dapat diperluaskan dan kerana ketiadaan aktiviti
kemahiran insaniah di peringkat Universiti Awam (UA) . Ini bermakna hanya 14% dari
bilangan aktivit-aktiviti kokurikulum yang mempunyai persamaan antara kedua-dua institusi
pendidikan.

Ketiadaan sokongan daripada pihak Universiti Awam (UA) sebenarnya adalah satu
kerugian yang besar buat negara kerana modal insan yang sedang dibentuk terganggu
perkembangannya dengan ketiadaan aktiviti kemahiran insaniah di atas di peringkat
Universiti Awam (UA).

Perkara ini juga berlaku d iperingkat Universiti Awam, di mana terdapat aktiviti
kokurikulum ditawarkan yang tidak wujud di peringkat sekolah menengah. Ia melibatkan
penawaran aktiviti-aktiviti kokurikulum dalam teras kebudayaan, daya usaha dan inovasi,
sukan, pengucapan awam, kepimpinan, khidmat komuniti, keusahawanan dan
kesukarelawana (sila rujuk lampiran 3). ). Ini bermakna hanya 51% dari bilangan aktivit-
aktiviti kokurikulum yang mempunyai persamaan antara kedua-dua institusi pendidikan. Hal
ini menyebabkan penerapan kemahiran insaniah di Universiti Awam (UA) tidak dapat
diperluaskan secara maksimum dan kerana tiada pendedahan awal tentang aktiviti kemahiran
insaniah di peringkat Sekolah Menengah.

15
Ketiadaan sokongan daripada pihak Sekolah Menengah sebenarnya adalah satu
kerugian yang besar buat negara kerana modal insan yang sedang diterapkan kemahiran
insaniah di Universiti Awam (UA) lambat berkembang dan tidak dapat diperluaskan secara
maksimum dan kerana tiada pendedahan awal tentang aktiviti kemahiran insaniah di
peringkat Sekolah Menengah.

4.1. Profil Sampel Responden Kajian

1.1.1 Jantina.

Kajian ini melibatkan 7 orang responden yang terdiri daripada seorang guru, bapa dan 5 orang
murid. Sampel kajian terdiri daripada lelaki (40.4%) dan perempuan 34 (59.6%) seperti dalam
Jadual 1 dan sepertimana dipaparkan di dalam Rajah 1.

Frequency Percent
Lelaki 40.4
perempuan 34 59.6
Total 57 100.0

Jadual 1

Jantina
70

60

50

40

30

20
Perce n t

10

0
Lelaki perempuan

Jantina

Rajah 1.
16
4.1.2. Umur

Umur responden adalah terdiri dari guru yang berumur 30 tahun, bapa 32 tahun dan murid yang
berumur 10-15 tahun. Pelajar yang berumur 10-15 tahun adalah merupakan yang paling ramai
menjadi responden bagi kajian ini iaitu 8.8 %. Jadual 2 di bawah menunjukkan umur responden
kajian. Manakala umur purata bagi responden kajian ialah 34 tahun sepertimana yang
ditunjukkan oleh Rajah 2 dan Rajah 3.

Descriptive Statistics

N Minimum Maximum Mean


umur 57 25 46 34.42

Jadual 2

umur
10

4
P e rc e n t

0
25 27 29 31 33 35 37 39 42 44 46

um ur

Rajah 2

17
36

34

32

30

28

26

24
Count

22

20
Lelaki perempuan

Jantina

Rajah 3

4.1.3. .

Descriptive Statistics

N Minimum Maximum Mean


Cabaran dalam
melaksanakan aktiviti 57 1 21 8.82
kokurikulum
Valid N (listwise) 57

Jadual 3.

Merujuk pada Jadual 3 di atas min cabaran dalam melaksanakan kokurikulum yang di nyatakan
responden adalah di tahap 8.82 dan pengalaman responden yang paling lama ialah selama 21
tahun.

18
Pengalaman mengajar
20

10
Percent

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 16 17 18 21

Pengalaman mengajar

Rajah 4.

4.1.4. Pengalaman mengajar

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 1 1.8 1.8 1.8
2 4 7.0 7.0 8.8
3 7 12.3 12.3 21.1
4 2 3.5 3.5 24.6
5 6 10.5 10.5 35.1
6 1 1.8 1.8 36.8
7 2 3.5 3.5 40.4
8 1 1.8 1.8 42.1
9 5 8.8 8.8 50.9
10 9 15.8 15.8 66.7
11 4 7.0 7.0 73.7
12 5 8.8 8.8 82.5
13 1 1.8 1.8 84.2
14 2 3.5 3.5 87.7

19
16 2 3.5 3.5 91.2
17 1 1.8 1.8 93.0
18 2 3.5 3.5 96.5
21 2 3.5 3.5 100.0
Total 57 100.0 100.0

Jadual 4.

iii. Alat Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 2 bahagian
iaitu;-

Guru
iii. Bahagian A – untuk mendapat maklumat latarbelakang seperti umur, jantina,
pengalaman mengajar, kegiatan ko kurikulum dilaksanakan, perlantikan dan surat
perlantikan
iv. Bahagian B – adalah maklumat minat dan persepsi guru, tanggapan guru,
perancangan ko kurikulum, penglibatan guru.

Pelajar
i Bahagian A : Demografi
ii Bahagian B : Cabaran dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah

iv. Tatacara Penganalisisan Data

Penganalisisan data dibuat untuk mengetahui hasil kajian yang diperoleh daripada responden.
Segala data dan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik diproses melalui program SPSS (
Statistical Package For The Social Sciences ). Analisis secara deskriptif dilakukan untuk
mengetahui kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus setiap item soalan yang dijalankan serta
latar belakang responden.

20
CABARAN DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH
1. Penyertaan dan penglibatan pelajar

Kajian ini dijalankan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Masalah pelaksanaan kokurikulum yang turut menjadi
perbincangan ialah masalah pennyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Sekiranya
penyertaan dan penglibatan pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendaki, maka pelaksanaan
kokurikulum tidak akan dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.

Hasil dari soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar di Sekolah Menengah Sains
Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan didapati penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum adalah baik. Ini berdasarkan kepada soalan yang diajukan untuk melihat penyertaan dan
penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Jadual di bawah dapat menunjukkan
penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan mendapat sambutan yang
baik disebabkan oleh minat terhadap aktiviti yang dijalankan.

Minat di sini boleh dijadikan satu faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang. Minat telah
didefinisikan sebagai kesan tarikan kepada ciri-ciri aktiviti yang dilakukan dan keseronokkan yang
diperolehi semasa melakukan aktiviti merupakan sumber motivasi secara langsung. Minat juga diertikan
keseronokkan seseorang melakukan sesuatu aktiviti dengan senang hati dan rela hati. Sekiranya
seseorang itu tidak berminat dengan apa yang dilakukan ataupun terpaksa, maka ia akan memberi kesan
yang negatif dan masalah-masalah lain akan timbul. Minat merupakan faktor utama dalam memastikan
sesuatu aktiviti kokurikulum itu berjaya atau sebaliknya.

Dalam jadual di bawah juga menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar bukan disebabkan
oleh paksaan atau tindakan hukuman seperti denda dan sebagainya. Dapatan ini mungkin dapat dikaitkan
dengan kesedaran dikalangan para pelajar akan kepentingan penglibatan pelajar di dalam kegiatan
kokurikulum dalam membantu peajar untuk ke IPTA dan IPTS.

Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

Item Tidak setuju Setuju


(peratus ) ( peratus )
1. Sentiasa hadir daam perjumpaan kokurikuum 10 37
2. Menyukai aktiviti kokurikuum yang diadakan 10 50
3. Berminat dan menyertai semua aktiviti 13 33
kokurikuum
4. Hadir kerana terpaksa 67 17

21
2. Masalah penglibatan pelajar

Masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan merupakan satu isu
yang sering menjadi sungutan kepada para guru. Ini sering berlaku terutamanya bagi sekolah-sekolah
kurang menguatkuasakan penglibatan para pelajar dalam kegiatan kokurikulum yang di adakan sehingga
terdapat sekolah untuk mengatasi masalah tersebut terpaksa menjalankan aktiviti kokurikulum pada
sebelah pagi iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan waktu persekolahan terpaksa
dilanjutkan untuk mengganti masa P&P tersebut.

Dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan tiada masalah berkenaan dengan penglibatan
pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Ini berdasarkan kepada jawapan oleh
pelajar di mana sebahagain besar pelajar mengatakan bahawa waktu kokurikulum yang dijalankan
seperti yang dijadualkan adalah sesuai dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan sesuai dengan waktu
senggang/riadah pelajar itu iaitu sebanyak 40 peratus setuju dengan kenyataan tersebut.

Meskipun begitu, ada peajar yang berpendapatan bahawa aktiviti yang diaksanakan sama setiap
tahun dan mereka berpendapatan peru ada perubahan dan juga menambah aktiviti yang bersesuai dengan
mereka terutama aktiviti yang bersifat “outdoor” yang agak mencabar.

Kurangnya masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan juga
mungkin ada kaitan dengan kesedaran para pelajar tentang kepentingan dan sumbangan-sumbangan yang
diperolehi dari aktiviti-aktiviti kokurikulum yang disertainya terutama dalam proses pembelajaran
sosialisasi para pelajar. Ini dapat dilihat daripada respons yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan
para pelajar mengakui dari aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka telah memberi peluang kepada
mereka untuk berjumpa, bergaul dan juga berinteraksi dengan rakan-rakan sama ada dari etnik yang sama
atau etnik yang berlainan. Mereka juga berpendapat bahawa kegiatan kokurikulum juga telah menjadikan
mereka manjadi seorang yang lebih berdikari, bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan rakan-
rakan sama dari etnik yang sama atau yang berbeza. Sebanyak 53 peratus pelajar dari soal selidik ini
mengakui bahawa banyak faedah dan manfaat yang diperolehi dari penglibatan dan penyertaan mereka
dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan. Mereka juga mengatakan memperolehi pengetahuan
dan kemahiran baru melalui aktiviti-aktiviti yang disertai. Jadual di bawah menunjukkan peratusan
pelajar yang bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan berkenaan.

Kepentingan dan Sumbangan Aktiviti Kokurikulum kepada para pelajar

Item Setuju sangat setuju


(peratus ) ( peratus )
1. Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum memberi 47 30
peluang untuk bergaul dengan rakan sama/lain etnik.
2. Aktiviti kokurikulum telah menjadikan mereka lebih 47 50
berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama dengan

22
orang lain.
3. Aktiviti kokurikulum telah banyak memberi banyak 40 33
manfaat dan faedah.
4. Aktiviti kokurikulum juga telah memberi pengetahuan 53 30
dan kemahiran yang baru.

3. Cadangan-cadangan meningkatan penyertaan dan penglibatan pelajar.

Kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan akademik semata-
mata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum
dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan ianya juga
mengajar pelajar untuk bermasyarakat dalam masyarakat berbilang kaum. Kecemerlangan pelajar bukan
sahaja diukur dari segi kecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur melalui kecerdasan emosi (EQ).

Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di tambah dan diperlengkapkan oleh pihak
sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan dapat menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti
yang dilaksanakan. Selain dari itu, para pelajar juga mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik
taraf padang sekolah.

Bagaimanapun, sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti yang berbentuk aktiviti
“outdoor” seperti perkhemahan, “jungle tracking”, mengembara dan juga aktiviti-aktiviti yang
mencabarkan diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar di samping diadakan pertandingan-
pertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukan dan permainan, kawat kaki juga pertandingan
antara kelab dan persatuan.

Selain daripada itu tindakan yang perlu dilaksanakan ialah pihak sekolah perlulah
menjalankan pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari masa ke masa. Tindakan ini perlu
dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan bagai melepaskan batuk di
tangga sahaja. Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat
mereka. Kegiatan yang dijalankan hanya untuk memenuhi jadual. Sebagai contohnya, pelajar
datang ke sekolah hanya bermain bola sepak tanpa bimbingan secara sistematik. Mereka
berpendapat bahawa mereka tidak perlu datang untuk bermain bola sepak, sebaliknya mereka
boleh bermain di kawasan taman tempat tinggal mereka. Oleh itu, pihak sekolah mestilah
memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan mestilah benar – benar mendatangkan manfaat
kepada mereka.

Di samping itu, pihak kerajaan haruslah menekankan kepentingan penyertaan kegiatan


kokurikulum dalam kalangan pelajar melalui pengenalan sistem pendidikan baharu. Dalam hal

23
ini, sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik perlulah diperkenalkan supaya
semua murid ada hati untuk menyertainya. Melalui cara ini, mereka akan memberikan tumpuan
yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sebagai contohnya, penglibatan
seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum perlulah diambil kira semasa seseorang itu
memohon untuk kemasukan ke universiti. Tindakan ini akan menyebabkan para pelajar
menitikberatkan kegiatan kokurikulum.

