Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan bagi kursus Hubungan

Etnik. Saya sangat berbesar hati kerana dapat menyempurnakan online task yang disediakan dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Saya berterima kasih kepada e-tutor atas bimbingan yang diberikan
serta pihak OUM yang menyediakan video pengajaran bagi kursus ini supaya saya dapat
mempelajari dengan lebih senang dan efektif. Sepanjang pembelajaran ini, banyak maklumat,
ilmu, pengetahuan dan pengajaran yang telah saya perolehi. Dengan ini, ia dapat mendorong saya
untuk terus mempelajari ilmu yang baharu untuk masa hadapan.

Secara keseluruhannya, saya telah mengetahui banyak mengenai hubungan etnik di negara
ini dan betapa pentingnya masyarakat di negara ini menjaga dan menyuburkan keharmonian
rakyat di negara Malaysia. Oleh itu, kita mestilah terus memupuk keharmonian kaum, integrasi
dan perpaduan kerana ianya adalah antara asas-asas penting untuk kejayaan sesebuah negara. Kita
juag harus menjaga keharmonian kaum dan harus saling menghormati budaya dan agama kaum
lain. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa negara Malaysia mempunyai pelbagai
kaum dan penggunaan bahasa juga mesti dititik beratkan. Bahasa yang kesat dengan mengeji
sesuatu kaum mengundang kepada perbalahan dan perpecahan rakyat. Contohnya isu yang hangat
kebelakangan ini yang berlaku pada November iaitu seorang lelaki melakukan perbuatan yang
tidak wajar atas mengganggu promoter menjual arak di pasaraya Giant Ampang. Dalam video
tersebut, kita dapat melihat lelaki tersebut terus melakukan provokasi lisan walaupun promoter
arak tersebut memberitahu lelaki berkenaan bahawa sampel minuman keras itu hanya diberi
kepada bukan Muslim. Malah, lelaki itu juga menunjukkan tanda isyarat lucah keatas promoter
tersebut sebelum beredar dari tempat itu. Dia juga menggunakan istilah yang tidak hormat bagi
menunjukkan kepada sesuatu kaum. Isu ini telah mencetuskan rasa tidak puas hati netizen.
Pengajaran kejadian kepada kami adalah Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan yang penting
dalam memastikan keamanan dan keharmonian diguna pakai dalam masyarakat. Perkataan yang
digunakan harus dijaga dan persefahamnan antara kaum perlulah Jika ada huru-haradan konflik
antara kaum, rakyat Malaysia akan berada dalam kerugian.

Kesimpulannya, melalui kursus ini, ia telah membwa kesedaran dan peringatan kepada
saya bahawa perpaduan merupakan elemen penting kepada pembangunan masyarakat dan negara
dari pelbagai aspek. Biarpun berbeza budaya, pegangan dan agama, namun dengan sikap saling
hormat menghormati antara satu sama lain, perbezaan tersebut dapat memberikan manfaat yang
optimum kepada semua kaum di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai