Anda di halaman 1dari 10

Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Penggunaan Massive Open Online Course (MOOC)


sebagai Kaedah Pembelajaran Baharu

1 2 3
Hudiya Adzhar , Fariza Khalid , Aidah Abdul Karim
1,2,3
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Malaysia
1
E-mel: adzdhiya@gmail.com
2
E-mel: fariza.khalid@ukm.edu.my
3
E-mel: eda@ukm.edu.my

PENGENALAN
Perubahan dalam penggunaan bahan teknologi menjadikan bidang pendidikan
semakin terkehadapan serta meningkatkan kadar pencapaian hasil pembelajaran
secara lebih efektif. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional lebih banyak
menggunakan kapur, papan hitam serta kaedah syarahan atau kuliah. Namun kini,
perkembangan dalam teknologi membolehkan para pelajar belajar di mana-mana
sahaja pada bila-bila masa tanpa bergantung sepenuhnya pada buku atau syarahan
di dalam kuliah. Perkembangan teknologi telah menyumbang kepada perubahan dan
penambahbaikan dalam kaedah pembelajaran melalui aplikasi teori-teori
pembelajaran yang bersesuaian (Juhazren Junaidi & Madihah Jailani, 2010).
Perkembangan ini turut memberi implikasi terhadap kaedah pembelajaran seperti
Pembelajaran Teradun (blended learning) atau pembelajaran berbalik (flipped
learning) yang dapat dicapai melalui penggunaan landasan pembelajaran seperti
Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System - LMS) serta
pelantar kursus dalam talian secara terbuka Massive Open Online Course (MOOC).
MOOC adalah pembelajaran atas talian yang boleh diakses oleh setiap orang di
seluruh pelusuk dunia dengan percuma (Carroll, 2011; Epelboin, 2013; Abeera &
Miri, 2014; Khalil & Ebner, 2015; Chua et al., 2015; Alshehri, 2015). Berbanding
dengan kursus-kursus tradisional, MOOC mempunyai skala pengguna yang lebih
besar dan dilaksanakan di seluruh dunia merentasi pelbagai rangkaian dan platform,
serta tanpa had penglibatan bagi individu (Zheng et. al., 2015). MOOC semakin
mendapat tempat dalam kalangan pelajar kerana pendekatan serta isi
kandungannya yang lebih mudah dan menarik. Melalui kaedah MOOC, pelajar
mampu belajar bersendirian di samping meningkatkan potensi mereka untuk belajar
dan membantu antara satu sama lain (Epelboin, 2013). Perkara ini boleh berlaku
dalam MOOC kerana para pelajar melibatkan diri dalam proses bertukar idea,
berkongsi maklumat dan menyelesaikan semua kesukaran yang mereka hadapi
dalam pembelajaran. Pelajar juga mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam
mencipta, menyelidik, dan berkongsi sumber-sumber pendidikan secara terbuka
melalui MOOC (Carroll, 2011). Oleh itu kelebihan yang terdapat dalam MOOC telah
menjangkaui teknik pembelajaran tradisional dan menjadikannya semakin mendapat
tempat dalam dunia pendidikan (Manalo, 2014).

LATAR BELAKANG
Konsep MOOC adalah rentetan daripada inisiatif sumber pendidikan terbuka atau
dalam Bahasa Inggeris dipanggil Open Educational Resources (OER)

179
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

(Jansen,2016). MOOC mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cormier dari
University of Prince Edward Island dan Bryan Alexender dari National Institute for
Technology in Liberal Education (Chirs, 2013). David Comier telah menghasilkan
MOOC untuk kursus Connectivism and Connected Knowledge yang berlangsung
selama tempoh 12 minggu di Universiti Manitoba, Kanada (Hollands dan Tirthali,
2014). Kursus yang berlangsung pada 17 Januari hingga 11 April 2011 dilaksanakan
secara atas talian oleh George Siemens dan Stephen Downes (Zahari Hamidon,
2014). Matlamat asal MOOC adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap jaringan
antara pelajar dengan masyarakat sekelilingnya, di mana para pelajar mendapat
kemahiran dan pengetahuan yang sama pada akhir program tersebut (Mackness,
Mak & Williams, 2010).
Keadaan ini seiring dengan keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) (Zahari
Hamidon, 2014). Beliau menjelaskan Pendidikan Sepanjang Hayat sebagai
pembelajaran berterusan, bersifat sukarela dalam mengejar ilmu pengetahuan. Ia
bukan sahaja meningkatkan penglibatan sosial dan pembangunan insan tetapi juga
lebih bersifat berdaya tahan dalam persaingan dan mengejar pekerjaan. Kerajaan
Malaysia telah merancang untuk menarik lebih pelajar antarabangsa ke Malaysia
untuk menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan serantau (Berita Harian Online,
2014). Oleh itu, pelaksanaan MOOC boleh menjadi salah satu alat yang berguna
untuk mencapai matlamat ini kerana MOOC boleh memainkan peranan dalam
penjenamaan antarabangsa bagi universiti-universiti di Malaysia serta menyediakan
percubaan bebas risiko kepada pelajar antarabangsa. Pelajar antarabangsa ini
boleh menghadiri MOOC di universiti atau program pilihan mereka sebelum mereka
membuat keputusan untuk mendaftar di universiti atau pogram tersebut
(Muhstak
Al-Atabi, 2013).
Universiti-universiti di Malaysia boleh menawarkan pelbagai MOOC berkualiti tinggi
yang boleh mencerminkan taraf pendidikan yang lebih tinggi di negara ini (Al-Atabi,
2013). Di Malaysia, universiti pertama yang menggunakan MOOC adalah Fakulti
Kejuruteraan Universiti Taylor yang telah menawarkan kursus keusahawanan
kepada para pelajar tahun dua. Permulaan itu memberi nafas baru kepada bidang
pendidikan di Malaysia. Platform yang dipilih untuk menyampaikan MOOC di
Malaysia adalah OpenLearning. OpenLearning menyediakan platform yang menarik
seperti forum untuk membolehkan pelajar memberi dan menerima komen dan
seterusnya menggalakkan interaksi sambil belajar. Dalam konteks Malaysia, MOOC
Malaysia merupakan agenda utama kementerian pendidikan di bawah Lonjakan 9
iaitu Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global atau (Globalised Online Learning) di
bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Dasar e-Pembelajaran
Negara 2.0).
MOOC merupakan evolusi daripada cMOOCs atau Connectivist Massive Open
Online Learning yang menekankan aspek sosial pembelajaran dalam talian dan
autonomi diberikan kepada pelajar dalam mengarahkan mereka belajar sendiri yang
telah muncul satu dekad yang lalu (Siemens, 2005; Siemens, 2006). Wang & Baker
(2015) menulis bahawa MOOC telah mendapat perhatian di seluruh dunia sebagai
pilihan baru untuk belajar dalam tempoh 3 tahun yang lalu. Namun begitu, menurut
Saidatuna & Md Yusoff Daud (2015), masih kurang kajian yang menyentuh
mengenai MOOC di Malaysia. Bab ini akan membincangkan tentang penggunaan
MOOC sebagai kaedah pembelajaran terbaru dalam bidang pendidikan tinggi
dengan memberi penekanan terhadap pembangunan MOOC dari segi infrastruktur
fizikal, konsep pedagogi yang digunakan, kandungan bahan kursus dan juga
kelebihan serta batasan penggunaan MOOC.