Selain itu, pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang
baharu yang sesuai dengan minat dan kemahiran para pelajar. Sejajar dengan perkara ini, pihak
sekolah sepatutnya menjalankan kajian tentang minat pelajar dalam jenis aktiviti kokurikulum
yang ingin diceburi dan seterusnya berusaha untuk membentuk kelab atau persatuan demi
kebajikan pelajar. Dengan itu, para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk
menyertai aktiviti kokurikulum yang diminati. Sebagai contohnya, pihak sekolah hendaklah
menubuhkan kelab komputer untuk pelajar yang meminati bidang teknologi maklumat. Hal ini
sememangnya akan dapat menarik minat para pelajar untuk bergiat cergas dalam kegiatan
kokurikulum tersebut kerana tak kenal maka tak cinta.

Tanggungjawab menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum bukanlah hanya


terletak pada bahu pihak kerajaan serta sekolah sahaja. Pihak swasta, turut boleh meringankan
beban pihak kerajaan dengan memberikan sumbangan untuk membaiki dan menaik taraf
kemudahan yang diperlukan oleh kelab dan persatuan di sekolah kerana ada padi semua jadi ada
beras semua kerja deras. Hal ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan untuk
dinikmati oleh para pelajar yang menyertai kegiatan kokurikulum. Sebagai contohnya, pihak
sekolah bolehlah membina gelanggang tenis yang baru untuk ahli kelab tenis yang semakin
bertambah dengan menyumbangkan derma. Sokongan padu daripada pihak swasta ini
sememangnya akan menarik minat para pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum .

KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH


24
1.1. Kemahiran Insaniah
Secara amnya, kemahiran insaniah (soft skills) ini dapat didefinisikan dengan pelbagai
cara dan ianya tidak mempunyai definisi yang khusus dan tepat. Hal ini dapat dibuktikan
melalui penggunaan terminologi kemahiran insaniah (soft skills) di setiap negara yang
berbeza walaupun matlamat dan ciri-ciri yang dipraktikkan adalah hampir sama. Antaranya,
istilah di Australia yang digunakan adalah ‘key competencies’, ‘soft skills’, atau ‘employable
skills’. New Zealand pula telah menggunakan istilah ‘essential skills’ manakala di Amerika
Syarikat, istilah ‘necessary skills’, ‘employability skills’ atau ‘workplace know-how’ telah
digunakan. Bagi di United Kingdom, istilah ‘key

25
skills’ atau ‘core skills’ digunakan untuk merujuk kepada kemahiran insaniah ini. (Mohamad
Zaid Mustafa et al., 2008).

Kemahiran insaniah adalah sebahagian daripada kemahiran generik. Ia merujuk


kepada penguasaan pelajar dalam kemahiran yang bersifat bukan akademik dan lebih
terfokus kepada pembangunan ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Kemahiran ini
diperlukan oleh pelajar untuk berjaya dan cemerlang dari pelbagai aspek contohnya pekerjaan
dan kehidupan. (Fauziah Esman & Rozita Mokhtar, 2014; Pua Poh Keong, 2014; Rodiah
Idris, Siti Rahayah Ariffin, & Noriah Mohd Ishak, 2009)

Kemahiran insaniah merupakan elemen yang dikenalpasti amat kritikal dalam dunia
pekerjaan yang bersifat global serta pesat dengan perubahan teknologi. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan tujuh kemahiran insaniah yang perlu
diterapkan oleh Universiti Awam (UA) bagi memastikan bakal graduannya memiliki
kompeten, keterampilan dan mampu bersaing dalam era global iaitu:

Kemahiran Berkomunikasi

Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan


Masalah

Kemahiran Kerja Berpasukan

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Keusahawanan

Moral dan Etika Profesional

Kemahiran Kepimpinan

Gambar Rajah 1 : Tujuh Elemen Kemahiran Insaniah dalam pengajian tinggi


Malaysia

Dalam menerapkan kemahiran insaniah dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan


di universiti awam, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah
mengelaskan aktiviti kokurikulum kepada lapan teras utama seperti gambar rajah berikut.

