Anda di halaman 1dari 3

Sukan merupakan bidang yang ideal bagi membentuk perpaduan dan integrasi dalam

kalangan rakyat berbilang kaum, khususnya bagi acara sukan yang popular. Sukan

menwujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan

melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan

solidariti tanpa mengira etnik dan keturunan. Melalui sukan juga dapat membantu

menaikkan semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis

dan prasangka buruk dalam kalangan rakyat, lebih-lebih lagi apabila acara itu

diadakan di tanah air khususnya sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

yang diwakili oleh pasukan kebangsaan atau negara.

Memperkenalkan program latihan khidmat negara (PLKN)

Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula dilaksanakan pada 2004 sebagai

kursus wajib selama tiga bulan di kem latihan bagi remaja lepasan Sijil Pembelajaran

Malaysia (SPM). PLKN yang berteraskan Rukun Negara mempunyai kurikulum

berbentuk multidisiplin yang mengandungi beberapa modul. Antara modul tersebut

adalah modul fizikal yang merangkumi aktiviti kawad,merempuh halangan, merentas

desa dan kembara hutan. Seterusnya, modul kenegaraan yang memberi penekanan

terhadap aspek pengetahuan tentang pembinaan negara bangsa. Modul pembinaan

karektor mencakupi penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal. Akhir sekali,

modul khidmat komuniti yang menyentuh antara lain aktiviti gotong- royong seperti

membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar. Objektif yang

utama dalam PLKN adalah untuk menanam semangat patriotisme dalam kalangan

generasi muda atau remaja malaysia. Memupuk perpaduan etnik serta integrasi

nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.


Berdasarkan objektif tersebut, generasi muda dapat mengeratkan lagi hubungan

silaturahim sesama sendiri mengikut berlainan kaum dan tempat asal. Dimana ia

menunjukkan perpaduan yang harmoni dan tidak melibatkan apaapa kesan negatif

kerana dengan suka ini remaja juga dapat saling kenal-mengenali dan hormat sesama

sendiri dengan kaum yang lain. Tambahan pula program ini mendedahkan golongan

remaja kepada kerja-kerja yang bercorak kebajikan. Golongan remaja masa kini

biasanya hidup dalam keadaan mewah dan hanya mementingkan gaya hidup yang

bebas. Mereka jarang diajak untuk menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja

kebajikan. Dalam program ini model khidmat masyarakat yang melibatkan kerja-kerja

kebajikan diperkenalkan supaya peserta dalam memberikan sumbangan ke arah

melahirkan masyarakat penyayang. Mereka dihantar untuk bekerja membersihkan

kawasan perumahan, rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim, dan sebagainya.

Dengan cara ini golongan remaja akan menjadikan kerja-kerja kebajikan sebagai

sesuatu yang boleh dilakukan sepanjang masa dan bukan pada masa-masa tertentu

sahaja.kebaikan program ini ialah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan

remaja pelbagai kaum. Seperti yang diketahui umum, perpaduan merupakan satu aset

penting ke arah kemajuan negara. Perpaduan bakal menentukan iklim politik,

ekonomi, sosial, dan sebagainya berada pada tahap yang selesa. Tanpa perpaduan,

negara ini akan kucar-kacir dan bakal mencetuskan kekacauan. Pihak luar sudah pasti

mengambil peluang daripada ketidakstabilan negara kerana bersatu kita teguh bercerai

kita roboh. Isu perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai

masyarakat majmuk seperti negara ini. Remaja pelbagai kaum perlu disedarkan

peranan masing-masing dalam memelihara semangat perpaduan agar negara terus

aman.
Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai