Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

AssalamuaIaikum w.b.t. Alhamdulillah, segala puji untuk pencipta


alam semesta Rabbul izzah, dapat juga saya menyiapkan tugasan Tamadun
Islam dan Tamadun Asia (TITAS) kod WAJ3101 pada semester ini. Sebelum
saya meneruskan refleksi saya megenai kerja kursus ini, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Sumaiyah binti Sulaiman
kerana memberi tunjuk ajar serta memberikan peluang kepada saya untuk
menyiapkan tugasan mengenai subjek TITAS ini. Sekalung penghargaan dan
ucapan

terima

kasih

kepada

rakan

sekelas

yang

sentiasa

memberi

pertolongan dan ilmu yang amat berguna kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada
penyelaras subjek TITAS ini iaitu Puan Jamaliah binti Rani kerana telah
memberi peluang kepada batch kami untuk mengadakan satu seminar dan
pameran yang berkaitan dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Seminar
telah disusun oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik serta tugasan telah
diberikan setiap kelas. Saya berasa amat teruja kerana kami dapat
melaksanakan seminar dan pameran TITAS ini dengan baik dan berjalan
dengan lancar. Melalui seminar TITAS ini, pelbagai kenangan dan faedah
yang berguna kepada diri saya yang bakal menjadi pendidik untuk anakanak bangsa akan datang.
Apabila saya diberi peluang untuk mendengar ceramah tentang TITAS ini, saya
tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang
disampaikan oleh pelajar wakil dari kelas yang telah ditentukan ini dapat memberi
manfaat yang banyak kepada diri saya. Kami perlu mengenalkan dan menghayati
TITAS itu yang sebenar dan sebaik mungkin supaya setiap orang dapat menggunakan
ilmu yang disampaikan pada masa hadapan. Sesungguhnya, tugasan ini telah saya
lengkapkan mengikut apa yang telah diarahkan. Semasa mendapat tugasan ini, saya
merasa sangat gembira kerana telah mendapat peluang untuk menambahkan lagi ilmu
pengetahuan saya.

Pada slot yang pertama telah disampaikan oleh saudara Mohd Fikri bin Mat Arit
iaitu wakil dari kelas PISMP 1.01. Beliau telah diberi tajuk iaitu Malayisa Sebuah
Negara yang Berbilang Kaum untuk dikupas dan dikongsikan oleh setiap pelajar.
Sebagaimana yang kita ketahui, sesungguhnya Malaysia dikenali sebuah negara Islam
serta sebuah negara yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, di Malaysia
terdapat tiga kaum yang besar iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka dapat hidup di
bawah satu negara dengan aman dan harmoni yang berpegang kepada rukun negara.
Antara faktor yang meningkatkan semangat perpaduan rakyat Malaysia adalah sifat
nilai murni yang dipupuk dalam diri. Sebagai contoh, kita sebagai rakyat Malaysia
hendaklah bekerjasama dan tolong-menolong ketika melakukan sesuatu tugasan,
Selain itu, mengadakan aktiviti kokurikulum di setiap sekolah yang dapat mengeratkan
lagi perpaduan kaum antara pelajar serta kerajaan perlu melibatkan semua kaum untuk
mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti seperti program-program remaja mahupun
kerja amal. Dengan ini, mendidik dalam diri saya sentiasa melibatkan diri untuk
merapatkan perpaduan antara kaum dan membentuk negara yang harmonis.
Slot kedua diteruskan yang disampaikan oleh wakil dari kelas saya iaitu Syed
Muhammad Zahid bin Syed Abu Talib. Beliau telah membentangkan slot yang bertajuk
Pembudayaan Ilmu Membina Jati Diri Ketemadunan dalam Menghadapi Pergolakan
Dunia dan Cabaran Global .

" ,
"
Melalui hadis ini, dapat mendidik diri kita bahawa menuntut ilmu adalah wajib atas
setiap orang muslim hingga ke liang lahat. Oleh itu, kita hendaklah menuntut ilmu
sebanyak mungkin dangan niat kerana Allah. Dengan adanya ilmu pengetahuan, segala
masalah dan cabaran global yang kian mencabar pada masa kini, dapat kita atasi
dengan sebaiknya. Oleh itu, ilmu pengetahuan amat penting untuk membina jati
ketemadunan dalam diri seseorang bagi

mengahadapi sebarang cabaran yang

berlaku. Maka sebagai seorang bakal pendidik, kita haruslah berusaha menuntut ilmu
sabaik mungkin untuk melahirkan anak bangsa bertamadun serta dapat membentuk

modal insan kelak. Sebagaimana yang kita ketahui, ilmu merupakan kunci bagi
pencapaian tamadun Islam untuk kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Saya berasa
amat gembira dalam slot kedua ini. Hal ini demikian kerana, beliau telah
mengembangkan tajuk yang diberi dengan baik dan diselitkan bersama cerita-cerita
yang dapat dikaitkan dengan ilmu ketemadunan dalam mengahadapi pergolakan dunia
dan cabaran global pada masa kini.
Pada pukul 10.30 pagi, kami disajikan dengan nasi lemak. Ketika rehat, saya
mengambil peluang untuk melihat dan berkunjung ke pameran yang dihasilkan oleh
kelas tertentu. Dengan ini, secara tidak langsung juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan

mengenai

tokoh

tamadun

Islam

dan

Asia

Tenggara.

Slot diteruskan dengan penceramah jemputan iaitu Ustaz Dr. Hamid bin Sulaiman dari
Jabatan Bahasa Arab (JBA) untuk memberi sedikit perkongsian mengenai dengan sirah
Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Dalam slot ini, beliau telah menerangkan
dengan jelas dan sempurna tentang bagaimana wahyu Allah Taala diutuskan kepada
Nabi Muhammad S.A.W. Perkongsian beliau mengenai sirah tamadun Islam ini, telah
menarik minat diri saya dan para pelajar yang lain untuk mendengar dan mengambil
iktibar daripada penceritaan beliau. Selain itu, beliau juga telah membentangkan
mengenai keistimewaan ayat-ayat Makiyyah serta syahadah secara terperinci.
Penerangan beliau telah mendidik diri saya serta menambahkan ilmu pengetahuan
saya sebagai seorang bakal guru.
Slot yang keempat diteruskan oleh wakil dari kelas PISMP 1.08 iaitu Mohd Ilyas
bin Zainol. Tajuk pembentangan beliau adalah berkenaan dengan Generasi Muda dan
Isu-isi Peradaban . Dalam pembentangan ini, beliau telah menerangkan mengenai isiisu semasa berkaitan dengan akhlak masyarakat yang berlaku pada masa kini
terutamanya dalam kalangan remaja. Sebagai contoh hari berkasih sayang iaitu
Valentines Day yang selalu disambut oleh para remaja pada zaman sekarang. Hal ini
tidak seharusnya berlaku kerana hari tersebut haram bagi kita sebagai umat Islam
untuk meraikan. Dalam slot ini, mendidik dan memberi pengajaran dalam diri saya
untuk mengelakkan daripada terpengaruh dengan dunia pada hari ini yang meniru
dengan buday anasir-anasir barat yang tidak seharusnya diikuti. Saya berharap para

