Anda di halaman 1dari 5

HNS 3192 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUGASAN
ULASAN SYARAHAN

TAJUK
MAJLIS PELANCARAN YAYASAN KEBAJIKAN SISWA MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK
DR. INTAN SURIA
HAMZAH

DISEDIAKAN OLEH
IZZAH HAZZIQA BINTI MASALAN
D20211099229

KUMPULAN : O
Pada tanggal 29 Oktober 2021, Majlis Perasmian Yayasan Kebajikan Mahasiswa
Keluarga Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana
Menteri Malaysia secara maya dan disiarkan secara langsung di laman web “Facebook”. Majlis
anjuran Kementerian Pelajaran Tinggi itu juga turut disertai Menteri Pengajian Tinggi Dato’
Sri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Plan penubuhan yayasan itu telah diusulkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pada 30
Jun Mac 2020 bersama bekas Perdana Menteri, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Perdana Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
(MPPK) 2021. Pada Mesyuarat Perdana MPPK yang lalu, Kementerian Pengajian Tinggi telah
membentangkan hasil dan tindakan 11 agenda yang telah dibentangkan oleh MPPK kepada
YAB Perdana Menteri di mana kesemua agenda itu telah direalisasikan dan telah diangkat
menjadi agenda nasional di peringkat kementerian sepanjang tahun 2020 hingga 2021. Tujuan
penubuhan yayasan ini adalah untuk menyelaras, menyatukan dan memudah cara bagi aktiviti
kebajkan pelajar IPTA. Selain itu, kerajaan akan menjadikan Yayasan Kebajikan Mahasiswa
ini sebagai satu badan peringkat nasional untuk mengurus, menyelaras penjanaan dan
penyaluran dana bantuan untuk tujuan kebajikan mahasiswa. Badan itu akan berkolaborasi
dengan kesemua saluran bantuan dan yayasan sedia ada di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi
memudahkan bantuan disalurkan kepada mahasiswa yang memerlukan bantuan.

Berdasarkan mesyuarat lalu, Kementerian Pengajian Tinggi telah membentangkan hasil


dan tindakan 11 agenda yang telah dibentangkan oleh MPPK kepada YAB Perdana Menteri di
mana kesemua agenda itu telah direalisasikan dan telah diangkat menjadi agenda nasional di
peringkat kementerian sepanjang tahun 2020 hingga 2021. 11 agenda terdiri daripada Rumah
Sewa Siswa, Kad Prihatin Siswa, Memperkasa Biasiswa MyBrain, Yayasan Kebajikan
Mahasiswa, Penubuhan Jawatankuasa Khas PTPTN Bersama Mahasiswa, Modul Kepimpinan
Mahasiswa Nasional (LAKSAMANA), Pemerkasaan Pilihan Raya Kampus, Menaiktaraf
Kualiti Capaian Internet, Mengembalikan Parlimen Mahasiswa Malaysia, Skim Latihan
Graduan Nasional dan Memartabat Mahasiswa Malaysia. KPT telah menjalankan sesi libat
urus bersama beberapa agensi yang terlibat bagi menjayakan 11 Agenda seperti sesi libat urus
bersama agensi perbankan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan syarikat pembekal telco di Malaysia.
Selain itu, mahasiswa juga mempunyai peluang untuk melontarkan idea dan juga
pandangan bukan sahaja untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan hal ehwal mahasiswa
memberikan idea bagi kebajikan dan pembangunan negara. Tiga perwakilan pemimpin
mahasiswa telah membentangkan tiga kertas pertimbangan iaitu Skim Rumah Sewa Rakyat
(RASIONAL) oleh Saudara Muhammad Haziq Azfar bin Ishak, Pemerkasaan Sektor Pertanian
Dalam Negara:Future Proofing Industri Pertanian Malaysia oleh Saudara Kuhan Bathmanaban,
dan Integrasi Teknologi Bagi Penambahbaikan Pengurusan Kesihatan Rakyat Malaysia
(S.I.H.A.T) oleh Saudari Sharifah Alawwiyyah Syed Abu Bakar.

