Anda di halaman 1dari 13

X PENGENALAN

Di dalam topik yang lalu, anda telah didedahkan dengan pelbagai jenis
kumpulan pelajar yang berkeperluan khas serta program-program yang
dirancang untuk membantu mereka menjadi manusia yang berdikari.

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

9
9

X
Program
untuk Pelajar
Berkeperluan
Khas
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tiga jenis program yang direka bentuk untuk pelajar
berkeperluan khas;
2. Menerangkan definisi dan falsafah setiap jenis program yang
dibincangkan;
3. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga objektif setiap jenis program;
4. Membandingkan prinsip, strategi dan isu-isu perlaksanaan bagi
setiap jenis program; dan
5. Merumuskan secara keseluruhan tiga jenis program untuk pelajar
berkeperluan khas berbanding dengan pelajar normal.
TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS W

229
Perkembangan pesat negara menuju Wawasan 2020 yang berlandaskan
masyarakat penyayang, mencabar para pendidik supaya menangani isu
pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas. Deklarasi
Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1948 dan ikrar penduduk
dunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan untuk semua menegaskan
hak untuk semua tanpa mengira perbezaan individu.

Daripada perspektif perbezaan individu, setiap kanak-kanak adalah unik dan
memerlukan bimbingan untuk perkembangan diri. Ada kanak-kanak terutamanya
mereka yang berkeperluan khas yang memerlukan bimbingan khas bagi jangka
masa yang panjang atau pendek. Misalnya, dalam persekolahan. Bimbingan ini
dikenali sebagai pendidikan khas dan merupakan pendidikan yang menggunakan
kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan khas bagi kanak-
kanak yang mengalami pelbagai kekurangan atau kecacatan termasuk kanak-
kanak bermasalah pembelajaran. Jika tidak diberi perhatian, kanak-kanak ini
akan mengalami kekecewaan sepanjang hidup.

Di dalam topik ini, anda akan diperjelaskan lagi tentang program-program
pelajar yang berkeperluan khas. Program tersebut merangkumi program
pendidikan inklusif; program pengayaan dan pemulihan; dan program
perancangan individu.

Sebagai ulangan, pelajar yang memerlukan program ini adalah pelajar yang
diklasifikasikan sebagai pelajar yang mempunyai gangguan tingkah laku,
autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria seperti kecacatan fizikal dan
masalah kesihatan yang lain (McDonnell et. al, 1995). Mengikut Mahmood Nazar
(2000), kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang dianggap
berhadapan dengan batasan keupayaan sendirinya bagi memperoleh keperluan
biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya.
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Sekiranya anda masih lagi mengingati topik yang sebelum ini, perbincangan
mengenai program-program ini telah pun dibincangkan. Namun, untuk
memberikan pengukuhan, bahagian ini diperjelaskan lagi dengan maklumat
tambahan.
9.1
X TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
230
9.1.1 Definisi, Falsafah dan Objektif Program
Berikut ialah definisi, falsafah dan objektif program:

(a) Definisi
Perkataan inklusif berasal daripada perkataan bahasa Inggeris inclusive,
yang bermaksud merangkumi. Secara umumnya, program pendidikan
inklusif membawa maksud program yang ditawarkan kepada pelajar
berkeperluan khas untuk belajar bersama murid normal di dalam bilik
darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar
dalam keadaan normal tanpa mengira status (Naim, 1997).

(b) Falsafah Pendidikan Inklusif
Pendidikan ini adalah untuk semua. Pendidikan inklusif menawarkan
kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama-sama murid normal di
dalam bilik darjah dan sekolah yang sama.

(c) Objektif
Objektif program pendidikan inklusif secara umumnya ialah untuk
memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas untuk menerima
pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di
sekolah bersama dengan pelajar normal.

Selain daripada itu, program ini juga bertujuan membantu pelajar
berkeperluan khas menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti.
Tujuannya ialah untuk menjadikan mereka lebih berupaya, mampu
berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kepada
negara dan bangsa.

Barirah (1995) menyenaraikan empat objektif pendidikan inklusif seperti berikut:
(a) Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas dalam menyedari bahawa mereka juga adalah
sebahagian daripada ahli masyarakat;
(b) Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan
untuk mereka;
(c) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang
setanding dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep
kendiri mereka; dan
TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS W

231
(d) Untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan
kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Secara ringkasnya, Pendidikan Inklusif mempunyai objektif atau matlamat
seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Objektif Pendidikan Inklusif
X TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
232
9.1.2 Prinsip, Strategi dan Isu-isu Pelaksanaan
Program Pendidikan Inklusif
Di Malaysia, kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas diberi pendidikan
melalui tiga jenis program:
(a) Sekolah Pendidikan Khas;
(b) Kelas Percantuman Khas; dan
(c) Kelas Pendidikan Inklusif.

Pembentukan strategi ke arah pelaksanaan pendidikan inklusif perlu berlaku di
setiap peringkat pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Bagaimanapun,
sekolah adalah tumpuan perubahan. Faktor-faktor berikut boleh dijadikan
prasyarat ke arah pelaksanaan pendidikan inklusif yang berkesan:
(a) Kepimpinan efektif dari pihak pengurusan sekolah yang komited untuk
memenuhi keperluan pembelajaran semua murid;
(b) Keyakinan di kalangan guru bahawa mereka mampu membantu semua
kanak-kanak belajar;
(c) Rasa optimis bahawa semua murid boleh belajar dan mengalami kejayaan;
(d) Mengatur sistem sokongan kepada setiap guru;
(e) Komitmen untuk menyediakan peluang pembelajaran berdasarkan
kurikulum yang sama; dan
(f) Menyediakan prosedur yang sistematik untuk mengesan dan menyemak
kemajuan.

Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan, Program Pendidikan Inklusif
Bahagian Sekolah mencadangkan peningkatan beberapa aspek kemudahan asas
seperti berikut:
(a) Setiap kelas yang mempunyai penyertaan Program Pendidikan Inklusif
dicadangkan mempunyai jumlah pelajar maksima seramai 35 orang pelajar
termasuk jumlah maksima pelajar khas seramai tiga orang pelajar dan
dikendalikan oleh dua orang guru;
TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS W

233
(b) Mewujudkan jawatan pembantu guru mengikut keperluan pelajar khas
berkenaan; dan
(c) Memperluaskan lagi jawatan penyelia pengasuh pelajar bagi keselesaan
pelajar khas dalam semua aspek perkembangan pelajar khas.
Untuk melaksanakan pendidikan inklusif dengan efektif, perlu diwujudkan
kumpulan pelbagai disiplin di setiap daerah yang terdiri daripada golongan di
dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Kumpulan Pelbagai Disiplin untuk Pendidikan Khas
Kumpulan Pelbagai Disiplin
1. Pakar perubatan 5. Pakar psikologi pendidikan
2. Patologi pertuturan 6. Ahli audiologi
3. Pegawai kebajikan 7. Pakar kanak-kanak
4. Guru pakar pendidikan khas 8. Pekerja sosial

Sementara itu, Deschenes et al. (1994) telah menggariskan sembilan jenis
penyesuaian untuk strategi pengajaran dalam pelaksanaan program pendidikan
inklusif seperti di dalam Rajah 9.2.


Rajah 9.2: Penyesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran menurut Deschenes (1994)
X TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
234

PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
DAN PENGAYAAN
Bahagian ini juga mungkin anda telah temui di dalam topik yang sebelum ini.
Oleh itu, pembacaan anda pada kali ini lebih kepada memperkukuhkan
maklumat yang sedia ada dan menambah sedikit sebanyak maklumat yang baru.
9.2.1 Definisi, Falsafah dan Objektif Program
Daripada Kamus Dewan, perkataan pulih membawa maksud kembali seperti
biasa atau sembuh. Bagaimanapun, maksud pemulihan dalam konteks
pendidikan bererti sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul.

Secara umumnya, pendidikan pemulihan boleh didefinisikan sebagai:



Satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang
mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di
pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan
yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran
khusus oleh guru pemulihan.
(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983)
9.2
AKTIVITI 9.1
Sebagai seorang guru bagi pelajar berkeperluan khas, apakah program
pendidikan inklusif yang sesuai dilaksanakan untuk menjamin
keberkesanan pembelajaran pelajar golongan ini dalam konteks hidup
bermasyarakat? Bincangkan.
TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS W

235
Objektif pendidikan pemulihan adalah:
(a) Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran;
(b) Membina keyakinan diri;
(c) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah anggap oleh pelajar;
dan
(d) Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar matematik mengikut
kebolehannya.
Bagi program pengayaan mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988), ia
membawa maksud:



Objektif program pengayaan adalah untuk:
(a) Mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang sebenar; dan
(b) Membolehkan pelajar mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan
lagi daya kreativiti dan kebolehan intelek mereka.
Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi
unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan
kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini, pelajar akan mendapat
peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, daya kreatif, sifat ingin
tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka.
X TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
236
9.2.2 Model Program Pendidikan Pemulihan dan
Pengayaan
Program pendidikan pemulihan dan pengayaan dijalankan berdasarkan kepada
penjelasan yang berikut:
Program pengajaran pemulihan adalah proses berperingkat yang disusun
mengikut urutannya dan setiap peringkat saling berhubungan antara satu sama
lain (lihat Rajah 9.3).



Rajah 9.3: Peringkat proses pengajaran pemulihan Bahasa Inggeris

Sementara itu, program pengayaan berdasarkan kepada aktiviti boleh
dibahagikan kepada dua kategori:
(a) Pengayaan secara mendatar: Aktiviti pengayaan yang dirancang untuk
kumpulan mengikut kebolehan.
(b) Pengayaan secara menegak: Aktiviti pengayaan yang dirancang untuk
kumpulan pelajar yang cerdas sahaja.
TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS W

237
9.2.3 Prinsip, Strategi dan Isu-isu Pelaksanaan
Program Pendidikan Pemulihan dan
Pengayaan
Pelaksanaan program pengajaran pengayaan dan pemulihan ini ditunjukkan
dalam contoh pengajaran Bahasa Inggeris (Rajah 9.4).

Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran membaca,
menulis dan mengira. Contoh pelaksanaan program pemulihan dan pengayaan
dalam konteks ini ialah:
(a) Langkah pertama ialah menilai penguasaan kemahiran tertentu, sama ada
sudah dikuasai oleh pelajar atau belum;
(b) Sekiranya pelajar menguasai kemahiran yang dinilai, pelajar akan
diberikan program pengayaan;
(c) Sekiranya pelajar belum menguasai kemahiran tesebut mereka diberikan
program pemulihan; dan
(d) Dalam pengajaran ini, pelajar yang lambat menguasai kemahiran tidak
diberi program pengayaan.

Rajah 9.4: Pelaksanaan aktiviti pengayaan dan pemulihan
X TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
238


RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Bahagian ini juga merupakan bahagian pengulangan. Gunakan teknik membaca
secara pantas untuk meneruskan pembacaan bahagian ini.
9.3.1 Definisi, Falsafah dan Objektif Program
Rancangan Pendidikan Individu didefinisikan sebagai satu program pendidikan
kanak-kanak secara individu yang dibuat secara bertulis bagi pencapaian kanak-
kanak yang berterusan. Program ini melibatkan objektif jangka panjang dan
pendek mengenai keperluan perkhidmatan pendidikan khas untuk kanak-kanak
tersebut dan menunjukkan sejauh mana kanak-kanak itu boleh mengambil
bahagian dalam program pembelajaran biasa.



Antara objektif Rancangan Pendidikan Individu ialah:
(a) Membawa penglibatan pelajar dalam pendidikan inklusif untuk aktiviti
pembelajaran dalam bilik darjah;
(b) Mengindividukan keperluan pelajar untuk pencapaian terkini serta aspirasi
akan datang; dan
(b) Berdasarkan kepada kekuatan pelajar.
Bender (1995) mendefinisikan RPI sebagai satu program pengajaran
berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan
individu pelajar yang kurang upaya. Mengikut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2000), RPI adalah satu rancangan program penilaian berterusan
untuk seseorang pelajar dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam
program pendidikan khas.
9.3
AKTIVITI 9.2
Reka program pengayaan dan pemulihan untuk mata pelajaran yang
anda ajar.
TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS W

239
9.3.2 Prinsip, Strategi dan Isu-isu Pelaksanaan
Rancangan Pendidikan Individu
Prinsip Rancangan Pendidikan Individu yang boleh digunakan dalam
pelaksanaan progam ini hendaklah:
(a) Sesuai dengan umur;
(b) Fleksibel berorientasikan masa akan datang;
(c) Menggunakan pendekatan holistik untuk pendidikan pelajar;
(d) Menggunakan model bertumpukan potensi pelajar dalam mencapai
pendidikan yang baik, sosial dan hasilan tingkah laku;
(e) Meningkatkan estim kendiri pelajar;
(f) Mengekalkan pelajar di sekolah;
(g) Penyediaan informasi mengenai perkembangan kemajuan kanak-kanak
atau pelajar itu;
(h) Melibatkan sumber pengurusan yang relevan dengan kejayaan pelajar;
(i) Memberi peluang penglibatan pelajar apabila sesuai; dan
(j) Sebagai alat pembelajaran yang berkesan.
Bagi melaksanakan rancangan pendidikan individu perlu diwujudkan satu panel
yang terdiri daripada:
(a) Guru besar sebagai pengerusi;
(b) Guru kelas;
(c) Guru mata pelajaran;
(d) Guru khas; dan
(e) Ibu bapa.
Rancangan Pendidikan Individu perlu dinilai berterusan sama ada setiap
minggu atau setiap bulan mengikut kesesuaian. Jika didapati matlamat tidak
tercapai setelah Rancangan Pendidikan Individu dijalankan, strategi yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran perlulah diubah.
X TOPIK 9 PROGRAM UNTUK PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
240

x Program pendidikan inklusif mempunyai definisi, falsafah dan objektifnya
tersendiri. Untuk melaksanakannya, satu kumpulan pelbagai disiplin yang
dianggotai oleh pakar-pakar tertentu seperti pakar perubatan dan lain-lain
perlu ditubuhkan.
x Program pengayaan pula secara asasnya mempunyai objektif untuk
mengembangkan potensi pelajar ke tahap sebenar yang optimum. Ia
mempunyai empat peringkat tertentu dan boleh dibahagikan kepada
program pengayaan secara menegak dan juga secara mendatar.
x Rancangan pendidikan individu dibuat dengan objektif jangka panjang
dan jangka pendek untuk melihat pencapaian seseorang kanak-kanak
berkeperluan khas. Ia memerlukan penglibatan pelbagai pihak seperti guru
dan ibu bapa.

Kumpulan pelbagai disiplin
Pelajar normal
Pendidikan inklusif
Pendidikan pemulihan

Apakah yang anda faham mengenai program bagi kumpulan pelajar yang
berkeperluan khas?

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan inklusif? Apakah falsafah dan
objektif pendidikan jenis ini?

Anda mungkin juga menyukai