Anda di halaman 1dari 11

(ICCMW2021)

th
The 2 International Conference on Contemporary Muslim World
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Malaysia, 13-14 October 2021

Pengurusan Pencegahan Pandemik Menurut Al-Sunnah: Satu Analisis


Interim Terhadap Kitab Tibb al-Nabawi Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah
Azhar Abdul Aziz*a, Mohd Annas Shafiq Ayoba, Mohd Arif Ariffin Abu Bakarb
a
Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Pusat Asasi Uitm, Universiti Teknologi Mara, Cawangan
Selangor, Kampus Dengkil, 43800, Dengkil, Selangor, Malaysia.
bPelajar PhD, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, 40450, Shah
Alam, Selangor, Malaysia.

Abstrak

Di antara maqasid (matlamat) Syariat Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui wahyu
bertujuan untuk mencapai maslahah iaitu untuk memberi kemudahan dan mengelakkan manusia
berada dalam keadaan kesusahan yang boleh memudaratkan serta mendatangkan kerosakan dalam
kehidupan di dunia dan akhirat. Sehubungan dengan itu, dalam konteks menyelamatkan nyawa dan
mengelakkan dari kemudaratan yang disebabkan oleh penyakit berjangkit khususnya pandemik
Covid-19 yang dihadapi oleh Malaysia khasnya dan dunia umum nya, maka sunnah Rasulullah SAW
telah menggariskan prosedur asas sebagai garis panduan bagi mencapai maqasid Syariah daruriyyat.
Justeru kajian ini mengkaji sejauh mana pencegahan pandemik menurut al-Sunnah menerusi kupasan
Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab Tibb al-Nabawi. Penelitian ini mengetengahkan metode analisis
kandungan sebagai metode utama pengumpulan data berkenaan pencegahan pandemik melalui kitab
Tibb al-Nabawi Ibn Qayyim al-Jauziyah bagi penganalisisan data. Hasil kajian mendapati tiga
prosedur asas yang digariskan oleh sunnah Rasulullah SAW melalui analisa kitab Tibb al-Nabawi
mendapati metode pencegahan, preskripsi (pengambilan ubat) dan ruqyah dalam mengurus serta
mencegah wabak penyakit pandemik sangat berkesan untuk mengawal wabak penyakit berjangkit.
Selain itu, metode tersebut menepati dengan kajian serta amalan moden yang diamalkan masakini
terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19. Hasil kajian ini diharap dapat memberi kefahaman
mengenai konsep penjagaan nyawa yang betul menurut perspektif maqasid syariah.

1
Kata kunci: pandemik; al-Sunnah; Ibn Qayyim; Tibb al-Nabawi

Abstract

Among the maqasid (goals) of the Islamic Shariah conveyed by Rasulullah SAW through revelation
aims to achieve maslahah which is to provide convenience and prevent people from being in a state of
difficulty that can be harmful and cause damage in life in this world and the hereafter. Accordingly, in
the context of saving lives and avoiding the harm caused by infectious diseases especially the Covid-
19 pandemic faced by Malaysia in particular and the world in general, the sunnah of the Prophet SAW
has outlined basic procedures as guidelines to achieve the maqasid Syariah daruriyat. Thus this study
examines the extent of pandemic prevention according to al-Sunnah through Ibn Qayyim al-
Jauziyyah’s analysis in the book Tibb al-Nabawi. This study highlights the method of content analysis
as the primary method of data collection on pandemic prevention through the book Tibb al-Nabawi
Ibn Qayyim al-Jauziyah for data analysis. The results of the study found that the three basic
procedures outlined by the sunnah of the Prophet SAW through the analysis of the book Tibb al-
Nabawi found that prevention methods, prescription (medication), and ruqyah in managing and
preventing pandemic diseases are very effective to control infectious diseases. In addition, the method
is in line with modern studies and practices, especially in the Covid-19 pandemic situation. The
results are expected to provide an understanding of the concept of proper life care according to the
perspective of maqasid shariah.

Keywords: pandemic; al-Sunnah, Ibn Qayyim, Tibb al-Nabawi

1. PENGENALAN

Kes pertama Covid-19 direkodkan di Malaysia melibatkan tiga orang warga China yang masuk ke
Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari 2020 [CITATION Kro20 \l 1033 ]. Merujuk
kepada keputusan Mesyuarat International Health Regulation (IHR) Emergency Committee kali ke
dua pada 30 Januari, Ketua pengarah World Health Organization (WHO) telah bersetuju untuk
mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik 2019 N-Cov. Namun begitu, apa yang lebih
membimbangkan masyarakat dunia ialah salah satu daripada cara jangkitan Covid-19 yang berpunca
dari Virus Corona dengan melalui kontak rapat antara individu dengan individu yang lain dengan
beberapa kaedah menurut data global WHO. Antaranya seperti titisan cecair dari hidung dan mulut
akibat daripada batuk, bersin dan sentuhan fizikal seperti bersalaman dan sebagainya (Tahamtan &
Ardebili, 2020).

Ekoran daripada itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah pro aktif dengan melakukan
pelbagai inisiatif bagi mengawal jangkitan Covid-19 terus menular dan mengelakkan ia dari terus
mengancam nyawa manusia bagi mencapai maqasid syariah (objektif syarak) daruriyyat bertujuan
memastikan keselamatan nyawa terjamin[CITATION alG6H \l 1033 ]. Dengan ini, roh syariat
Islam sebagai rahmatan lil alamin yang menjamin kelestarian serta kesejahteraan hidup manusia di
dunia dan akhirat di samping menghindari mereka daripada segala macam bentuk kerosakan
terlaksana kerana usaha pengawalan pandemik covid-19 secara tuntas boleh menentukan soal hidup
mati sama ada peringkat individu,masyarakat,bangsa dan negara [ CITATION AlS951 \l 1033 ] .
Bagi mencapai objektif tersebut, satu analisa dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang
memanfaatkan kaedah analisis kandungan kualitatif mengenai metode pengurusan pandemik
mengikut sunnah Rasulullah SAW yang dijadikan model terbaik. Berdasarkan dokumen dan rujukan
yang dikumpulkan, proses analisis data dijalankan mengenai kajian sarjana silam dan komentar
sebagai satu garis panduan dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia berasaskan Kitab Tibb
al-Nabawi tulisan Ibn Qayyim al-Jauziyah.