pemimpin dan masyarakat berganding bahu memupuk kerjasama yang erat agar
peradaban dunia dapat dibentuk dengan lebih baik.
Pada sebelah petang, slot disambung dengan aktiviti forum yang dikendalikan
oleh wakil pelajar dari kuliah PISMP 1.01, 1.02 dan 1.07. Tajuk yang dibincangkan
dalam forum ini adalah mengenai Sejauh Mana Islam Mampu Memantapkan Proses
Pembangunan Negara Dan Mampu Menghadapi Perkembangan Global. Moderator
bagi forum ini telah diberikan kepada saudara Zaini iaitu wakil dari kelas 1.01.
Perkongsian ilmu dan perbincangan yang mantap telah dikongsikan oleh saudara Afnan
selaku panel pertama dan dan saudara Izuwan selaku panel kedua. Kupasan yang
ringkas dan padat tetapi menarik yang dapat memberi pengajaran serta ilmu
pengetahuan kepada para pelajar. Saya berasa semangat dengan isu-isu yang
diutarakan serta soalan-soalan yang diajukan oleh para pelajar kepada panel
penceramah. Perbincangan ini telah membuka minda para pelajar serta kepada diri
saya juga untuk berfikir lebih jauh dengan masalah dan penyelesaian yang bakal
hadapi sebagai seorang pendidik.
Pelbagai cabaran dan halangan saya hadapi ketika ingin menyiapkan tugasan
ini. Antaranya, saya kurang jelas dengan tugasan yang perlu dilakukan. Bagi saya sukar
untuk menghasilkan refleksi sebanyak lima belas muka surat serta laporan mengenai
seminar yang diadakan. Oleh yang demikian, saya dan rakan saya yang lain berjumpa
dengan pensyarah pebimbing untuk mendapat keterangan yang lebih jelas mengenai
tugasan diberikan ini. Di samping itu, halangan lain ketika menyiapkan tugasan ini
adalah kesuntukan waktu. Hal ini demikian kerana, terlalu sibuk dengan program yang
diadakan di maktab serta memnyiapkan tugasan bagi subjek lain. Tetapi saya telah
mengurus masa dengan sebaik mungkin agar tugasan yang diberikan ini dapat
disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Selain itu, saya tidak mempunyai bahan
pembentangan yang cukup dan sempurna oleh para pelajar ketika membuat
pembentangan. Maka masalah ini bukanlah sesuatu bebanan yang sangat berat untuk
melengahkan tugasan ini. Kami saling berkongsi ilmu dan idea dengan rakan-rakan
yang lain. Dengan ini, kami dapat bertukar-tukar ilmu dan pendapat antara satu sama

lain. Bagi saya ini hanya cabaran kecil yang perlu saya hadapi dengan bijak sebagai
bakal seorang guru yang cemerlang pada masa hadapan.
Antara kelebihan yang saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah
saya mulai sedar bahawa betapa pentingnya dan betapa perlu kita
memahami dan mendalami Tamadun Islam dan Asia Tenggara. Sebelum ini
secara jujurnya saya tidak tahu dan tidak mengambil berat mengenai hal ini
kerana merasakan tidak mempunyai kaitan dengan diri saya. Tetapi kini saya
merasakan saya perlu untuk mendalaminya kerana saya boleh mendalami
ketemaduanan ini pada masa hadapan. Di samping itu, dalam tugasan ini
kami memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan mengenai tamadun Islam dan
dapat digunakan pada masa akan datang kelak. Dengan ini, membawa saya
untuk meneroka lebih mendalam mengenai tamadun Islam dan Asia
tenggara ini diterapkan untuk melahirkan modal insan yang harmonis serta
bakal pendidik yang cemerlang.
Akhirnya, saat yang saya tunggukan saya dapat mengucapkan kalimah
Alhamdulillah kerana saya dapat menjayakan tugasan mata pelajaran Tamadun Islam
dan Asia Tenggara (TITAS). Harapan saya semoga pensyarah pembimbing saya,
Ustazah Sumaiyah binti Sulaiman berpuas hati dengan kerja saya dan rakanrakan
yang lain. Hal ini demikian kerana, agar dapat mengaplikasikan ilmu yang saya peroleh
semasa melaksanakan tugasan ini, pada masa sekarang iaitu sebagai seorang pelajar.
Saya berharap pada masa hadapan kelak, saya dan rakan saya yang lain bakal
menjadi seorang pendidik yang berjaya di mata sektor pendidikan untuk melahirkan
anak-anak bangsa yang bertamadun serta modal insan yang cemerlang. Wallahualam .

Anda mungkin juga menyukai