Anda di halaman 1dari 25

Mata Pelajaran Umum

Penghayatan
Etika dan Peradaban
Etika & Peradaban
Etika
Etos • Persekitaran Geo-fizikal
Etiket • Masyarakat dan Demografi
Adab • Ekonomi dan Pasaran
Adat Resam • Falsafah dan Pemikiran
Adat Istiadat
Ref: M.B. Hooker, Readings in Malay Adat Laws (1970) & Adat Laws in Modern Malaya (1972)
Etika: Pergerakan idea dan amalan

Pra Kolonial Kolonial Post Kolonial


Senarai Topik
Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP)

Topik 1 Topik 2 Topik 3


Pergerakan Idea
& Amalan Pengenalan PEP Dalam P Etika dan Peradaban Dalam
Konsep Etika dan Peradaban
Sedunia Acuan Malaysia Masyarakat Kepelbagaian

Pergerakan Idea Topik 6 Topik 5 Topik 4


& Amalan di
Malaysia Pemantapan Kesepaduan
Perlembagaan Sebagai Tapak Pembinaan Peradaban
Nasional Malaysia
Integrasi dan Wahana PEP Majmuk di Malaysia

P
Topik 7 Topik 8 Topik 9
Pengaruh ICT Ke Atas Peranan PEP Mendokong
Cabaran Kelestarian Etika
Kesepaduan Nasional Tanggungjawab Sosial di
dan Peradaban di Malaysia
Malaysia Malaysia
Sinopsis Topik 1
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia

Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap


penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial
dan biografi masyarakat berkenaan. Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh
dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi
sejarahnya, iaitu, Prakolonial, Kolonial dan PascaKolonial (PrK-Kol-PcK). Sifat dan
kefahaman mengenai etika berciri moden diperkenal dan dilaksanakan semasa era
kolonial Eropah. Sebelumnya, pada era pra-kolonial, dalam wilayah Alam Melayu,
konsep ‘adab’ dan ‘adat’ (adat istiadat dan adat resam), merupakan sebahagian daripada
bentuk etika ketika itu, telah wujud mendukung sistem nilai pemerintahan, masyarakat
tradisional serta peradaban. Gabungan kedua-dua bentuk etika, tradisional dan moden
tersebut, telah tergarap pada era pasca-kolonial yang pula tersulam dalam acuan
Malaysia. Penekanan kepada ‘penghayatan’ mengundang kita mengupas secara terfokus
terhadap idea, proses dan praktis etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia, dulu
dan sekarang. Inilah kekuatan Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (KPE&P).
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia

Objektif: Membina kerangka pemikiran dan analisis penghayatan etika dan peradaban
 
Hasil Pembelajaran:
1.Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan etika dan peradaban
2.Menganalisis etika dan peradaban dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara
 
Subtopik
1. Pengenalan Etika dan Peradaban
2. Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Pra-kolonial, Kolonial dan Pasca-Kolonial
3. Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban acuan Malaysia melalui sejarah, struktur sosial dan
biografi
4. Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut peringkat – Individu, Keluarga, Komuniti, dan
masyarakat (lokal dan global)
5. Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut konteks Masyarakat, Negara dan Pasaran
Sinopsis Topik 2
Konsep Etika dan Peradaban
Etika’ dan ‘Peradaban’ adalah dua konsep umum sejagat yang dipilih untuk difahami dalam
KPE&P. Kedua-dua konsep ini penting untuk memahami dan menghayati dinamika sesebuah
masyarakat. Sebagai permulaan kepada kursus ini adalah sesuai dibincangkan kedua-dua konsep
ini satu persatu masing-masing dengan tersendiri dan kemudiannya melihat kaitannya dalam
konteks susur masa PrK-Kol-PcK. Fokus pertama adalah perbincangan tentang pergerakan
idea dan amalan etika dan peradaban dunia. Fokus kedua, adalah terhadap konsep etika
khususnya menghuraikan pengertiannya dalam konteks sejarah pemikiran Eropah, daripada
zaman sebelum, semasa dan selepas Enlightenment. Kemudian dikupas pula impak kefahaman
dan amalan konsep etika ketika disemaikan semasa zaman kolonial dan pascakolonial di luar
Eropah. Fokus ketiga adalah terhadap konsep ‘peradaban’ berdasarkan susur masa pra
kolonialisme, kolonialisme dan pasca kolonialisme, timur dan barat, perspektif agama dan
kepercayaan. Contoh-contoh boleh ditimba daripada pengalaman sejagat dan Alam Melayu.
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Konsep Etika dan Peradaban

Objektif: Memahami konsep etika dan peradaban serta perkembangan idea dan amalannya
 
Hasil Pembelajaran:
1. Menjelaskan konsep etika dalam sejarah pemikiran manusia
2. Membincangkan konsep peradaban dalam sejarah pemikiran manusia 
Subtopik
1. Menelusuri pergerakan idea dan amalan etika dan peradaban dunia
2. Konsep Etika
a. Sejarah pemikiran Eropah, daripada zaman sebelum, semasa dan selepas Enlightenment
b. Perspektif agama dan kepercayaan
c. Kolonialisme dan Pasca Kolonialisme
3. Konsep peradaban
a. Kolonialisme dan Pasca Kolonialisme
b. Timur dan Barat
c. Perspektif agama dan kepercayaan
Sinopsis Topik 3
Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian

Fenomena migrasi dan kepelbagaian, atau diversity, tidak dapat dipisahkan dalam mengupas
pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian yang mencakupi Persekitaran Geo-
fisikal, Masyarakat dan demografi, Ekonomi dan Pasaran, dan Falsafah dan Pemikiran. Sebelum
kedatangan Eropah ke Asia, pada era prakolonial, telah wujud putaran migrasi di Alam Melayu yang
telah menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu masing-masing dengan
sistem etikanya, melalui Selat Melaka. Kepelbagaian ini menjadi lebih kental dan kompleks dengan
kedatangan manusia Eropah, melalui perdagangan dan penjajahan, yang membawa peradaban dan
sistem etika serta nilai Eropah. Tindan lapis setiap unsur etika dan peradaban yang berbagai ini, Timur
dan Barat, akhirnya tersulam melalui asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi, yang berlaku
pada paras rakyat jelata hingga mercu pemerintahan kesultanan. Melalui migrasi buruh paksaan
wujudlah masyarakat majmuk semasa penjajahan. Pada era pasca-kolonial yang berlanjutan ke era
globalisasi sifat kepelbagaian di Alam Melayu amnya, dan Malaysia khususnya, menjadi semakin
pekat dan ligat apatah lagi setelah platform digital terasas membentuk kepelbagaian yang sungguh
kompleks, yang dipanggil sebagai superdiversity. Dalam setiap era PrK-Kol-PcK ini wajah, idea dan
amalan etika berevolusi bersama penyesuaian pada peradaban-peradaban yang terlibat.
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian

Objektif: Memahami pelbagai etika dan peradaban dalam pengembangan masyarakat kepelbagaian di
Alam Melayu amnya, dan Malaysia khususnya

Hasil Pembelajaran:
1. Menjelaskan proses pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian
2. Menganalisis impak etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian
Subtopik
1. Pembentukan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat kepelbagaian
2. Komponen Etika dan Peradaban:
a. Persekitaran Geo-fizikal
b. Masyarakat dan demografi
c. Ekonomi dan Pasaran
d. Falsafah dan Pemikiran
3. Selat Melaka Gelanggang Kepelbagaian
4. Warisan dan Pendigitalan Sejagat
Sinopsis Topik 4
Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia

Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat, seperti Malaysia.


Setiap komuniti misalnya mempunyai akar etika dan peradaban yang berbeza dan terjelma dalam
pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah
masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi
perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa
keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak Merdeka. Inilah kesepaduan
nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus menerus dimantapkan. Ianya dilaksana
melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan
yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan
membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau
pemantapan kesepaduan nasional.
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia
Objektif: Memahami proses pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia
Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan proses pemantapan kesepaduan sosial di Malaysia
2. Mengaplikasikan kesepaduan sosial dalam masyarakat Malaysia
Subtopik
1. Perpaduan: Matlamat Diidamkan
a. Detik Perpaduan - Detik Perbezaan
2. Kesepaduan: Tahap Dicapai
a. Kesepaduan Nasional
b. Kesepaduan Sosial -Defisit Sosial
c. Etos Nasional
3. Penyatupaduan: Proses Diusaha
a. Etnik - Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik
b. Alat Penyatupaduan – Tawar-menawar, Perundingan dan Pengantaraan
Sinopsis Topik 5
Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia
Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang
bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Pembinaan peradaban ini
didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya diikuti peradaban Asia, (India,
China, Timur Tengah), dan seterusnya peradaban Barat. Akhirnya, peradaban ini disambut oleh
‘peradaban globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan
melalui jaringan digital yang kompleks. Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia
bermula dengan Kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh
pembinaan Negara (State) bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu
kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara,
Pelan Pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului
pembinaan bangsa. Oleh itu, pembinaan Bangsa (Nation) menyusul, antaranya melalui, institusi
sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa “Bangsa
Idaman” yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan
Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia
Objektif: Memahami proses pembinaan negara bangsa Malaysia melalui kepelbagaian peradaban
Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan proses pemantapan kesepaduan sosial di Malaysia
2. Mengaplikasikan kesepaduan sosial dalam masyarakat Malaysia