26
Gambar Rajah 2: menunjukkan 8 Teras Kokurikulum yang terdapat di bawah
elemen Kemahiran Insaniah.

27
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, telah digariskan satu perkara untuk
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk ‘Minda Kelas Pertama’
dalam kalangan rakyat Malaysia sejajar dengan perkembangan era terkini. Untuk melahirkan
modal insan kelas pertama yang mampu berdaya saing, cekap, tahan lasak dan fleksibel
apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan, maka penekanan aspek
kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan. (Ahmad Anuar & Esa, 2010)

Pembangunan modal insan adalah begitu dititikberatkan seperti yang terkandung


dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Modal insan yang diharapkan haruslah
mempunyai kemahiran agar dapat meningkatkan pembangunan sesebuah negara. Kemahiran
generik adalah penting dan diperlukan oleh tenaga kerja sebelum memasuki alam pekerjaan.
(Norani Mohd Noor & Sazalie Sahimin, n.d.)

Negara kita, Malaysia adalah sebuah negara industri berasaskan maklumat dan
dipertanggungjawabkan untuk memperkenalkan konsep kemahiran pekerjaan kepada pelajar.
Demi melaksanakan amanah ini, aspek penguasaan kemahiran insaniah perlu dititikberatkan
bermula dari peringkat bangku sekolah supaya produk yang akan dihasilkan memberi
manfaat dan mampu memenuhi keperluan industri negara.

Pihak kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan juga telah menyatakan


hasratnya untuk mempertingkatkan penyertaan remaja umur belasan tahun dalam
mendapatkan pendidikan yang menggabungkan ilmu dan kemahiran insaniah, seiring dan
sesuai dengan alam pekerjaan masa kini. Perkara ini disokong oleh mantan Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, dalam teks ucapannya yang mengatakan bahawa Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) perlu memantapkan elemen kemahiran insaniah dalam struktur
program mereka bagi melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
(Mustapha, 2008)

Pencapaian akademik sahaja tidak menjamin bagi para graduan untuk diterima terus
ke pasaran pekerjaan kerana ekspektasi majikan dan cabaran pekerjaan yang semakin
meningkat. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan pencapaian akademik sebagai
kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan penguasaan kemahiran insaniah (soft skills)
di kalangan graduan sebagai kriteria pemilihan bakal pekerjanya.(Azim Md. Kasim, Hazrul
Izuan Shahiri, & Mohd Sofiean Bachok, 2013; Mohd Hafeez Al-Amin Adul Wahab, 2013)

28
"Pada zaman ini ilmu yang diperolehi daripada buku-buku teks sahaja tidak memadai
untuk pelajar kerana mereka kini memerlukan kemahiran insaniah untuk berjaya sebagai
usahawan mahupun di bidang pekerjaan," kata Dato Seri Mustapa Mohamed, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada majlis penutup Konvensyen 1Malaysia Cabaran
Usahawan Muda (YEC) di Universiti Teknologi Mara (UiTM). (Sinar Harian, 2012)
Kebanyakan majikan masa kini memerlukan pekerja yang turut memiliki kemahiran generik
selain kemahiran teknikal untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan berdaya saing.
Pekerja yang mempunyai kemahiran generik tersebut akan dapat menyesuaikan diri dengan
semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh. Oleh itu kemahiran generik adalah penting
bagi ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Gabungan pelbagai kemahiran ini meningkatkan
produktiviti individu serta pengeluaran syarikat. (Zainudin Hassan, Mohd Anuar Abdul
Rahman, Mohd. Najib Abdul Ghafar, & Kamariah Zakaria, n.d.)

Untuk mencapai impian negara sebuah negara perindustrian berasaskan pengetahuan,


maka setiap individu perlulah meningkatkan kebolehan kognitif dan kemahiran generik yang
lain. Justeru itu, institusi pendidikan harus memainkan peranan dengan menitikberatkan
tentang kepentingan kemahiran insaniah sebagai penyumbang yang kritikal dalam menjana
modal insan yang menyeluruh di samping mampu membawa persaingan di peringkat global
bagi menangani isu kualiti produk IPT. (Pua Poh Keong, 2014)

Institusi pendidikan hari ini perlu melatih pelajar-pelajar agar berdaya saing bagi
memenuhi permintaan pasaran pekerjaan yang makin pesat membangun. Sementara itu, para
pelajar perlu menguasai ciri pekerja yang diperlukan oleh majikan era globalisasi,
terutamanya dari segi kemahiran insaniah, mempunyai kesanggupan untuk belajar sepanjang
hayat dan mempunyai etika kerja yang positif. Untuk menuju ke arah itu, para pelajar perlu
diterapkan dengan kemahiran yang pelbagai dan mengikut standard yang bersesuaian dengan
kehendak industri negara supaya mereka yang akan menempuh alam kerjaya bersedia untuk
menjalankan tugas yang diberikan mengikut keperluan majikan. (Fadilah Mat Assain @
Hashim, 2005)