180
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Penggunaan Massive Open Online Course (MOOC) sebagai Kaedah


Pembelajaran Baharu di Pusat Pengajian
Massive Open Online Course atau singkatannya dipanggil MOOC terkenal sebagai
satu kaedah pembelajaran terkini di seluruh dunia (McGuire, 2014). Namun secara
dasarnya kursus MOOC di Malaysia dibangunkan pada sekitar tahun 2014 oleh
setiap bahagian e-pembelajaran universiti awam hasil cadangan daripada pihak
Kementarian Pendidikan Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,
Prof. Dr. Asma Ismail, MOOC merupakan pengalaman baru dalam pendidikan di
Malaysia yang bakal ditempuhi oleh golongan celik komputer di negara ini (Utusan
Online, 2016).
“MOOC merupakan satu evolusi baharu dalam pendidikan global dan sistem MOOC
yang dihasilkan di Malaysia kini dapat juga diikuti oleh pelajar dari luar negara.
MOOC yang disediakan di negara ini juga sebenarnya bertaraf global dan kita
mendapat maklum balas yang baik daripada pelajar luar negara yang mahu lebih
banyak MOOC dihasilkan dalam bahasa Melayu serta kewangan Islam.” - Petikan
daripada Utusan Online 20 Februari 2016.
Pembelajaran menggunakan MOOC dikatakan kaedah yang terbaru kerana
beberapa aspek yang diketengahkan dalam pelaksanaannya. Antaranya adalah ciri-
ciri fizikal pembangunan MOOC, kaedah dan cara penyampaian maklumat kepada
pengguna dan juga bahan-bahan kursus yang dikongsi antara pelatih kursus dengan
pelajarnya. MOOC Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 jenis kursus seperti kursus
umum, kursus tujahan (niche) dan kursus pembelajaran sepanjang hayat.

Pembangunan Fizikal Massive Open Online Course (MOOC)


Pembangunan MOOC dari segi ciri-ciri fizikal tidak banyak berbeza daripada
pembelajaran atas talian yang lain seperti aplikasi pembelajaran, e-pembelajaran,
Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) (Zheng et al., 2015). Hal ini demikian
kerana, pembelajaran atas talian ini menawarkan penyampaian kandungan bahan
yang sama dan disediakan ciri-ciri seperti bahagian kuiz, ruang perbincangan atau
forum, sudut bahan atau maklumat untuk sesebuah subjek (Aber & Miri, 2014; Zheng
et al., 2015;Wang & Baker, 2015; Hanan dan Ebner, 2015). Zheng et al. (2015) turut
menjelaskan bahawa platform Virtual Learning Environment (VLEs) dan MOOC
menyediakan penyampaian kandungan bahan kursus yang sama dan turut
menyediakan ruang untuk forum perbincangan.

Konsep Pedagogi Dalam Massive Open Online Course (MOOC)


Konteks pedagogi MOOC direka untuk umum (terbuka) dan secara besar-besaran
malah boleh digunakan secara percuma melalui proses pendaftaran sahaja. MOOC
boleh menjadi platform yang menggalakkan penerokaan dalam kalangan pendidik
yang ingin mencuba kaedah baharu. Namun demikian, penggunaan MOOC
melibatkan keberkesanan pedagogi dalam setiap rekabentuk pembelajaran atas
talian (Kilgore & Lowenthal, 2015). Pendidik berpeluang untuk mencuba pendekatan
pedagogi terkini, peralatan untuk menjalankan ujian, serta memahami bagaimana
kaedah pembelajaran dalam kalangan pelajar berlaku. Konteks pedagogi MOOC
lebih menekankan kepada konsep pembelajaran kendiri yang menekankan
pembelajaran fleksibel yang berasaskan hasil pembelajaran di mana fokus adalah
kepada pencapaian dan hasil pembelajaran pelajar (Garis Panduan Pembangunan &
Penyampaian MOOC Malaysia, 2016). Model Song & Hill (2007) menyatakan
bahawa konsep pembelajaran secara kendiri boleh disokong oleh kaedah
pembelajaran yang dijalankan secara atas talian seperti yang ditunjukkan pada

181
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Rajah 2. Yuan Wang dan Ryan Baker (2015) berpendapat bahawa ciri-ciri yang
terdapat dalam pelaksanaan MOOC sebagai satu medium pembelajaran baharu
seolah-olah MOOC sebagai ‘kolej atau universiti tambahan’. MOOC dikatakan
berkebolehan dalam mengendalikan pembelajaran namun begitu MOOC tidak
sesuai untuk sumber pengajaran dan pembelajaran (Cole & Timmerman, 2015).

Rajah 2 Model Konsep Pembelajaran Kendiri

Kandungan Bahan Dalam Massive Open Online Course (MOOC)


Kandungan bahan kursus yang sering kali dimuatnaik oleh pengguna MOOC
termasuklah video, tugasan dan kuiz (Derek Bruff et al., 2012; Watter Abeer & Barak
Miri, 2014). Video boleh bertindak menggantikan kuliah bersemuka antara pensyarah
dengan pelajarnya, yang merupakan interaksi paling penting untuk berhubung dan
menerangkan setiap perkara yang terdapat dalam kursus tersebut. Sebagai contoh,
menurut Watter Abeer dan Barak Miri (2014), dalam seminggu sebanyak dua atau
tujuh video kuliah yang berdurasi lapan ke dua puluh minit akan dimuat naik ke
MOOC untuk tatapan pelajar. Segala arahan atau maklumat penting diselitkan
supaya memudahkan pelajar untuk menelaah pembelajaran secara sendiri. Namun
begitu, kandungan bahan kursus boleh berbeza-beza mengikut idea dan kretiviti
pelatih kursus kursus dan strukturnya tidak tegar serta tidak tetap kepada sesuatu
bahan sahaja. Secara jelasnya kandungan bahan dalam MOOC dapat dilihat lebih
menjurus kepada keperluan pelajar dan objektif kursus yang ditetapkan oleh pelatih
kursus.

Penilaian Terhadap Massive Open Online Course (MOOC)


Manalo (2014) menggunakan Evolusi Model Kirkpatrik sebagai salah satu prosedur
dalam penilaian MOOC.Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1, Kirkpatrik
(2006) memperkenalkan empat tahap untuk menilai keberkesanan sesebuah kursus
atas talian. Tahap pertama adalah reaksi, tahap kedua adalah pembelajaran, tahap
ketiga adalah evolusi perilaku dan tahap keempat adalah keputusan (Manalo 2014).
Evolusi Model Kirkpatrik sebagai salah satu prosedur dalam penilaian MOOC. Model
ini boleh diaplikasikan kepada pelaksanaan MOOC oleh pengkaji Manalo (2014) di
mana pada tahap pertama pengkaji mengetahui reaksi peserta MOOC menentukan
sama ada objektif kursus boleh dikatakan berkesan atau sebaliknya. Tahap kedua
merujuk sama ada objektif kursus tercapai dan berlaku pemindahan pengetahuan.
Tahap ketiga dan keempat adalah penilaian kepada hasil pembelajaran daripada
MOOC. Hasil kajian Manalo (2014) yang berkaitan penilaian tahap kepuasan

182
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

peserta berdasarkan MOOC mendapati peserta berpuas hati dengan tahap


pembelajaran namun isu yang dibangkitkan adalah masa yang tidak mencukupi
untuk menyiapkan semua kuiz, tugasan dan projek dalam waktu yang ditetapkan.

Rajah 1 Evolusi Model Kirkpatrik

Kelebihan Penggunaan Massive Open Online Course (MOOC)