Subtopik
1. Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa
2. Konsep Negara dan Bangsa
3. Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam acuan Malaysia
4. Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman” dan perbahasan
Sinopsis Topik 6
Perlembagaan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban di
Malaysia
Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza
etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa
keganasan. Ada yang wujud di peringkat makro, pertengahan dan mikro. Institusi perlembagaan
dalam hampir semua masyarakat didunia menjadi tiang seri sekali gus wahana digunakan untuk
mengurus dan menghayati kemajmukan etika dan peradaban dalam masyarakat berkenaan.
Perlembagaan Persekutuan adalah tapak integrasi utama pemerintahan dan pentadbiran negara.
Sifat PP secara simboliknya adalah sebagai ‘kontrak sosial’ kerana terkandung di dalamnya
pelbagai peruntukan yang memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia yang
senantiasa dicabar oleh perbezaan dan percanggahan. Maka PP senantiasa ditafsir oleh pelbagai
pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masing dengan aman dan tenteram,
senantiasa ‘bertikam lidah tidak berparangan’
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Perlembagaan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban di Malaysia
Objektif: Menghayati Perlembagaan sebagai Tapak Integrasi, ke arah pengukuhan Etika dan
Peradaban di Malaysia
Hasil Pembelajaran:
1. Menjelaskan latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan
2. Menghuraikan perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di Malaysia
3. Menganalisis isu semasa perlembagaan di Malaysia
Subtopik
1. Sejarah, Definisi dan Konsep Perlembagaan
2. Perlembagaan sebagai Tiang Seri dan Tapak Integrasi
3. Konsep, Keperluan dan penghayatan Tapak Integrasi
4. Tiga Tahap Tapak Integrasi:
a. Makro (Atas Ke Bawah): Peranan Kerajaan - Perlembagaan Persekutuan, Rancangan
Malaysia, Rukun Tetangga
b. Meso (Bawah Ke Atas): Peranan NGO – agih/pantau pembangunan
c. Mikro (Inisiatif Akar Umbi): Peranan Rakyat - Street Wedding
5. Perlembagaan Persekutuan: Cabaran Tafsiran Semasa
Sinopsis Topik 7
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggerak Kesepaduan Nasional di Malaysia

Pengukuhan kesepaduan nasional dalam memacu etika dan peradaban Malaysia bergerak seiring
dengan perkembangan teknologi semasa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai
tapak digital yang memberi ruang untuk masyarakat berinteraksi dan membina jaringan sosial
dalam kehidupan. Alat dan aplikasi digital sebagai contoh, Facebook, Twitter, Instagram, Grab,
Mycar, dan Foodpanda, telah menjadi latar hidup masyarakat kini. Namun, wujud isu-isu defisit
sosial yang sering dibahaskan dalam pelbagai ruang sehingga ke dalam ruang digital. Dari satu
segi, ICT merapatkan jurang komunikasi, namun tiada satu institusi sejagat yang mengawal
perkembangan ini sehingga menjadikannya digital jungle. Serentak dengan itu ICT boleh
menjadi kawan atau lawan, positif atau negatif, membina atau menghancurkan. Dengan
berleluasanya berita tidak benar atau ucapan kebencian melalui tapak digital sangat dibimbangi
oleh kerajaan dan orang awam. Penghayatan mengenai etika dalam penggunaan ICT seharusnya
mengukuhkan kesepaduan nasional di Malaysia.
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggerak Kesepaduan Nasional di Malaysia
Objektif: Memahami ICT sebagai penggerak kesepaduan nasional di Malaysia

Hasil Pembelajaran:
1. Menghuraikan Hubungan Manusia dan Teknologi
2. Membincangkan etika dan peradaban dalam penggunaan ICT
3. Menganalisis isu semasa ICT di Malaysia
Subtopik
1. Evolusi dan Pengglobalan Teknologi
2. Konsep Hubungan Manusia dan Teknologi
3. Etika dan peradaban dalam penggunaan ICT
4. ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional
5. Isu semasa ICT
Sinopsis Topik 8
Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia
Realiti sosial sejagat terbahagi kepada dua. Pertama, realiti sosial yang ditentukan oleh pihak
berkuasa, selalunya dari atas ke bawah (top-down) atau disebut juga sebagai takrifan autoriti. Kedua,
realiti sosial yang lebih terbuka iaitu, yang ditentukan oleh setiap individu, keluarga dan komuniti
demi keperluan seharian masing-masing atau dipanggil takrifan harian. Etika dan peradaban
mempunyai pengaruh yang besar dalam kedua-dua realiti sosial ini. Misalnya, adat istiadat adalah
takrifan autoriti kerana ada peraturan bertulis menentukan susunan istiadat yang perlu dilaksanakan.
Tetapi adat resam ditentukan oleh perilaku kebiasaan seharian atau takrifan harian tanpa apa-apa
peraturan bertulis. Dalam konteks yang formal seperti adat istiadat ada protokol yang telah ditentukan
untuk dipatuhi. Apabila ianya melibatkan negara dan negara asing, formalitinya semakin ketat dan
terperinci, termasuk perlunya berpakaian rasmi. Ini memerlukan tanggungjawab sosial dan kesedaran
nasional yang lebih tinggi dan formal. Dalam konteks tidak formal walaupun tiada peraturan tetapi ada
tanggungjawab sosial dalam bentuk adab dan nilai hormat menghormati menjadi panduan prilaku
individu misalnya apabila menghadiri sebuah majlis kenduri, kenduri kematian atau upacara
meminang. Etika dan peradaban adalah perilaku tanggungjawab sosial yang lahir daripada kesedaran
sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara bagi
mencapai keadilan dan keharmonian
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia
Objektif: Memahami Peranan Etika dan Peradaban dalam mendukung tanggungjawab sosial di
Malaysia.

