Anda di halaman 1dari 15

KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

CTU241

(PENGENALAN EKONOMI ISLAM & PRINSIP EKONOMI ISLAM)

KERJA SEBAGAI SATU IBADAH


Disediakan oleh :

Noorlela Binti Jaafar (2017349841)

Disemak oleh :

Norzalikha binti Rosli

NBMSF3A

Penilaian Markah
Pengenalan
Isi + huraian
Cadangan / Kesimpulan
Rujukan
Etika & Profesionalisme
Jumlah

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 1
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN.........................................................................................................................
3
KERJA SEBAGAI SATU TUNTUTAN IBADAH.......................................................................4
DALIL TUNTUTAN UNTUK BEKERJA…………......................................................................6
MAQASID SYARIAH (EKONOMI).......................................................................6
KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH DALAM BIDANG PEKERJAAN..................................7
EKONOMI DAN IBADAH…………………………………..…..………………………..................8

KESAN PENGABAIAN IBADAH KHUSUS DALAM PEKERJAAN…………………………….10

PENUTUP….......…………………………………………………...……………….……..……….13
RUJUKAN..............................................................................................................................15

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 2
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

PENGENALAN
Tempat kerja merupakan ladang pahala atau kerja sebagai satu ibadah. Bagaimana cara
untuk mempraktikkannya? Pertama, cuba kita renung dalam kehidupan kita kebanyakan
daripada kita mempunyai 24 jam dan memperuntukkan 1/3 berada di tempat kerja, 1/3 untuk
berehat dan 1/3 selebihnya untuk hal-hal lain dan lapan jam selebihnya masa untuk tidur.
Bayangkan betapa pentingnya masa kita bekerja dan secara saintifik pula itu adalah hormon
yang terbaik pada masa kita bekerja dari pagi sampai petang.
Fundamental kepada konsep kerja sebagai ibadah mestilah berpaksikan bahawa
setiap perkataan atau perbuatan atau apa sahaja yang kita buat ditempat kerja ialah niat
utama kerana Allah ,setiap amalan dan ibadah kita bukan sahaja ibadah khusus malah
setiap apayang dilakukan hanya untuk mendapat redha Allah dan apabila hanya redha Allah
sahaja yang dicari maka akan lahirlah keikhlasan. Konsep budaya kerja dalam Islam adalah
berasaskan ubudiyyah, maskuliyyah dan itqan.
Ubudiyyah ialah membuat sesuatu dengan cara penghambaan kita kepada Allah
dimana bila kita bekerja niat kita untuk memberi manfaat kepada hamba dan makhluk Allah
yang lain tanpa soal dan tentukan masa kita bekerja jangan sehingga meninggalkan ibadah
khusus seperti solat pada waktunya, menjaga aurat dan menjaga batas pergaulan.
Kedua konsep maskuliyyah iaitu bertanggungjawab, apabila kita bertanggungjawab
pada kerja kita, maka kualiti kita sangat bagus dan kita akan lakukan kerja sebaiknya dan
tidak menyalahkan orang lain dan kita akan menentukan apayang dipertanggungjawabkan
dan akan menjalankan amanah kita.
Dan yang ketiga iaitu itqan bermaksud melakukan dengan sebaik mungkin. Allah
sangat sayang orang yang bermanfaat dan mukmin yang baik adalah mukmin yang
bertaqwa. Justeru apabila kita membuat kerja sebaik mungkin, tentunya kita lebih efisien,
hasilnya bagus, kerja dengan cepat dan membolehkan masa bekerja diperuntukkan
sebaiknya dan membolehkan pulang tepat pada waktunya untuk meluangkan masa dengan
keluarga. Ini bukan sahaja memberi kesan baik kepada kita sebagai pekerja malah juga
kepada pelanggan (client), jika seorang doktor akan memudahkan dan mempercepatkan
urusan pesakit, malah walau dalam apa jua bidang pekerjaan kita, mereka juga mudah
menyelesaikan urusan dengan cepat dan membolehkan mereka pulang lebih awal untuk
urusan lain.
Kerja merupakan ibadah yang menghubungkan kita untuk urusan dunia dan akhirat
disamping mencari rezeki untuk keperluan di dunia ini kita juga menjana pahala untuk
bekalan di akhirat dengan amalan bekerja mengikut ajaran Islam.

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 3
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

KERJA SEBAGAI SATU TUNTUTAN IBADAH


Kerja sebagai satu tuntutan ibadah adalah tugas dan tanggungjawab yang
dilaksanakan untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah S.W.T. Bekerja adalah
mencari nafkah untuk diri,keluarga juga dikategorikan sebagai ibadah. Selari dengan
kehendak ajaran Islam, penetapan prinsip dan nilai perlu dipelihara agar sesuatu pekerjaan
yang dilakukan itu mulia disisi Allah dan menjadi ibadah disamping meraih keuntungan di
dunia. Prinsip tersebut ialah :

1. Pekerjaan yang halal dan baik serta memberi manfaat bukan membawa kemudharatan
seperti berjudi, sihir,mencuri, menipu, bekerja di tempat maksiat.
2. Bersikap professional dan amanah dalam bekerja dan berhati-hati agar tidak melakukan
kesilapan.
3. Niat bekerja untuk mendapat keredhaan Allah.
Segala kerja atau amalan yang dilakukan dalam kehidupan ini jika menurut peraturan
yang telah ditentukan oleh Islam adalah dikira sebagai ibadah. Sekiranya aktiviti atau
amalan dilakukan tanpa memenuhi syarat-syaratnya, ia tdak menjadi ibadah dan amalan itu
tertolak atau sia-sia sahaja. Syarat-syarat sesuatu kerja atau amalan itu sebagai ibadah
ialah:
i. Niat mesti betul kerana Allah Subhanahu Wa Taála.
ii. Amalan yang dibuat dan pelaksanaannnya tidak melanggar hukum syarak.
iii. Natijah dari usaha diatur ke Jalan Allah Subhanahu Wa Taála untuk kemakmuran
alam dan manusia sejagat.
iv. Ibadah asas tidak diabaikan.
v. Amalan itu dilakukan dengan penuh ketekunan. (Mohd Asri Abdullah et al, 2011)

Sesuatu ibadah tidak wajar dilakukan kerana niat yang lain dari Allah Subhanahu
Wa Taála seperti riak,menunjuk-nunjuk, sombong diri újub dan sebagainya. Pastikan kerja
yang dilakukan samada fardu áin atau fardhu kifayah niatnya kerana Allah.
Niat yang betul mesti tidak diiringi dengan perlanggaran terhadap syariah Allah.
Misalnya jika berniaga pastikan bahan jualan itu halal untuk umat Islam, jangan berniaga
arak atau menjual nombor ekor, menjual barang curia tau barang palsu dan sebagainya.
Seandainya jualan itu salah di sisi syarak, niat yang betul sekalipun tidak diterima Allah.
Begitu juga orang yang membaca Bismillah ketika minum arak atau mereka yang membeli
nombor ekor dengan berdoa kepada Allah supaya menang nombor tersebut, semuanya
tidak diterima, malah perbuatan tersebut sama seperti mempersendakan Allah.

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 4
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

Seterusnya dalam melaksanakan kerja-kerja atau aktiviti seharian jangan menyalahi


hukum Allah. Misalnya semasa berniaga, jangan pula dalam masa tersebut ada unsur
penipuan, penindasan dan penzaliman. Barang yang dijual jangan terlalu mahal hingga
dilihat semacam menindas dan menzalimi. Begitu juga jangan melakukan penipuan harga.
Bagi mereka yang bekerja dengan majikan, jangan mencuri tulang, menipu atau
tidak jujur dalam melaksanakan kerja kerana semua ini adalah perlaksanaan yang salah.
Kalau sakit tidak dapat melaksanakan kerja, maklumkan perkara sebenar kepad majikan.
Jangan pula berpura-pura mendakwa sakit sedangkan hakikatnya tidak sakit. Sebagai
pekerja, ia perlu berhati-hati dalam perlaksanaan kerja-kerja yang diamanahkan kerana
dibimbangi rezeki yang diperoleh adalah rezeki yang tidak halal.
Natijahnya kerja yang dilakukan mesti disalurkan ke jalan yang betul dan sesuai dengan
syariat. Misalnya seseorang pelajar yang mencari ilmu menurut tuntutan Allah , jangan pula
setelah memiliki ilmu pengetahuan, ia menjadi seorang yang sombong, meninggi diri, ego
dan sebagainya. Ilmu yang diperolehi itu sepatutnya tidak menjadi seseorang itu rosak
akhlaknya seperti menipu, rasuah, memutarbelit orang lain dan sebagainya. Ilmu yang
diperoleh semestinya memberi manfaat kepada masyarakat, keluarga dan diri sendiri.
Begitu juga jika seseorang itu berniaga, hasilnya dapat membayar zakat, menolong orang
yang susah, sedekah kepada faqir miskin, anak yatim dan sebagainya. Hasil yang diperolehi
tidak digunakan untuk berjudi, minum arak atau melibatkan diri dalam kerja-kerja haram dan
sebagainya.
Menjaga kerja-kerja supaya menjadi ibadah, jangan pula mencuaikan ibadah-ibadah
asas seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji. Jangan disebabkan terlalu sibuk
berniaga sehingga meninggalkan solat, tidak menunaikan solat Jumaat, tidak berpuasa di
bulan Ramadhan, tidak menutup aurat, terlibat dengan pergaulan bebas dan sebagainya.
Begitu juga untuk memastikan amalan tersebut menjadi ibadah, ia perlu dilakukan
dengan bersungguh dan tekun. Umpamanya seorang pelajar yang ingin menjadikan
belajarnya itu ibadah, perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun.
Jelaslah kelima-lima syarat tersebut hendaklah menjadi landasan untuk
melaksanakan sesuatu pkerjaan. Tindakan atau kerja yang sudah jelas ibadah seperti
membaca al-Qur’an, bersedekah, membangunkan kerja amal seperti memungut derma dan
sebagainya, jika tidak memenuhi syarat maka ia tidak dikira sebagai ibadah di sisi Allah.
Lerka yang dibuat dan tidak dinilai sebagai ibadah, adalah kerja sia-sia, bahkan kerja-kerja
tersebut boleh menjadi haram dan mendapat dosa. (Abdul Aziz, 2005:47-70).

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 5
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

DALIL TUNTUTAN UNTUK BEKERJA

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah
dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu
akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,
kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia
Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu
berjaya (di dunia dan di akhirat)”. ( Al-Jumu’ah : 10)

Menghasilkan Pekerjaan Yang Berkualiti


Jika sesuatu pekerjaan didasarkan kepada ibadah, maka kerja itu akan menghasilkan
pekerjaan yang berkualiti, iaitu amalan yang jauh dari kecurangan, kemaksiatan, dan
kemungkara, dan sebaliknya mereka akan menghasilkan amalan yang memberi
kemanfaatan bagi umat manusia dan kemaslahatan bagi seluruh ala mini. Sebagaimana
tujuan dari pensyariatan Islam adalah sebagi rahmatan lil ‘alamin. (Mukhlas Asy-
Syarkani,2002:5).

