Anda di halaman 1dari 23

LIANA BINTI RAMLI

MA0141568-P

Konsep perniagaan yang digunakan oleh syarikat LIANA BINTI RAMLI ini
merupakan sebuah perniagaan pemilikan tunggal. Pengusaha mengusahakan
perniagaan menjual kerepek sebagai produk utama syarikatnya. Pengusaha akan
memastikan setiap produk yang dikeluarkan merupakan produk yang 100% asli dan
tidak mempunyai campuran- campuran lain.

Pada permulaan perniagaan, pengusaha hanya menjual satu jenis kerepek sahaja iaitu
produk utama kerepek kacang peas. Ia merupakan produk buatan sendiri dan ianya
merupakan resepi sendiri pengusaha. Produk ini mulanya dijual dan dibungkus
mengikut kehendak pelanggan dijual dan diproses mengikut jangka masa yang sesuai
selepas sesuatu produk itu dikeluarkan.

Memulakan sesuatu perniagaan bukan sekadar mengubah kehidupan, tetapi


merupakan pelaburan kewangan utama bagi seseorang usahawan. Justeru itu sebalik
sahaja mengambil keputusan untuk berniaga, setiap pengusaha perlu menyedari
sepenuhnya komitmen yang perlu dilaksanakan.

Oleh itu pengusaha perlu memperlengkapkan diri dengan maklumat-maklumat sesuai,


yang tepat dan terkini berkaitan dengan perniagaan yang akan diceburi.Perolehan
jualan serta keuntungan boleh mencapai tahap yang tinggi jika lokasi dan pasarannya
adalah sesuai dan keluaran yang dihasilkan bermutu tinggi. Walaubagaimanapun
pasaran kerepek adalah sangat kompetitif. Oleh itu, kerap terdapat premis-premis
menjual makanan ringan ini yang tidak dapat bertahan lama, terutama mereka mereka
yang dibandar-bandar besar. Hanya premis-premis yang mengeluarkan berbagai jenis
produk yang menepati kehendak setempat, dengan harga yang berpatutan mampu
bersaing di dalam pasaran-pasaran yang mencabar.

Perniagaan ini boleh dikategorikan sebagai perniagaan yang sederhana stabil dengan
tahap risiko yang rendah dengan pertumbuhan yang tinggi serta berpotensi untuk
dimajukan oleh usahawan sebagai perniagaan yang sederhana stabil dengan tahap
risiko yang rendah pertumbuhan yang tinggi serta berpotensi untuk usahawan sebagai
perniagaan pemilikan sendiri.

PRODUK UTAMA

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

1. Kerepek Kacang Peas

Satu produk yang dipasarkan meluas sekitar kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan
juga Kuala Lumpur. Kerepek kacang peas ini mendapat sambutan yang menggalakkan
kerana ianya 100% buatan tangan dan rasanya sangat sedap.

PRODUK

Gambar 1: Kerepek kacang peas yang dijual

TARGET PENJUALAN

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

Selepas penjualan kerepek yang dijalankan mendapat sambutan yang amat


menggalakkan, pengusaha juga mencuba mempelbagaikan jualan kerepek yang lain
termasuklah kuih-kuih tradisiaonal seperti kuih ros, kuih dedan, tempeyek dal dan juga
muruku biasa. Kuih-kuih ini mendapat sambutan yang banyak apabila tibanya musim
perayaan dan juga cuti sekolah.

Oleh itu, pengusaha ini memperluaskan skop kawasan pembuatan,pemprosesan dan


juga pembungkusan yang lebih efektif dan kualiti serta kuantiti produk yang
dihasilkan menjangkau kearah permintaan pelanggan yang semakin ramai.

a) Pembungkusan Produk

Buat masa ini, syarikat LIANA BINTI RAMLI menjalankan segala pemprosesan serta
pembungkusan makanan di kediaman pengusaha sendiri kerana pengusaha tiada
bengkel khas untuk menjalankan aktiviti pemprosesan bagi makanan yang diproses..
Oleh itu, kertas kerja ini diadakan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak yang
berkaitan untuk membina bengkel pemprosesan serta makanan dan juga stor
penyimpanan makanan yang dijalankan. Proses pembungkusan dijalankan
menggunakan sealing secara manual iaitu menggunakan tangan.

b) Ruang Pemprosesan

Pengusaha memerlukan ruang pemprosesan yang agak besar kerana ketika ini
pengusaha menjadikan kawasan kediaman pengusaha sebagai tempat memproses
kerepek yang dijalankan. Aktiviti ini dibantu sepenuhnya oleh 2 orang pekerja agar
kerja yang dijalankan lebih cepat dan kerepek yang digoreng tidak cepat lemau.
Contoh:

Kerepek Kacang Peas

 1 produk 500gram(Pek Besar)


= RM12.00
 1 produk 100gram(Pek Kecil)
= RM2.50

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

Syarikat LIANA BINTI RAMLI ini dikendalikan sendiri oleh pengusahanya, iaitu
Liana Binti Ramli dan dibantu oleh dua (2) orang pekerja yang membantu premis ini
bergerak sehingga sekarang. Pengalaman selama tahun membuat kerepek kacang peas
telah mematangkan pengusaha untuk terus berusaha untuk memajukan lagi
perniagaannya dengan membesarkan premis yang sedia ada.