Hasil Pembelajaran:

1. Menjelaskan takrifan autoriti dan takrifan harian


2. Menghuraikan peranan etika dan peradaban ke arah mendukung tanggungjawab sosial
3. Mempamerkan minat kesukarelawanan dalam mencapai keharmonian masyarakat
Subtopik
1. Takrifan Harian dan Autoriti
2. Peranan Etika dan Peradaban dalam mendokong Tanggungjawab Sosial
3. Kesedaran Nasional dalam Tanggungjawab Sosial
4. Tanggungjawab Sosial Dalam dan Luar Negara
5. Kesukarelaan
Sinopsis Topik 9
Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban di Malaysia
Realiti sosial sejagat terbahagi kepada dua. Pertama, realiti sosial yang ditentukan oleh pihak
berkuasa, selalunya dari atas ke bawah (top-down) atau disebut juga sebagai takrifan autoriti. Kedua,
realiti sosial yang lebih terbuka iaitu, yang ditentukan oleh setiap individu, keluarga dan komuniti
demi keperluan seharian masing-masing atau dipanggil takrifan harian. Etika dan peradaban
mempunyai pengaruh yang besar dalam kedua-dua realiti sosial ini. Misalnya, adat istiadat adalah
takrifan autoriti kerana ada peraturan bertulis menentukan susunan istiadat yang perlu dilaksanakan.
Tetapi adat resam ditentukan oleh perilaku kebiasaan seharian atau takrifan harian tanpa apa-apa
peraturan bertulis. Dalam konteks yang formal seperti adat istiadat ada protokol yang telah ditentukan
untuk dipatuhi. Apabila ianya melibatkan negara dan negara asing, formalitinya semakin ketat dan
terperinci, termasuk perlunya berpakaian rasmi. Ini memerlukan tanggungjawab sosial dan kesedaran
nasional yang lebih tinggi dan formal. Dalam konteks tidak formal walaupun tiada peraturan tetapi ada
tanggungjawab sosial dalam bentuk adab dan nilai hormat menghormati menjadi panduan prilaku
individu misalnya apabila menghadiri sebuah majlis kenduri, kenduri kematian atau upacara
meminang. Etika dan peradaban adalah perilaku tanggungjawab sosial yang lahir daripada kesedaran
sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara bagi
mencapai keadilan dan keharmonian
Objektif, Hasil Pembelajaran & Subtopik
Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban di Malaysia
Objektif: Memahami Cabaran Keterlestarian Etika dan Peradaban di Malaysia.

Hasil Pembelajaran:

1. Menjelaskan kelestarian etika dan peradaban dalam kepelbagaian dan negara bangsa
2. Menghuraikan etika dan peradaban Malaysia dalam konteks pengalaman negara dan antarabangsa
3. Menganalisis matlamat pembangunan lestari dan kesejahteraan bersama
Subtopik
1. Kerangka Menganalisis Masyarakat Kepelbagaian dan Negara Bangsa
i. Defisit sosial
ii. Tadbir Urus dan Pembangunan
iii. Black Economy dan rasuah
2. Mengurus Matlamat Pembangunan Lestari dan Wawasan Kemakmuran Bersama
3. Kelangsungan Kelestarian Negara Melalui Etika dan Peradaban
4. Mengharmonikan pengalaman negara dan antarabangsa
Cadangan Pengajaran dan Pentaksiran Kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP): Contoh - UUM

• Setiap universiti boleh


menentukan format yang sesuai
dengan amalan setempat.
• Pengajaran:
• 7 minggu kuliah
• 7 minggu pembentangan
• Pentaksiran:
• 30% exam-MCQ, Kuiz, Subjektif, Esei
• 70% kerja kursus - laporan,
pembentangan, refleksi.
Sekian
Terima kasih
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN
VIDEO
MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM)
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA-UKM)
Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM)
Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM)
Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM)
Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM)
Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS)
Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR)
Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)

Anda mungkin juga menyukai