MOOC memerlukan interaksi supaya sesebuah kursus itu dapat dilaksanakan sama
seperti kelas bersemuka. Interaksi adalah elemen yang paling penting dalam
sesebuah pembelajaran atas talian (Murray, 2014). MOOC memerlukan interaksi
dan perhubungan antara pelajar sesama mereka dan juga pelajar bersama pelatih
kursus (Abeer & Miri, 2014; Zheng et. Al, 2015; Chua et. Al., 2015; Cole &
Timmerman, 2015; Alshehri, 2015; Khalil & Ebner, 2015). Melalui MOOC, pelajar
dapat berinteraksi dengan rakan kursus yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
pendidikan yang berbeza. Mereka boleh berkongsi pandangan dan idea (Cole &
Timmerman, 2015). Pelajar juga dapat berinteraksi secara peribadi dengan pelatih
kursus dan bertanyakan sendiri persoalan. MOOC menyediakan ruang forum dan
perbincangan untuk meluaskan interaksi dan rangkaian perhubungan serta
memberikan jalan untuk pembelajaran sokongan (Alshehri, 2015).
Antara kelebihan penggunaan MOOC adalah sifatnya yang dapat memenuhi
keperluan semasa pelajar (Luo et. al., 2014; Li et al., 2014; Zheng et al., 2015; Bruff
et al., 2012). Selain boleh dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran teradun (Bruff et al., 2012). Ini dapat dilihat dalam situasi apabila
MOOC dijadikan sebagai pembelajaran altenatif oleh pensyarah apabila tidak dapat
mengadakan kelas secara bersemuka. Proses pengajaran dan pembelajaran masih
berlaku walaupun di alam maya. Selain itu, MOOC membolehkan pemindahan
maklumat antara pensyarah kepada pelajarnya yang berlaku secara atas talian dan
boleh diakses pada bila-bila masa sahaja. MOOC juga memberi peluang kepada
pelajar pengajian jarah jauh. Golongan ini boleh mendaftar kursus dan mengikutinya
dalam talian. Melalui MOOC pelajar mampu memperolehi pengetahuan yang sama
tanpa menghadirkan diri ke kelas secara fizikal, selain boleh meneroka lebih banyak
maklumat berkaitan yang dirasakan perlu (Abeer & Miri, 2014; Wang & Baker, 2014;
Alshehri, 2015; Cole & Timmerman, 2015). Kelebihan ini juga menjadikan MOOC

183
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

sebagai satu langkah penyelesaian bagi mereka yang ingin mencari maklumat sertak
kemahiran tambahan kepada subjek yang dipelajari di dalam kelas. Berdasarkan
kelebihan-kelebihan ini, MOOC diletakkan sebagai media pembelajaran baru (Wang
& Baker, 2015).

Batasan Penggunaan Massive Open Online Course (MOOC)


Dalam MOOC, tugasan kursus yang wujud adalah lebih banyak jika dibandingkan
dengan tugasan di dalam kelas secara bersemuka (Li et.al.,2014). Ini kerana pelatih
kursus ingin melihat prestasi pelajarnya memahami sesebuah topik yang
dikemukakan. Penilaian kendiri dan tugasan untuk pelajar boleh dijadikan
penggerak yang baik bagi melengkapkan kursus (Wang & Baker, 2015).
Kepelbagaian jenis tugasan juga mencetuskan kepelbagaian cara pemarkahan untuk
seimbangkan corak pembelajaran yang berbeza (Watted Abeer & Barak Miri, 2014).
Walau bagaimanapun, tugasan ini juga menjadi beban kepada pelajar disebabkan
masa yang diambil untuk menyiapkannya agak lama dari biasa. Manalo (2014), Li et
al. (2014), dan Abeer dan Miri (2014) menjelaskan tugasan yang banyak dalam
MOOC menjadikan pelajar terbeban untuk menyiapkannya dan memerlukan masa
tambahan untuk menghabiskan kursus tersebut. Terdapat juga segelintir pelajar
yang berputus asa dan tidak menghabiskan kursus tersebut ( Abeer & Miri, 2014).