Pengusaha mencuba mempelbagaikan jenis kerepek yang dijual dan dengan ini
pengusaha dapat menarik perhatian ramai pelanggan dan pemborong yang datang
berkunjung ke premisnya.
Pengusaha juga menitikberatkan pembungkusan yang rapi serta kemas dan juga
menarik. Kualiti kebersihan juga amat dititikberatkan oleh pengusaha.

Setiap pekerja yang bekerja disini diwajibkan memakai sarung tangan ketika proses
pengasingan, pemasakan dan pembasuhan dan juga proses pembungkusan. Hygiene
yang baik merangsang keadaan kerepek yang baik dan juga tahan lama untuk
pengguna.

Maklumat Pengurusan
Carta organisasi dipaparkan dalam Rajah 1.
Rajah 1: Carta Organisasi

Pemilik

Pekerja Am Pekerja Am

Misi Perniagaan
“Kami Menawarkan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Yang Pantas,
Efisyen Dan Boleh Dipercayai”

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

1. RANCANGAN PENGURUSAN

Pengurusan merupakan satu sistem pengawalan yang amat penting dalam sesebuah
organisasi yang telah ditubuhkan.Ia bertujuan untuk menyelaraskan dan membentuk
satu pakatan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan oleh pengusaha.
Ianya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan dan teknologi dan
juga sumber alam semulajadi contohnya cahaya matahari dan juga air sungai.

LIANA BINTI RAMLI menekankan pengurusan yang sistematik agar misi dan visi yang

dirancang tercapai tanpa pengeluaran modal yang berlebihan dan dalam masa yang
sama ia dapat mengaut keuntungan yang agak lumayan. Sebagai pengusaha yang baru
sahaja menceburi bidang perusahaan ini, pengusaha perlulah menyediakan catitan
setiap aktiviti keluar masuk wang.

Dua 2 jenis rekod yang dicadangkan ialah rekod pengurusan dan juga rekod kewangan.

Rekod Pengurusan ialah sebuah rekod yang merekod dan mencatit setiap pengeluaran
dan kemasukan wang ke dalam perniagaan yang diuruskan oleh pengusaha.
Walaupun pengusaha menjalankan perniagaan yang kecil, rekod pengurusan ini perlu
ada agar dapat membaiki kelemahan pengurusan dari peringkat ke peringkat.

Rekod Kewangan pula adalah rekod yang digunakan untuk menentukan paras
keuntungan dan kerugian, mengurangkan kos-kos pembaziran dan juga membantu
menyediakan kertas kerja bagi tujuan membesarkan perniagaan pada masa akan
datang.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

1.1 KELENGKAPAN
Semua jenis perniagaan memerlukan kelengkapan dan peralatan pada peringkat
permulaan perniagaan. Sebelum mendapatkan kelengkapan dan peralatan anda perlu
memutuskan sama ada untuk membeli atau memajak. Pemajakan membolehkan
pengusaha untuk mendapatkan keperluan kelengkapan tanpa wang pendahuluan yang
besar. Dengan cara ini pengusaha dapat mengurangkan keperluan kewangan dan
membolehkan modal digunakan untuk perbelanjaan perniagaan yang lain. Bagi
perniagaan baru, pemajakan adalah suatu alternatif yang baik.
Pengusaha mungkin perlu melabur sebanyak RM100,000 untuk kelengkapan-
kelengkapan baru sebuah kedai menjual kuih mahupun kerepek kerana kos untuk
membeli mesin-mesinnya mencecah puluhan ribu ringgit seunit. Jika ingin memulakan
dengan peruntukan yang lebih kecil, pengusaha boleh membeli pakej kelengkapan
terpakai dengan harga yang lebih rendah.

Sistem penyelenggaraan kelengkapan yang baik harus mempunyai item-item seperti


berikut:
• daftar logi
• lembaran pemeriksaan
• kad-kad sejarah
• gambarajah mesin
• peralatan-peralatan, barang-barang ganti dan kepakaran teknikal

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

Bagi rancangan pemasaran, LIANA BINTI RAMLI telah mensasarkan sebahagian


produk yang dijualnya ke sekitar kawasan berhampiran iaitu sekitar kawasan Negeri
Sembilan, Melaka dan perniagaannya initelah dikembangkan ke cawangan sekitar
Kuala Lumpur dan produk yang dijual mendapat sambutan yang memberansangkan
lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

Perniagaan kerepek kacang hijau LIANA BINTI RAMLI ini dihasilkan melalui kaedah
manual yang dipantau sendiri oleh pengusahanya agar kualiti penghasilan dan produk
yang telah dihasilkan terjamin kualiti dan kuantitinya.

Bagi setiap pengusaha yang ingin mendapatkan hasil pemasaran yang baik dari segi
pemasaran mahupun dari produktiviti yang dijual, perlulah ada strategi yang baik
serta perkhidmatan yang teratur dan berkualiti.

Oleh kerana keadaan ekonomi Negara yang tidak menentu, pengusaha mengambil
insentif untuk meluaskan perniagaannya kearah yang lebih stabil dengan membina
sebuah bengkel perusahaan agar pembuatan serta pembungkusan yang sebelum ini
dijalankan di kediaman pengusaha sendiri akan lebih teratur dan terurus dengan lebih
sempurna. Oleh itu, pengusaha mengambil manfaat agar berusaha dengan lebih gigih
dan meningkatkan produktiviti produk yang diusahakannya dengan lebih efektif.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

2.1 Penyelidikan Pasaran

Memulakan sesuatu perniagaan bukan sekadar mengubah kehidupan, tetapi


merupakan pelaburan kewangan utama bagi seseorang usahawan. Justeru itu sebaik
sahaja mengambil keputusan untuk berniaga, anda perlu menyedari sepenuhnya
komitmen yang perlu anda laksanakan.

Lokasi

Lokasi merupakan faktor paling penting yang menentukan kejayaan sesuatu


perniagaan dalam pasaran makanan. Sasaran pasaran anda dan demografi pengguna
memainkan peranan yang sangat besar di dalam keputusan pemilihan lokasi.

Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, pengusaha perlu terlebih dahulu menyiasat


dan meneliti kemungkinan permintaan bagi produk yang dijual dan siapakah yang
bakal menjadi pelanggan pengusaha nanati. Ini termasuk di dalam penyelidikan
pasaran. Penyelidikan pasaran yang dibuat dengan teliti akan membuat tahap daya
maju perniagaan pengusaha.Penyelidakan juga dapat mengganggarkan jumlah
pelaburan yang diperlukan, menentukan saiz permintaan bagi produk dan ini dapat
membantu pengusaha mengenali lokasi yang terbaik.

Setiap perniagaan biasanya memerlukan daya penarik kepada sekumpulan orang


tertentu yang akan menjadi pelanggan-pelanggan utama mereka. Pengusaha boleh
mengkategorikan pelanggan-pelanggan kepada segmen-segmen pasaran yang jelas.
Jika segmen-segmen ini dikenalpasti, maka ini dapat membantu pengusaha
menganggarkan potensi saiz pasaran, mengenalpasti keperluan spesifik mereka dan
membantu pengusaha menyesuaikan perniagaan dan pemasaran untuk memenuhi
keperluan mereka.

Untuk memberikan anda idea tentang persaingan, pengusaha juga perlu menyelidiki
lain-lain perniagaan yang sama dalam kawasan pengusaha untuk mengenalpasti
peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang bakal dihadapi oleh perniagaan.

Penyelidikan industri pula adalah berguna untuk memberi gambaran yang lebih tepat
mengenai industri dalam mana anda bersaing termasuk faktor-faktor kejayaan utama,
trend-trend, cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang sedia wujud. Untuk
memudahkan penyelidikan, pengusaha dinasihatkan supaya memecahkan
penyelidikan kepada dua bahagian yang berasingan:

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

2.1.a. Penyelidikan Tempatan

Penyelidikan tempatan melibatkan penilaian secara fizikal kebolehlaksanaan


perniagaan pengusaha dalam sesuatu persekitaran tertentu dan mungkin berbentuk
pemerhatian secara fizikal, temu ramah, dan perbincangan dengan rakan perniagaan
tempatan.

2.1.b. Penyelidikan Persekitaran Lebih Luas

Penyelidikan persekitaran lebih luas melibatkan kajian faktor-faktor luaran yang boleh
memberi kesan kepada kejayaan perniagaan anda merangkumi dari yang lebih luas
seperti politik dan ekonomi kepada perubahan-perubahan dalam kawasan perniagaan
tempatan.

Rujukan yang biasa digunakan untuk mendapatkan maklumat termasuk dari Majlis
Perbandaran Tempatan, persatuan-persatuan industri dan perniagaan, media secara
umum dan Internet.