Ibn Qayyim al-Jauziyah telah menghimpunkan hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan perubatan di
dalam juzuk yang khusus yang terkenal dengan sebutan al-Tibb al-Nabawi daripada empat juzuk
kitabnya yang berjudul Zad al-Ma‘ad fi Hadi Khayr al-Ibad atau ringkasnya disebut Zad al-Ma‘ad.
Metode penulisan Ibn Qayyim ialah mendasarkan ilmu perubatan kepada nas yang kebanyakannya

2
daripada sumber hadis Rasulullah SAW yang kemudiannya diulas dan dibahas dengan menggunakan
pendekatan pelbagai disiplin ilmu yang terdiri daripada ilmu hadis, ilmu bahasa, dan ilmu perubatan
khasnya ilmu perubatan Yunani. Ibn Qayyim membahagikan ilmu perubatan Nabi kepada dua, iaitu
perubatan hati (tibb al-qulub) dan perubatan fizikal (tibb al-abdan) berdasarkan pembahagian penyakit
kepada penyakit hati (marad al-qulub) dan penyakit badan (marad al-abdan) (Nurazmallail, 2014).
Walau bagaimanapun, ketika memberikan ulasan berkenaan perubatan Rasulullah SAW, Ibn Qayyim
tidak menolak perubatan sedia ada yang menjadi amalan kebiasaan dalam perubatan, namun beliau
menganggapnya tidak lengkap jika tidak digandingkan bersama dengan perubatan dan amalan
Rasulullah SAW (Perho, 2010).

2. PENYAKIT MENURUT RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW telah mengkelaskan penyakit kepada dua kategori, pertama ialah penyakit rohani
(batin) dan kedua ialah penyakit fizikal (physical diseases) yang lazimnya menyerang tubuh badan
manusia (Al-Jauziyah, 2003). Penyakit rohani atau batin yang sering berlaku kepada manusia ialah
penyakit yang menyerang hati menyebabkan manusia menjadi kufur dan menolak keimanan ayat-ayat
Allah SWT seperti disebut dalam al-Quran Surah al-Baqarah (2:10) dan juga penyakit hawa nafsu
serta keinginan syahwat seperti disebut dalam Saurah al-Ahzab (33:32) (Al-Jauziyah, 2003). Rawatan
untuk penyakit hati ialah dengan merujuk wahyu Allah SWT yang dibawa Rasulullah SAW sebagai
utusanNya. Hati yang berpenyakit hanya dapat diubati melalui ketaatan perintah Allah SWT dan
meninggalkan segala laranganNya secara konsisten sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah SAW (Al-
Jauziyah, 2003). Dua kaedah untuk merawat penyakit rohani ialah dengan menggunakan kaedah
rawatan al-Quran iaitu melibatkan bacaan surah atau ayat tertentu sahaja,bacaan surah yang
disertai dengan hembusan serta ludahan liur atau hembusan dan sentuhan. Seterusnya kaedah rawatan
menggunakan pelbagai doa seperti bacaan doa sahaja seperti ruqyah Jibril dan doa Rasulullah SAW.
terhadap Saad bin Abi Waqqas r.a (Ramli & Yusoff, 2019).

Penyakit kategori kedua pula menurut Rasulullah SAW ialah penyakit fizikal yang menyerang tubuh
badan manusia. Ia terbahagi kepada dua tahap, pertama ialah penyakit fizikal tahap ringan yang mana
ia berkaitan dengan naluri atau fitrah kemanusiaan dan tidak perlu kepada rawatan doktor. Contohnya
seperti rasa dahaga yang bersangatan, maka perlu kepada minum air, rasa lapar maka perlu kepada
makan dan seumpanya. Manakala tahap yang kedua ialah penyakit yang pada mulanya bersifat ringan
tetapi telah bertukar menjadi semakin kronik disebabkan simptom-simptom dari penyakit tersebut
telah memberi impak yang lebih serius kepada fizikal hingga merosakkan organ-organ. Penyakit tahap
ini perlu kepada analisis yang lebih teliti serta mendalam yang memerlukan kepada tiga langkah
rawatan iaitu kenalpasti penyebab penyakit, melihat kepada penyakit dan pengubatan atau pemulihan
(Al-Jauziyah, 2003). Penyakit fizikal turut dirawat dengan menggunakan kaedah rawatan al-Quran
serta rawatan menggunakan pelbagai doa. Selain itu, rawatan menggunakan pelbagai bahan turut
digunakan seperti rawatan air, buah-buahan, herba, makanan, minuman, haiwan dan lain-lain
(Ramli & Yusoff, 2019).

3. METODE PENGURUSAN PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT MENURUT


SUNNAH RASULULLAH SAW

Mengurus dan mengawal penyakit berjangkit daripada menular menjadi wabak yang boleh
mengancam nyawa manusia adalah tuntutan syariah Islam. Ia sangat menepati kedua-dua maqasid
syariah ammah (umum) dan maqasid khassah (khusus). Menurut Ibn ‘Asyur, maqasid ammah dalam
syariat Islam diperundangkan bertujuan untuk menyusun serta mengurus kehidupan manusia bagi
mencapai maslahah (kebaikan) dan menolak mafsadah (kerosakan) terutamanya yang memudaratkan
kesihatan sehingga boleh mengancam nyawa [CITATION Muh98 \l 1033 ] . Mencegah penularan
virus jangkitan daripada diri sendiri atau pihak lain adalah dipuji oleh syara’. Ini kerana mencegah
jangkitan virus lebih baik daripada berusaha untuk menyembuhkannya, manakala menolak
kemudaratan sebelum berlaku atau menghalangnya daripada merebak juga menjadi wajib (Ramli &
Yusoff, 2019). Penyakit berjangkit adalah antara yang dikategorikan oleh Rasulullah SAW sebagai
penyakit fizikal kerana ia menyerang tubuh badan manusia dan mengakibatkan kemudaratan. Antara
penyakit pandemik yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ialah kusta, manakala metode pengurusan

3
dan pencegahannya boleh dikelas seperti yang dibincangkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya
seperti berikut:

3.1 Metode Perintah Kawalan Pergerakan

Salah satu metode pengurusan pencegahan penyakit berjangkit yang dilaksanakan oleh Rasulullah
SAW ialah perintah kawalan pergerakan. Penggunaan metode ini disebabkan oleh wabak yang
berpunca dari sesuatu penyakit itu sendiri. Apabila sesuatu kawasan itu terdapat komuniti yang
terkena wabak penyakit yang boleh berjangkit terutama melalui sentuhan fizikal maka Rasulullah
SAW mengambil langkah pro aktif dengan melarang orang yang sihat memasuki kawasan wabak,
manakala komuniti dari kawasan wabak juga dilarang keluar atau pergi ke kawasan bersih yang
belum lagi dijangkiti penyakit. Larangan Rasulullah SAW ini menerusi hadis riwayat Imam Abu
Dawud, Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqy yang bermaksud “ orang yang sihat tidak patut pergi ke
tempat orang yang mengidap penyakit” (Al-Jauziyah, 2003). Dalam sebuah hadis yang
dikeluarkankan oleh Imam Muslim bahawa Jabir bin Abdullah berkata maksudnya (Al-Jauziyah,
1990, Al-Jauziyah, 2003): Dalam delegasi penduduk Thaqif, terdapat seorang lelaki yang menderita
kerana mengidap penyakit kusta (al- juzam) lalu Rasulullah SAW mengirimkan utusan kepada
mereka untuk menemui lelaki tersebut dan berpesan “Pulanglah kamu kerana kami telah menerima
bai’ahmu (perjanjian) antara penduduk Thaqif dengan Rasulullah SAW .

Rasulullah SAW menolak daripada menerima orang yang berpenyakit kusta yang hendak melakukan
bai’ah kepada baginda sebaliknya baginda telah mengirimkan utusan supaya menerima bai’ah
daripada lelaki tersebut. Ini kerana Rasulullah SAW tidak mengizinkan orang yang berpenyakit kusta
memasuki kota Madinah[ CITATION Say90 \l 1033 ]. Metode perintah kawalan pergerakan juga
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW bukan sahaja kepada penyakit kusta, bahkan terhadap penyakit
taun. Dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim juga ada menyebutkan dari Amir bin Sa’ad bin Abi
Waqas dari ayahnya bahawa dia pernah mendengar ayahnya bertanya kepada Usamah bin Zaid
mengenai apakah yang pernah didengarnya dari Rasulullah SAW mengenai penyakit taun, lantas
Usamah menjawab bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya (Al-Jauziyah, 1990): Wabak taun
adalah siksaan yang diturunkan kepada salah satu golongan dari Bani Isra’il dan kepada orang yang
sebelum kamu. Jika kamu mendengar wabak taun itu menyerang satu wilayah maka janganlah kamu
masuk ke sana, dan jika kamu telah berada di wilayah yang terkena wabak itu maka janganlah kamu
keluar dari sana kerana hendak menghindarinya.

Selain daripada wabak kusta dan taun, Rasulullah SAW juga melaksanakan perintah kuarantin ketika
Madinah dilanda wabak cacar dengan melarang keluar atau masuk ke dalam daerah yang ditimpa
wabak itu. Selain melarang bercampur dan bergaul, Rasulullah SAW juga melarang masyarakat
keluar dari daerah yang sedang dijangkiti penyakit cacar atau orang luar masuk ke dalam daerah
tersebut. Ini kerana perbuatan keluar atau masuk ke kawasan yang bergejala penyakit berjangkit boleh
menjerumuskan diri ke dalam bahaya [ CITATION Say90 \l 1033 ]. Menurut ulama, langkah
perintah kawalan pergerakan yang diambil oleh Rasulullah SAW adalah sebagai tindakan preventif
(pencegahan) dan kuratif sebagai satu daya usaha yang mempunyai kemampuan untuk
menyembuhkan penyakit[CITATION Haj10 \l 1033 ]. Oleh itu, dengan memasuki ke wilayah
yang ditimpa penyakit yang menular bererti menyerahkan diri kepada kebinasaan [ CITATION
Say90 \l 1033 ].

3.2 Metode Penjarakan Fizikal

Selain metode kuarantin, Rasulullah SAW turut melaksanakan metode penjarakan fizikal di antara
orang yang sihat dengan orang yang mengidap penyakit berjangkit. Langkah ini disebutkan dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya dari Abu Hurairah r.a bahawa
Nabi SAW bersabda maksudnya “Larilah kamu dari orang yang terkena penyakit kusta seperti enkau
lari darpada singa” [CITATION Ibn90 \t \l 1033 ] . Manakala dalam hadis yang lain diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, Al-Tayalisi, Al-Tabrani dan Al-Baihaqy bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya
“janganlah kamu terlalu lama memandang kepada orang yang menderita penyakit kusta [CITATION
Ibn03 \t \l 1033 ].

4
3.3 Pemisahan Pesakit Dengan Kontak Rapat

Untuk menguruskan pencegahan penyakit berjangkit daripada menular, Rasulullah SAW


mengaplikasikan metode menjauhkan atau memisahkan pengidap penyakit berjangkit daripada kontak
yang rapat dengan pesakit seperti suami, isteri, anak-anak, ahli keluarga yang yang tinggal serumah
dengannya. Keadaan ini disebabkan terdapat dua cara jangkitan yang salah satunya adalah penyakit
kusta. Jika bau atau persekitaran orang yang mengidap kusta disebarkan kepada orang yang bercakap
atau duduk berdekatan dengannya untuk jangka masa yang lama, maka kontak rapat dengan pesakit
boleh dijangkiti dengan penyakit yang sama [CITATION Ibn03 \t \l 1033 ] . Cara jangkitan kedua
dengan situasi yang sama dengan kusta juga boleh berlaku kepada pengidap penyakit Tubercolusis
(TB) atau batuk kering[CITATION Ibn03 \t \l 1033 ].

Menurut ulama terdapat dua alasan pemisahan antara pesakit berjangkit dengan kontak rapat seperti
dilakukan oleh Rasulullah SAW. Pertama bahawa doktor perubatan telah menyarankan agar pengidap
penyakit Tubercolusis(TB) dan leprosy (kusta) patut dijauhkan kerana bau busuk yang dihasilkan oleh
pengidap kedua-dua penyakit berjangkit tersebut boleh menjejaskan kesihatan serta memberi
jangkitan kepada orang yang sihat apabila mereka terdedah untuk satu jangkamasa yang lama. Alasan
kedua ialah seperti apa yang diriwayatkan dalam kes Nuqbah di mana beliau telah mencampurkan
unta yang mengidap penyakit kusta atau kudis bersama-sama dengan unta yang sihat di tempat yang
sama. Maka jangkitan boleh berlaku melalui air liur yang tersebar atau mucus (lendir) yang
dikeluarkan oleh unta yang berpenyakit. [CITATION Ibn03 \t \l 1033 ]. Menerusi cara jangkitan
penyakit seperti yang berlaku kepada unta maka Rasulullah SAW melarang keras orang yang
berpenyakit mendekati (close contact) dengan orang yang sihat.

Metode rawatan penyakit berjangkit yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun yang
lalu terbukti telah dijadikan asas dalam perubatan moden iaitu pesakit diasingkan atau dikuarantin
daripada bercampur dengan orang awam sebelum tahun 1940an. Menurut Hajah Zainon binti Johari,
Ketua Jururawat di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh, pesakit kusta boleh dirawat
dan dipulihkan sepenuhnya sejak dari tahun 1940 walaupun ia merupakan penyakit
berjangkit[CITATION Azi02 \l 1033 ]. Bagaimanapun, sebelum tahun 1969 pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pengasingan mutlak pesakit kusta daripada bercampur
dengan orang awam. Kebanyakan pesakit kusta pada masa itu telah ditempatkan PKKN dan
sebahagian kecil yang lain ditumpangkan di Hospital Permai Tampoi, Johor Baharu. Pesakit kusta
kini boleh dipulihkan sepenuhnya menurut Doktor Nor Aziah Abdul Kadir Jailani, Pakar Perunding
Dermatologi Hospital Kuala Lumpur dan mereka tidak perlu lagi diasingkan dan tinggal berjauhan
dengan kontak rapat seperti suami atau isteri masing-masing. Malah mereka sudah boleh bergaul
dengan ahli keluarga seperti biasa, tambahan pula penyakit kusta adalah penyakit berjangkit yang
tidak menyebabkan kematian[ CITATION Azi02 \l 1033 ].

3.4 Metode Preskripsi atau Pengambilan Ubat

Dalam pengurusan pencegahan penyakit, Rasulullah SAW menyarankan metode perubatan iaitu
rawatan dengan mengambil ubat untuk mencegah penyakit daripada berjangkit atau menular menjadi
lebih serius. Bagaimanapun metode ini tidak dibincangkan secara langsung oleh Ibn Qayyim di bawah
tajuk pengurusan dan pencegahan penyakit berjangkit. Sebaliknya tajuk tersebut dibincangkan di
bawah tajuk Rasulullah SAW menggunakan ubat untuk diri sendiri dan menentukan ubat untuk ahli
keluarga dan sahabat baginda. Dalam kontek pencegahan penyakit dengan pengambilan ubat,
Rasulullah SAW menegaskan bahawa dengan menggunakan kaedah rawatan yang betul sahaja akan
dapat menyembuhkan penyakit. Dalam sebuah hadis riwayat muslim dalam Sahihnya, baginda SAW
bersabda yang bermaksud: “Bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Dan apabila suatu penyakit itu
diubat dengan ubat yang sesuai maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah”. Dalam hadis
yang lain, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Sahihnya yang bermaksud “Allah tidak
menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia juga menurunkan syifa’ (ubatnya) [CITATION
Ibn03 \t \l 1033 ].

5
Berdasarkan kepada hadis tersebut, boleh dikiaskan kepada pencegahan penyakit berjangkit dengan
menggunakan kaedah rawatan yang betul dan salah satu rawatan penyakit berjangkit ialah dengan
pengambil ubat atau vaksin yang betul seperti disarankan oleh pakar perubatan. Bukan sahaja
Rasulullah SAW menjelaskan bahawa setiap penyakit ada ubatnya malah Rasulullah SAW juga
memerintahkan supaya berubat menerusi hadis yang diriwayatkan dari Abu Daud dalam Sunannya,
dari hadis Abu Darda’ r.a katanya R asulullah SAW bersabda maksudnya “ Sesungguhnya Allah
menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan ubat bagi setiap penyakit. Maka berubatlah
kamu dan janganlah berubat dengan benda yang haram” Manakala dalam hadis lain yang hampir
sama maksudnya, riwayat Imam Ahmad dari Usamah bin Syuraik bahawa Rasulullah SAW
memerintahkan supaya setiap manusia berubat apabila ditimpa penyakit ketika baginda SAW ditanya
oleh orang-orang Badwi apakah mereka patut berubat lantas Rasulullah SAW menjawab: “Benar
wahai hamba-hamba Allah berubatlah kamu kerana Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit
melainkan Dia juga menciptakan ubatnya kecuali satu penyakit sahaja. Mereka bertanya apakah
penyakit itu? Rasulullah SAW menjawab: “penyakit penuaan”. (Al-Jauziyah, 1990). Daripada hadis
tersebut jelas menunjukkan bahawa merawat dan mencegah dari sesuatu penyakit dengan mengambil
ubat adalah satu ‘suruhan’ atau ‘perintah’ dari Rasulullah SAW. Ini kerana dalam hadis baginda
menggunaka ayat fi’il amr (ayat suruhan atau ayat perintah) iaitu perkataan fatadawwa (‫)فتداووا‬
bererti ‘maka berubatlah’.