PERBINCANGAN
Pembangunan MOOC secara keseluruhannya hampir sama dengan pembelajaran
atas talian yang lain cuma yang membezakannya adalah ciri-ciri keterbukaan yang
terhad kepada pendaftaran atau keterlibatan bukan dari sudut perkongsian maklumat
bahan (Atenas, 2015). Bukan itu sahaja, MOOC digunakan secara meluas kerana
ianya percuma tanpa bayaran. Dengan ini, menjadikan MOOC salah satu peluang
untuk meneroka pengetahun dengan lebih meluas. MOOC banyak memberi kesan
kepada pendidikan terutama proses pengajaran dan pembelajaran. Ahshehri (2015)
menyokong kenyataan tersebut dengan menyatakan MOOC dapat memberi kesan
positif dalam proses pendidikan.
Kursus atas talian ini dijadikan sebagai keperluan semasa oleh pembangun kursus
dan penggunanya. Misalnya, seseorang itu tidak mempunyai waktu untuk
mendaftarkan diri ke kelas dan tidak pengetahuan di dalam kelas tidak mencukup
baginya. Melalui penglibatan diri dalam MOOC seseorang itu boleh mendaftarkan diri
untuk turut serta menghadiri kursus atas talian tanpa sebarang caj. Ini juga dapat
membuka peluang seseorang yang tidak berkemampuan untuk melayakkan diri ke
universiti terkemuka tetapi dirinya mampu mendapatkan pengetahuan yang sama
seperti mereka yang hadir ke kelas di universiti tersebut. MOOC pada hakikatnya
merupakan pembelajaran kendiri atau seseorang itu belajar bersendirian. Interaksi
memainkan peranan penting dalam mengendalikan MOOC. Pelatih yang aktif dalam
kursusnya selalunya tidak akan membiarkan pelajar terkontang kanting dalam
memahami pembelajaran kursus tersebut dan sentiasa berinteraksi untuk
bertanyakan perkembangan. Motivasi yang kuat juga diperlukan untuk mengharungi
beban tugasan yang banyak daripada biasa, kuiz, projek dan pengurusan masa yang
paling penting (rujukan tahun). Kebanyakkan pelajar yang kurang bermotivasi akan
berhenti saparuh jalan tanpa menghabiskan kursus adalah disebabkan beban
tugasan yang banyak dan sukar untuk difahami. Minat untuk mencuba boleh
mendorong seseorang itu menggunakan MOOC namun tidak dalam jangka masa
yang lama apabila tidak disertakan dengan motivasi diri.

184
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Ruang forum dan perbincangan yang disediakan seharusnya dimanfaatkan


sepenuhnya oleh pelajar untuk mendapatkan rujukan, pertukaran ilmu dan juga jalan
penyelesaian. Daripada penelitian kajian-kajian lepas pelajar yang mengikuti kursus
atas talian ini adalah untuk memenuhi keperluan semasa, arahan daripada
pensyarah kursus, sifat ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru dan berhubung
dengan masyarakat (Zheng et. al. 2015). Oleh itu, cadangan yang dapat diajukan
adalah menyebarkan dan meluaskan kaedah penggunaan MOOC di setiap institusi
di Malaysia. Di samping menggalakkan ramai lagi pengkaji meneliti kajian MOOC di
Malaysia.

KESIMPULAN
Populariti MOOC semakin meningkat dengan penglibatan pelbagai institusi dan ahli
akademik terutamanya daripada pakar-pakar bidang. Tambahan lagi, elemen yang
terkandung dalam MOOC seperti kursus atas talian, reka bentuk yang fleksibel dan
pembangunan interaktiviti turut menyumbang keterujaan penggunaan MOOC selain
ianya dapat memberi manfaat kepada pelajar. Konsep pedagogi yang diterapkan
dalam MOOC berlainan daripada pembelajaran atas talian yang lain dan
menjadikannya satu kelebihan apabila ciri-ciri keterbukaan itu dapat menarik lebih
ramai mendaftarkan diri dan menggunakan MOOC sebagai satu medium
pembelajaran tambahan. Aspek utama yang ditekankan pada kursus atas talian ini
adalah kandungan bahan-bahan pembelajarannya yang sesuai mengikut keperluan
pelajarnya serta mengenai jangkaan tentang kursus.
Salah satu kunci untuk menjayakan kursus atas talian adalah interaksi. Dalam waktu
yang sama pelatih kursus juga perlu sentiasa melibatkan diri secara aktif untuk
membantu pelajar dalam kursus yang diceburi dan sentiasa peka akan kehendak
pelajarnya. Pelajar yang menggunakan MOOC boleh memperolehi satu kelebihan
iaitu dapat bertukar-tukar maklumat dan idea dengan kenalan di serata dunia serta
memperolehi pengetahuan yang tidak diajar di dalam kelas. Pembelajaran
menggunakan MOOC lebih mencabar dan fleksible. Ini kerana pelajar akan belajar
sendiri dan ini akan melatih kemahiran pemikiran kritis dan kritikal, cara
berkomunikasi, pengurusan masa dan disiplin seseorang pelajar tersebut. Walau
bagaimanapun, kajian lanjutan dari segi penerimaan dan penggunaan MOOC,
perlaksanaan MOOC oleh pusat pengajian mahupun pensyarah yang
mengendalikan kursus dan persepsi pembangun MOOC, pengguna dan juga pelatih
kursus masih perlu dikaji terutamanya dalam konteks pendidikan tinggi di Malaysia.
Tambahan lagi kajian tersebut diperlukan untuk memahami sepenuhnya
persekitaran MOOC dan membolehkan penyampaikan MOOC membantu
meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran generik dalam kalangan pelaar
institusi pengajian tinggi di Malaysia.