Kaedah tinjauan atau survei secara formal boleh dilakukan menggunakan beberapa
cara termasuk temubual individu ke individu, surat menyurat secara terus, dan temu
bual telefon. Walau bagaimanapun, setiap jenis tinjauan mempunyai kebaikan dan
kelemahan tersendiri termasuk dari segi kos

2.2 LOKASI PERNIAGAAN

Untuk memulakan perniagaan kerepek serta kuih tradisional, lokasi perniagaan ini
terbahagi kepada 2 iaitu:

a. Rumah Kedai
b. Kaki Lima (Walkway)

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

(a) Rumah Kedai

1. Sekiranya anda memilih tapak Rumah Kedai di kawasan taman perumahan,


pastikan dahulu berapa banyak rumah kediaman dan kepadatan penduduk di
taman tersebut di dalam lingkungan 5 km dari kedai anda.
2. Membuat kajian mengenai kuasa membeli penduduk, di mana beberapa faktor
perlu diambil kira seperti :

• Taraf pendidikan sebahagian penduduk


• Fizikal luaran penduduk
• Pekerjaan
• Ramai kenalan dan saudara mara

3. Mengenalpasti pusat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, pasar
malam dan pasar tani.
4. Kemudahan institusi pendidikan seperti sekolah, universiti, maktab perguruan,
kem askar dan lain-lain lagi.
5. Rumah Kedai tersebut juga menjadi laluan utama oleh syarikat pembekal
6. Mudah untuk mendapat barang-barang keperluan lain seperti Utensil dan
Plastic Packaging
7. Jika boleh lokasi yang dipilih hendaklah di tempat tumpuan ramai seperti di
sebelah Pasaraya, Klinik, Hentian Bas, Balai Polis, Masjid atau berhampiran
Pasar.

(b) Kaki Lima (Walk Way)

1. Membuka perniagaan jualan kuih tradisional di kawasan pejalan kaki, seperti di


bandar-bandar besar.
2. Lokasi lain yang sesuai adalah seperti di dalam pusat membeli-belah, bazar,
perhentian bas dan di dalam bangunan pejabat.
3. Mempunyai aliran trafik yang tinggi, di mana pelanggan yang masuk ke kedai
adalah pelanggan yang bersilih ganti.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

2.3 PERSAINGAN DILOKASI PILIHAN

LOKASI CADANGAN1. Sekiranya terdapat persaingan perniagaan yang sama dari


kedai kuih tradisional yang lain, maka beberapa pendekatan perlu diambil kira iaitu :

• Konsep perniagaan yang berbeza dari pesaing.


• Memastikan produk yang akan dihasilkan berkualiti dan bermutu.
• Menerapkan cara perniagaan yang sihat, dan cuba meyakinkan orang
ramai bahawa produk yang dihasilkan adalah suci dan bersih.
• Menghasilkan produk yang berlainan pelbagai rasa dan pelbagai
bentuk. Ini bergantung kepada daya kretiviti mencipta pelbagai
produk dan resepi
• Mempunyai system pengurusan yang cekap dan efisin, di mana setiap
pekerja mempunyai Training Manual yang perlu diikuti.
• Menggunakan teknologi maklumat (IT) untuk melakukan aktiviti
mengambil pesanan, promosi dan pemasaran, seperti email dan laman
web.
• Pengedaran flyers dan risalah untuk memaklumkan jenis produk dan
harga promosi yang ditawarkan.

2.4 PEKERJA
Perniagaan kerepek kacang peas ini hanya diusahakan oleh pengusahanya sendiri serta
dibantu oleh 2 orang pekerja dan juga suami beliau sendiri. Setiap pekerja telah
membantunya dari segi pelabelan dan juga pembungkusan setiap kerepek yang akan
dijual. Gaji mereka setiap hari adalah RM10.00 sehingga RM15.00.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

2.5 STRATEGI PEMASARAN


Untuk strategi pemasaran bagi perusahaan kerepek kacang peas LIANA BINTI RAMLI,
pengusaha mementingkan keutamaan pelanggan yang menempah dari pengusaha.
Keutamaan pelanggan termasuklah kepuasan pelanggan dari segi produk makanan
yang dijual bahkan, kuantiti makanan serta kualiti yang dijual. Pengusaha juga
bergerak sendiri menjual produk-produk syarikatnya dari kedai ke kedai dan
pengusaha juga menggunakan pengedar-pengedar yang terdiri daripada teman-teman
rapat serta saudara-mara yang berminat untuk menceburi bidang ini.
LIANA BINTI RAMLI juga mengutamakan harga yang berpatutan bagi barang-barang
yang dipasarkan.
Untuk memperluaskan perniagaannya dan dikenali oleh orang ramai, LIANA BINTI
RAMLI bukan sahaja menjual kerepeknya dalam bungkusan yamg besar, bahkan
pengusaha mempelbagaikannya dalam bidang gubahan serta dijadikan goodies bagi
majlis perkahwinan serta majlis-majlis tertentu. Ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan produktiviti yang dijualnya meningkat dan juga mudah dikenali orang
ramai.

2.6 SASARAN PERNIAGAAN

 Sekitar kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur


 Kedai-kedai makan serta kedai-kedai runcit
 Penduduk sekitar kawasan yang berhampiran

2.7 STRATEGI HARGA

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

LIANA BINTI RAMLI adalah sebuah syarikat yang mementingkan keperluan dan
kepuasan pelanggannya. Bagi harga setiap produk yang dijual, pengusahanya sentiasa
memastikan harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan kualiti produk itu
sendiri. Pengusaha juga mengambil kira harga persaing-persaing yang berdekatan
dengan premis pengusaha. Jika ada masa lapang, pengusaha akan berkunjung ke kedai
jualan makanan ringan yang lain dan mencuba makanan disitu dan sentiasa melihat
harga yang digunakan oleh pengusaha disitu. Ini sedikit sebanyak membuahkan ilham
agar pengusaha dapat menyelarasan harga makanan yang dikeluarkannya seperti
harga kedai yang lain. Setiap produk yang dijual khususnya kerepek yang dikeluarkan
tahan lebih lama.

Harga goodies yang dijual mengikut packages:


100 – 200 = RM0.70
300 – 500 = RM0.60
500 – 1000 = RM0.50

2.8 STRATEGI PERKHIDMATAN

Untuk strategi perkhidmatan pula, LIANA BINTI RAMLI akan sentiasa memberi
perkhidmatan yang baik kepada pelanggan yang datang membeli mahupun yang cuma
datang ‘berkunjung’ sahaja. Setiap pelanggan akan dilayan sama sahaja tidak kira usia
mahupun bangsa. Bagi pengusaha, dengan layan yang baik dan mesra ini sedikit
sebanyak mempengaruhi kedatangan pelanggannya ke premis serta dapat membawa
kepada tempahan yang agak banyak. Biarpun mutu makanan cukup istimewa tetapi
layanan yang agak mengecewakan, pelanggan mungkin tidak akan datang ke premis
yang diusahakan. Maka pengusaha menekankan bahawa layanan kepada setiap
pelangannya cukup diutamakan terlebih dahulu.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

3.1 STOK DAN PEMBEKAL


Stok dan perhubungan dengan pembekal memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah
perniagaan runcit. Pengurusan stok merupakan suatu seni yang harus dapat mengimbangi kos
menyimpan terlalu banyak dengan kos menyimpan terlalu sedikit stok. Menyimpan terlalu
banyak stok akan menyusutkan tahap kewangan kerana wang tersangkut dalam bentuk stok,
sebaliknya jika stok tidak mencukupi boleh menyebabkan perniagaan kehilangan pendapatan
kerana kekurangan jualan dan pilihan untuk pelanggan-pelanggan.
Ramuan-ramuan utama didalam pembuatan reroti adalah tepung, rai dan lain-lain bijirin, air,
yis, garam, minyak dan lemak, gluten, bahan pembaik roti, gula, produk-produk susu, telur,
buah-buah kering, bahan-bahan soya dan pelbagai ramuan lain seperti kekeras-kekeras, keju,
serbuk bawang putih, keping-keping bawang, biji bijan, kas-kas dan sebagainya. Tepung
merupakan bahan utama didalam pengeluaran reroti dan rai merupakan bijirin yang kedua
paling popular selepas gandum. Air ialah bahan utama doh dan seharusnya tidak
mengandungi sebarang bakteria yang merbahaya, serta bebas dari bau, rasa dan warna. Yis
memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran reroti dan diedarkan dalam bentuk
basah dan kering.
Fermentasi yis dipengaruhi oleh garam dalam doh yang mengurangkan kadar pengeluaran gas.
Bahan pembaik roti adalah campuran serbuk satu atau lebih agen-agen ubahsuaian gluten dan
sangat penting untuk mengawal kualiti roti. Pemilihan bahan pembungkusan untuk produk
makanan biasanya dibuat di atas dasar kos, hayat penyimpanan yang diperlukan, dan
rupabentuk. Bahan-bahan mentah yang digunakan secara meluas ialah politena, filem selulosa
bersalut dan polipropilina berorientasi bersalut.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

Jenis dan banyaknya ramuan yang anda pesan akan bergantung kepada produk-produk yang
anda jual. Kebiasaannya, anda harus peruntukkan sebanyak 35% dari pendapatan kasar
mingguan anda untuk stok. Lebih dari separuh adalah diperlukan untuk membeli tepung dan
jarak pesanan terbaik ialah setiap minggu atau dua minggu dan ianya dibeli dari kilang atau
pembekal-pembekal yang berdekatan.

Apabila membeli stok terdapat dua perkara penting yang harus dipertimbangkan. Pertama,
anda perlu mempunyai suatu system untuk mengetahui stok yang perlu diganti serta kaedah
untuk meramal bila stok akan berkurangan. Kedua, anda perlu memahami sistem
penghantaran pembekal anda, seperti tempoh penghantaran dan kitaran penghantaran mereka.
Anda akan menghadapi masalah kekurangan stok sekiranya anda tidak mengetahui kekangan-
kekangan masa dan jadual penghantaran pembekal-pembekal, terutamanya jika anda membuat
pesanan terlalu lambat.

Sistem pembelian stok yang biasa digunakan ialah pembelian secara kegunaan semasa (‘just-in-
time’) dan pembelian secara pukal. Pilihan kaedah pembelian terbaik bergantung kepada
kapasiti penyimpanan sedia ada dan modal kerja, sama ada item tersebut boleh rosak apabila
disimpan lama dan penjimatan kos yang boleh diperolehi jika membeli secara pukal.
Pendekatan yang didapati paling berkesan di dalam perniagaanbakeri runcit ialah untuk
mengambil seorang pembuat reroti/ pengurus dan seorang pembantu pembuat reroti. Pembuat
reroti/pengurus biasanya ditugaskan untuk membeli stok,berurusan dengan pembekal-
pembekal dan menyelia pengeluaran sementara pembantu pembuat reroti akan bekerja secara
shif.

3.2 OPERASI PERNIAGAAN

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

Premis ini beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Pengusaha juga
menerima tempahan pada bila-bila masa dan penghantaran pada kawasan yang
berhampiran adalah percuma.

3.3 PEMASARAN DAN PROMOSI

1. Aktiviti pemasaran dan promosi memainkan peranan yang penting dalam usaha
memperkenalkan perniagaan bakeri yang baru dijalankan.
2. Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti pemasaran, bakal pengusaha bakeri perlulah
mengetahui jumlah bajet atau perbelanjaan yang bakal digunakan untuk tujuan
pemasaran dan promosi. Ini kerana perniagaan kuih tradisional yang baru bermula
memerlukan lebih banyak aktiviti promosi dan pemasaran bagi
memperkenalkannya di mata masyarakat.
3. Pada peringkat permulaan, promosi bolehlah dilakukan dengan cara mengedarkan
broucher, pamplet, flyer, handbill, banner, banting dan lain-lain.
4. Risalah bolehlah diedarkan kepada orang ramai yang lalu-lalang di hadapan kedai
manakala banner dan banting hendaklah digantung di tempat-tempat yang mudah
dilihat oleh orang ramai.
5. Sekiranya pengusaha mempunyai bajet yang besar bagi tujuan promosi, beliau
bolehlah menggunakan media elektronik seperti televisyen dan radio serta internet.
Menyediakan lawab web syarikat adalah digalakkan kerana ianya akan
memudahkan pelanggan mengakses maklumat terkini mengenai syarikat dan
produk dengan lebih cepat dan menjimatkan kos.
6. Untuk promosi pengenalan produk, pengusaha bolehlah memberi sedikit diskaun
bagi setiap pembelian produk bagi menarik lebih ramai pelanggan datang ke situ.
7. Pengenalan kad ahli juga boleh dilakukan bagi tujuan menggalakkan pelanggan
kekal membeli produk bakeri di kedai anda.

3.4 LESEN PERNIAGAAN

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

1. Pendaftaran Perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia


2. Pendaftaran Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan
3. Pendaftaran Perniagaan dengan Kementerian Kewangan (Untuk Tender)

3.5 LOGO

Logo adalah suatu gambaran visual yang berupaya membina imej sesuatu perniagaan.
Rekabentuk tanda perniagaan di luar juga memainkan peranan yang penting dalam
menggambarkan imej perniagaan anda. Pengiklanan digunakan untuk meningkatkan
kesedaran tentang perniagaan anda, merangsang jualan dan mewujudkan nic pasaran
perniagaan anda. Perantaraan pengiklanan yang harus digunakan bergantung kepada
matlamat serta pasaran anda. Didalam menilai perantaraan pengiklanan yang paling
sesuai, anda harus mengambil kira faktor-faktor seperti berikut:

 Kesampaian:
-bilangan orang yang terdedah kepada produk anda dalam jangkamasa tertentu
 Kekerapan:
-purata bilangan kali sasaran audiens melihat atau mendengar mesej iklan anda
 Kos:
-bergantung kepada perantaraan pengiklanan yang dipilih.
 Impak:
-rayuan kepada deria yang sesuai, persembahan rekabentuk,penggunaan warna atau
bunyi
 Kebolehpilihan:
-setakat mana anda boleh menghadkan mesej kepada prospek dan pelanggan yang
berpotensi.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

Setiap perniagaan yang dijalankan pastinya mempunyai masalah yang yang


tidak dijangka. Masalah-masalah ini melibatkan masalah mesin pemprosesan makanan.
Dengan adanya mesin-mesin ini, segala produk dan kuantiti pengeluaran dapat
diselaraskan dan banyak produk dapat dikeluarkan dalam waktu yang singkat
berbanding menggunakan kerja tangan. Ketika ini segala proses membuat kerepek
kacang hijau serta beberapa kuih tradisional ini menggunakan khidmat tangan
sepenuhnya.
Oleh itu produk yang dihasilkan agak terhad dan kuantiti yang dihasilkan agak
sedikit berbanding menggunakan mesin. Oleh itu, pengusaha memohon agar
mempertimbangkan pinjaman ini untuk membeli alat-alatan untuk membuat kerepek
serta kuih tradisional agar kualiti dan kuantiti yang dapat dikeluarkan lebih dua kali
ganda berbanding sebelumnya. Banyak pelanggan menempah kerepek serta kuih
tradisional dari pengusaha khususnya apabila menjelang musim perayaan dan juga
pengusaha mendapat tempahan bagi acara perkahwinan.
Apabila menjelma musim perayaan khususnya perayaan bagi orang Melayu,
permintaan kerepek ini agak terlalu banyak. Pengusaha agak kecewa kerana ada
diantara tempahan terpaksa ditolak kerana kekurangan peralatan untuk membuat
kerepek ini agak terhad. Oleh itu alat-alatan yang agak mahal diperlukan untuk
melancarkan dan menaik taraf hidup pengusaha yang kini bergantung sepenuhnya
dengan penggunaan manual iaitu penggunaan buatan tangan.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

5.1 PENGURUSAN KEWANGAN


Pengurusan kewangan merujuk kepada pengurusan kesemua aspek kewangan
perniagaan secara cekap dan berkesan untuk meningkatkan prestasi perniagaan
keseluruhannya.

Pengurusan kewangan boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting seperti berikut:

1. Mendapatkan kewangan untuk membiayai perniagaan


2. Menguruskan kewangan sebagai sebahagian dari operasi perniagaan
3. Merancang untuk masa hadapan
-Mendapatkan kewangan untuk memulakan perniagaan dan menentukan jumlah
pinjaman merupakan satu daripada cabaran pertama yang perlu dihadapi oleh
pemilik perniagaan. Ini melibatkan penentuan:
 Kos-kos permulaan
 Modal kerja

Kos-kos permulaan adalah kos-kos yang terlibat untuk menyediakan perniagaan anda
sehingga peringkat ianya boleh buka pintu dan mula berniaga.

Ini biasanya adalah perbelanjaan-perbelanjaan yang diperlukan sekali sahaja dan


termasuk:
 Kos-kos penyelidikan
 Bayaran cengkeram untuk premis anda
 Kos-kos pengubahsuaian semula
 Kos-kos lekapan dan lengkapan
 Yuran-yuran penyambungan telefon, air, lampu dan sebagainya
 Yuran-yuran perakaunan dan perundangan
 Kos-kos kelengkapan
 Kos pengiklanan dan pemasaran permulaan
 Pembelian stok permulaan dan lain-lain

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

Modal kerja pula adalah wang yang digunakan di dalam sesuatu perniagaan untuk
operasi-operasi biasanya. Ini termasuk perbelanjaan-perbelanjaan tetap, berubah dan
operasi.
Perbelanjaan-perbelanjaan tetap ialah kos-kos operasi tetap, seperti berikut:
 Sewa atau pembayaran balik gadai janji
 Faedah dan pembayaran balik pinjaman
 Upah dan gaji
 Insurans
 Cukai pintu, elektrik, gas, air dan sebagainya.

Perbelanjaan-perbelanjaan berubah akan berubah mengikut jumlah jualan dan


perniagaan yang dijalankan, dan ianya termasuk:
 Stok yang dibeli untuk jualan semula
 Kos-kos yang dibelanjakan untuk menyediakan produk untuk jualan
 Kos-kos perkapalan dan sebagainya

Perbelanjaan-perbelanjaan operasi pula termasuk:


 Tunai runcit
 Kos-kos pengiklanan
 Hutang-hutang lapuk
 Elaun untuk belanja-belanja yang tidak diramal

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh seseorang usahawan memperolehi
kewangan untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan termasuk:

 Menggunakan wang simpanan sendiri


 Meminjam dari ahli keluarga dan kawan-kawan
 Meminjam dari institusi-institusi kewangan
 Mendapatkan modal dari rakan kongsi
 Menjual ekuiti di dalam perniagaan

Setelah memperolehi modal permulaan yang diperlukan dan perniagaan telah mula
beroperasi, anda juga perlu sentiasa memantau wang yang masuk dan keluar daripada
perniagaan pengusaha.
Ini sangat penting kerana maklumat-maklumat ini akan membantu pengusaha untuk
lebih memahami perjalanan perniagaan.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

Pengurusan kewangan yang baik meliputi lima prinsip utama:


 Pengurusan semua aset untuk memberi keuntungan terbaik
 Pengurusan aset-aset semasa untuk memastikan pulangan yang maksimum
 Penjanaan modal tambahan untuk mendapatkan aset-aset seterusnya
 Penilaian keperluan untuk aset-aset baru atau masa depan
 Pembayaran hutang daripada modal operasi semasa.

Terdapat dua asas sistem perakaunan yang digunakan untuk tujuan penyimpanan
rekod, iaitu asas tunai dan asas akru. Yang mana lebih sesuai bergantung kepada
keadaan perniagaan pengusaha termasuk dari segi jumlah jualan, keperluan
pencukaian, bagaimana anda memilih bentuk perniagaan pengusaha dan sama ada
pengusaha memberikan kredit.

5.1.a Perakaunan Asas Tunai

Menjalankan perniagaan dan membayar cukai berdasarkan aliran tunai ‘masa sebenar’.
Pendapatan tunai dikenalpasti sebaik sahaja pengusaha menerima bayaran, dan
perbelanjaan apabila pengusaha membuat bayaran.
Kedua-dua pendapatan dan perbelanjaan diletakkan di dalam buku-buku dan dicaj
pada tempoh ianya dibayar atau diterima.

5.1.b Perakaunan Asas Akru

Pendapatan dan perbelanjaan dicaj kepada tempoh dimana ianya diperolehi atau
dibelanja, tidak kira sama ada wang telah atau belum diterima atau dibayar.
Perakaunan asas akru merupakan kaedah yang lebih popular kerana ia mampu
memberikan nilai pendapatan dan prestasi perniagaan yang lebih baik.
Untuk memahami kedudukan kewangan perniagaan, pengusaha harus merujuk
kepada tiga penyata penting berikut:
 Kunci kira-kira
 Penyata untung dan rugi atau pendapatan
 Penyata aliran tunai.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

RANCANGAN KEWANGAN
Kos bulanan yang diperolehi dari kedai LIANA BINTI RAMLI ini:

TERTINGGI adalah sebanyak RM2,500.00


TERENDAH adalah sebanyak RM1,500.00
JUMLAH = RM4’000.00
PURATA= RM2,000.00

JUALAN KEDAI LIANA BINTI RAMLI

TIGA BULAN AKHIR


JULY 09 AUG 09 SEPT 09

Jumlah jualan 5’600.00 7’600.00 9’300.00

Jumlah kos belian 2’680.00 3’860.00 4’995.00

Bil Api/Air 150.00 180.00 220.00

Lain-lain kos 100.00 100.00 100.00

Gaji Pekerja (1 hari RM10) 600.00 600.00 600.00

Pengangkutan 300.00 300.00 300.00

Jumlah RM1’77.00 RM2’560.00 RM3’085.00

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739
LIANA BINTI RAMLI
MA0141568-P

Bidang perniagaan kedai menjual kerepek ini memerlukan kemahiran dan minat yang
mendalam untuk meneruskannya. Jika tiada minat atau kecenderungan untuk
mengusahanya maka cepatlah perniagaan ini menggulung tikar. Bagi pengusaha,
bidang yang diceburinya ini amat diminati sejak kecil lagi. Inginkan orang ramai
merasa keenakan kerepek kacang peas buatan sendiri membuatnya terus berusaha
untuk memajukan perniagaan yang sedia berkembang ini.

Tidak ramai golongan Bumiputera menceburi bidang pembuatan kerepek kacang peas
ini kerana cara pembuatannya yang agak leceh dan agak susah. Jika ingin membuatnya
menggunakan alatan moden, maka kos pembelian barang yang agak tinggi. Oleh
kerana kekurangan modal untuk memulakan perniagaan, sesetengah mereka terpaksa
menguburkan minat dan kebolehan yang sedia ada. Bagi pengusaha LIANA BINTI
RAMLI pula, tiada kejayaan tanpa usaha. Atas usaha dan doa yang tidak henti-henti
serta dorongan keluarga yang tidak pernah jemu membantu serta memberi semangat
akhirnya membuahkan hasil dan terbinalah LIANA BINTI RAMLI.

LIANA BINTI RAMLI akan terus melangkah kehadapan dan akan terus berusaha
untuk mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan. Oleh itu, di harap pihak Tekun
Nasional dapat mempertimbangkan kertas kerja ini. Perusahaan kerepek kacang peas
ini mampu berdiri teguh andainya pihak yang berkenaan memberikan pinjaman
kewangan agar produktiviti dan pengeluaran produk dapat ditingkat sejajar seruan
kerajaan agar bidang perniagaan ini dapat meningkatkan lagi ekonomi Negara dan
mengurangkan kadar penggangguran Bumiputera.

H/P: 012-6139739 / 019-2639739


FAX : 06 4319739

Anda mungkin juga menyukai