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah SAW menegaskan bahawa setiap suatu yang Allah ciptakan
berlaku atas dasar sebab dan akibat; dan setiap penciptaan saling berlawanan antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu, dalam konteks penyakit ini jelas bahawa setiap penyakit yang berlaku ada
faktor atau elemen yang menyebabkan ia terjadi manakala setiap faktor penyebab penyakit pula ada
penawarnya yang tertentu untuk menghilangkannya. Malah Rasulullah SAW mengingatkan lagi
bahawa mereka yang enggan berubat sengaja mencari alasan kononnya tidak mahu melawan takdir
Allah. Dengan perkataan lain orang yang enggan berubat untuk menghilangkan sesuatu penyakit
sebaliknya hanya berserah semata-mata kepada takdir Allah SWT adalah satu konsep keyakinan yang
salah dan tidak menepati tuntutan akidah sebenar[CITATION Ibn90 \t \l 1033 ].

3.5 Metode Ruqyah (Devine Remedies-Islamic Supplication Formula)

Satu lagi metode pengurusan pencegahan penyakit menurut Sunnah Rasulullah SAW ialah
pengubatan secara ruqyah (devine remedies) dan penyerahan diri secara mutlak (tawakal) kepada
Allah SWT. Dalam sahih ada meriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudry bahawa Jibrail datang kepada
Nabi SAW dan bertanya “wahai Muhammad adakah engkau sakit” lalu Baginda SAW menjawab
“benar”, lalu Jibrail mengucapkan ruqyah yang bermaksud [CITATION Ibn90 \t \l 1033 ] :
“Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari segala penyakit yang menjangkitimu,dari kejahatan
setiap jiwa atau mata yang mendengki. Allah menyembuhkanmu dengan asma Allah aku
meruqyahmu”. Walaupun Rasulullah SAW telah memberi beberapa garis panduan dalam pengurusan
penyakit berjangkit, namun dalam masa yang sama baginda SAW juga mengajarkan supaya yakin
dengan tahap keimanan yang tinggi kepada kekuasaan Allah. Ini kerana penyakit itu datang dari Allah
SWT yang Maha Kuasa dan Allah SWT juga yang akan menghilangkan segala penyakit yang
memudaratkan manusia[CITATION Ibn03 \t \l 1033 ].

Dalam konteks penyakit berjangkit yang menular tidak terdapat ruqyah yang spesifik diajarkan oleh
Rasulullah SAW, namun di dalam sahih Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan dari ‘Aisyah
bermaksud: “ jika ada seseorang yang mengeluh kepada Rasulullah SAW, atau dia mempunyai luka
dan infeksi, maka baginda bersabda dengan tangannya (Sufyan meletakkan jari telunjuk ke Tanah
lalu mengangkatnya) sambil bersabda :

‫بسم هللا تربة أرضنا بريقة بعضنا يشفى سقيمنا باذن ربنا‬

Maksudnya: dengan nama Allah, tanah bumi kami, dengan ludah sebahagian di antara kami, semoga
orang yang sakit di antara kami dapat sembuh dengan izin Rabb kami.

6
Kaedah ruqyah Rasulullah dari hadis tersebut ialah dengan mengambil sedikit ludahnya di hujung jari
telunjuk lalu meletakkan jari telunjuk ke tanah hingga melekat tanah dijari dan mengusapkan di
tempat luka sambil membaca doa tersebut. Pengubatan seperti ini sangat efektif untuk mengubat
infeksi dan luka yang bernanah dan busuk sekiranya tidak ada ubat lain kerana tabiat tanah yang asli
bersifat dingin dan kering hingga boleh mengeringkan kelembapan luka dan kudis bernanah. Luka
dan infeksi juga akan menyebabkan panas badan[CITATION Ibn90 \t \l 1033 ].

Seterusnya, Rasulullah SAW juga menunjukkan ruqyah bagi mengubati kesedihan kerana ditimpa
musibah. Metode pengubatan ruqyah seperti ini adalah secara umum bagi apa sahaja musibah yang
menyebabkan rasa cemas, ketakutan dan kesedihan, malah dalam konteks pandemik covid-19 tidak
dinafikan sebagai musibah berat yang melanda seluruh dunia. Ayat al-Quran yang dijadikan ruqyah
oleh Nabi SAW ialah Surah al-Baqarah (2:155-157). Dalam Musnad Ahmad dan Sahih Muslim
meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya [CITATION Ibn90 \t \l 1033 ]: “Tidaklah
ada seseorang yang tertimpa musibah lalu dia mengucapkan “inna lillahi wainna ilaihi roji’un” Ya
Allah berilah aku pahala dari musibah ini dan berikanlah ganti yang lebih baik daripadanya, maka
Allah memberikannya pahala kerana musibahnya itu dan memberinya ganti yang lebih baik
darinya”.

Menerusi sebuah hadis riwayat Imam Ahmad dalam Sunan al-Tirmizi dan Ibnu Majah bahawa Abu
Khuzamah berkata maksudnya “ Aku berkata wahai utusan Allah, bagaimana dengan perubatan
secara ruqyah iaitu rawatan menggunakan wahyu dengan memohon pertolongan Allah SWT
menggunakan ayat-ayat al-Quran yang sering kami lakukan sebagai usaha pencegahan dan
pengubatan dari penyakit. Adakah itu semua telah mengubah takdir Allah? Rasulullah SAW
menjawab: mereka semua adalah sebahagian dari ketetapan takdir Allah”. Kombinasi dalam
pencegahan penyakit pandemik antara metode preventif dan kuratif dengan metode ruqyah yang
diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah sangat tepat. Bagi golongan manusia yang tahap keimanan
dan keyakinan sangat tinggi kepada Allah SWT menjadikan tawakkal itu sebagai benteng
mempertahankan dirinya daripada dijangkiti penyakit. Sementara bagi golongan yang lemah iman
memilih cara menjauhkan diri daripada orang yang terkena wabak penyakit berjangkit bagi
mengelakkan diri daripada dijangkiti[CITATION Ibn03 \t \l 1033 ].