MAQASID SYARIAH (EKONOMI)


Maqasid syariah adalah bertujuan untuk memelihara lima perkara asas manusia
(usul al-khams) iaitu untuk memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. 1 Setiap
perkara yang bertujuan untuk memelihara usul al-khams ini dikenali sebagai maslahah.
Maqasid Syariah merupakan salah satu elemen penting yang diambil kira dalam proses
penentuan sesetengah hukum syarak bagi isu-isu dan masalah hukum semasa. Ia bukan
sahaja terhad pada penentuan hukum, bahkan menurut para fuqaha dan ilmuan Islam,
kepentingan dan peranan maqasid Syariah adalah meluas dan diguna pakai dalam sistem
pembangunan sesebuah negara Islam bagi menggubal dasar-dasar dan polisi-polisi yang
berkaitan dengan sosial, ekonomi dan politik supaya selari dengan kehendak syarak.
1

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 6
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

Justeru, melihat kepada kepesatan dan kemajuan sistem ekonomi semasa khususnya
sistem ekonomi Islam, kepentingan memahami maqasid Syariah perlu dititik beratkan di
dalam pembangunan ekonomi negara. Keperluan tahsiniyat iaitu keperluan yang berbentuk
keselesaan dan kecantikan sangat penting demi menjaga dan memelihara harta adalah
salah satu dari tujuan pensyariatan (maqasid Syariah).

KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH DALAM BIDANG PEKERJAAN


Maqasid Syariah dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara adalah berkait
rapat dengan cara pemerolehan harta, pemeliharaan harta, pengurusan harta, perbelanjaan
harta dan agihan harta.

Cara Pemerolehan Harta Dalam Islam


Dalam Islam harta diperolehi secara halal melalui cara-cara berikut:
1. Kontrak Mu’awadah (Aqad pertukaran) seperti jual beli, sewaan, upah kepada khidmat
dan pekerjaan.
2. Aqad Tabarru, seperti anugerah, sedekah, hibah, wasiat, waqaf dan pinjaman.
3. Pewarisan harta pusaka.
4. Pertumbuhan daripada harta yang sudah ada seperti bertambahnya binatang ternakan.
5. Pengambilan pemilikan ke atas sumber alam yang dibenarkan seperti kayu api di hutan,
air di sungai atau ikan di laut.

Maqasid Syariah dalam Aspek Pemeliharaan Harta


Pemeliharaan kekayaan adalah salah satu prinsip asas yang digariskan di bawah kategori
darūriyyah. Sememangnya, maqasid Syariah yang bertujuan memelihara dan
menggalakkan susunan sosial masyarakat memberikan perhatian yang besar kepada
kekayaan. Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran dan al-Hadith yang menggalakkan
perolehan harta dan kekayaan begitu juga berkenaan penjagaan harta dan kekayaan dalam
Syariah.
Harta merupakan suatu yang amat diperlukan oleh semua golongan masyarakat
tanpa mengira agama dan keturunan. Di dalam Islam, harta perlulah dipelihara dan dijaga
dengan mengelakkan sebarang cara perolehan yang haram, perlu dilaburkan supaya
berlaku pertambahan dan percambahan, tidak boleh dibazirkan atau dibiarkan.
Objektif pemeliharaan harta berkait rapat dengan pemeliharaan agama kerana hukum
hakam agama menetapkan cara-cara berurusan dengan harta termasuklah perolehan dan
perbelanjaan.
EKONOMI DAN IBADAH

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 7
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

Ekonomi Islam berteraskan akidah yang meletakkan kepercayaan yang sebenar-


benarnya bahawa Allah sebagai pemilik kepada manusia, alam dan segala sumber yang
ada di alam ini. Justeru itulah sifat manusia semestinya menjadi hamba sepenuhnya kepada
Allah. Sifat ini dihubungkan kepada dimensi kehidupan semestinya sentiasa tunduk kepada
apa sahaja yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang oleh Allah.
Kehidupan yang dituntut oleh Allah supaya dilaksanakan secara menyeluruh dalam segala
aspek termasuk dalam aktiviti ekonomi iaitu pekerjaan.
Islam amat menggalakkan umatnya agar berusaha memperbaiki dan memantapkan
ekonomi diri dan keluarga serta juga umat Islam seluruhnya. Jika diteliti, kedudukan
ekonomi umat Islam di dunia hari ini secara keseluruhannya sangat menyedihkan
berbanding pencapaian orang lain. Realiti ini sangat bertentangan dengan kehendak dan
ajaran Islam, kerana Islam sentiasa menggalakkan umatnya agar berusaha meningkatkan
kualiti dan kesejahteraan hidup.

Kedai’fan ekonomi umat Islam pada hari ini, sebahagiannya berpunca dari kegagalan
umat Islam itu sendiri yang tidak menghayati ajaran Islam sebagai satu cara hidup yang
lengkap lagi sempurna. Sebagai umat Islam kita tidak perlu menjadi miskin dengan
mengabaikan tuntutan hidup di dunia hanya kerana mahukan kehidupan yang bahagia di
hari akhirat semata-mata, sedangkan kehidupan di dunia adalah jambatan untuk kehidupan
di akhirat.
Oleh itu, umat Islam perlu melengkapkan diri dengan pelbagai sumber kehidupan
untuk mencapai kebahagiaan selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak syara’.
Sebagai contoh, usaha meningkatkan ekonomi diri dan keluarga serta memberi pendidikan
yang sempurna kepada anak-anak merupakan satu ibadah yang sangat dituntut dalam
Islam.
Justeru itulah, Islam tampil sebagai model terbaik menjadi panduan kepada manusia
dalam mencari kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Pengukuhan dan
penguasaan ekonomi untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara merupakan suatu
tuntutan dan keutamaan dalam Islam. Pembangunan ekonomi menjadi agenda penting bagi
kehidupan umat Islam, kerana kukuhnya ekonomi sesuatu umat itu akan menyebabkan ia
dihormati dan disanjung. Tetapi malangnya terdapat segelintir umat Islam yang memandang
remeh dan menganggap bahawa usaha mengukuhkan ekonomi tidak penting dan bukan
kerja yang dituntut serta tidak ada hubungkait dengan ibadah.

Ini merupakan satu tanggapan dan pemahaman yang salah, kerana Islam bukanlah
suatu agama yang hanya cenderung kepada kehidupan hari akhirat yang berorientasikan

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 8
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

ibadah khusus dan hubungan dengan Allah S.W.T. semata-mata, bahkan kita sebagai umat
Islam diseru supaya memenuhi tuntutan dunia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-
Qasas ayat 77 :

Maksudnya: " Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba2 Allah)
sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang
melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi,
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”

Kita semua sedar bahawa dalam dunia yang semakin bersaing, hanya orang yang
benar-benar berkebolehan dan mempunyai semangat juang yang tinggi sahaja mampu
meningkat dan mengukuhkan penguasaan ekonomi dengan lebih sempurna.

Justeru, dalam menjalankan kegiatan ekonomi, kita perlu berwaspada, agar ianya
dilaksanakan berdasarkan syariat Islam yang telah menggariskan etika dan peraturan yang
perlu dipatuhi dalam menjalankan kegiatan ekonomi. Islam amat menitik berat soal keadilan
dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba,
penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk
penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu.
Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisaa’ ayat 29:

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 9
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

Yan
g bermaksud : ”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama
suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”

Salah satu jalan yang terbaik untuk meningkatkan penguasaan ekonomi umat Islam
adalah melalui perniagaan iaitu berusaha menjadi usahawan yang berjaya. Seruan ini
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : ” Sembilan persepuluh rezeki adalah adalah dalam
perniagaan”. Ia merupakan ibadah kepada Allah sekiranya dilaksanakan mengikut,niat,
syarat-syarat yang selaras dengan kehendak agama. Secara umumnya mengikut
Surtahman dalam bukunya ekonomi Islam, mengariskan beberapa beberapa syarat asas
untuk menjadikan sesuatu aktiviti ekonomi ibadah :

1- Aqidah mesti betul.


2- Niat mesti betul
3- Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam.
4- Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam.
5- Natijahnya atau hasilnya membawa faedah kepada masyarakat.
6- Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus.

KESAN PENGABAIAN IBADAH KHUSUS DALAM PEKERJAAN

Pengabaian pendidikan yang sepadu antara agama dan akademik (fardhu ain dan
fardhu kifayah) akan menyebabkan masyarakat mengalami masalah social yang kronik.
Muncul golongan yang tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil, mudah
dipengaruhi walaupun dengan dakwaan yang tidak munasabah dan sebagainya.

Kekurangan ilmu dan pendidikan agama memberi impak yang besar kepada diri
sendiri, keluarga,masyarakat dan negara.

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 10
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

Kesan Kepada Diri Sendiri

Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada
Tuhannya. Ibadat yang dimaksudkan di sini termasuklah ibadat khusus yang menyentuh
fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.

Manusia mula akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan


sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmaninya.
Aspek-aspek rohani dan jasmani manusia yang terdiri daripada akal fikiran, roh, jasad dan
syahwat akan dididik dan dipandu berdasarkan fitrah dan fungsi kejadian manusia itu sendiri
sebagai makhluk istimewa.

Akal fikiran yang diciptakan Allah merupakan mahkota berharga yang menampilkan
imej manusia kerana berkeupayaan menerima ilmu, berfikir, membezakan yang baik dan
buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikannya kepada orang lain. Melalui
akal, seseorang itu mendapat hidayah dan petunjuk Allah S.W.T menerusi pemerhatian dan
penghayatan terhadap kejadian-kejadian alam dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh
orang lain.

Satu lagi komponen manusia ialah jasad yang merangkumi kulit, daging, otot, darah,
tulang, anggota pancaindera dan lain-lain. Masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dan
menyempurnakan antara satu sama lain sesuai dengan kejadian manusia sebagai sebaik-
baik kejadian yang dijadikan Allah S.W.T. Seseorang yang terdidik dengan nilai-nilai mulia,
jasadnya akan bergerak di atas panduan yang betul. Dia akan menggunakan kudratnya
melakukan kerja-kerja yang baik, rehat dan tidur dengan seimbang, memakan makanan
bersih dan halal, menjaga kesihatan diri serta memelihara pancaindera dari sebarang
kemudharatan dan dosa.

Kesan Kepada Keluarga

Seseorang insan mulia akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya dengan
merencanakan soal-soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarganya
dengan tarbiah Islamiah. Ia dapat menajalankan tugasnya sebagai ketua keluarga dan
dalam masa yang sama sebagai ‘abid atau hamba Allah S.W.T. yang sentiasa menjaga
hubungannya dengan Allah S.W.T.

Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu kerana
kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang sangat perlu kerana kesejahteraan
pemikiran seseorang bergantung kepada kesejahteraan fizikal. Mukmin yang kuat adalah
lebih baik daripada mukmin yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang
sihat. Oleh itu, tarbiah jasmaniah seperti yang dituntut syarak perlulah dilaksanakan dalam

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 11
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

keadaan yang teratur. Umpamanya dalam pemilihan makanan mestilah yang bersih, baik
dan dari sumber yang halal. Amalan buruk yang boleh memudaratkan badan seperti
merokok, meminum minuman keras,meyalahgunakan dadah dan sebagainya, hendaklah
dijauhi. Sekiranya ketentuan ini tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan terjejas dan boleh
memberi kesan buruk kepada mental,fizikal dan spiritual.

Seiring dengan kekuatan pemikiran, pendidikan akhlak amat mustahak. Seseorang


ketua yang mulia adalah model yang berkesan dalam pendidikan akhlak keluarganya. Ia
perlu membimbing ahli keluarganya dengan akhlak Islamiah berdasarkan ilmu dan
pengalaman yang ada padanya. Kegagalan sesetengah keluarga untuk mengamalkan
akhlak Islamiah adalah berpunca daripada kegagalan ketua keluarga atau ibu bapa mereka
mengamalkan nila-nilai murni seperti yang ditetapkan oleh Islam. Justeru, ibu bapa perlu
membentuk kemuliaan diri mereka terlebih dahulu sebelum amalan itu dapat diperturunkan
kepada anak-anak mereka.