RUJUKAN
Andrew W. Cole dan C. Erik Timmerman. (2015). What Do Current College Students
Think about MOOCs?. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching;
11(2):188-201.
Berita Harian Online. (2014). Malaysia mampu berperanan sebagai hab pendidikan
global. http://www.bharian.com.my/node/21405.
Chris, P. (2013). Mooc creators criticise courses’ lack of creativity | News | Times
Higher

185
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Education.http://www.timeshighereducation.co.uk/news/mooc-creators-criticise-
courses-lack-ofcreativity/2008180.article
Darco Jansen, Jon Rosewell dan Karen Kear. (2016). Quality Frameworks for
MOOCs. Open Education: from OERs to MOOCs. Lecture Notes in
Educational Technology (LNET): 261-281.
Dasar e-Pembelajaran Negara 2.0. Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian
Pendidikan Tinggi.
http://www.cade.upm.edu.my/dokumen/PTPA1_DePAN_v2.pdf
Derek Bruff, Douglas Fisher, Katherine McEwen dan Blaine Smith. (2012). Journal of
Online Learning and Teaching.
Duratul Ain Yahya. (2013). MOOC : Suatu Inovasi PDP. Buletin Sokongan
Penyelidikan & Pendidikan PTM Bil 6 Mac 2013:1-7.
Farraj Alshehri. (2015).The Perceptions of MOOCs Learners. Journal of Emerging
Trends in Computing and Information Sciences; 6(10):550-552.
Fiona M. Hollands dan Devayani Tirthali. (2014). MOOCs: expectations and reality.
Full report. Center for Benefit- Cost Studies of Education, Teachers College,
Columbia University, NY. Diperolehi dari WWW pada Okt., 13 2014 di
http://cbcse.org/wordpress/wpcontent/uploads/2014/05/MOOCs_Expectations
_and_Reality.pdf
Hanan Khalil dan Martin Ebner. (2015). “How Satisfied Are You With Your
MOOC?”—A Research Study About Interaction in Huge Online Courses.
Journalism and Mass Communication; 5(12):629-639.
Heng Luo, Anthony C. Robinson dan Jae-Young Park. (2014). Peer Grading in a
MOOC: Reliability,Validity, and Perceived Effects.
Javiera Atenas. (2015). Model for democratization of the contents hosted in MOOCs.
Universities and Knowledge Society Journal; 12(1): 3-14.
Jenny Mackness, Sui Fai John Mak, Roy Williams. (2010). The ideals and reality of
participating in a MOOC. In Networked Learing Conference. University of
Lancaster: 266-275.
Jo Anne Murray. (2014). Participants’ perceptions of massive open online courses.
Insights; 27(2): 154–159. http://dx.doi.org/10.1629/2048-7754.154ons of
massive open
Joyce Mae A. Manalo. (2014). An Evaluation of Participants’ Levels of Satisfaction
and Perceived Learning Regarding the MOOC in @RAL Platform. Malaysian
Journal of Distance Education; 16(1):101−121.
Juhazren Junaidi dan Madihah Jailan. (2010). Faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan e-learning di kalangan pelajar-pelajar tahun empat, fakulti
pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun
Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia:1-8.
Muhstak Al-Atabi. (2013). Entrepreneurship- 
The
First
MOOC
in
Malaysia.
http://linc.mit.edu/linc2013/proceedings/Session3/Session3Al-Atabi.pdf
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). (2016). Garis
Panduan Pembangunan & Penyampaian MOOC Malaysia.
http://www.cade.upm.edu.my/dokumen/PTPA1_Garis_Panduan_Pembangun
an_MOOC_Malaysia_19052016.pdf