Dengan ini jelaslah bahawa kepentingan kemahiran insaniah itu tidak dapat dinafikan
lagi terutama pada zaman ini. Kemahiran insaniah penting untuk memupuk minda kelas
pertama dan sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan. Ianya juga merupakan keperluan
negara industri, kehendak pasaran kerja ataupun peluang pekerjaan pada hari ini. Seharusnya

29
kemahiran insaniah ini diterapkan sejak di bangku sekolah lagi agar kemahiran itu dapat
dikembangkan dan disumbangkan kepada negara kelak.

Kesimpulan

Umumnya, konsep dalam kertas ini membincangkan beberapa aspek berkaitan


cabaran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah dengan pengurusan
kokurikulum dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah.
Ini sekaligus menggambarkan bagaimana kedua-dua konstruk ini dapat mempengaruhi
perkembangan pelajar khususnya di sekolah menengah. Kesan daripada itu, pelbagai
kajian telah dibuat sama ada dalam mahupun luar negara bagi mengkaji hubungan
pengurusan kokurikulum dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
sekolah menengah. Pengurusan kokurikulum yang cemerlang mampu meningkatkan
penglibatan aktiviti kokurikulum pelajar seterusnya membentuk keperibadian diri yang
lebih positif. Oleh itu, kertas konsep ini diharapkan dapat membantu dalam
menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta membuka peluang kepada penyelidik lain
untuk dijadikan sumber kajian khususnya dalam pendidikan.

Dalam pada kemahiran insaniah insaniah adalah kemahiran yang amat penting pada
hari ini. Kemahiran ini diterap dan digilap melalui aktiviti kokurikulum di sekolah menengah
dan universiti awam. Namun, hasil kajian mendapati terdapat banyak aktiviti kokurikulum
yang tidak mempunyai kesinambungan di antara kedua-dua institusi pengajian ini. Hal ini
telah merencatkan perkembangan kemahiran insaniah para pelajar kita pada hari ini. Pihak
berkenaan haruslah mengambil tindakan agar masalah ini boleh diatasi demi melahirkan anak
bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hal ini jugs dapat disimpulkan bahawa penyertaan dan penglibatan serta minat para pelajar
dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah di pengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan
juga kemudahan dan perlatan yang lengkap. Di samping itu juga, peranan guru-guru penasihat juga
mempengaruhi penyertaan dan penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dirancang bersama-sama dan
melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Minat bukan sahaja oleh para pelajar malah guru penasihat
juga harus mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikuum yang diceburinya di samping yang paling
penting ialah guru juga harus mempunyai minat terhadap bidang kokurikulum tersebut.

Jelaslah, aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah mempunyai


signifikannya yang tersendiri dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI sebagaimana yang
dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada mata
pelajaran teras yang diajar di dalam kelas. Kokurikulum sukan dan permainan misalnya merupakan
kesinambungan daripada mata pelajaran pendidikan jasmani yang merupakan mata pelajaran teras di
sekolah-sekolah. Kokurikulum merupakan suatu komponen pendidikan yang sangat penting. Kegiatan-

30
kegiatan kokurikulum mempunyai identiti, konsep, ciri-ciri, falsafah, matlamat serta objektifnya
tersendiri.

LAMPIRAN A

SESI TEMU BUAL BERSAMA


Pn. Hariyani Binti Marjono
 (GURU PK KO-KURIKULUM)

Saya : Selamat pagi.

Guru koku  : Selamat pagi

Saya : Saya  ingin membuat sesi temu bual bersama anda. Bolehkah anda
mengizinkan  saya untuk menebu bual tentang ko-kurikulum.

Guru koku : Ya boleh

Saya : Berapa lama anda memegang jawatan sebagai penolong kanan ko-

           Kurikulum? Di sekolah ini?

Guru koku : saya memegang jawatan penolong kanan ini selama 3 tahun.

Saya : Bagaimana pelaksanaan kokurikulum di sekolah ini, adakah ia


31
            memuaskan?

Guru koku : Sangat memuaskan. Mendapat komitmen yang tinggi daripada para
guru dan pelajar.