Seseorang ketua keluarga juga dapat mengatur soal kehidupan ekonomi dan social
keluarganya berpandukan nila-nilai yang baik. Ia akan mempunyai rasa tanggungjawab
untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarganya dengan mengamalkan sikap bersungguh-
sungguh dalam kerjaya. Ia berkeyakinan bahawa kesungguhan bekerja adalah suruhan
agama yang perlu ditunaikan. Dengan demikian ia akan membawa keluarganya keluar dari
ruang lingkup kemiskinan yang menjadi salah satu musuh Islam yang boleh membawa
kepada kekufuran seperti sabda Rasulullah S.A.W. yang bermasud:

Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran (Riwayat Abu Naim)

Kesan Kepada Masyarakat dan Negara

Beriman kepada Allah S.W.T. adalah proses peralihan jiwa manusia daripada menganggap
dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan
mutlak hanya kepada Allah S.W.T.

Setiap kelompok masyarakat perlu memberi perhatian kepada bidang pendidikan.


Insan yang beruntung dalam sesebuah masyarakat akan memudahkan usaha dan
perancangan untuk meningkatkan kualiti masyarakat melalui aktiviti pendidikan, pengajian
dan pelaksanaan syariat Allah S.W.T. dalam seluruh kehidupan bermasyarakat.

Penghayatan terhadap agama adalah sangat mustahak oleh masyarakat dalam


usaha untuk melahirkan suatu persekitaran yang harmoni, berdisiplin, mempunyai imej yang
tinggi dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Individu atau masyarakat yang berwibawa perlu memiliki pengetahuan yang luas dan
kemahiran yang tinggi dalam pelbagai ilmu yang menjadi keperluan asasi kehidupan. Ilmu-

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 12
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

ilmu tersebut meliputi ilmu agama, ilmu sains dan teknologi, ekonomi, politik serta
kemasyarakatan. Semua disiplin keilmuan ini perlu diketahui sebagai alat untuk meletakkan
diri masing-masing dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama.

Pemimpin pula perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan sifat-sifat mulia sebagai
pemimpin yang adil. Dia perlu diberi kepercayaan dan sokongan supaya masyarakat dan
negara dapat dibawa kepada pencapaian matlamat kemakmuran hidup dan keredhaan Allah
S.W.T.

Dalam konteks kepentingan sejagat pula seseorang insan yang mulia akan mampu
memimpin ummah di peringkat yang lebih luas. Kejayaan memimpin negara akan diikuti
oleh negara lain sebagai model. Pemimpin yang berwibawa di arena antarabangsa mestilah
memberi sumbangan untuk kesejahteraan ummah secara keseluruhannya. Dengan itu
tercapailah fungsi manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.

Demikianlah antara kesan-kesan yang dapat dilahirkan oleh insan yang unggul
dalam kehidupannya sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara dan ummah
hasil daripada pegangan dan amalan terhadap nila-nilai mulia seperti yang telah dinyatakan.

PENUTUP
Untuk menjadi pekerja yang baik, kita seharusnya meneliti dan menilai sebelum,
semasa dan selepas. Sebelum bekerja baiki niat, baiki keazaman dan tetapkan pencapaian.
Semasa bekerja baiki dari sudut kesungguhan , kemahiran, ilmu dan selepas bekerja
banyakkan infaq,bersedekah, bersihkan harta , beristighfar kepada Allah mudah-mudahan
apa yang kita lakukan di dunia tidak setakat di dunia tetapi kita meraih pahala di akhirat
kelak inshaallah akan jadi pekerja yang berjaya di dunia dan akhirat. Islam mengajar umat-
Nya agar sentiasa berusaha mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan
bertunjangkan iman dan akhlak. Bagi yang menyedari hakikat ini, mereka akan sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti pada setiap masa tanpa rasa jemu. Mereka
sedar bahawa bekerja itu bukan sekadar tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat
dan negara malah ia merupakan amanah Allah SWT.

Untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan seharusnya sebagai pekerja mesti


tabah menghadapi cabaran, sentiasa positif, tidak sombong dan tidak mudah berpuas hati
dengan pencapaian yang diperolehi. Selain itu, kesetiaan kepada organisasi, mengamalkan
meritokrasi dan sentiasa meningkatkan kualiti diri melalui pembelajaran secara berterusan
serta mengikuti perkembangan teknologi semasa. Melalui inovasi akan menjana
penambahbaikan, pembaharuan, teknologi dan model perniagaan. Ini akan membantu
memacu pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan kecekapan pekerja dan produktiviti hasil

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 13
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

akan meningkat. Oleh itu, latihan semula (reskilling), peningkatan kemahiran (upskilling)
dan penyelidikan (research) melalui peningkatan kerjasama antara institusi pendidikan
dengan pihak industri serta meningkatkan program latihan kemahiran yang terfokus adalah
sangat digalakkan.

Langkah ini supaya dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja berkemahiran


tinggi dalam kalangan pekerja tempatan, meneruskan agenda transformasi latihan
kemahiran di Malaysia dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran setaraf negara maju
dunia. Justeru, perlaksanaan konsep pembelajaran sepanjang hayat amat perlu oleh setiap
pekerja bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan. Selain itu, latihan semula
untuk meningkatkan kemahiran sedia ada dan latihan baharu bagi menyokong kemahiran
sedia ada penting untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kerja dan memenuhi
tuntutan bekerja untuk memberikan hasil kerja yang berkualiti dan bermanfaat untuk semua.

Antara ciri-ciri urus tadbir yang baik adalah memberikan perkhidmatan yang cekap,
berkesan dan dinamik ,mengurangkan pembaziran sumber,pematuhan undang-undang,
kejujuran dan keutamaan kepada pelanggan. Justeru cadangan saya, untuk menjadikan
pekerjaan sebagai satu ibadah seharusnya kita meletakkan sifat ihsan. Maksud ihsan
adalah melakukan sesuatu dengan terbaik dan meletakkan diri sendiri ditempat orang lain
iaitu empati dan sentiasa merasa diri kita dilihat oleh Allah S.W.T. Ini akan menghasilkan
sesuatu output yang berkualiti bukan kerana dinilai oleh manusia tetapi kerana takut kepada
penilaian daripada Allah S.W.T. Bertepatan dengan konsep menjadikan pekerjaan sebagai
suatu ibadah dimana sentiasa memberikan hasil kerja yang terbaik dan memenuhi tuntutan
agama iaitu bekerja seperti akan hidup seribu tahun lagi dan beribadah seolah esok tiada
lagi.

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 14
KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

SUMBER RUJUKAN
Mohd Asri Abdullah et al,.2011,.Prinsip-prinsip Asas Islam,.Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA),.Universiti Teknologi MARA Shah Alam,.

Basri Abdul Ghani, 2012,.Ekonomi Islam Asas Teori dan Kefahaman,.Penerbitan


Perlis,.Kangar Perlis,.

https://www.slideshare.net/FarahMohammedYusoff/ctu-241-pengenalan-ekonomi-islam-
prinsip-ekonomi-islam-83924136, Isnin, 29 April 2019
https://acis.uitm.edu.my/v1/images/HEI/kerja_satu_ibadah.pdf, Isnin, 29 April 2019
https://www.researchgate.net/publication/323317427_Pembangunan_ekonomi_melalui_ibad
ah,Isnin, 29 April 2019
http://www.yadim.com.my/v2/bekerja-itu-ibadah-nikmatilah/, Selasa, 30 April 2019
www.utusan.com.my/mega/agama/jadikan-kerja-sebagai-ibadah-1.479641, Selasa, 30 April
2019
http://www.upm.edu.my/berita/kerja_adalah_ibadah_dan_amanah-20714, Jumaat, 3 Mei 2019
http://www.iyres.gov.my/jdownloads/kertaskerja/Kepentingan_Memahami_Maqasid_Shariah.
doc, Jumaat, 3 Mei 2019

ASAS EKONOMI ISLAM CTU 241


Page 15

Anda mungkin juga menyukai