186
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Robert McGuire. (2013). The Best MOOC Provider: A Review of Coursera, Udacity
and Edx SkilledUp.com.http://www.skilledup.com/blog/the-best-mooc-
provider-a-review-of-courseraudacity-and-edx/
Saidatuna Miftahul Jannah Azizul dan Md Yusoff Daud. 2015. Platform-platform
Untuk Massif Open Online Course (MOOC). Pendidikan Abad ke-21:
Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Serta Cabarannya: 140- 155.
Saijing Zheng, Mary Beth Rosson, Patrick C. Shih, dan John M. Carroll. (2015).
Understanding Student Motivation, Behaviours, and Perceptions in MOOCs.
CSCW '15 Proceedings of the 18th ACM Conference on Computer Supported
Cooperative Work & Social Computing. Vancouver, BC, Canada: 1882-1895.
Shihua Li, Koen Lombaerts, Chang Zhu, Tao He dan Renfeng Wang. (2014).
Building Blended Learning Experience Around MOOC: a pilot study.
Siemens, G.(2005). Connectivism: A learning theory for the digital age. International
Journal of Instructional Technology and Distance Learning, 2(1), 3-10.
Siemens, G. (2006). Connectivism: Learning theory or pastime of the self-
amused.http://www.elearnspace.org/Articles/connectivism_self-amused.htm
Song. L & Hill, J.R. (2007). A conceptual model for understanding self-directed
learning in online environments. Journal of Interactive Online Learning. 6(1).
www.ncolr.org/jiol.
Soon Hau Chua, Juho Kim, Toni-Jan Keith Monserrat dan Shengdong Zhao. (2015).
Understanding Learners’ General Perception Towards Learning with MOOC
Classmates: An Exploratory Study. L@S '15 Proceedings of the Second
(2015) ACM Conference on Learning @ Scale: 305-308.
Utusan Online. (2016). MOOC jadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan
tinggi 20 Februari 2016.
https://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/mooc-jadikan-malaysia-
pusat-kecemerlangan-pendidikan-tinggi-1.192298#sthash.m1s4gqJr.dpuf
Watted Abeera dan Barak Miri. (2014). Students' preferences and views about
learning in a MOOC. ScienceDirect .Procedia - Social and Behavioral
Sciences 152; 318 – 323.
Whitney Kilgore. dan Patrick R. Lowenthal. (2015). The Human Element MOOC: An
experiment in social presence. In R. D. Wright (Ed.), Establishing an
equitable and fair admissions system for an online :389-407. Hershey, PA:
IGI Global.
Yuan Wang dan Ryan Baker. (2015). Content or platform: Why do students complete
MOOCs?. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching; 11(1):1-18.
Zahari Hamidon. (2014). Tahap Pengekalan, Enrolmen Dan Proses Pembelajaran
Dalam Kursus Mooc: Satu Tinjauan Awal. Presented in Seminar Kebangsaan
Sepanjang, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL .Ministry of Education
Malaysia & OUM.

187
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi

Cara menulis Rujukan Bab 15 :

Hudiya Adzhar, Khalid, F. & Aidah Abdul Karim (2017). Penggunaan Massive Open
Online Course (MOOC) sebagai Kaedah Pembelajaran Baharu. Dalam Rohaila Mohamed
Rosly, Nabila Atika Razali & Nur Atikah Jamilluddin. (Editor)., Pembelajaran Abad ke-21:
Trend Integrasi Teknologi (pp 179-188). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

188

Anda mungkin juga menyukai