 Saya :  Bilakah aktiviti kokurikulum diadakan?

Guru koku : Aktiviti kokuikulum ini diadakan Rabu, Khamis, dan Jumaat setiap
minggu pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang

Saya : Adakah para pelajar giat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum?

Guru koku : Para pelajar memberi komitmen yang sangat tinggi . mereka giat terlibat     
dalam semua aktiviti yang diadakan dan dapat mewakili sekolah.

Saya: Bolehkah anda nyatakan kejayaan-kejayaan yang didapat oleh sekolah


ini  dalam aktiviti koku.

Guru koku: Sekolah ini dapat banyak kejayaan.Dapat  mewakil msspp dan
mendapat  tempat pertama dalm pertandingan  larian.  

Saya : Apakah kemahiran Insaniah yang dikuasai oleh pelajar yang kerap
terlibat dalam aktiviti kokurikulum?

Guru Kokurikulum : Terdapat beberapa kemahiran insaniah yang boleh pelajar kuasai salah
satunya adalah kerja berpasukan,seorang pelajar harus belajar
untuk bekerjasama dengan orang lain. Menggabungkan kerja
berkumpulan ke dalam aktiviti bilik darjah di mana setiap daripada
mereka bertanggungjawab untuk tugasan atau hasil kerja yang khusus
akan memupuk sifat integriti. Ini termasuk kebolehan untuk menerima
kritikan yang membina dan berhadapan dengan kesilapannya dan
berusaha memperbaiki diri. Mereka yang tidak boleh bekerjasama dalam
kumpulan akan sukar untuk berjaya bukan sahaja di kolej, tetapi juga
apabila mereka keluar bekerja. Malah, hampir semua tugas memerlukan
kita untuk berinteraksi/bekerjasama dengan orang lain. Dalam pada itu,
untuk membina kemahiran yang diperlukan dengan menggalakkan dia
untuk menyertai aktiviti-aktiviti di mana bekerjasama dengan orang
lain memainkan peranan utama, contohnya, sukan berpasukan/atlet atau
persatuan pakaian seragam. Kelab sains juga merupakan tempat yang
sesuai untuk mempelajari tentang kerjasama, jika projek berasaskan
kumpulan atau aktiviti/perkhidmatan sukarela dititikberatkan.

32
Saya: Apakah sumbangan ko-kurikulum kepada sektor pendidikan?

Guru koku: Sumbangan kokurikulum dalam sektor pendidikan ialah dapat melahirkan  seorang
pelajar yang  sempurna dari segi jasmani, rohani, emosi dan juga  intelek. 

Saya: Sekian sahaja soalan saya . terima kasih atas kerjasama guru.

Guru koku: Sama-sama.

LAMPIRAN B

TAJUK : CABARAN PENGLIBATAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Borang Soal selidik

Bahagian A : Demografi

Tandakan ( √ ) pada kotak yang berkenaan

1. Nama sekoah :

2. Jantina : Lelaki Perempuan

3. Umur :

4. Nyatakan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.


33
Jawatan

a. Sukan / Permainan :

b. Persatuan / Kelab :

c. Unit beruniform :

Bahagian B : Kekangan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah

Dengan mengikut skala 1-5 seperti yang dinyatakan di bawah, nyatakan pendapat anda terhadap
pernyataan-pernyataan yang dinyatakan di bawah dengan membulatkan nilai skor yang diberi.

1 Sangat tidak bersetuju


2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju

1. Saya sentiasa hadir di setiap perjumpaan kokurikuum 1 2 3 4 5

2. Saya menyukai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah 1 2 3 4 5

3. Saya berminat dan menyertai semua aktiviti kokurikulum 1 2 3 4 5


yang dilaksanakan di sekolah
3. Saya hadir dalam aktiviti kokurikulum kerana terpaksa 1 2 3 4 5

4. Guru yang menentukan semua aktiviti kokurikulum 1 2 3 4 5

5. AJK pelajar dan ahli berbincang dan menentukan sendiri 1 2 3 4 5


semua aktiviti sepanjang tahun.

6. Waktu aktiviti kokurikulum yang dijadualkan adalah sesuai. 1 2 3 4 5

7. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan sesuai dengan waktu 1 2 3 4 5


senggang/beriadah pelajar.