Pada majlis perasmian tersebut, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian
peruntukan RM 5 juta menerusi Menteri Kewangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi
sebagai dana permulaan sebagai tanda sokongan kerajaan dalam memastikan kelangsungan
operasi dan matlamat penubuhan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia tercapai.
Menurut Perdana Menteri, yayasan berstatus badan rasmi peringkat nasional itu ditubuhkan di
bawah Akta 268 dengan dikawal selia Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana
Menteri. YB Dato’ Sri Noraini juga mengatakan bahawa penubuhan yayasan ini seiring dengan
focus strategic KPT yang ke-6; menyemarakkan semangat “#KPTPrihatin” yang
mengutamakan pengurusan dan penyelarasan aktiviti penjanaan serta penyaluran dana,
memantapkan tadbir urus serta menambah baik kecekapan urusan kebajikan dan kesejahteraan
mahasiswa. Harapan YAB Perdana Menteri menerusi ucapan beliau adalah agar yayasan dapat
betul- betul membantu meringankan beban dana pelajar IPTA khususnya yang kurang
berkemampuan.

Terdapat juga agenda lain yang telah berjaya dijalankan antaranya adalah Rumah Sewa
Siswa di mana garis panduannya dan Portal Rumah Siswa telah dilancarkan pada 5 Mac yang
lalu. Garis Panduan tersebut meliputi lima skop penting iaitu Pembangunan Pelajar Luar
Kampus, Perkhidmatan Pelajar Luar Kampus, Pengurusan Kebajikan Pelajar Luar Kampus,
Pengurusan Rumah Sewa Luar Kampus serta Jaringan Kemasyarakatan. Portal itu kini boleh
diakses melalui pautan ‘rumahsiswa.mohe.gov.my’. Selain itu, YB Dato’ Sri Noraini berkata,
pihaknya dimaklumkan bahawa kesemua 20 universiti awam telah mewujudkan portfolio Unit
Pengurusan Pelajar Luar Kampus bagi menguruskan hal ehwal pelajar luar kampus di kampus
masing-masing. Menurutnya, Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus juga telah
dibangunkan sebagai rujukan dalam pengurusan pelajar luar kampus agar penubuhan unit
berkenaan mempunyai arah tuju jelas. Portal Siswa yang dibangunkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi berfungsi sebagai penghubung antara pelajar dan pemilik premis. Tambahan
pula, portal itu juga menyediakan khidmat nasihat serta memudahkan proses pencarian bilik
atau rumah sewa dengan harga kompetitif.

Jawatankuasa Khas PTPTN Bersama Mahasiswa juga telah ditubuhkan sebagai medium
khas yang membolehkan mahasiswa terlibat secara langsung dalam proses pembuatan
keputusan penyampaian perkhidmatan PTPTN. Modul Latihan Kepimpinan Mahasiswa
Nasional (LAKSAMANA) juga akan dijalankan sebagai inisiatif pembinaan sahsiah pelajar.
Selain daripada itu pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah menaik taraf kualiti capaian
internet melalui Malaysian Research and Education Network atau MYREN dengan
peruntukan sebanyak RM50 juta juga telah diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor
Awam (JTISA) pada 14 April 2021.

Pada padangan saya, program dan agenda yang telah diusulkan dan dijalankan ini adalah
amat bernas serta memberansangkan. Hal ini kerana ianya dapat menolong para pelajar bukan
sahaja dari aspek kewangan malah dari segi intelek dan sahsiah. Sebagai cadangan, pihak IPTA
boleh mengambil bahagian dalam pemilihan dan pengagihan bantuan dari Yayasan Kebajikan
Siswa berdasarkan data maklumat pelajar yang dikemas kini. Dengan cara ini, bantuan dapat
diagihkan dengan cepat dan efektif kerana melibatkan skala yang lebih kecil dalam proses
pemilihan permohonan mahasiswa melalui pihak IPTA masing-masing. Saya juga berharap
agar banyak lagi yayasan berperingkat nasional dapat ditubuhkan supaya dapat memberikan
peluang bantuan kewangan kepada lebih ramai lagi mahasiswa dalam membantu mereka
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, program Yayasan Kebajikan Siswa merupakan satu inisiatif yang


berkesan dalam meringankan beban kewangan para mahasiswa yang kurang berkemampuan
supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa semasa menjalani pegajian di IPTA
masing-masing. Melalui senarai agenda mesyuarat yang lain juga, dapat kita konklusikan
bahawa Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan serta pihak-pihak atasan yang lain telah
menjalankan usaha yang bagus untuk memastikan kemajuan dah kesejahteraan mahasiswa
dijaga dengan baik, selaras dengan slogan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB
Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Anda mungkin juga menyukai