Di antara bacaan doa dan zikir-zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam perubatan metode
ruqyah ialah seperti dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ai’syah
bermaksud:“Bahawa Nabi SAW memohon perlindungan untuk sebahagian keluarganya. Disapu
dengan tangan kanannya lalu berdoa “ Ya Allah Tuhan manusia lenyapkanlah penderitaan dan
sembuhkanlah kerana Engkaulah yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuhan kecuali
penyembuhanMu iaitu penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lagi [ CITATION Say90 \l
1033 ]. Dalam hadis yang lain,diriwayatkan oleh Muslim dari ‘Uthman bin Abil ‘Asy bahawa dia
mengadukan kepada Rasulullah SAW mengenai rasa sakit yang diderita pada tubuhnya, lantas
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Letakkanlah tanganmu di atas bahagian tubuh yang
terasa sakit itu dan ucapkanlah bismillah lalu sebutkan tujuh kali:”aku berlindung dengan kemuliaan
dan kebesaran Allah dari bencana penyakit yang aku rasakan dan yang aku cemaskan ini”. Lantas
kata ‘Uthman selanjutnya aku lakukan seperti yang disuruh oleh Rasulullah SAW beberapa kali maka
Allah pun melenyapkan penyakit itu dan aku selalu menyuruh keluargaku dan juga orang-orang lain
membaca doa itu”.[ CITATION Say90 \l 1033 ].

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menyebutkan supaya membaca sebanyak tujuh kali kerana ia
mempunyai khasiat yang tersendiri. Disebutkan dalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim juga bahawa
Rasulullah SAW pernah melindungi sebahagian keluarga baginda, mengusap dengan tangan kanannya
sambil mengucapkan doa[CITATION Ibn90 \t \l 1033 ]:

‫اللهم رب الناس أذهب البأس وأشف انت الشافي ال شفا اال شفاك شفا ال يغادر سقما‬

Maksudnya: Ya Allah Rabb kepada sekalian manusia, singkirkan lah penyakit ini sembuhkanlah
kerana Engkau yang maha penyembuh yang tiada kesembuhan melainkan kerana kesembuhanMu,
kesembuhan yang tidak disusuli dengan sakit.

7
Dengan merujuk kepada beberapa hadis di atas, Rasulullah SAW yang mengajarkan doa-doa yang
boleh dibaca sebagai ruqyah adalah dengan cara memohon pertolongan dan keberkatan kepada allah
SWT. Oleh yang demikian adalah jelas menunjukkan metode perubatan ruqyah mempunyak pertalian
rapat dengan tahap keimana dan keyakinan yang tinggi kepada kuasa Allah SWT yang mendatangkan
sesuatu penyakit dan Dia juga yang berkuasa menyembuhkannya.

4. ANALISIS METODE PENGURUSAN PENCEGAHAN PANDEMIK BERASASKAN


SUNNAH RASULULLAH SAW

4.1 Metode Pencegahan

Metode pengurusan dan pencegahan penyakit pandemik seperti yang diimplementasi oleh sunnah
Rasulullah SAW dalam mengawal penyakit kusta, cacar dan tubercolucis adalah sangat tepat. Malah
metode yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW telah digunakan dalam kaedah perubatan moden
seperti amalan menggenakan perintah kawalan pergerakan pesakit, melakukan penjarakan fizikal
(social distancing), pemisahan pesakait dengan kontak rapat (kuarantin) serta pengambilan ubat atau
vaksi sangat tepat untuk dilaksanakan dalam usaha kerajaan untuk mengekang pandemik Covid-19
yang sangat membimbangkan dan mencemaskan penduduk Malaysia. Bahkan virus Corona yang
menjadi penyebab pandemik covid-19 adalah lebih merbahaya berbanding kusta, tubercolusis dan
cacar pada zaman Rasulullah SAW kerana pandemik Covid-19 boleh menyebabkan kematian
terutamanya dengan kemunculan varian virus corona baharu yang sangat ganas mutasinya seperti
varian Afrika Selatan (B.1.351) [ CITATION Noo21 \l 1033 ]. Varian lain yang muncul antaranya
ialah B.1.1.7 (UK), PI Brazil dan B.1.6.7 (India). Virus varian terjadi apabila berlaku mutasi yang
mempunyai kadar perbezaan dengan virus asal. Ia mempunyai keupayan untuk berjangkit dengan
lebih mudah menyebabkan Covid-19 yang lebih teruk, menyebabkan keberkesanan vaksi berkurangan
dan mengakibatkan rawatan atau virus sukar dikesan melalui ujian makmal [ CITATION Suz21 \l
1033 ].

Merujuk kepada International Health Regulation (IHR) Emergency Committee kali kedua yang telah
berlangsung pada 30 Januari 2020, ketua pengarah World Health Organization (WHO) atau
Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus telah mengisytiharkan Covid-19
sebagai pandemik iaitu 2019 N CoV. Pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan
begitu meluas merentasi sempadan bahkan hingga ke seluruh dunia [ CITATION BHo20 \l 1033 ].
Data daripada WHO menjelaskan salah satu daripada cara jangkitan virus Corona (Covid-19) adalah
melalui kontak rapat antara individu dengan individu lain dengan beberapa cara, antara seperti titisan
cecair dari hidung dan mulut akibat batuk,bersin dan melalui sentuhan fizikal seperti bersalam dan
sebagainya (Tahamtan & Ardebili, 2020).

Oleh kerana itu, metode yang digariskan oleh al-Sunnah seperti kuarantin, penjarakan fizikal dan
pemisahan dari kontak rapat untuk satu jangka masa tertentu bagi mengawal penularan pandemik
Covid-19 telah digunakan oleh perubatan moden. Konsep pencegahan dalam perubatan moden
berasaskan kaedah yang diperkenalkan oleh Leavell dan Clerk pada tahun 1950 yang berlandaskan
ilmu epidemiologi. Melalui kaedah ini, ilmu berkaitan dengan sejarah penyakit perlu diketahui
terlebih dahulu seperti perumah, pengidap penyakit dan dunia persekitaran yang memainkan peranan
penting serta saling berintegrasi dalam mencetuskan penyakit sebelum langkah-langkah pencegahan
penyakit dapat dilakukan[CITATION Kad95 \t \l 1033 ]. Selain itu, untuk menangani isu
penularan virus COVID-19 maka tanggungjawab sosial adalah mematuhi semua arahan yang
dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu berada
di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas, tegahan solat
berjemaah dan solat jumaatdi masjid, tidak mengadakan aktiviti berbentuk perhimpunan sosial dan
budaya, dan sebagainya (Rahman, & Zaluki, 2020).

Langkah-langkah pengurusan dan pencegahan pandemik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
dipraktikkan oleh kerajaan hari ini melalui Akta 342-Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit

8
Berjangkit 1988 (Akta 342). Akta tersebut menyatakan kawasan tempat jangkitan di bawah perintah
pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (perisytiharan kawasan tempat jangkitan 2020) (Akta
342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). Inisiatif berkaitan dengan langkah
tersebut yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan antaranya ialah perintah kawalan pergerakan (PKP),
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) [ CITATION SOP \l 1033 ]. di samping itu
kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan menyarankan rakyat supaya mengamalkan
norma baharu dalam kehidupan seharian, melakukan penjarakan sosial, melakukan kuarantin kendiri
di rumah selepas pulang dari kawasan berisiko covid-19 yang mencatatkan kes harian tinggi dan
larangan merentas daerah dan negeri sepanjang tempoh PKPD di wartakan. Langkah ini bertujuan
untuk mengelakkan kita menjadi penyebar virus kepada orang lain terutamanya mereka yang
mempunyai kontak rapat dengan pesakit covid-19 (Subri, 2020).

4.2 Metode Preskripsi

Metode preskripsi iaitu pengambilan ubat yang bersesuaian dengan penyakit yang dialami juga
merupakan salah satu dari amalan sunnah Rasulullah SAW dalam pengurusan pencegahan penyakit
pandemik. Amalan pengambilan ubat yang tepat untuk penyembuhan juga telah diterima dalam
kaedah perubatan moden. Dunia perubatan moden hari telah berjaya memahami ketepatan sunnah
Rasul bahawa tubuh badan manusia secara tabi’inya memerlukan mekanisme pertahanan atau
perlindungan untuk mengatasi bahaya apabila terdedah kepada persekitaran yang mungkin
mempunyai agen merbahaya dan memudaratkan seperti bakteria, virus dan sebagainya. Namun
terdapat beberapa faktor yang boleh melemahkan mekanisme pertahanan badan tabi’i seperti umur
yang terlalu muda (bayi) atau terlalu tua, gender, hormon yang seimbang seperti hipotiroidisme dan
hipoadrenalisme, pemakanan,persekitaran,psikologi dan tindakan dadah [ CITATION Mus91 \l
1033 ].

Oleh itu, untuk mengatasi golongan yang lemah mekanisme daya ketahanan infeksi tabi’i maka
langkah pencegahan penyakit perlu dilakukan terutamanya pencegahan primer. Langkah pencegahan
primer adalah satu tindakan atau usaha yang dilakukan terhadap individu mahupun komuniti sebelum
penyakit terjadi yang bertujuan untuk mencegah atau seboleh-bolehnya berjaya melambatkan proses
kejadian sesuatu penyakit berlaku kepada individu mahupun suatu komuniti tersebut yang dinamakan
sebagai usaha pencegahan spesifik melalui pengambilan vaksin [CITATION Kad951 \t \l 1033 ] .
Vaksin ialah bahan yang disuntik ke dalam darah untuk membuatkan manusia mendapat sedikit
penyakit yang bertujuan untuk melindungi tubuh badan daripada penyakit tersebut [ CITATION
Hor07 \l 1033 ].

Justeru tindakan kerajaan Malaysia memberikan suntikan vaksin kepada rakyat merupakan satu usaha
yang bertepatan dengan gesaan dan tuntutan Sunnah Rasulullah SAW agar menggesa supaya
mengambil ubat sebagai salah satu kaedah pengurusan pencegahan penyakit pandemik. Vaksin
Covid-19 dihasilkan bagi mengurangkan kematian akibat virus Corona di samping mengelakkan
pesakit dimasukkan ke hospital dan mengurangkan gejala teruk akibat wabak tersebut [ CITATION
Sit21 \l 1033 ]. Bukti terbaharu menunjukkan dengan pengambilan vaksin dapat mengurangkan kes
positif Covid-19 serta dapat mengurangkan kebolehjangkitan. Sekiranya tidak diberi suntikan
kandungan virus yang banyak dalam badan pembawa penyakit menyebabkan peluang mereka
menjangkiti individu lain semakin besar, manakala setelah pengambilan vaksin, walaupun dijangkiti
Covid-19 tetapi virus dalam badan sedikit dan sukar untuk menjangkiti orang lain. Ini kerana
vaksinasi bertujuan untuk memastikan penghasilan antibodi badan lebih awal bagi melawan penyakit
menurut Prof. Dr Zamberi Sekawi Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM [ CITATION
Sit21 \l 1033 ].

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada satu analisis interim terhadap metode pengurusan pandemik berdasarkan al-
Sunnah dalam Kitab Tibb al-Nabawi oleh Ibn Qayyim al-Jauziyah terdapat lima metode pengurusan
dan pencegahab pandemik seperti yang dipraktik oleh Sunnah Rasulullah SAW di era baginda.

9
Daripada lima metode tersebut boleh di kelaskan kepada tiga kategori utama. Kategori pertama ialah
metode pencegahan awal yang terdiri daripada perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP),
pemisahan dengan kontak rapat (kuarantin), dan penjarakan sosial (sosial distancing). Apa yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam langkah pencegahan awal bagi mengawal penyakit berjangkit
seperti kusta diimplemen dalam perubatan moden bukan sahaja dapat memulihkan pesakit malah
dapat mengelakkan penyakit itu dari menular bertambah serius serta sukar diubati di samping boleh
merebak kepada orang lain[ CITATION Nev90 \l 1033 ]. Kategori yang kedua ialah pencegahan
primer iaitu pengambilan ubat yang betul sesuai dengan penyakit yang dialami dan melakukan proses
vaksinasi, dan kategori ketiga ialah konsep ruqyah (devine remedies).

Ruqyah ialah kaedah perubatan dengan memohon pertolongan kepada Allah SWT melalui bacaan
ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang diajar oleh Nabi SAW. Metode perubatan ruqyah merupakan
satu konsep tawakal iaitu penyerahan diri dan pergantungan sepenuhnya kepada kekuasaan Allah
setelah melalui usaha dan ikhtiar (Ali Imran, 3:159). Hakikat ini hanya boleh dicapai melalui
keyakinan serta ketaqwaan yang sangat tinggi seperti mana Rasulullah SAW menegaskan bahawa
Allah sahaja yang mendatangkan sesuatu penyakit dan Dia lah yang memberikan ubatnya. Seterusnya
Baginda SAW menjelaskan bahawa sesetengah penyakit yang didatangkan oleh Allah SWT boleh
memberi mudarat kepada seseorang dengan kawalan dan takdir Allah dan sebaliknya jika Allah
menghendaki maka kesan dari suatu penyakit tidak mempunyai apa-apa kuasa mudarat terhadap
manusia[CITATION Ibn03 \t \l 1033 ].

Dapatan daripada hasil analisis mendapati kategori pertama dan kedua yang dipraktikkan oleh
Rasulullah SAW turut dilaksanakan dalam perubatan moden dalam usaha pengurusan dan pencegahan
pandemik. Bagaimanapun kategori ketiga iaitu metode tawakal dan ruqyah tidak dipraktis dalam
perubatan moden. Ini lah satu kelebihan yang terdapat dalam metode yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW melalui al-Sunnah berasaskan wahyu yang tidak ada dalam perubatan moden
khususnya dalam mencegah pandemik Covid-19. Dengan itu dapat disimpulkan bahawa metode
perubatan secara ruqyah iaitu dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang
mengandungi zikir kepada Allah serta asma’ al-Husna yang diucapkan dalam Bahasa Arab serta
boleh difahami maksudnya adalah amalan sunnah yang disyariatkan. manakala pengubatan dengan
jampi atau mentera diharuskan selagi mana ia tidak mengandungi unsur syirik [ CITATION Say90 \l
1033 ].

RUJUKAN

Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. (n.d.). Retrieved from
http://covid-19.moh.gov.my

Al-Ghazali, M. B. (1356H). Al-Mustasfa Fi 'Ilmi Al-Usul. Beirut: Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyah.

Al-Jauziyah, I. Q. (1990). Mukhtasar Zaadul Ma'ad. Cet. 2. Indonesia : Pustaka Azam.

Al-Jauziyah, I. Q. (2003). Tibb al-Nabawi (The Prophetic Medicine) (Terj.) Abd Qader Ibnu Abd
Azeez. Mesir: Dar Ghadd al-Jadid.

Al-Syatibi, A. I. (1995). Al-Muwafaqat Fi Usul Al-Tasyrik. Cet. 2. Qahirah: Tanpa Tempat Penerbit.

'Asyur, M. a.-T. (1998). Maqasaid Syariah al-Islamiyah. T.TP: al-Basyir Lil Intaj al-'Ilmi.

Aziz, A. B. (2002). Peranan sains Perubatan Dalam Memahami Hukum Keharusan fasakh Kerana
Penyakit (Tesis Master). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Baharom, H. N. (2010). Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

10
BH online. (2020, March 12). Diambil dari WHO isytihar Wabak COVID-19 Pandemik.

BH online, Nasional. (2020, Mac 17). Diambil dari Kronologi COVID-19 di Malaysia:
www.bharian.com.my

Halid, S. (2021, May 23). Kekangan PenularanVarian Baharu. Retrieved from BH online:
www.bharian.com.my

Hornby, A. S. (2007). Oxford Compact Advanced Learner's Dictionary. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Kadir, R. A. (1995). Pendidikan Kesihatan Teori Dan Amalan. kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Mustafa Haji Musa, W. A. (1991). Pengawalan Sistem Pertahanan Badan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Nevile, P. (1990). A Guide To Health Education In Leprosy Seventh Revised Edition. Addis Ababa:
All Africa Leprosy And Rehabilitation Training Centre.

Nurazmallail Marni. (2014). Sumbangan Ilmuwan Islam Dalam Perubatan Nabi (Al-Tibb Al-
Nabawiyy). Seminar Antarabangsa Education, Law, Civilization (ELCIST 2014). 747-753.

Perho, I. (2010). Ibn Qayyim Al-Ǧawziyyah's Contribution to The Prophet's Medicine. Oriente
Moderno, 90(1), 191-210.

Rahman, A. A., & Zaluki, N. A. A. (2020). Pencegahan Penularan Virus Corona (Covid-19)
Menurut Perspektif Islam: Journal of Fatwa Management and Research, 1-13.
Ramli, K., & Yusoff, S. H. (2019). Perubatan Nabi: Kefahaman Terhadap Sunnah Dan Praktis
Perawat. ‘Abqari Journal, 17(1), 97-106.

Sabiq, S. (1990). Fiqh al-Sunnah (Terj) Jilid 4. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). (t.t). Diambil Dari Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://covid-19moh.gov.my

Subri, I. M. (2020). Langkah Pencegahan Pandemik Covid 19 Melalui Perintah Kawalan Pergerakan:
Satu Maslahah. Journal of Fatwa Management and Research, 65-98.

Sulaiman, N. A. (2021, April 1). Varian Baharu COVID-19 Dikenalpasti. Diambil dari BH online
Nasional: www.bharian.com.my

Tahamtan, A., & Ardebili, A. (2020). Real-time RT-PCR in COVID-19 detection: issues affecting the
results. Expert Review of Molecular Diagnostics, 20(5), 453-454.

Yusop, S. H. (2021, May 30). Vaksin Covid-19 Benteng Sistem Imun. Diambil dari BH online:
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/05/822223/vaksin-covid-19-benteng-
sistem-imun

11

Anda mungkin juga menyukai