8. Apakah aktiviti yang diadakan sama setiap tahun 1 2 3 4 5

9. Apakah anda ingin mengubah atau menambah aktiviti 1 2 3 4 5


kokurikulum yang sedia ada

10. Adakah penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum memberi 1 2 3 4 5


peluang untuk anda bergaul dengan rakan sama etnik/lain etnik

11. Aktiviti kokurikulum menjadikan saya seorang yang berdikari, 1 2 3 4 5


bertanggungjawab dan bekerjasama dengan pealar lain.

12. Saya mendapat banyak manfaat dan faedah dari penglibatan 1 2 3 4 5


dan penyertaan saya daam aktiviti kokurikulum

13. Saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui 1 2 3 4 5


aktiviti yang saya sertai

34
Bahagian C : Jawap pada ruangan yang disediakan.

1. Apakah cadangan anda untuk meningkatkan penyertaan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah anda.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________

2. Apakah aktiviti-aktiviti yang sedia ada sudah memadai. Jika tidak, beri cadangan aktiviti-aktiviti
yang dapat menarik penglibatan pelajar dalam kokurikulum di sekolah anda.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________

Terima kasih. Kerjasama anda amat dihargai dan di sanjung tinggi.

RUJUKAN

Azim Md. Kasim, Hazrul Izuan Shahiri, & Mohd Sofiean Bachok. (2013). Pelaburan Awal
Modal Manusia dari Persfektif Penglibatan Aktiviti Ko-Kurikulum kepada Tempoh
Pengangguran Siswazah Malaysia, 3, 1099–1107.

Fadilah Mat Assain @ Hashim, H. B. M. S. (2005). Penerapan Kemahiran Insaniah Di


Sekolah Menengah Teknik : Satu Analisis Perbandingan.

Fauziah Esman, & Rozita Mokhtar. (2014). Pencapaian Kemahiran Insaniah melalui Aktiviti
Kokurikulum dan Hubungannya dan Pencapaian Akademik Pelajar POLISAS, 452–468.

Julinawati Suanda, Mohammad Rezal Hamzah, Azizan Bahari, & Ku Amir Ku Daud. (2012).
Semangat Kesukarelawan dalam Kalangan Mahasiswa Melayu di IPTA: Satu Tinjauan ke Arah
Pembentukan Pendidikan Kesukarelawan, (August 2015).

Mohamad Zaid Mustafa, Nordiana Mohd Nor, Khairol Mohd Salleh, Ahmad Rizal Madar, Badaruddin
Ibrahim, Norlisa Sulaiman, & Abdul Rashid Razzaq. (2008). Pelaksanaan Modul Soft Skills di
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding SKIKS 08, 1, 187–201. Retrieved
from
http://eprints.uthm.edu.my/2315/1/PELAKSANAAN_MODUL_SOFT_SKILLS_DI_POLITEKNIK_
KEMENTERIAN.pdf

Mohd Hafeez Al-Amin Adul Wahab. (2013). Penerapan Kemahiran Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar
Bidang Kejuruteraan Mekanikal di UTHM. Universiti Tun Husein Onn Malaysia.

Mustapha. (2008). Mantap elemen kemahiran insaniah di kalangan penuntut.

Nor Hayati Fatmi Talib, Bani Hidayat Mohd Shafie, Mohd Huzairi Awang @ Hussain, Hajarul Bahti
Zakaria, Nabiroh Kassim, & Dr. Jamil Ahmad. (2010). Pembangunan Negara melalui Pendidikan
Kemahiran Insaniah, (November).

Norani Mohd Noor, & Sazalie Sahimin. (n.d.). Penerapan Kemahiran Generik dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej Yayasan Sabah.

35
Pua Poh Keong. (2014). Tahap Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Tahun
Akhir di Politeknik KPM.

Rodiah Idris, Siti Rahayah Ariffin, & Noriah Mohd Ishak. (2009). Pengaruh Kemahiran Generik dalam
Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Komunikasi Pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), 6, 103–140.

Sinar Harian. (2012). Program keusahawanan berskala besar di sekolah.

Yahya Buntat, & Norervina Jailani. (2009). Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti
Pendidikan dalam Aktiviti Sukan di UTM.

Zainudin Hassan, Mohd Anuar Abdul Rahman, Mohd. Najib Abdul Ghafar, & Kamariah Zakaria. (n.d.).
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik
Di Terengganu, 1–24.

36
37

Anda mungkin juga menyukai